Showing posts with label My Writing - Al-Quran - Hadis. Show all posts
Showing posts with label My Writing - Al-Quran - Hadis. Show all posts

Monday, March 9, 2009

SEJARAH MAULIDUR RASUL II



HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk menghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
’maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.’ - Al-Araf: 157

Keterangan:

Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
’Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah’ - Ibrahim. Ayat 5

Keterangan:

Al-Baihaqi di dalam ’Syakbu al-Iman’ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ’hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya ’kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.’

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: ’Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?’
Jawab mereka: ’Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.’ Maka Nabi berkata: ’Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.’ [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: ’Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.’

Keterangan:

Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, ’Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ’hamba Allah dan pesuruh Nya.’ (Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: ’Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.’

’Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat ’. [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS.3 :31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS.5 :3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS.33 :21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"


Friday, March 6, 2009

SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL I



Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke7 , Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meninggal dunia pada633 , Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meninggal di Damascus pada683 , Ibn Taghrabik, meninggal di Mesir pada670 , dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meninggal di Sebata pada670 .

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).


Thursday, February 26, 2009

KHURAFAT


Ni entry ke tiga ein berkaitan dengan khurafat iaitu JANGAN PERCAYA BENDA-BENDA KHURAFAT dan LAGI TENTANG KHURAFAT
Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah bermaksud kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada seseorang, sedangkan semua itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama islam yang suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan reality, kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang lansung tidak mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Amalan khurafat berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib. Setiap kepercayaan, perlakuan diikuti dengan perkara-perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk di dalam iman. Namun, amalan khurafat ini mengalih pergantungan manusia daripada Allah s.w.t kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.

Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Dan khurafat yang merosakkan akidah iaitu yang melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti melibatkan pemujaan, bersemah dan membuang ancak yang akan dihuraikan selepas ini.

Perkara khurafat yang lazimnya masih diamalkan sehingga sekarang antaranya ialah upacara tolak bala pada hari rabu akhir bulan safar yang masih dilakukan di beberapa tempat di Indonesia dengan tujuan untuk menghindarkan bencana alam atau wabak. Mereka beramai-ramai mandi di pantai jangan sampai baju mereka kering. Baju dan badan hendaklah sentiasa basah dengan air.

Kononnya, menurut Modin Pelu, salah satu tokoh agama di Indonesia, amalan ini bermula dengan kisah Rasulullah s.a.w mengalami sakit tenat. Para sahabat diperintahkan untuk menyucikan diri dengan mandi atau berbagai cara yang lain. Kemudian amalan ini dibawa oleh pendakwah Islam ke Indonesia. Oleh kerana itu, amalan ini masih di amalkan oleh mereka di sana. Mereka percaya dengan upacara ini, mereka akan dilindungi. Namun, seperti hadis di atas, tidak adanya bala pada bulan safar. Diakhir upacara-upacara seperti ini, barulah dipanjatkan doa kepada Allah s.w.t untuk memohon keselamatan bagi mereka yang mengikuti upacara tersebut yang dibacakan oleh tokoh agama kawasan tersebut.

Tangkal atau azimat juga merupakan salah satu perkara khurafat yang masih kita amalkan. Tangkal ini mengandungi kesan yang berbeza-beza mengikut keperluan si pemakai seperti pendinding, pelindung diri dari penyakit, makhluk halus dan sebagainya. Kepercayaan bahawa dengan memakai tangkal, mereka akan menjadi kuat dan sebagainya.

Antara lain perkara yang berkaitan tangkal, batu, kayu dan seumpama dengannya ialah kristal yang kononnya dipercayai mempunyai kuasa tertentu. Sememangnya batuan mempunyai khasiat tertentu namun tak bermakna dengan memakainya, si pemakai benar-benar mendapat tuah, di murahkan rezeki yang berkaitan dengan perkara-perara tersebut yang mana tuah atau rezeki dikurniakan oleh Nya kepada hamba-hambaNya. Pernah suatu ketika dulu, satu rangkaian televisen mengeluarkan rancangan mengenai kristal dan menemu ramah salah seorang peminat kristal, Islam. Si peminat kristal pun tunjukkanlah koleksi kristal miliknya dan berkata kristal tersebut memang mujarab. Setelah memakai kristal tuah, rezekinya bertambah murah. Betapa percayanya dia bahawa rezekinya bertambah kerana kristal yang sebenarnya satu perantaraan, satu ciptaan dari Nya untuk menguji hambaNya. Yang mana tanpa izinnya, kristal itu hanyalah batuan biasa yang datangnya dari perut bumi. Namun dari segi kesihatan, ada benarnya kajian saintifik mengatakan boleh mengubati beberapa jenis penyakit sama seperti bahan-bahan seperti daun-daun herba dan ubat-ubatan. Tapi diingatkan jangan sehingga menimbulkan cirri-ciri khurafat dan mengalihkan pergantungan dari Nya.

Begitu juga dengan kepercayaan keramat. Beranggapan bahawa sesetengah kubur itu keramat. Memuja kubur keramat untuk berbagai jenis permintaan. Tidak masuk akal bahawa kubur tersebut mampu menunaikan permintaan si pemohon.

Antara lain perkara khurafat yang sering diturunkan kepada generasi muda ialah, tidak boleh mengambil gambar bertiga. Tak baik kata orang dulu-dulu. Itu satu kepantangan bagi orang-orang dulu namun khurafat sebenarnya. Kononnya, salah seorang akan mati. Contoh khurafat yang melibatkan kematian ialah, bunyi burung hantu yang memberi petanda ada antara orang di kawasan itu yang akan mati. Dan baru-baru ini saya pernah mendengar orang berkata, tiap satu kawasan, bila seorang mati maka dua lagi akan menyusul dan menjadikannya cukup 3orang. Ini juga perkara khurafat yang berkaitan dengan bilangan.

Adat istiadat seperti membuang ancak, bersemah, lenggang perut masih terus dijalankan. Bersemah ialah satu upacara memberi sajian kepada makhluk-makhluk halus. Biasanya untuk persembahan atau kenduri. Upacara dilakukan sebagai usaha untuk mendapatkan keselamatan mereka yang terlibat dengan persembahan juga orang yang berkunjung. Upacara penting dalam amalan bersemah ialah memberi sajian kepada makhluk-makhluk halus. Hidangan yang disajikan di antaranya ialah ayam panggang, kuih-muih dan sebagainya. Dengan dilakukan demikian, makhluk-makhluk ini diharapkan tidak akan mengganggu manusia, upacara memberi makan makhluk-makhluk itu ada kalanya juga dilakukan setelah sesuatu persembahan atau kenduri selamat dilakukan sebagai tanda berterima kasih.

Membuang ancak pula adalah dari segi perubatan orang dulu-dulu. Berkaitan juga dengan perbomohan. Dalam pengubatan ini bomoh akan memberitahu bahawa si pesakit "terkena" itu dan ini, ditempat itu dan ini. Timbul dari penyakit itu, keluarga pesakit akan diminta menyediakan "ancak" untuk diberi makan "hantu". Bila hantu sudah dapat makan, penyakit yang dihidapi oleh pesakit tadi akan sembuh.
Cara beri makan "hantu" itu ialah dengan melepaskan "ancak" tadi ke dalam sungai. "Ancak" itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu "upeh". "Upeh" ini dibentuk menjadi empat segi. Ia merupakan seperti bakul. Di dalamnya diletakkan berteh, 2 biji pisang, dan 2 biji telur. Sebiji telur itu mesti direbus. Keempat-empat penjuru "ancak" tadi dipasang 4 batang lilin. "Ancak" itu kemudian dibawa ke sungai untuk dihanyutkan. Biasanya keluarga pesakit tadi akan mencari seorang pemuda yang berani dan cekal hatinya untuk membawa "ancak" itu dari rumah ke sungai untuk dihanyutkan. Selain dari "hantu" sungai, ada bomoh yang mahu supaya diberi makan "hantu hutan" ataupun di bawah pokok besar. Cara ini pula disebut membuang "ancak" didarat. Makanan yang disediakan berlainan dari apa yang dibuang di sungai. "Ancak" didarat menyediakan makanan yang lebih hebat, iaitu pulut kuning rendang daging atau ayam, telur dadar dan pisang. "Ancak" di darat saiznya agak besar sedikit. Seseorang akan ditugaslkan untuk meletakkan makanan tadi di pokok besar atau di mana saja menurut arahan bomoh tadi. Bila makanan tadi diletakkan di bawah pokok tersebut, maka si penghantar akan pulang memberitahu keluarga si sakit.

