Showing posts with label Komentar dan pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Komentar dan pengajaran. Show all posts

Monday, May 18, 2009

Jenis-jenis Manusia Buku



bismillAhirrohmAnirrohIm...

ingin berkenalan dgn jenis2 manusia 'buku' ? silakan baca ye... ;=p

- Biblioholisme adalah mereka yg mempunyai hasrat untuk membeli, membaca, menyimpan, dan mengagumi buku yang dicenderungi secara berlebihan. Pelakunya disebut Biblioholik. Singkatnya, kecanduan buku, ketagihan buku. cam gitu lah dan ini berkonotasi negatif. Jadi bukan sekadar kutu buku nih, tapi perkara-perkara dibawah ini benar2 berlaku dan sulit dipercaya. Istilah-istilah di bawah ini dikutip dari buku “Elegi Gutenberg” oleh Putut Wijanarko yang menukil dari buku “Biblioholism, The Literary Addiction” by Tom Raabe.

- Bibliomania (gila buku) membeli buku hanya untuk disimpan saja. Contoh dari kes ini adalah Boulard, ahli hukum asal Prancis yang hidup pada abad ke-18. Begitu bernafsu membeli buku-buku, hingga rumahnya tak cukup untuk menyimpan buku2 tersebut. Dia sampai membeli 6 rumah lagi untuk menampung koleksi bukunya (luarr biasaaa…!!). Ketika meninggal Boulard memiliki 600 ribu hingga 800 ribu jilid buku yang baru habis diloakkan setelah lima tahun !!! Problem kegilaannya adalah Boulard tidak membaca buku2 tersebut.

- Sedangkan bibliofil (cinta buku) membeli banyak buku dan berharap dapat menguras/mengeluarkan/mendapatkan isi dan kebijakan dari buku-buku tersebut. Lebih waras dari kes diatas, bukan? Richard Heber, asal Inggris dan hidup di abad ke-19 mempunyai koleksi hingga 300 ribu buku yang ditempatkan di delapan rumah miliknya !! Dua berada di London, sedangkan 6 lainnya di Inggris dan Eropah. Heber selalu membaca sampai akhir hayatnya.

- Bibliotaph, pengubur buku.penderita gangguan ini terobsesi untuk menaruh buku seaman-amannya sehingga meminta mengubur buku2 koleksinya. Percaya bahwa masa depan manusia akan selamat jika buku karyanya selamat dari persekongkolan penguasa dunia saat itu. John Stewart meminta pembacanya menyimpan bukunya dengan cara sebagai berikut: “Tempatkan dalam kotak anti lembab, kuburkan sedalam tiga meter, dan rahasiakan tempatnya kecuali kepada orang kepercayaanmu”. Seorang bibliotaph lain meminta dikuburkan dengan buku2nya, dengan peti mati terbuat dari kayu bekas rak bukunya.

- Bibliocast, sang penghancur buku. Jika seseorang meminjam buku dari teman atau perpustakaan dan membaca/melihat halaman menarik, sanagt tak tahannya untuk memilikinya hingga mengoyaknya, maka dia sudah jadi bibliocast. Ternyata ada juga artis yang punya gangguan sebegini. Mary Shelley, penulis Frankenstein, sering mengoyak halaman kosong di awal atau di akhir buku dan kemudian membuat kapal kertas darinya. Dan, Charles Darwin membelah buku tebal menjadi dua agar mudah dibawa kemana-mana.

- Bibliophagi, lagi kacau abis nih. Si pemakan buku dalam erti makan yang sesungguhnya. Sebagian orang pernah melakukannya dengan membakar buku pelajaran, abunya dicampur air, kemudian diminum. Tujuannya supaya ilmu yang tertulis dalam buku tersebut bisa dimengerti dan melekat di otak, terus berharap lulus ujian. Contoh lain: takut dihukum pancung, seorang penulis asal Skandinavia berpura-pura gila dengan memakan bukunya setelah direbus dalam air daging (HEH..?). Lebih teruk lagi, Isaac Volmer memakan bukunya tanpa dimasak sebelumnya. Atau, Theodore Rinking, hidup di abad 17, menerima tawaran memakan buku kontroversialnya, sempat memesan sos khusus untuk itu, demi bebas dari penjara.

- Biblionarcissist, terinspirasi dari legenda Narcissus yang mati karena jatuh cinta pada ketampanannya hingga tak makan dan minum. Biblionarcissist gemar mengoleksi buku, menempatkan bukunya di almari khusus dan megah untuk dipamer, dan mengagumi diri sendiri. riya’. -
nah...kita di mana ye? he.

p/s : telah sy petik (dgn ijin)/n sy olah bahasa dr blog ini
dan ein pulak petik dengan izin dari pondokbuku. Terima kasih pada CakTopan's Journal dan Rkukaudya.


Monday, May 11, 2009

KISAH DI KEDAI BUKU



Alkisah, satu hari ein ke kedai buku. Tengah mencari-cari buku yang menarik untuk dibeli, adalah dua orang wanita ni masuk dengan bawak bakul. Banyak buku nak dibeli agaknya. Wanita tu pun terus ke rak buku agama. Kebetulan ein tengah belek-belek buku dekat situ. Dengar perbualan mereka sikitlah sebab suara mereka tu agak kuat waktu berbual sesama mereka.

Ein beralih ke rak sebelah. Ein dengar, agak kecoh dua orang tu bercakap. Dan dari percakapan mereka, taulah ein yang mereka tu ustazah. Mencari buku mungkin untuk bahan bacaan murid. Mungkinlah.

Ein lihat mereka main ambil je buku apa yang mereka rasa nak ambil tanpa tengok dan belek betul-betul. Tapi ein buat tak kisah. Hak mereka lah. Nama pun tempat awam. Kemudian, bakul buku tersebut diletakkan di tepi satu rak buku agama. Ein pun mula belek balik buku di rak agama. Nak memuaskan hati dan pastikan tak ada lagi buku yang ein nak beli sebelum membayar buku yang ein dah ambil.

