Tuesday, December 22, 2009

KeMuNCuLaN KeMBaLi


Assalamualaikum...
Lama dah tak post entry dalam blog ni dan blog yang lain.
Ein ucapkan terima kasih pada mereka yang masih setia menjenguk blog ni.
Sejak bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat Ein kasihi pada 14 Ogos 2009, Ein pun berhenti berbloging.
Plus internet tak ada. Ehe.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan Ein seorang suami yang sangat mengasihi Ein.
Dia sentiasa yang terbaik bagi Ein walaupun kita sebagai manusia biasa, banyak kekurangannya, namun tetap dia yang terbaik untuk Ein.
Doakan lah kebahagiaan kami.

Dalam tempoh itu juga, Ein sangat-sangat bersyukur kerana di murahkan rezeki oleh Nya.
Dikurniakan harta yang paling berharga buat Ein dan seluruh umat manusia yang sememangnya tiada tandingan lagi.
Usianya sama dengan usia perkahwinan Ein. Alhamdulillah. Hampir 5 bulan Ein bergelar isteri dan bakal Umi. Pengalaman yang sangat-sangat berharga bagi Ein.
Doakan juga dia bakal menjadi anak yang soleh/solehah. Sihat dan sempurna.

Ameen