Perkara berkaitan dengan kucing hitam, amalan-amalan tertentu orang-orang dulu yang menjadikan jin, makhluk sebagai perantaraan, pemujaan dan sebagainya adalah kepercayaan khurafat. Kebanyakkan pantang larang orang-orang dulu juga bersifat khurafat semata-mata. Setiap perkara yang menyamai definisi khurafat, yang mengalihkan pergantungan terhadap Allah, kepercayaan yang kuat pada sesuatu benda seperti tangkal, kristal, pokok, pemujaan, semuanya termasuk dalam perkara khurafat.

Khurafat menghampiri kepada syirik. Beza khurafat dan syirik ialah, mereka yang mengamalkan perkara khurafat tetap percaya kepada amalan-amalan lain, kepercayaan-kepercayaan lain yang mana mengalih pergantungan selain dari Allah. Syirik pula ialah menyekutukan Allah s.w.t dengan makhluk. Yang mana terbahagi kepada Syirik Jali (nyata) dan Syirik Khafi (tersembunyi). Contoh syirik jali ialah menyembah berhala, tenung nasib, percaya kepada kuasa lain selain Allah. Percaya kepada kuasa lain selain Allah bermaksud, percaya bahawa Jin atau makhluk mempunyai kuasa sama seperti Khalik atau melebihi Khalik sedangkan ia hanyalah makhluk ciptaan Allah. Yang mana berlakunya sesuatu hanya dengan izin Nya. Manakala syirik khafi ialah percaya pada tangkal yang mana termasuk juga dalam perkara khurafat, ujub, riak dan takbur.

Wallahu'alam

P/S: Maaf jika ada kesilapan. Sesungguhnya yang buruk itu dari ein dan yang baiknya dari Allah s.w.t. Untuk mengetahui lebih lagi tentang khurafat klik Khurafat Antara Dua Dimensi Konservatif Dan Kontemporari oleh Professor Zakaria Stapa. Professor Tasawuf dan Pemikiran Islam. Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Wednesday, January 7, 2009

Cinta Hati ku Hussain...



Sebelum baca entry ni, silalah klik play pada player kat bawah ni.
Sambil baca, sambil menghayati lagu As Syura nyanyian Fareast ni.
Lagu yang sangat ein suka dan mampu buat ein menitiskan air mata.
Tapi sebelum tu, sila lah tekan pause dekat player sebelah kanan blog nih...Lagu celine dion tu.
Kalau tak nanti mana satu lagu korang nak dengar kan? Penin nanti. Huhu
(MyFlashFetish 2xcm imeem nih. leh auto play atau manual. so, terpaksa la wat cmnih...huhu. dah tu nak pause kan myfleshfetish 2, korang kene pause waktu die tgh nyanyi. kalo internet korang sangkut2la)


Asyura - Far-East

Penat godek2 blog ni semalam, ubah html semua tuk melebarkan lagi blog ni yang dulunye agak kecik dan sempit. Sampai terlupa yang semalam 9 Muharram, sunat tuk berpuasa.

Dan hari ni pun terlupa 10 Muharram, hari As Syura. Subuh pun tak terjaga sebab sakit kepala yang sejak akhir2 ni menyerang balik.
Mulalah hari2 yang memang tak terjaga tuk Subuh kalau orang tak kejutkan.
Sakitnye pasal.

Ya Allah ampunkan hamba Mu ini. Baru 10 Muharram bersamaan 7 Jan, hamba Mu ini telah lalai. Walaupun bukan disengajakan.

Celik mata, duduk termenung di hujung katil memastikan daku mampu berdiri.
Dalam keadaaan kepala yang cuba dipulihkan, hamba Mu ini terpana seketika.
Hari ni berapa haribulan?
Tanpa menghiraukan keadaan kepala yang sarat, hamba Mu ini bingkas bangkit dan berjalan ke arah takwim hijriyah yang tergantung di meja study.

Ya Allah...Hamba Mu terlalai sekali lagi...Hari ni hari As Syura...
Seharusnya semalam hamba Mu ini mula berpuasa sunat setelah cuti yang Kau beri.
Hari ini ari yang tak pernah hamba Mu ini lupa semenjak dirinya mencintai Imam Hussain.
Namun hamba Mu ini terlupa...lupa sangat2....

Seusai solat dan solat sunat Duha...
Ku capai buku mengenai Imam Hussain.
Ku belek2 dan ku ingati tiap baris ceritanya.
Terasa sayu di hati ku mengenangkan cinta hati ku ini
Serta mengenangkan kekhilafan ku...

Kisahnya cinta hati ku seumpama terbayang2 di mata ku
Saat pasukan Yazid membunuh cinta hati ku dengan kejam
Menginjak2jasadnya dengan kaki2 kuda
Memenggal kepala cinta hati ku ini dan di arak keliling kota
Sungguh kejam mereka itu Ya Rasulullah

Dan pastinya dikaulah yang paling sedih Ya Rasulullah
Dikhabarkan kematian cucunda mu setelah kewafatan mu
sewaktu engkau sedang memangkunya
Saat masih kecil, takdirnya telah terserlah
peristiwa yang telah dijanjikan sejak kelahirannya

Ya cinta hati ku
Hancur luluh hati ku bila mengenangkan penderitaan mu
Setiap kali tibanya As Syura
Ingatan ku pada mu semakin menyubur
Ku harap hingga akhir nanti
Dapat ku tatap wajah kekasih ku ya Rasulullah
Dapat ku mengenali mu cinta hati ku ya cucunda Rasulullah
Moga daku tergolong dalam golongan penghuni syurga
Dekat pada mu Ya Rasulullah ya Imam Hussain a.s

................................................................................................................

Ratapannya untuk Al-Husain begitu menyayat hati ku
Ratapan yang begitu menyakitkan dan membuatku pilu
Wahai mata, cucurkan deras air mata mu
Sambunglah titisan itu satu demi satu
Meratapi orang penggoncang Arasy Ilahi
Agama dan norma terancam musnah kini
Ratapilah putera nabi dan putera washi
Walau berjarak jauh hingga lelah badan ini

(Petikan dari kisah Saidina Husain a.s)





Tuesday, December 30, 2008

BULAN PERTAMA DALAM ISLAM

Salam Maal Hijrah... Terlambat sebab Tragedi Maal Hijrah semalam...

Seperti yang kita tahu, Muharram adalah bulan pertama menurut susunan bulan dalam Islam. Tahun Hijrah yang digunakan berasal dari sejarah hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
Muharram merupakan satu daripada empat bulan suci.

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Setahun ada 12 bulan. Empat daripadanya suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu lagi ialah bulan Rejab di antara Jamadilakhir dengan Syaaban."