Tengah belek-belek lagi, mereka datang balik ke rak buku agama dan berbincang di mana hendak mereka periksa buku yang mereka ambil sebentar tadi. Salah seorang dari mereka kata, duduk di situ sajalah. Dan mereka tarik bakul buku tadi dan bersila di atas lantai di tengah-tengah laluan. Antara 2rak buku agama. Kira dah menghalang laluan dan menghalang orang lain untuk melihat buku-buku yang ada di situ.

Ein biarkan. Ein terus belek buku dari satu rak ke satu rak buku agama sehingga hampir pada mereka. Mereka lansung tak hiraukan ein. Lansung tidak hirau kalau ein nak lalu atau nak lihat buku di rak tempat mereka duduk tu. Lansung. Mula hati ein menggerutu, ‘Ustazah apa ni macam tak ada adab je.’ Tapi demi menjaga hati mereka, ein tak ganggu. Ein tunggu mereka habis periksa buku yang mereka ambil.

Ein pergi ke rak lain. Dah lama tu, ein jenguk balik ke rak buku agama. Orangnya dah tak ada. Tapi bakul buku masih di tengah jalan. Ish. Apa punya orang ni? Dan mengejutkan juga, buku pakai ambil saja. Bila tak nak, main pakai letak saja. Astaghfirullah hal aziem. Ein fikir-fikir balik, ustazah apa ni? Malulah kalau orang lain nampak. Mana nilai-nilai Islam yang patut di tunjukkan?

Maaf ein kata. Bukan semua ustazah macam tu. Tapi kalau macam tu, fikir-fikirlah. Patut ke dekat tempat awam buat macam tu? Itu tempat awam. Bukan tempat anda. Ruang ada, kenapa mesti menghalang laluan orang lain. Dan peka lah sikit. Bila nampak orang tengah belek buku, bagi lah laluan. Walaupun orang tak minta. Berbudi bahasa lah. Mungkin orang tu malu nak menegur. Yela, salah ein tak tegur. Tapi ein tak mahu mengganggu. Mereka dah elok bersila, buku atas lantai, dan tak mahu mereka kecil hati.

Tapi empunya diri, fikir-fikirlah. Dah tu buku pakai letak je. Penat pekerja nak susun balik. Ein pernah kerja kedai buku. Ein tau. Dan ein pun pernah jadi pustakawan. Penat bila pelajar tak reti nak letak buku pada tempatnya. Memang itu kerja orang dekat kedai buku tu. Tapi tak kan tak ada perikemanusiaan atau budi bahasa. Di mana nilai-nilai Islam. Menggelarkan diri ustazah, tapi perwatakkan bertentangan. Teringat ein novel Zaharah Muhammad part seorang pemimpin institut tahfiz yang lansung tak mencerminkan nilai-nilai Islam.

Tolonglah tak kira ustaz, ustazah mahupun orang biasa, jaga lah adab tu. Kita orang Islam dan orang melayu. Orang bukan Islam pun mungkin lebih berbudi bahasa dari kita.

Wallahu’alam


Tuesday, April 14, 2009

Intersex a.k.a Khunza


Semalam ein tengok Oprah dengan mak. Dan tajuk perbincangan tentang Intersex atau dalam bahasa kita Khunza.
Ada 3orang yang menghadapi intersex di interview oleh Oprah.
Ein dan mak melopong tengok perbincangan dan kisah 3orang tu.
Ingat dari segi hormon, badan dengan alat sulit je. Rupanya lebih dari tu. Ada macam-macam jenis.
Kesian lah. Barat biasa berhadapan dengan perkara ni.
Tapi dari segi agama kita, Islam, mungkin golongan ni ada masalah tertentu.
Contoh dari segi ibadat. Nak solat macam mana. Tutup aurat macam perempuan atau tidak.
Saf bagaimana?
Macam yang ein dapat bila ein search yahoo tadi. Soalannya:

Soalan
:
di mana kah saf saorang khunza yang sifat serta naluri nya lebih kepada perampuan, apabila dia menyertai sembahyang berjemaah..
Jawapan
:
Seorang khunsa yang sifat nalurinya lebih kepada keperempuanan kedudukan safnya ketika solat berjemaah ialah di belakang saf jemaah wanita


Malu jugak ein nak cerita maklumat yang ein dapat dalam oprah semalam.
Tengoklah web ni tuk tau tentang jenis intersex tu klik
Huhu...
Kalau ada ulangan Oprah tu dekat Hallmark, tengok lah ek. Terutama yang perempuan.
Sebab 3orang yang dijemput tu perempuan kalau dipandang dari zahirnya.

Tak pernah terfikir sal ni sebab isu Khunza ni jarang-jarang kita dengar.
Kalau ada terjumpa golongan macam ni, janganlah sesekali menghina.
Bukan dorang yang minta dijadikan macam tu.
Tolonglah dorang. Dorang sendiri pun mencari-cari diri dorang yang sebenar.

Wallahu'alam.

Tuesday, April 7, 2009

MUHASABAH LAH DIRI



Manusia biasanya tidak sedar dan tidak tahu kesilapan mereka.
Perlu adanya orang lain yang menegur.
Lebih teruk bila tau kesilapan diri tapi tak nak mengaku.
Sangat-sangat pantang bila berjumpa dengan golongan macam ni yang merasa diri tu sentiasa perfect dan sentiasa betul.
Orang lain sentiasa salah. Selalu menunding jari pada orang lain.
Lansung tak bagi orang menegur. Bila ditegur, melenting.

Kalau anda orang yang macam ni, ingatlah, kita Cuma manusia biasa yang tak lepas dari buat salah.
Apa salahnya menerima teguran orang dengan hati yang terbuka.
Tak kiralah betul atau tak apa yang orang tu tegur.
Ambil je dan fikir balik, muhasabah diri, betul ke kesalahan tu?
Kalau betul di ubah. Kalau tak, tak rugi pun.
Apa masalahnya golongan ni ek?