Umat Islam dahulu telah mengharamkan peperangan sepanjang bulan ini. Tarikh 10 Muharram dikenali sebagai Hari As-Syura. Orang Islam diberi keutamaan berpuasa sunat. Rasulullah pernah menemui orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai mengagungkan sejarah kemenangan Nabi Musa ke atas Firaun.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kami adalah orang yang lebih berhak ke atas Musa daripada kamu. Maka berpuasalah kamu(orang Islam) sebelumnya(Hari As-Syura)satu hari dan sesudahnya satu hari pula. Dan berbezalah kamu dengan orang-orang Yahudi."
.......................................................

Amalan khusus Bulan Muharram

~ 1 hingga 9 Muharram di sunatkan puasa
~ 10 Muharram adalah untuk hari As-Syura: Disunatkan berpuasa pada hari tersebut, hari sebelum dan selepasnya iaitu 9, 10, 11 Muharram untuk membezakan dengan puasa orang Yahudi.
~ Menyapu kepala anak yatim
~ Bersedekah kepada fakir miskin
~ Bercelak mata
~ Meluaskan perbelanjaan keluarga
~ Memperbanyakkan bacaan berikut sekurang-kurangnya 70 kali: Hasbunallahu wani'mal wakil ni'mal mawla wani'mal nashir.

Maksudnya:
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami). Ia sebaik-baik Penghulu (Penguasa yang melindungi alam semesta) dan Ia sebaik-baik Penolong."

P/S: Azam tahun baru hijrah ni sama macam sebelum ni, nak jadi muslimah solehah, nak tambahkan dan perbaiki amal ibadat.

Tuesday, November 4, 2008

Ke Arah Solat Yang Sempurna

Kita selalu dengar satu hadis Rasulullah mengenai orang yang mencuri di dalam sembahyangnya iaitu tidak ruku' dan sujud dengan sempurna. Malah tiap kali hendak masuk waktu solat, pasti keluar hadis ini di TV3. Sudah bertahun kiranya. Tapi adakah kita benar-benar memahami apa itu ruku' dan sujud yang sempurna?

Berikutan dengan ini, ein sertakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abul-Laits Assamaraqandi dengan sanadnya dari Raafi' dari Khalid berkata:

Ketika kami duduk di sekitar Rasulullah s.a.w, tiba-tiba ada orang masuk masjid lalu menghadap kiblat dan sembahyang, kemudian setelah selesai ia datang memberi salam kepada Nabi s.a.w dan orang-orang, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:

"Kembalilah engkau sembahyang sebab engkau belum sembahyang."

Maka orang tersebut kembali sembahyang dan sesudah selesai ia kembali kepada Nabi s.a.w dan Nabi bersabda kepadanya:

"Kembalilah engkau sembahyang kerana engkau belum sembahyang." Sehingga tiga kali, lalu orang itu berkata:

"Saya tidak tahu apakah kesalahanku dalam sembahyang." Maka Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak sempurna sembahyang seseorang sehingga menyempurnakan wuduk sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka membasuh muka dan kedua tangan sampai siku dan mengusap kepala dan membasuh kaki sampai mata kaki, kemudian bertakbir dan bertahmid (memuji Allah) dan membaca Al-Quran sedapatnya, lalu ruku' dan meletakkan dua tapak tangan di lutut sehingga tenang semua ruas dan tunduk, kemudian mengangkat kepala sambil membaca Sami Allahu liman hamidahu dan tegak berdiri sehingga tegak punggung nya dan masing-masing anggota badannya kembali ke tempatnya, lalu takbir dan sujud menekankan wajahnya ke tanah sehingga tenang semua ruasnya dan merendah, kemudian takbir dan tegak duduk dan menegakkan tulang punggungnya."

Nabi s.a.w menerangkan dan bersabda:
"Tidak sempurna sembahyang seorang dari kamu sehingga mengerjakan semua itu."


Dalam hadis ini Nabi s.a.w menyuruh menyempurnakan ruku' dan sujud dan menerangkan bahawa sembahyang tidak diterima kecuali dengan cara yang demikian, maka seharusnya bersungguh-sungguh untuk kesempurnaan ruku' dan sujudnya supaya sembahyangnya itu menjadi penebus dosa-dosa yang lalu.

Ruku, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud hendaklah dengan tuma'ninah. Ambillah masa beberapa saat kemudian lafazkan bacaan dengan sempurna. Solatlah dengan tertib. Bukan express way macam yang biasa kita lihat. Sujud macam patuk ayam. Letakkan lah betul-betul dahi ke sejadah dan rasakan diri kita hamba padaNya, menyembah hanya padaNya, dan mengharapkan penerimaanNya. Kalau patuk ayam, masakan dapat rasa nikmat sebagai hamba Nya. Ayuh perbaiki solat kita ke arah solat serta tiang agama yang sempurna.

Wallahu'alam...


Tuesday, September 16, 2008

KEUTAMAAN PUASA 4

Dikatakan bahawa puasa itu ada tiga tingkat, iaitu:
1. Puasa orang awam
2. Puasa orang khawash (istimewa)
3. Puasa orang yang paling istimewa (khawas al khawas)

1. Adapun puasanya orang awam, adalah menahan keinginan perut dan kemaluan dari memperturutkan hawa nafsu.

2. Adapun puasanya orang istimewa, iaitu puasanya para salihin, iaitu menahan semua organ-organ tubuhnya dari perbuatan dosa. Puasa itu akan mendapat sempurna dengan menjaga dari lima perkara, iaitu:
a. Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara' (agama)
b. Menjaga lisan (mulut) dari perkataan/membicarakan orang lain yang tidak disukai oleh orang itu, meninggalkan perkara dusta, mengadu domba dan sumpah palsu.

Diriwayatkan dari Anas dari Nabi s.a.w:
"Lima perkara yang menghapuskan puasa (ertinya menghapuskan pahalanya), iaitu: Dusta, mengupat, mengadu domba, sumpah palsu dan melihat dengan nafsu syahwat"

c. Menahan telinga dari mendengar sesuatu yang dibenci.
d. Menahan semua anggota badan dari semua yang dibenci, menahan perut dari makanan syubhat (yang diragukan halalnya) semasa berbka, kerana tidak ada gunanya kalau berpuasa meninggalkan makanan halal lalu berbuka dengan makanan yang haram, maka ibaratnya seseorang yang menghancurkan sebuah kota hanya untuk membangun sebuah gedung.

Bersabda Nabi s.a.w:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, hasilnya hanyalah lapar dan dahaga saja."
(HR Nasa'i, Ibnu Majah dan Al Hakim)

e. Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan, sampai penuh perutnya saat berbuka, walaupun makanan itu halal.

Untuk hal ini Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada tempat yang paling dibenci Allah dari perut yang penuh walaupun dengan yang halal"

3. Adapun puasanya orang yang paling istimewa adalah menahan hati dari kemahuan yang rendah/kotor dan dari pemikiran terhadap duniawi, serta menahan pemikiran dari yang selain Allah secara keseluruhan. Apabila orang yang teristimewa ini berpuasa kemudian berfikir kepada selain Allah, maka batallah puasanya. Dan ini adalah martabat para Nabi dan para sodiqin. Dan kakekat dari kedudukan ini adalah menghadap kepada Allah dengan secara menyeluruh dan berpaling dari selain Allah.

(ZUBDATUL WA'IZHIN)

-DURATUN NASIHIN




Thursday, September 11, 2008

KEUTAMAAN PUASA 3


Apabila seseorang yang berpuasa khuatir timbul bahaya atas dirinya, dari sebab lapar dan haus atau dia sakit yang dia khuatir sakitnya bertambah parah(kerana berpuasa itu), maka boleh dia berbuka; kerana keadaannya dalam bahaya. Segala macam bahaya itu dapat membatalkan apa yang dilarang.
(RAUDHATUL 'ULAMA)

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w:
"Umatku diberi lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seorang pun sebelum mereka, iaitu:

1. Apabila malam pertama bulan Ramadhan datang, maka Allah melihat mereka dengan kasih sayang dan barangsiapa yang dilihat Allah dengan kasih sayang, maka tidak akan diseksa selamanya.
2. Allah memerintahkan kepada para malaikat agar memintakan ampun untuk mereka.
3. Bau mulut orang yang berpuasa bagi Allah lebih harum daripada minyak kasturi.
4. Allah berfirman, kepada syurga:'Berhiaslah engkau.' Dan Allah berfirman pula:'Beruntunglah bagi hamba Ku yang beriman, mereka menjadi kekasihKu.
5. Allah memberi ampun kepada mereka semua."