Bukan nak kate apa.
Ada orang ni ein kenal, sentiasa mencari salah orang.
Salah sendiri tak nampak. Di butakan mata untuk menilai diri sendiri.
Bila ditegur, melenting, bergaduh sampai tak ingat dunia.
Semua orang tak nak ditegurnya macam semua orang tu ada buat salah dengan dia.
Sampai sanggup tak nak makan lauk yang orang lain masak.
Tak nak guna barang hak milik orang yang dia marah tu.
Sanggup berlapar.
Tapi kalau nak boikot, boikot jela semua.
Bil yang diguna, siapa yang bayar?
Jangan la sengkek sangat pemikiran tu.
Jangan lah ego sangat.
Kita hidup bukan tuk selamanya.
Kita dekat dunia ni sementara je.
Semua yang kita ada ni Cuma pinjaman je.
Tak ada yang hak milik mutlak.

Hanya kerana tak boleh terima teguran dan hanya kerana sangka diri sendiri je betul.
Bertindak tanpa gunakan otak yang Tuhan kurniakan.
Atau sememangnya lansung tak bersyukur?
Bila di sebut tentang hukum, lansung tak nak percaya.
Malah menidakkan Al-Quran dan Sunnah.
Astaghfirullah hal aziem…

Mereka yang rasa diri lebih kurang macam tu, ein nasihatkan, muhasabah la diri.
Wallahu’alam


Wednesday, March 25, 2009

Janganlah Menghina, Mengejek, Mengajuk...


Dah lama sebenarnya nak menulis tentang isu Idzu Saujana yang heboh sangat diperkatakan tu.
Macam-macam komen jugak yang ein baca dekat youtube.
Ein bukan nak menyokong dia. Nauzubillah ein tak nak subahat.
Cuma ein tak berapa setuju dengan berita yang dibesar-besarkan mengatakan dia jadi maknyah.
Please lah. Tak kan tak reti bezakan maknyah.
Ke tak pernah jumpa dan tengok maknyah? Ein tak mahu mengecam golongan ini.
Dorang manusia jugak.
Ada segelintir dari dorang yang bukan nak hidup macam tu.
Dorang nak hidup normal. Tapi tak ada yang bantu. Ada segelintir yang memang suka hidup macam tu.
So, sape kite untuk menilai dorang?
Diri sendiri pun kite tak boleh nak menilai. Yang hanya boleh menilai cuma Allah Yang Esa.

Kun fayakun.
Allah kata jadi, maka jadilah.
Sama jugak dengan orang yang buat jahat. Walaupun dalam hatinya dia nak berubah.
Tapi Allah belum buka kan jalan, dia tetap macam tu.

Balik pada cerita ein.
Izu memang ada sikit sikap lembutnya dulu.
Mungkin sikap tu tak dapat dikikis, jadi dia macam tu.
But, still, bukan maknyah. Nape mesti nak hukum dia sampai macam tu?
Tak kena dekat korang, boleh lah korang cakap macam tu.
Kalau kena kat korang, ape perasaan korang?

Dia tetap manusia biasa. Sama macam kita.
Tak lari dari buat salah, buat dosa.
Apa salahnya korang doakan dia dari duk menghina, mengata, mengkeji, mengejek dia?
Orang yang buat macam tu sebenarnya lebih teruk dari dia tau.
Dan orang yang gelak bila korang menghina, mengata, mengkeji, mengejek dia pun sama teruk.
Sepatutnya orang yang gelak tu menasihatkan orang yang mengejek tu.
Bukan sama jalan dengan orang tu.
Mana pergi akal fikiran orang-orang yang sanggup buat macam tu sesama manusia?

Waktu dulu-dulu, pernah tak korang kene ejek?
Apa perasaan korang bila kena macam tu?
Sekarang korang buat pulak kat orang lain.

Ein agak emo bukan sebab ein peminat Saujana.
Tapi ein sebagai seorang manusia yang ada perasaan dan hati perut.
Di asuh dan di ajar untuk tak menghina orang-orang golongan macam ni.

Korang tak pernah ke tengok cerita Sutun 1 dan 2?
Memang geli. Tapi bukan dorang nak jadi macam tu.
Jaga2lah sikit diri korang tu.
Jangan sebab sikap korang, Allah kurniakan keturunan macam tu.
Nauzubillah...
Sedar lah korang.
Korang pun bukan sempurna sangat.

Dan jangan jugak menghina dan mengejek ein sebab tulis macam ni.
Ein cume nak korang sedar yang hari tak sentiasa cerah.

Buat Izu, Moga Allah bimbing dia kembali pada fitrahnya.
Wallahu'alam

Thursday, March 19, 2009

Sempatkah mata menatap cucu? (glaucoma)


Lagi ein ambil dari akhbar Utusan.
Website international banyak
Tapi tak ramai yang boleh faham kalau baca pun
Ein pun amik masa jugak nak faham apa maksudnya.
Bahasa perubatan, susah nak faham. Ehe

Sempatkah mata menatap cucu?

PENGLIHATAN dan kesihatan mata! Bagi kebanyakan daripada kita, kesihatan mata sering kali diambil remeh sedangkan menjadi buta diperakui ramai sesuatu yang lebih menggerunkan daripada mati muda.

Sempena Hari Glaukoma Sedunia pada 12 Mac ini, maklumat penyakit mata ini akan cuba diketengahkan untuk meningkatkan pemahaman tentang risiko dan juga pencegahannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu glaukoma, tetapi secara ringkasnya ia boleh menyebabkan seseorang menjadi buta tanpa sebarang tanda awal.

Ini bermakna mereka yang menghidap glaukoma boleh menjadi buta tanpa disedari, dan mungkin hilang segala keupayaan melihat wajah-wajah orang tersayang.

Mengenali glaukoma

Semua penyakit sistemik akan memberi kesan kepada mata, termasuklah kanser yang mudah merebak ke mata memandangkan kelajuan aliran darah yang tinggi di dalam mata.

Glaukoma melibatkan sekumpulan penyakit atau masalah mata yang menyebabkan kerosakan khusus kepada saraf optik dan seterusnya menjejaskan penglihatan.

Saraf optik umpama jambatan yang menyampaikan maklumat dari mata ke otak untuk diproses sebagai imej penglihatan.

Pengerusi Persatuan Oftalmologi, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Dr. Muhaya Mohamad menegaskan, oleh kerana saraf tidak dapat tumbuh kembali, sebarang kerosakan saraf optik juga kekal dan tidak dapat dipulihkan.