Dan diriwayatkan pula oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan keikhlasan (kepada Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(ZUBDATUL WA'IZHIN)

-DURATUN NASIHIN-


Wednesday, September 10, 2008

KEUTAMAAN PUASA 2



Sambungan dari Keutamaan Puasa 1...

Sebab puasa ialah ibadah yang sangat samar-samar, tidak terdapat suatu perbuatan yang dapat disaksikan, berbeza dengan ibadah lainnya. Oleh sebab puasa itu merupakan ibadah yang sangat samar-samar, tidak dapat diketahui oleh seseorang melainkan Allah, maka Allah pulalah yang akan mengganjarnya.

Oleh sebab itu, telah diriwayatkan dari Nabi s.a.w:
"Apabila hari kiamat telah tiba, maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung, dan mereka terbang di atas dinding-dinding syurga. Penjaga syurga bertanya kepada mereka, 'Siapakan kalian semua?' Mereka menjawab: 'Kami sekalian dari umat Muhammad s.a.w.' Penjaga syurga bertanya: 'Apakah kalian mengetahui tentang hisab?' Mereka menjawab: 'Tidak' Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: 'Apakah kalian mengetahui jambatan siratul mustaqim?' Mereka menjawab: 'Tidak' Penjaga syurga bertanya pula: 'Dengan apa kalian mendapatkan darjat yang tinggi ini?' Mereka menjawab: 'Kami telah beribadah kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke syurga di akhirat dengan diam-diam pula"
(ZUBDATUL WAIZHIN)

-DURATUN NASIHIN-



Tuesday, September 9, 2008

KEUTAMAAN PUASA 1



"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan terhadap orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa. (Puasa itu) hanya beberapa hari tertentu, barangsiapa antara kamu ada yang sakit atau sedang berpergian, maka hendaklah dia berpuasa pada hari yang lain(sebanyak hari dia tidak berpuasa)"
-SURAH AL-BAQARAH(183-184)

Dari Abdurrahman bin Auf dari Nabi s.a.w: Telah datang Jibril kepada saya seraya berkata:"Hai Muhammad, tidak seorang pun yang membaca selawat untukmu kecuali dibacakan selawat untuknya oleh tujuh puluh ribu malaikat, barangsiapa dibacakan selawat oleh para Malaikat, maka dia termasuk penghuni syurga"
(ZUBDATUN)

Nabi s.a.w menceritakan dari Tuhannya:"Semua amal perbuatan anak adam itu kembali untuk dirinya kecuali puasa. Kerana sesungguhnya puasanya itu untuk Aku dan Aku sendirilah yang akan mengganjarnya"
(HADIS SHAHIH)


-DURATUN NASIHIN-


Sunday, September 7, 2008

FADHILAT BULAN RAMADHAN 5

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanad ayahnya dari Ali bin Thalib r.a berkata:



"Umar bin Al-Khattab r.a mengadakan jamaah solat tarawih itu kerana hadis yang dia dengar daripadaku. Mereka bertanya: Ya Amirul Mukminin apakah hadis itu? Jawab Ali r.a: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di sekitar arasy ada tempat bernama Hadhiratul Qudsi dari nur. Di situ banyak malaikat yang tidak terhitung banyaknya kecuali Allah sendiri yang mengetahuinya. Mereka beribadat tidak henti-henti walau sesaat pun. Maka bila tiba malam Ramadhan, mereka minta izin kepada Allah untuk turun ke bumi solat bersama anak adam. Maka siapa yang disentuh oleh mereka atau meyentuh mereka bererti ia telah mendapat bahagia yang tidak akan menderita kesusahan atau celaka untuk selamanya."



Umar r.a ketika mendengar keterangan hadis itu lalu berkata:

Kamilah yang berhak untuk itu. Lalu ia mengumpulkan orang-orang untuk melakukan solat tarawih dan menegakkannya.

FADHILAT BULAN RAMADHAN 4

Abul-Laits berkata: Nabi s.a.w. telah mensyaratkan dalam puasa dan bangun malam itu harus berdasarkan kepada iman percaya kepada janji Allah daripada pahala, dan tulus ikhlas serta khusyuk kerana Allah, dan untuk mencapai itu harus menjaga kehormatan bulan Ramadhan, dengan menjaga:

-Lidah dari dusta,
-Ghibah dan bicara-bicara yang tidak berguna, tidak perlu,
-Juga menjaga anggotanya dari dosa dan kesalahan-kesalahan,
-dan menjaga hatinya dari hasud dan memusuhi orang muslim, mukmin,

Kemudian dari itu semua harus benar-benar takut kepada Allah kalau-kalau tidak menerima amalnya itu.

(TANBIHUL GHAFILIN)

Friday, September 5, 2008

FADHILAT BULAN RAMADHAN 3

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Salman Alfarisi r.a berkata: Rasulullah s.a.w berkhutbah pada akhir bulan Syaaban dan bersabda:

“Hai semua manusia, telah tiba kepada mu bulan yang besar dan berkat, bulan yang mengandungi lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan oleh Allah kepada hambanya supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunat, maka siapa yang mengerjakan yang sunat dalam bulan itu maka sama dengan orang yang mengerjakan fardhu di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan yang fardhu di bulan itu bagaikan tujuh puluh fardhu di lain-lain bulan, dan ia bukan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga, dan ia sebagai bulan bantuan dan pertolongan, dan bulan yang ditambahkan kepadanya rezeki orang mukmin, siapa yang memberi buka puasa kepada orang yang puasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosanya.

Sahabat berkata: Ya Rasulullah, tidak semua orang mempunyai makanan untuk memberi buka pada orang puasa. Jawab Nabi s.a.w: Allah memberi pahala itu bagi orang yang memberi buka puasa walau seteguk susu, atau sebiji kurma atau segelas air, dan siapa yang mengenyangkan orang puasa, maka ia diampunkan dosa-dosanya dan diberinya minum dari telagaku minuman yang tidak akan haus sehingga masuk syurga, dan ia mendapat seperti pahalanya orang yang puasa tanpa mengurangi pahalanya sendiri sedikit pun, dan ini bulan permulaannya rahmat dan pertengahan pengampunan dan akhirnya kebebasan dari neraka, dan siapa yang meringankannya terhadap budaknya(buruhnya) maka Allah akan memerdekakannya dari api neraka.”


(TANBIHUL GHAFILIN)


Thursday, September 4, 2008

FADHILAT BULAN RAMADHAN 2

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Umat ku diberi oleh Allah tiap bulan Ramadhan lima macam, yang tidak diberikan kepada umat-umat sebelumnya,
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau misik (kasturi)
2. Malaikat mintakan ampun untuk orang yang puasa hingga buka.
3. Penjahat-penjahat syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak leluasa sebagaimana biasa.
4. Allah menghias syurga tiap hari dan berfirman: Hampir para hamba Ku yang soleh bebas dari keberatan dan gangguan dan kembali kepada mu.
5. Allah mengampunkan mereka pada akhir malam Ramadhan.


Ditanya: Ya Rasulullah apakah itu lailatul qadar? Jawabnya: Bukan, tetapi seorang buruh dibayar upahnya bila telah selesai pekerjaannya.


(TANBIHUL GHAFILIN)

Wednesday, September 3, 2008

FADHILAT BULAN RAMADHAN 1

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Bahwa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya syurga itu dicukup-cukup dan diperhias tiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan, maka apabila pada malam pertama Ramadhan, datang angina dari bawah Arasy yang bernama Al Mutsirah, maka menggoyangkan daun-daun syurga dan menggerakkan daun pintu sehingga terdengan suara bidadari dari jendela-jendela bahagian atas syurga dan berseru: Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkanseorang dari kami, kemudian bidadari-bidadri itu bertanya kepada malaikat Ridhwan: Ya Rdhwan, malam apakah ini? Jawab Malaikat Ridhwan: Wahai wanita-wanita cantik, ini malam pertama dari bulan ramadhan. Kemudian Allah berfirman: Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu syurga untuk orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. Dan menyuruh Malaikat Malik: Ya Malik, tutuplah pintu-pintu neraka jahim dari orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w dan berfirman: Ya Jibrail, turunlah ke bumi dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahat dan rantai mereka kemudian buanglah mereka dalam laut supaya tidak mengganggu (merosak) puasa umat Muhammad s.a.w. Dan pada tiap malam ramadhan, Allah berseru tiga kali: Siapakah yang minta, akan Aku beri permintaannya. Siapakah yang bertaubat dan Aku terima taubatnya. Siapakah yang minta ampun, maka akan Aku ampunkan. Kemudian diserukan: Siapakah yang akan menabung pada yang kaya yang tidak pernah tidak punya, dan yang selalu menepati yang tidak zalim, dan pada tiap hari bulan ramadhan Allah memerdekakan sejuta ahli neraka yang semuanya layak diseksa, dan bila pada hari atau malam jumaat pada tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, dan bila pada akhir malam ramadhan Allah memerdekakan pada har itu sebanyak orang yang dimerdekakan dari pertama hingga akhir ramadhan. Dan pada malam lailatul qadar, Allah menyuruh Malaikat Jibril dengan rombongan malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang diletakkan di atas kaabah, dan ia mempunyai enam ratus sayap yang tidak dihampar kecuali pada malam lailatul qadar, maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat.

Lalu malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk, sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar maka Jibrail berseru: Hai para malaikat, segera kembali, kembali, lalu malaikat bertanya: Bagaimana dengan hajat kaum Mu’minin dari umat Muhammad s.a.w? Jawab Jibril: Allah melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka kecuali empat macam: 1, Pemabuk(peminum khamer). 2, Penderhaka terhadap kedua ayah bondanya. 3, memutuskan hubungan famili. 4, Orang yang memboikot, tidak bicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Dan apabila tiba malam Idul fitri itu bernama malam pembagian hidayah, maka pada pagi harinya di utus Malaikat berdiri diperempatan jalan sambil berseru dengan suara yang lantang dapat didengar oleh segala sesuatu kecuali jin dan manusia: Hai umat Muhammad keluarlah kamu kepada Tuhan yang pemurah, memberi yang besar dan mengampunkan dosa-dosa besar, maka bila mereka telah keluar ke musalla, Allah berfirman kepada Malaikat: Hai malaikat Ku, apakah upah buruh bila ia telah selesai pekerjaanya? Jawab Malaikat: Ya Tuhan, upahnya supaya dibayar lunas. Maka firman Allah: Aku persaksikan kepadamu hai malaikat Ku bahwa pahala puasa dan bangun malam ramadhan itu keredhaanKu, maka demi kemuliaan dan kebesaran Ku, tiadalah kamu minta urusan dunia atau agama melainkan Aku berikan kepadamu."

(TANBIHUL GHAFILIN)

Friday, August 22, 2008

MENAWARKAN DIRI UNTUK DINIKAHI LELAKI YANG SOLEH

Assalamualaikum…

Saja je ein keluarkan topik ni. Rata2 muslimah ramai yang ada masalah ni. Ein sendiri ada pengalaman tentang ni. Tapi bukan dengan abe. Abe, die yang mulakan dulu sampai ein gastric lah bila dapat tau. Ehehe. Tapi ein belum nak cerita tentang pengalaman ein. Kita ikuti bahan2yang ein dapat ni dari beberapa buah buku:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hendaklah memilih calon yang baik, oleh itu disyariatkan bagi wanita untuk menawarkan kepada lelaki soleh yang taat beragama.

Dari Anas bin Malik r.a, menceritakan:
“Pernah seorang wanita datang menemui Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya seraya berucap, ‘Wahai Rasulullah, apakah engkau tertarik pada diriku?’ Maka anak perempuan Anas berkata, ‘ Betapa tidak malunya dia. Betapa hinanya dia.’ Dan Anas pun berkata, ‘Dia lebih baik daripada kamu. Dia menginginkan Nabi s.a.w sehingga dia memperkenalkan diri kepada baginda.’” (HR Bukhari)


------------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat juga satu kisah sahabat wanita iaitu Umamah. Ali bin Abi Thalib menikahi Umamah sesuai dengan wasiat Fatimah sebelum meninggal dunia.

Sebelum Ali bin Abi Thalib meninggal, dia telah mewasiatkan agar Umamah menikah dengan Mughirah bin Naufal.

Habis tempoh iddah, Muawiyah bin Abi Sufyan datang melamar Umamah tetapi Umamah mengutus surat pada Mughirah dan berkata, “Kalau engkau berkeinginan menikah dengan ku segeralah datang.” Maka menikahlah Mughirah dan Umamah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
­­­­­­­­­­­­­­­­­­
Itu hanya sebahagian kisah sahabat wanita yang menawarkan diri pada lelaki yang soleh. Saidatina Khadijah lah contoh sebaik2nya. Istilah perigi mencari timba tak wujud dalam Islam. Tetapi hendaklah dengan tujuan berkahwin. Yang sememangnya mempunyai niat untuk berkahwin bukan kerana suka2seperti mana remaja sekarang suka2 bertukar2pasangan

Wallahu’alam

Wednesday, March 26, 2008

Benarkah "Saka" Wujud?

Hari ni dalam rancangan Wanita Hari Ini membincangkan tentang saka. Agak menarik. Ein nak kongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang ein ingat tentang perbincangan tersebut.

Tetamu jemputan adalah seorang ustaz (tak ingat namanya), seorang pengamal perubatan alternatif dan seorang wanita yang pernah mewarisi saka.

Definisi saka:
Saka adalah jin yang dibela oleh manusia dan diturunkan turun temurun pada keturunannya. Saka adalah istilah yang diberi oleh orang melayu berdasarkan perkataan puSAKA. Bermakna ia adalah pusaka nenek moyang yang membelanya.

Orang dahulu memelihara saka untuk perlindungan. Dulu tidak ada polis dan sebagainya. Untuk melindungi keluarga, perniagaan, perubatan dan sebagainya.

Mewarisi saka:
Sebelum matinya si pemilik, dia akan turunkan kepada keturunannya secara lansung melalui jampi kepada pewaris, dah ternyata syirik. Di mana ada persetujuan antara pemilik dan pewaris. Atau secara tidak lansung iaitu melalui perantara iaitu barang-barang si pemilik saka seperti emas, jam dan sebagainya. Dan pewaris tidak sedar dan tidak tahu dia telah menjadi pemilik saka yang baru.

Saka tersebut akan sentiasa mengikuti pewaris dan berdiam di dalam tubuh, darah si pewaris. Pewaris hanya sedar dia memiliki saka apabila pewaris pergi berubat dengan pengamal ubat traditional atau alternatif seperti bomoh atau ustaz.