"Hampir tiada langsung simptom awal untuk glaukoma yang menyebabkan kerosakan kekal kepada saraf optik.

"Penglihatan yang terjejas tidak dapat dipulihkan lagi tetapi kemerosotan penglihatan dapat diperlahankan jika dikesan awal," jelasnya.

Menurut beliau, glaukoma mungkin melibatkan masalah peningkatan tekanan dalam mata, seperti mana kesan tekanan darah tinggi kepada salur darah, jantung dan buah pinggang.

Tambahnya, glaukoma berlaku secara senyap, perlahan dan berperingkat sedangkan kesannya adalah kekal dan tidak boleh dipulihkan kembali.

Walaupun kurang berkaitan dengan pemakanan, penyakit ini tetap berkait rapat dengan faktor persekitaran seperti kesan kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Walaupun belum dibuktikan sepenuhnya kaitan radikal bebas terhadap badan, sebarang bentuk tekanan tambahan kepada badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik.

Glaukoma akan mula menjejaskan penglihatan periferal (sisi) pesakit, menyebabkan hanya sudut pandangan terowong (hadapan) sahaja yang jelas.

Faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit ini termasuk peningkatan usia, tekanan tinggi dalam mata (IOP), sejarah keluarga dengan glaukoma, berketurunan Afrika atau Cina, dan miopia (rabun jauh).

Kesedaran umum dan pencegahan melalui pengesanan awal amat penting memandangkan glaukoma hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan rapi mata.

Jika dikesan awal, tambahan kerosakan saraf optik dapat dicegah atau dilengahkan, mengekalkan tahap penglihatan yang tinggal dan seterusnya mengelakkan daripada menjadi menjadi buta.

Dr. Muhaya menyatakan, dari pengalaman beliau, lebih banyak pesakit Cina dan Melayu yang dirawat untuk masalah glaukoma di negara ini.

"Mata yang kecil meningkatkan risiko glaukoma. Glaukoma dan retinopati diabetik pula merupakan dua punca kebutaan utama yang boleh dicegah.

"Retinopati diabetik boleh dirawat tetapi tahap penglihatan asal tidak dapat dipulihkan. Glaukoma bagaimanapun tidak dapat dipulihkan lagi jika pesakit sudah buta," tegasnya.

Beliau menjelaskan, seperti penyakit kronik lain, mereka yang dikesan menghidap glaukoma juga perlu menjalani rawatan seumur hidup.

Mengesan dan mencegah

Dr. Muhaya menegaskan mungkin terdapat ramai individu yang tidak menyedari mereka menghidap glaukoma kerana penyakit ini hampir tiada simptom awal yang jelas.

"Kerosakan saraf optik akan berterusan, sehingga menjadi buta jika glaukoma tidak dikesan dan dirawat segera.

"Oleh itu, adalah amat penting untuk orang ramai memahami faktor risiko penyakit ini supaya ia dapat dikesan pada peringkat awal," katanya.

Beliau menekankan pengesanan dan rawatan awal juga dapat meningkatkan kebarangkalian mengekalkan deria penglihatan sehingga penghujung hayat, sekurang-kurang supaya sempat melihat anak dan cucu.

Dari segi rawatan, glaukoma kini dirawat menggunakan titisan mata ataupun pembedahan jika titisan mata gagal mengurangkan tekanan dalam mata.

Bagaimanapun, sasaran rawatan glaukoma adalah mengurang atau melengahkan kerosakan saraf optik, mengekalkan medan penglihatan pesakit dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Tinjauan serantau

Tinjauan All Eyes On Glaucoma Pfizer dijalankan baru-baru ini untuk individu melebihi umur 40 tahun di Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong, India, Filipina, Korea, Singapura dan Thailand. Tinjauan serupa juga pernah dijalankan di Amerika Syarikat dan Eropah sebelum ini.

Selain untuk memahami tahap kesedaran, pemahaman dan pandangan mengenai kesihatan mata di kalangan penduduk Asia berumur 40 hingga 70 tahun, tinjauan ini juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang glaukoma dan keperluan golongan terbabit mengambil langkah pencegahan untuk menjaga kesihatan mata.

Secara puratanya, tidak sampai separuh penduduk rantau ini yang tahu mengenai glaukoma dengan purata 57 peratus tidak mengetahui apa itu glaukoma atau salah faham ianya sesuatu yang tidak melibatkan mata.

Penasihat Perubatan Kanan Pfizer Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Vicknesh Wellupillai yang membentangkan hasil tinjauan tersebut memaklumkan bahawa catatan menunjukkan tahap kesedaran glaukoma di Malaysia adalah yang paling rendah.

"Hanya 21 peratus rakyat negara ini mengetahui apa itu glaukoma, berbanding 66 peratus di Korea (tertinggi di Asia).

"Sembilan peratus lagi warga Malaysia salah faham glaukoma melibatkan masalah pendengaran, tekanan darah tinggi atau pendarahan dalaman, sementara 70 peratus langsung tidak tahu mengenai penyakit tersebut," katanya.

Ini menunjukkan hanya seorang dari setiap lima rakyat Malaysia pernah dengar dan betul-betul tahu bahawa glaukoma boleh menyebabkan kebutaan.

Bagaimanapun, peratusan serantau menunjukkan masih banyak boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk di rantau Asia, terutamanya di Taiwan, Singapura, India dan Malaysia yang mencatatkan tahap kesedaran glaukoma paling rendah.

Dr. Vicknesh menjelaskan tinjauan itu turut menunjukkan 45 peratus responden dari Malaysia mempunyai risiko lebih tinggi menghidap glaukoma (rabun jauh, kecederaan atau masalah mata, tekanan darah tinggi) sedangkan 68 peratus daripada jumlah tersebut tidak mengetahui apa-apa mengenai glaukoma.

"Dua pertiga (67 peratus) rakyat Malaysia juga didapati lebih takut menjadi buta daripada mati muda.

"Ini dikaitkan mereka dengan kesukaran bekerja (68 peratus), memandu (48 peratus) atau keluar dari rumah (44 peratus) jika menjadi buta," jelasnya.