Seperti bekas pewaris saka itu, dia hanya menyedari dia mewarisi saka apabila dia terkena sihir dan bertemu ustaz pengamal perubatan alternatif ini. Sewaktu dalam proses pengubatan, dia dapat merasakan dalam dirinya ada saka dan aka tersebut bercakap dengan dirinya tentang salsilah saka tersebut dari nenek moyangnya dulu, turun temurun dalam keluarganya. Hanya ketika itu baru dia tahu mengenai saka milik keluarganya.

Antara tanda-tanda orang tersebut memiliki saka:
- pintu rezeki pemilik tertutup di mana jika pemilik melakukan perniagaan, perniagaanya tidak menjadi.
- terdapat pelbagai halangan dalam hidupnya. Apa yang dilakukan biasanya kurang berhasil
- jika di dalam jaga, pemilik susah hendak tidur
- jika tidur selalu bermimpi yang buruk
- selalu mengalami sakit kepala. Mendapat sakit yang susah hendak dikesan puncanya. Di sini ustaz tersebut memberi contoh, si pemilik sakit kepala yang amat sangat. Tapi doktor tidak dapat mengesan punca sakit tersebut. Ada juga yang menghidap sakit kronik seperti kanser, penyakit yang sukar diubati.
- bagi perempuan, kerap mengalami istihadah. Kerana menurut ustaz tersebut, seperti yang telah kaum wanita maklum, selepas 15 hari, darah yang keluar bukanlah darah haid, tetapi darah istihadah, darah penyakit. Dan jin mengalir bersama darah ini. Terdapat hadis yang mengatakan bahawa syaitan mengalir di dalam tubuh manusia melalui salur-salur darah.
- ibu yang mengandung, hilang anak di dalam kandungan juga ada yang berkaitan dengan saka.
- susah mendapat zuriat dan sebagainya

Terdapat pelbagai jenis saka, antaranya:
- saka pemanis – untuk pemilik yang mahu sentiasa nampak cantik
- saka bidan – yang biasa digunakan oleh bidan-bidan
- saka andam - digunakan oleh mak andam dulu kala
- saka penggerun – untuk membuatkan orang tunduk dan takut pada pemilik. Saka penggerun biasanya ialah saka harimau.

Jin juga seperti manusia:
Jin juga seperti manusia. Ada agama dan kepercayaan yang dipegang. Ada lelaki, ada perempuan seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Juga terdapat pelbagai profesion seperti bidan, perubatan, andaman dan sebagainya.

Jika manusia biasa, kita ada doktor. Jin pun ada doktor mengubati pesakit yang menghidapi sakit kerana sihir dan sebagainya. Termaktub juga di dalam A-Quran bahawa jin dan manusia saling bergantung antara satu sama lain. Di mana manusia mempergunakan jin untuk kepentingan dirinya.

Percayaan khurafat:
Juga berkait rapat dengan saka. Antara kepercayaan khurafat ialah lenggang perut. Yang mana orang dahulu buat kerana takutkan saka dan mahu perlindungan. Namun orang sekarang ikut saja kepercayaan tersebut tanpa mengetahui asal usul kepercayaan itu.

Pengamal perubatan atau ustaz:
Menurut ustaz tersebut, pengamal perubatan atau ustaz yang menggunakan selain daripada ayat Al-Quran untuk mengubati orang yang sakit akibat makhluk halus, sedikit sebanyak ada saka samada sedar atau tidak.

Contoh seperti santau. Santau dibuat menggunakan hikmat dan diubati juga dengan menggunakan hikmat. Pengamal perubatan boleh mengeluarkan kaca pada dada pesakit tanpa melakukan pembedahan dan sebagainya telah pun terbukti yang dia ada sedikit sebanyak ilmu atau berhubung dengan jin. Sedangkan beliau seorang ustaz pun tidak mampu melakukan sedemikian kerana hanya mengamalkan ayat Al-Quran.

Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang jin atau syaitan ini. Dengan ayat tersebutlah ustaz tersebut mengubati pesakitnya. Pesanan akhir dari beliau, jika didapati ada saka dalam diri seseorang itu, wajib dibuang segera sebelum memudaratkan diri pewaris atau pemilik.

Wallahu'alam

P/S: Minta dijauhkan...

Monday, March 24, 2008

Anak vs Ibu

Assalamualaikum...
Ini lagi satu perkara yang ein nak kemukakan...
Hubungan anak dan ibu...

Ada banyak sunnah nabi yang mengutamakan seorang ibu bagi seorang anak. Antaranya:

Aljannatu tahta aqdaamil ummahati
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
(HR Ahmad)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: Saya tanya pada nabi s.a.w:
Ya Rasulullah siapakah yang harus saya taati? Jawab Nabi s.a.w: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawabnya: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawabnya: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawab Nabi s.a.w: Ayahmu. Kemudian yang terdekat dan yang dekat dari kerabat.
(Tanbihul Ghafilin)

Akhir-akhir ni banyak cerita-cerita drama melayu yang mengisahkan tentang anak-anak derhaka. Kita tengok, namun setakat mana kita sedar dan ambil pegajaran? Kita insaf dan sedih, namun lepas bangun tidur, kita lupa. Dah tak berkesan di dalam hati.

Tergerak hati ein untuk bercerita tentang hamba Allah ini. Namanya biarlah dirahsiakan untuk melindung dirinya dari aib. Hamba Allah ini (perempuan) tinggal bersama ibunya yang sudah tua, berusia 77 tahun. Manakala hamba Allah ini berusia 47 tahun. Dari kecil hingga berusia 47 tahun dia tinggal bersama ibunya.

Kebiasaannya pagi-pagi, sebaik bangun, dia akan mengemas rumah. Pembersih orangnya. Walaupun tergolong dalam golongan orang kurang upaya, dia masih mampu melakukan semua kerja rumah. Sementara ibunya hanya memasak untuk penghuni rumah tersebut.

Tapi apa yang kurang menyenangkan, dia suka berleter. Memang leterannya betul. Dia penat mengemas. Ibunya pula lepas masak, basuh pinggan dan apa saja yang dilakukan, kurang sempurna. Maklumlah sudah tua. Pinggan tidak disimpan dengan betul. Lepas masak tak dikemas semula. Timbul la rasa panas hati dalam diri si anak. Si ibu terpaksa makan semua leteran si anak. Setiap hari begitu. Sebaik saja penyapu di tangan, si anak akan mula berleter. Pendek kata, susah hendak lihat si anak berwajah manis pagi-pagi hari.

Mereka ada membela kucing. Kebanyakkannya kucing yang orang buang, datang minta belas kasihan, minta diberi makan. Lebih dari 10ekor kesemuanya. Si ibu memang sangat kasihkan kucing kerana kucing kesayangan nabi. Tapi kucing itu semua bawa masalah pada mereka. Penat di beri makan, dibalasnya najis merata-rata. Bermacam-macam cara telah dibuat. Namun kucing itu masih membuang najis merata-rata tempat.

Si anak yang pembersih dan suka berleter, makin galaklah berleter. Sudah berapa kali kata hendak buang kucing-kucing tersebut. Tapi setiap kali itu juga, berakhir dengan pergaduhan. Si ibu tidak mahu buang kucing-kucing itu. Makin hari si ibu tidak tahan dengan leteran si anak. Di pendam di dalam hati. Terkadang terdengar sumpah seranah si ibu pada si anak dalam diam. Astaghfirullah hal aziem.

Sehinggalah si anak di masukkan ke dalam wad kerana kuman yang ada pada najis binatang itu. Badan si ibu dan si anak juga merah-merah dan gatal-gatal akibat kuman kucing seperti yang dikata oleh doktor. Anak cucu juga tak mahu balik kerana busuk kata mereka dan takut mendapat penyakit. Anak-anak si ibu yang lain cuba menasihati si ibu. Namun si ibu tidak ambil kisah. Si ibu mengatakan bahawa bukan kerana kucing si anak di masukkan ke wad, dah Tuhan nak bagi sakit.