Doktor mata

Selain tahap kesedaran glaukoma yang rendah di rantau ini, tinjauan berkenaan turut menunjukkan rakyat Malaysia dan Singapura merupakan yang paling sukar bertemu doktor mata.

Dr. Vicknesh mendedahkan 87 peratus rakyat Malaysia tidak bertemu doktor mata sejak setahun lalu dan hanya 26 peratus yang pernah menjalani pemeriksaan tahap tekanan dalam mata (IOP).

"Tahap kesedaran glaukoma jelas rendah dengan hanya 39 peratus rakyat negara ini menjalani pemeriksaan mata yang kerap sementara sebahagian besar memikirkan ia bukan sesuatu yang perlu.

"Sebahagian besar golongan berumur lebih 40 tahun ini juga sedar tentang kepentingan memeriksa tekanan darah tetapi tidak untuk IOP," ujarnya.

Di samping itu, hanya 42 peratus daripada golongan yang berisiko menghidap glaukoma telah menjalani pemeriksaan IOP berbanding 85 peratus telah menjalani pemeriksaan tekanan darah.

Dr. Vicknesh menambah, tahap kesedaran di kalangan doktor keluarga juga perlu ditingkatkan kerana mereka didapati kurang merujuk kes pesakit kepada doktor mata. Cuma 33 peratus responden Malaysia pernah dirujuk doktor keluarga kepada doktor mata.

Lebih banyak pendedahan dan pendidikan tentang glaukoma, terutamanya di kalangan melebihi umur 40 tahun, perlu dijalankan supaya tahap kesihatan mata dan deria penglihatan penduduk Malaysia dan rantau Asia tidak terjejas.

Kerjasama semua pihak berwajib, berkelayakan dan berkemampuan amat perlu dalam menggalakkan pencegahan glaukoma melalui pemeriksaan rapi dan IOP mata, termasuklah di kalangan doktor keluarga bagi memastikan rujukan pesakit kepada pakar bersesuaian.

Namun, penekanan kepada kesedaran glaukoma turut mementingkan kesihatan umum mata dan deria penglihatan.

Orang ramai perlu mementingkan kesihatan mata setaraf dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes, masalah kardiovaskular, sendi, sistem peranakan mahupun sistem penghadaman.

Penglihatan sebagai satu daripada lima deria utama memberi kesan besar kepada kehidupan harian.

Fikirkan sendiri sejauh mana anda dapat menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa salah satu deria utama ini.

Janganlah disia-siakan anugerah penglihatan yang tidak dinikmati sesetengah warga Malaysia lain, sedangkan penyakit seperti glaukoma dapat dibendung dan dikawal jika dikesan dari peringkat awal.

Bersama kita memastikan glaukoma dan mana-mana penyakit mata tidak lagi meragut penglihatan warga Malaysia, sebelum tiba hujung hayatnya

Sekali lagi ein nasihatkan, pergilah jumpa doktor mata.
Kadang2 rasa sakit keliling mata tu, jangan amik ringan.
Ok.

Tuesday, March 17, 2009

Glukoma tiada penawar





Hari Sabtu lepas, ein tengah mengemas bilik.
Tetiba dapat message dari raz tak ingat secara detail.
Tapi yang paling ein ingat, raz bagitau tentang glaucoma dan kata ada keluar dekat Berita Harian.
Yang mengatakan glaucoma tidak ada rawatan.
Kebetulan juga, selasa lepas dekat Malaysia Hari Ini, Doktor Pakar mata tu ada cakap,
darah tinggi juga punca glaucoma.
1st time ein dengar. Sebab selama ein under appoinment ni, ein banyak buat research dekat internet.
Dan tak ada pun yang mengaitkan darah tinggi punca glaucoma.
Then, ein mula faham, kenapa ein boleh dapat glaucoma ni. (tp ein tak ada masalah tekanan darah tinggi atau rendah tau).
Habis mengemas, ein pun bukak website BH.
Dan inilah artikelnya...

Glukoma tiada penawar

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Rawatan diberi hanya titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat bertujuan mengelak kebutaan

KEBANYAKAN faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.

Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.

Berbeza dengan katarak, glukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glukoma dan ia boleh menyebabkan buta.

Glukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.

Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glukoma. Glukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.



Pakar Runding Optalmologi, Pusat Pakar Mata Vista, Dr Shamala Ganesan, berkata ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma.

“Glukoma selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.

“Akhirnya, tanpa rawatan, glukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik,” katanya.

Dr Shamalam berkata, glukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.
Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.

Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glukoma.

Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.

Dr Shamala berkata, glukoma progres sifatnya, hampir 50 peratus mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.

Di Malaysia, glukoma yang paling biasa adalah jenis glukoma terbuka. Glukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.

Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.

Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.

Jenis-jenis glukoma:
• Glukoma utama
o Glukoma sempit (narrow angle glaucoma)
o Glukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG
o Glukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)

• Glukoma sekunder
o Glukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
o Glukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
o Glukoma yang disebabkan trauma
o Glukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
o Glukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)


Siapa yang berisiko alami glukoma
• Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
• Sejarah keluarga dengan glukoma
• Merokok
• Trauma pada mata
• Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
• Rabun jauh

• Simptom:
• Glukoma terbuka
o Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedu*a-dua mata
o Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)

• Glukoma sempit
o Sakit mata yang serius
o Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
o Penglihatan kabur
o Mata merah

Seingat ein, pernah ein terbaca yang glaucoma tak boleh sembuh.
Cuma boleh di cegah dari berkembang.
Dan dekat MHI tu Doc tu kata, no big deal.
Jangan risau sebab glaucoma ada ubat. Senang je. Pembedahan pun ada.
Then dapat lak artikel ni.
Walaupun ein tak mengharap, namun sedikit sebanyak buat ein rasa tertekan jugak.
Dan ein pun mula sarankan dekat sedara mara untuk pergi cek mata.
Tak tau lah dorang pergi tak.