Laillahaillallah...
Sampai begitu sekali. Mungkin si ibu rela kehilangan anak dari kehilangan kucing. Si anak terus-terusan berleter setiap hari sehingga satu hari si ibu terlepas kata. Mungkin kerana selama ini si ibu telah banyak memendam perasaan, kerana tak tahan dengan leteran si anak, akhirnya terlepas juga satu ayat dari mulutnya. SIAL PUNYA ORANG!

Astaghfirullah...
Tersentak si anak. Makin galaklah si anak berleter, marah-marah sambil menahan air mata. Ayat yang selama ini tersemat kukuh di dalam hati si ibu, akhirnya memecah keluar melalui lisannya.

Melalui cerita ini, ein nak anda semua berfikir dan masukkan diri anda dalam situasi kedua-dua watak ini.

Si anak:
Silap si anak, dia lupa itu adalah ibunya yang selayaknya dia hormati. Walaupun leterannya betul, namun itu tetap seorang ibu. Walaupun seorang ibu itu zalim sekali pun, sewajarnya kita hormati. Pernahkah dengar kisah seorang lelaki yang memelihara ibu bapanya yang telah menjadi seekor khinzir?

Leterannya mengguris sekeping hati tua. Dengan usia lanjut seperti itu, hati mdah terguris. Dan haruslah difahami, apabila sudah tua, ingatan berkurangan. Masakan si ibu dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Buat sajalah mengikut kehendak anda. Jika si ibu buat salah, jangan di marah, jangan dileter. Apa salahnya anda betulkan kesilapan si ibu tanpa mengguris perasaannya. Tanpa sedar, anda tergolong dalam golongan anak yang derhaka. Serta, mendapat laknat dari si ibu sekali gus laknat dari Allah s.w.t. jangan lupa, redha ibubapa adalah redha Allah.

Keredhaan Allah (terhadap hambaNya) tergantung pada keredhaan ibu bapanya, dan kutukan Allah itu bergantung juga pada kutukan kedua ibubapanya.
(HR Tarmizi)

Bukan pada ibu saja, bagi yang sudah berumahtangga, janganlah berleter pada suami. Suami sewajarnya dihormati. Redha suami menjamin kebahagiaan anda di akhirat kelak. Zaman ini terlalu ramai isteri yang suka berleter pada suami.

Si ibu:
Jangan lupa, anak adalah anugerah Allah. Sewajarnya dikasihi. Seburuk mana si anak, jangan sesekali dibenci. Kerana kebiasaannya, anak yang dibencilah anak yang akan menjaga anda bila tidak berdaya kelak.

Memang kucing kesayangan nabi. Namun jika sampai memudaratkan kesihatan seisi rumah, lebih baik dilepaskan saja. Untuk apa mempertahankan kucing sedangkan kebajikkan dan kebahagiaan seisi keluarga tergugat sehingga menimbulkan pergaduhan.

Yang teramat penting untuk si ibu, janganlah menyimpan perasaan yang buruk terhadap anak. Jangan disumpah seranah si anak walau seburuk mana pun. Kata-kata seorang ibu ibarat doa. Jangan disalah gunakan kurniaan Tuhan itu. Malah, kejayaan dan kegagalan anak dalam hidup juga bergantung pada ibu. Setakat mana redha seorang ibu pada setiap kelakuan, pergerakkan dan kehidupan si anak.

Kesimpulannya:
Mungkin si ibu dan si anak kurang pengetahuan agama. Namun setiap manusia ada sifat kemanusiaan. Di berikan akal untuk berfikir. Jadi gunakanlah akal untuk berfikir baik buruknya perbuatan itu.

Mahukah si anak menjadi si Tanggang atau Malin Kundang?
Sampaikah hati si ibu melihat si anak menjadi 2watak itu?

Jangan dah terantuk baru nak terngadah...waktu itu, tidak guna lagi sesalan...janganlah yang buruk di simpan di hati...biarkanlah perasaan itu berlalu pergi...

P/S: Cuba baiki diri. Masih belum layak menjadi anak solehah. Ein amat-amat berterima kasih pada seseorang. Dia antara asbab, mak berubah sikap dan hubungan kami lebih rapat. Syukran.

Friday, March 14, 2008

Larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut dari mereka sesuatu yang boleh membahayakan; dan Allah menakutkan kamu dengan azabNya dan kepada Allah tempat kesudahan.”
Ali-Imran ayat 28

Keterangan ayat:
Kamu, orang-orang mukmin tidak boleh mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, kecuali jika kamu sangat-sangat takut kepada mereka.
Ketika itu kamu tidak berdosa. Di dalam surah mumtahinah, Allah s.w.t berfirman sebagai menambah keterangan ayat ini. Allah s.w.t tidak melarang kamu berbuat kebaikkan dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu tentang agamamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air mu, kerana Allah s.w.t mengasihi orang-orang yang adil (ayat 8)

Hanya Allah s.w.t melarang kamu mengambil pemimpin dari orang-orang kafir yang memerangi kamu tentang agamamu dan mengusir kamu dari tanah air mu dan menolong mengusir kamu. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka dia adalah orang zalim (ayat 9).

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat yahudi dan nasrani menjadi wali. Sebagaimana mereka menjadi wali bagi yang lain. Dan barangsiapa yang mengangkat mereka di antara kamu, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak menunjukkan kaum yang zalim.”
Al-Maidah ayat 51

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil musuh Ku dan musuhmu menjadi wali (pemimpin); kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir Rasul dan kamu, kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu keluar berjuang pada jalanKu dan menuntut keredhaan Ku, kamu rahsiakan kepada kasih sayang. Padahal Aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu lahirkan. Barangsiapa berbuat demikian di antara kamu, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus. “
Al-Mumtahinah ayat 1

Maka boleh disimpulkan bahawa, samada orang kafir itu baik pada kaum muslimin atau tidak, tetap tidak boleh diangkat menjadi pemimpin melainkan kerana takut kepada mereka, terpaksa dan darurat.

Thursday, March 6, 2008

Kabel? Dengan izin Allah s.w.t

Assalamualaikum wbt. Tiba-tiba terasa macam nak kongsi satu reality dengan kawan-kawan semua. Tentang kabel. Kabel apa agaknya yang ein maksudkan? Kabel elektrik ke apa?

Yang ein maksudkan ialah kabel untuk dapatkan peluang pekerjaan. Kenapa ein tiba-tiba bangkitkan isu ni? Sebab ein alami sendiri perkara ni dan rata-rata orang sekeliling ein pun cuba dapatkan kabel ni.

Pendapat mak ein, tak adil bagi orang yang tak ada kabel. Mereka terpaksa bersaing sedangkan dah nyata peluang untuk mereka yang menggunakan kabel lebih besar. Ya, memang tak adil. Ada juga keburukkannya guna kabel iaitu, mungkin tak semua orang suka kabel kita tu. Tapi disebabkan kabel kita tu berjawatan lebih tinggi, mempunyai nama, mempunyai kuasa, maka penemuduga terpaksa menerima calon temuduga itu untuk berkerja. Ya, tak adil bagi calon yang mempunyai kelulusan, pengalaman dan kriteria-kriteria yang lebih baik tapi tidak mempunyai kabel. Mungkin juga orang-orang di dalam sektor tersebut, dapat tau calon yang diterima bekerja ini menggunakan kabel besar, timbul rasa dengki, benci, meluat di hati mereka. Risikonya terpaksa calon ini hadapi sepanjang bekerja di sektor tersebut.

Ini juga merupakan salah satu ikhtiar. Tapi, bergantung pada diri. Adakah anda rasa anda layak menggunakan kabel? Adakah kelulusan anda, kriteria-kriteria yang ada pada anda melayakkan anda mendapatkan jawatan tersebut yang boleh membenarkan anda menggunakan kabel? Jujurlah pada diri sendiri. Jika anda rasa layak, cubalah gunakan kabel. Kerana kemungkinan 90% calon-calon temuduga lain menggunakan kabel. Jika 90% dari calon-calon menggunakan kabel, apa pula peluang anda yang tak menggunakan kabel? Inilah yang dikatakan berjuang untuk hidup. Tapi biarlah dengan cara yang betul.
Bagi sesetengah orang akan berfikir, orang yang menggunakan kabel, sanggup memotong rezeki orang lain. Ada yang mengatakan menggunakan kabel merupakan taktik kotor untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, cuba difikirkan, jika tak menggunakan cara ini, peluang anda mungkin 30% saja.

Tapi, jangan sangka ein setuju menggunakan kabel. Apa yang ein nyatakan di atas sebenarnya adalah tanggapan-tanggapan orang yang berjuang dan berusaha untuk hidup dalam zaman yang penuh muslihat ini. Tak terkecuali, ein juga turut memikirkan perkara yang sama kerana ada logiknya. Sebaik saja ein dapat surat interview, rata-rata ahli keluarga ein bagi cadangan untuk berjumpa dengan kabel dan dapatkan surat sokongan. Terkadang ein sendiri rasa tersepit dan terdesak kerana ein sendiri berusaha bertungkus lumus untuk mengubah kehidupan ein, untuk hidup dan mencari rezeki.

Namun, ein masih ingat kata-kata ein pada mak bahawa ein tak mahu menggunakan kabel besar-besar. Bila rata-rata ahli keluarga menyokong menggunakan kabel, terasa goyah, goyangnya tangkai hati. Bukan mudah hendak melepasi tapisan sampai tahap dipanggil temuduga. Bukan mudah. Ein antara yang bernasib baik kerana dapat melepasi tapisan dalam tempoh tak sampai 1tahun. Sedangkan kakak sepupu yang berkelulusan ijazah masih belum melepasi tapisan untuk jawatan yang dipohon. Bukan itu saja, melihatkan calon temuduga berjumlah 180 orang dan jawatan yang kosong hanya 3, semakin goyah jiwa ein.

Ditambahkan lagi dengan mak ein yang mengharapkan ein mengubah nasib ein, ein jadi buntu. Cuma rata-rata keluarga terus menerus mengarahkan ein berjumpa dengan kabel besar tu. Kata mereka, susah jika tak guna kabel yang besar lagipun saudara sendiri tak kan nak berkira. Ya, memang, tapi ein ada pendirian ein sendiri.


“dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepada mu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu.”
Al-Baqarah ayat 216

Di sini ein nak tekankan, sekuat mana pendirian anda, terkadang anda jadi hilang arah dan tujuan akibat desakkan orang disekeliling anda. Seperti mana seorang yang beriman di goda oleh nafsu untuk melakukan maksiat. Ein membiarkan saja apa kata mereka kerana dah penat menegakkan pendirian depan mereka. Biarlah apa mereka nak kata yang penting antara ein dengan Dia. Andai mereka buat sesuatu untuk menolong ein, ein tak boleh nak kata apa. Yang penting itu bukan kehendak ein. Hidup dalam masyarakat dan zaman ini membuatkan ein merasa tersepit dengan keadaan.

Tersebut di dalam hadis Qudsi yang berbunyi: “ Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi tugas mengurus rezeki-rezeki anak adam: “Sesiapapun hamba Ku yang kamu dapati dia menuju cita-cita yang satu (bertakwa menuju redha Ilahi), maka jaminlah oleh kamu rezekinya dari langit dan bumi; dan sesiapapun hamba Ku yang kamu dapati mencari rezekinya itu dengan adil, maka murnikanlah dan mudahkanlah rezeki itu baginya; dan jika ia melanggar ketentuan yang demikian dengan cara lain, biarkanlah ia berbuat sekehendak hatinya, kemudian ia pasti tidak akan dapat mencapai darjat(kadar) di atas dari apa yang telah Aku tentukan baginya!”
(Diriwayatkan oleh Abu Nu’man dari Abu Hurairah)

Mari kita lihat dari sudut lain. Sepupu ein dapatkan surat sokongan tapi sampai sekarang masih tak ada berita samada dia diterima bekerja atau tidak. Persoalan di sini yang ein nak anda fikirkan sama...di manakah kuasa surat sokongan tersebut? Dimanaka kuasa orang yang membuat surat sokongan tersebut? Kenapa setelah mendapatkan surat sokongan, masih tak dapat pekerjaan?

Jawapannya, surat sokongan hanyalah sehelai kertas, tak mempunyai kuasa apa pun. Kabel walaupun mempunyai pengaruh yang kuat, namun tetap hanya manusia biasa. Masih tak dapat pekerjaan kerana belum sampai rezeki anda. Sehelai kertas dan manusia biasa tak mampu mengubah apa-apa andai DIA tidak izinkan. Bukan kertas dan kabel yang beri anda rezeki. Mereka tak mampu memberi anda rezeki kalau DIA tidak izinkan. Kertas dan kabel hanyalah cara untuk anda berusaha, berikhtiar mendapatkan pekerjaan namun kuasa bukan ditangan kertas dan kabel. Semuanya dari ALLAH s.w.t. Jika bergantung pada kabel dan kertas saja tapi lalai pada tanggungjawab sebagai hamba, tidak memohon pertolongan dariNya, tidak ada gunanya.

Bagi sesetengah orang mungkin berfikir, kenapa mereka yang menggunakan kabel dan kertas walaupun tidak mengabdikan diri padaNya, tetap dapat apa yang mereka inginkan. Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. Lihatlah saja hadis Qudsi di atas dan Allah ingin menguji setakat mana syukurnya anda pada nikmatNya. Namun, sedikit saja hambaNya yang bersyukur.

“Sesungguhnya Allah Mempunyai Kurnia untuk manusia. Tetapi kebanyakkan manusia tidak berterima kasih”
Al-Baqarah ayat 243

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan dirinya (tidak bersyukur), tetapi apabila dia ditimpa kejahatan, dia (berdoa) dengan doa yang panjang”
As-Sajdah ayat 51

Ingatlah, Allah yang memberi anda rezeki mahupun kuasa. Anda hidup keranaNya. Malanglah bagi mereka yang menyangkakan kabel dan kertas yang memberi mereka rezeki. Malanglah bagi mereka yang mengatakan tanpa kabel dan kertas, mustahil untuk mereka dapat jawatan tersebut. Malanglah bagi mereka yang tidak meminta dariNya sewaktu senang.


“Wahai orang-orang yang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar”
Al-Baqarah ayat 153

Mungkin walaupun tidak menggunakan kabel, rezeki tetap berpihak pada anda. Mohonlah padaNya dan letakkan segenap harapan padaNya.Jika semuanya telah anda usahakan namun anda masih tak mendapat jawatan tersebut, ingatlah itu bukan rezeki anda. Bukan kerana Dia tidak mahu membantu anda tapi kerana Dia sangat kasihkan anda dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi anda.

Tanamkan lah dalam hati bahawa Dia lah tempat anda bergantung dan Dialah yang memberi anda apa yang anda ada sekarang ini. Jangan berputus asa padaNya, jangan berburuk sangka padaNya jika Dia tidak memberikan apa yang anda inginkan. Takbir!

Wallahu’alam

P/S: Ein pun ada kabel. Tapi bukan kabel elektrik ye. Kabel yang paling besar dari kabel besar yang ada. Ketua bagi kabel-kabel besar. Itulah Allah s.w.t. Takbir!


“Supaya Allah membalasi orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia”
As-Saba’ ayat 5