So, korang yang baca ni, pergilah cek mata.
Yang keturunan ada diabetis dan darah tinggi, walaupun tak ada keturunan glaucoma,
do visit your doctor.
Sape yang selalu rasa tertekan, dapat tekanan dan rasa sakit kepala akibat tekanan, rasa cam pening2 sebab oksigen tak sampai ke otak, do visit your doctor.

Sini ein bagitau cara nak bezakan sakit kepala sebab tekanan, mata dan migraine.
Migraine sakit pada sebelah kepala dan kadang2 bawak ke sebelah yang lain.
Sakitnye berdenyut pada satu bahagian saja.

Sakit kepala sebab tekanan, rasa otot dekat dahi macam menegang. Rasa tekanan dekat bahagian tu.

Sakit kepala sebab mata pun dekat dahi. Cuma tekanannya kurang sikit.
Sakitnya antara atas kening bawak ke mata.
Kadang2bukan sakit kepala. Tapi macam pening2 nak pitam.
Macam orang kena tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami tekanan biasa nya akan rasa pening2 atau sakit kepala sebab darah tersekat dan tak mengalir dengan baik ke otak.
Dan ni menyebabkan salur darah pada mata pun tersekat atau tersumbat.
Itu antara punca glaucoma.
Do your eye exam. Glaucoma bukan mudah dikesan.
Cuma boleh dikesan bila tekanan dalam mata bukan di paras normal.
Dan glaucoma ni sangat2 progresif.
Tau2nanti, dah hilang sebahagian penglihatan.
So, janganlah amik ringan.
Ok.
Itu nasihat ein.
Moga Allah merahmati anda
Ameen


Friday, December 12, 2008

ALKISAH...APE NAK JADI?

Alkisah di petang raya, perbualan antara si fulan dan si fulanah...

"Ko tau, aku pelik la dengan sepupu2 kite ni...Makbapak dorang yang bergaduh dengan mak sedara dorang, nape dorang masuk campur sekali. Memang la tu makbapak dorang, tapi beragak la sikit. Kite ni sepupu dorang. Takkan semata2 makbapak dorang gaduh, dengan kite pun dorang nak buat macam tu. Sampai tak balik raya. Aku kesian dekat nenek. Jangan ingat aku jarang balik kampung, aku senyap je, makna aku tak tau cerita."

Erk...

"Entah la. Dengan aku senang je, nak balik, balik. Tak nak balik, sudah."

(Panjang lagi sebenarnya perbualan dorang ni...Meleret2 sampai flashback cite2 dulu)

Dalam hati tu berkata jugak, nape tetibe mamat ni berleter lak ni. Walaupun memang semua orang yang balik raya hari tu tak puas hati dengan suasana tu, tapi nak buat macam mana.

Masing2 dah ada keluarga sendiri
Masing2 dah lupa diri
Masing2 ada kehidupan sendiri
Yang kesian, si tua yang menanti

Banyak kes macam ni...

Nak komen la, bagi ein, tak salah nak backing makbapak. Tapi jangan lupa, dalam sebuah keluarga tu, bukan makbapak dan anak je yang ada. Susur galur tu jangan lupa. Boleh backing, tapi takkan makbapak korang terjun lombong, korang pun nak terjun. U jump I jump.

Maksud ein dekat cni, tak kisah la siapa...ni tuk korang yang baca la. Kalau makbapak korang bergaduh dengan adik beradik dorang, patut korang jadi pendamai. Bukan same ngan makbapak korang, bergaduh sekali. Konon nak bela makbapak la kirenya. Tak salah nak bela, tapi nape dengan orang yang tak berkaitan pun kena tempiasnya? Logik tak? Gaduhnye dengan sorang je. Tapi habis semua kena.

Ikut hati memang marah...Tapi takkan sampai tak balik kampung sebab tak nak terserempak dengan musuh. Sekurang2 nya hati orang tua kena la jaga bagi mereka yang ade mak ade nenek lagi yang duk menunggu kat kampung. Penatlah orang tua tu masak beberapa hari sebelum raya tuk anak2. Terbongkok2masak. Tapi anak2 tak nak balik. Kalau tak nak terserempak dengan musuh pun, takkan la tak nak balik lansung. Fikirlah sikit. Jangan dok fikir dendam ngan hati yang panas je. Fikirlah usia si tua yang makin singkat 2. Dah tak ada baru nak menyesal. Tu pun kalau balik. Kalau time tu pun tak nak balik, memang parah la...Dah xde ubat dah time 2...

So, bak kate Nabil...Lu fikirlah sendiri...

P/S: Ngan aku pun senang jugak. Cam si fulanah cakap. Nak balik, balik. Tak nak balik, sudah. Yang penting aku tetap balik. N jangan orang buat kat aku. Kalau orang buat kat aku, aku still boleh wat bodoh, still leh tegur. Tapi bile aku dah tegur, beralah, korang buat perangai jugak, sori la. Memang terkeluar dari senarai aku. Tak kisah la sape pun. Sebab waktu tu, bukan salah aku lagi dah. Haha
MySpace

Thursday, November 13, 2008

Isu Sajak Kematian



Aduan yang pertama


Reaksi menteri


Sajak Kematian di arah henti


Tuesday, November 11, 2008

ISU SAJAK KEMATIAN-VIDEO SEKSA KUBUR

Beberapa hari lepas, kecoh di Buletin Utama TV3 berkenaan dengan isu video seksa kubur yang ditayangakan kepada murid2 berusia 8tahun. Yang mana ada ibubapa yang melaporkan kepada TV3 ketidakpuasan hati mereka atas pendekatan tersebut. Tujuan video itu ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan kanak2, berkenaan seksa kubur dan akibat atau seksaan yang bakal diterima jika tidak mengerjakan solat. Antara visual yang ditunjukkan ialah jenazah di dalam liang lahad serta seekor ular yang membelit jenazah tersebut.

Beberapa hari ein mengikuti berita ini, berserta komentar2 pelbagai pihak yang di ambil oleh TV3. Mungkin bagi sesetengah ibubapa bahawa video ini terlalu ekstrem bagi anak2 kecil. Ada juga yang berpendapat ini membawa kesan dari segi psychology kanak2. Ada juga yang berpendapat, ini harus diteruskan bagi memupuk kesedaran dari mula.

Bagi ein, ein setuju dengan komentar semalam. Yang mana, video itu sangat berguna untuk generasi kanak2. Zaman sekarang, sekadar pemahaman tidak cukup untuk mendidik dan menyedarkan generasi muda mengenai seksa kubur dan solat. Kesedaran perlu dipupuk dari mula lagi. Sedangkan kita yang sudah menginjak menjadi remaja, dewasa atau orang tua masih tidak cukup kesedaran berkaitan ini.

Jika dipandang dari sudut logiknya, kenapa manusia lalai dalam menunaikan solat mahupun melakukan pelbagai dosa? Kerana kita tak nampak azab2yang telah dijanjikan Allah. Kita cuma tahu dan faham, namun tidak nampak. Makanya, susah sekali hendak timbul rasa takut mahupun gerun dalam diri sesetengah manusia.

Melalui video tersebut, kita sedar, nampak dan merasa gerun dan pastinya bergetar jiwa melihat seksaan di dalam kubur tersebut. Pasti dalam hati akan berkata, "Oh, inilah rupanya apa yang dikatakan seksa kubur. Takut pula rasanya kalau aku mati nanti kene macam ni." Namun, jangan samakan video tersebut dengan seksaan sebenar. Kerana yang sebenar2nya pasti dan teramatlah dahsyat.

Sedangkan sekarang ni banyak tayangan di tv atau di pawagan cerita2 yang ekstrem contohnya remp-it, kldrift, kisah2 pembunuhan, cerita hantu dan sebagainya, boleh ibubapa beri anak2 tengok. Mengapa video seksa kubur ini tak boleh? Pelikkan? Kerana ini berkaitan isu agama.

Cuma, bagi kanak2yang sememangnya lemah semangat, seeloknya diberi penerangan sebelum dibenarkan melihat video tersebut. Serta dicadangkan juga, diberi kaunseling kepada anak2 ini supaya tidak timbulnya kesan psychology pada mereka.

Wallahu'alam

P/S: SOKONG USAHA MEREKA YANG MENDIDIK SERTA YANG INGIN MENGUBAH PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM SEKARANG KE ARAH YANG LEBIH BAIK.MySpace

Sunday, October 26, 2008

JAWAB 7 SOALAN MENGAPA OH MENGAPA...


1. Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


2. Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan......tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


3. Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat......tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


4. Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


5. Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .Tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?


6. Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


7. Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?



Wednesday, October 15, 2008

KeNaPa SuKaR MeMoHoN MaaF?



Seorang anak bergaduh, berselisih faham atau menguris hati Ibunya, sukar untuk memohon maaf. Kenapa? Terkadang dibiarkan saja situasi itu berlalu begitu saja dan kembali normal dengan sendirinya.

Kenapa ya?
Mungkin sebab didikan. Dari kecil tak diajar bila buat salah, mohon maaf pada ibubapa. Dah besar jadi biasa. Dimanjakan sangat.

Mungkin juga kerana ego dalam diri seorang anak yang merasakan dirinya betul menyebabkan dia sukar untuk memohon maaf.

Mungkin juga kerana dia Ibu yang sanggup memaafkan apa jua kesalahan anaknya.

Tapi bukankah boleh diubah?
Ya, memang boleh diubah. Kalau tidak dididik dari kecil, bukankah sekarang dah besar, dah boleh fikir sendiri.

Betul macam mana pun, maaf perlu juga dipohon. Janganlah ego.

Memang seorang Ibu sanggup memaafkan semua kesalahan anaknya. Tapi lupakah kita bahawa kita telah mengguris hatinya?

Kenapa buat salah dengan kawan, dengan orang lain kita boleh minta maaf. Tapi dengan keluarga sendiri, susah sangat nak minta maaf?

Ein akui, ein sendiri pun susah nak minta maaf dengan mak bila buat salah. Kalau salah kecil, mampu lagi diucap melalui lisan. Kalau salah besar, ein minta maaf melalui perbuatan. Cuba senangkan hati mak balik. Buat apa yang mak suka. Masak ke, buat air untuk mak ke. Ambil hati sikit. Bukan susah pun kan? Kalau susah jugak, qada dosa pada mak tu di pagi raya. Tu pun kalau umur panjang, ada jodoh tuk beraya bersama dan ada kesempatan untuk mohon maaf. Kalau tak ada tu, tanggunglah penyesalan sampai akhir hayat. Walaupun Ibu mungkin dah ampunkan dosa-dosa kita sebelum Ibu menyambut panggilan Ilahi, namun penyesalan tetap ada kerana tidak ada kata, “Ibu, ampunkan segala dosa-dosa saya pada Ibu.” yang keluar dari mulut kita.

Tapi apa yang ein kesalkan, seorang anak ni. Buat salah tak pernah minta maaf. Raya setahun sekali pun tak mohon maaf pada Ibunya. Hari-hari buat dosa menyakitkan hati, mengguris hati si Ibu. Hari-hari juga makan sumpah seranah si Ibu. Ni kisah betul. Cuma belum ada tanda balasan dari Tuhan lagi. Mungkin bukan di dunia ni balasannya.

Satu malam di hari raya, si Ibu mengadu pada salah seorang anaknya, “Adik kamu tak minta maaf pun pada mak.” Si cucu yang kebetulan ada sama bertanya, “Raya sebelum ni pun samakan? Tak pernah pula saya tengok makcik salam nenek dan minta maaf. Tapi mungkin bukan depan kami kut.” Si anak cuba memujuk si Ibu, “Tak apa lah mak. Maafkan sajalah.” Si Ibu mencebik, bangun dan terus berlalu.

Si anak berkata pada si cucu, “Kesian nenek kamu. Tapi tak baik mengungkit macam tu. Nampak sangat nenek kamu tak redha pada makcik kamu tu.” Si cucu terdiam sambil menggelengkan kepala. Bukan si cucu nak menyibuk. Tapi cuma teringat si anak pernah berkata pada si cucu bahawa makciknya tak pernah mohon maaf pada nenek tiap kali raya. Betullah nampaknya.

Tiap-tiap hari makciknya bergaduh dengan si Ibu. Bayangkan 1tahun 365hari. Sepanjang hari, sepanjang tahun bergaduh bermakna 365dosa yang dia lakukan pada si Ibu. Bayangkan juga 365hari si Ibu sumpah seranah si anak kerana tak tahan sikap si anak. 1hari pun dah cukup. 1hari sumpah seranah dan seumur hidup tidak redha. Na’uzubillah… berdosanya si anak.

Dari sekarang, apa saja silap yang dilakukan, mohon la ampun segera. Sebelum nyawa di tenggorokkan. Selagi ada masa, ada kesempatan. Jangan lupa, redha Ibubapa, redha Rasulullah juga redha Allah. Tanpa redha Ibubapa, tiadanya redha Allah.

Wallahu’alam…


Friday, August 22, 2008

Tolong mintak izin, jangan main redah je

Budaya masyarakat sekarang kebanyakkannya hilang rasa hormat. Kalau bertandang ke rumah orang, tolong la minta izin dulu. Bagi salam bagi yang beragama Islam. Atau ucapan selamat bagi yang bukan Islam. Bila di izinkan, baru la masuk ke rumah. Janganlah main redah, suka-suka masuk rumah orang. Lebih-lebih lagi lelaki.

Macam tu jugak bagi orang yang ada pertalian keluarga atau kawan. Bagi la salam atau ucapan selamat dulu. Bukan bermakna ada pertalian dengan penghuni rumah dan selalu datang ke rumah membolehkan anda keluar masuk ke rumah sesuka hati. Perlunya ada rasa malu dan segan masuk ke rumah tanpa izin tuannya.

Rumah sepatutnya kawasan yang paling selamat untuk muslimah. Kawasan yang perlunya kebebasan atau privacy. Telah beberapa kali ein alami. Tetamu datang tak bagi salam. Tiba-tiba dah ada dalam rumah. Kelam kabut lah ein berlari masuk bilik, pakai tudung. Timbul juga rasa geram dalam hati. Terkadang berkata-kata dengan hati sendiri, 'sungguh kurang ajar orang ni.' Walaupun ada kaitan keluarga sekali pun tapi namanya lah bukan muhrim, tolong lah beragak sikit. Hormat lah sikit.

Lebih-lebih lagi rumah kampung macam ein tinggal sekarang. Menguji kesabaran sungguh. Lama-lama ein pakai jugak tudung walaupun dalam rumah sendiri. Sebelum ni dengar cerita ja dari ustazah sekolah dulu. Tentang ni juga. Tapi berkaitan dengan penjual jualan lansung. Main intai-intai ke dalam rumah. Dah jawab salam, ustazah tengah nak capai tudung, dia dah main intai-intai. So, nampak la ustazah tak bertudung. Merungut ustazah bercerita pada pelajar dia.

Jadi, tolong hormatlah sikit...

Monday, June 2, 2008

cara nak bezakan restoran hindu ngan mamak

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini; Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!

Tuesday, April 8, 2008

LAGI TENTANG KHURAFAT

Assalamualaikum…
Lagi tentang khurafat
Satu hari tu, ein tak ingat bila, kami sekeluarga tengah berkumpul.
Kebetulan pakngah sekeluarga balik nak ubat secara traditional. Berbual-bual tentang perubatan traditional. Ttbe mak cakap,
“Ada sorang dukun ni kata tak elok tanam pisang hiasan depan rumah. Tempat bunian bergayut”.
Makcik ein jawab, “Semua tu karut”
Maka bermulalah satu perbahasan yang mane ein pun join sekaki la. Sekaki je. Xleh nak join 2kaki. Xcukup space. Muahaha


Mak balas:
“Eh. Aku cakap ape yang dukun tu cakap dekat kawan aku”
Makcik:
“Ah. Karut je tu. Aku tak percaya.”
Mak:
“Habis tu, ikan puyu kau tu tak karut ke?”
Makcik:
“Ikan puyu tu lain.”
Mak: “Ape lain lak?”

So, ein pun sampuk

Ein: “Ikan puyu tu pun same. Semua tu khurafat.”
Makcik:
“Puyu tak khurafat.”
Ein:
“Puyu memang tak khurafat. Dia ikan. Yang khurafatnya bila orang percaya yang bukan-bukan berkaitan dengan puyu.”
Makcik:
“Mana ade induk percaya yang bukan-bukan”
Ein: “Habis tu yang induk cakap malam aritu ikan tu berlawan dengan jin tu bukan khurafat?”
Makcik:
“Tak. Memang betul dia lawan.”

Perbahasan sampai situ saja sebab dengan orang macam ni tak gune nak berdebat. Kepercayaan nya sangat kuat. Mungkin anda penah baca satu entry ein tentang khurafat. Kisah tu berkaitan juga dengan sekarang ni. Orang-orang dulu memang ada cakap, puyu tu penghalau ‘pelesit’, belalang hijau tu pembawa ‘pelesit’. Namun persoalannya, cuba kita fikir dari sudut lain. Yang bukan tentang khurafat ni.

Fikir sejenak logiknya. Ikan puyu tu buat bising dan mengambur sebab air terlampau kotor, tempat kecik dan kurang oksigen. Maka ikan tu mati. Sisiknya tertanggal sebab menghempas badan pada bekasnya. Mungkin dia mati bukan sebab berlawan dengan pelesit.

Belalang hijau, macam mana kita tau dia bawa pelesit? Asal nampak belalang, orang kata pelesit. Pastu bunuh. Tak pun tangkap, buang kaki, sesunggut, taring dia. Pernah tak terfkir kalau tu memang belalang, kita dah menyeksa makhluk Allah.

Ada benar nya. Sebenarnya itu semua kuasa Allah s.w.t. Jika dia tidak mengizinkan, maka ianya tak akan jadi. Sepertimana sihir, atau pun syaitan. Namun, bukan bermakna kita boleh terus-terus mempercayainya.

Jangan bila jadi macam tu kita kata ikan tu boleh halau pelesit. Umpama mengagung-agungkan ikan tu mempunyai kuasa luar biasa. Semuanya kuasa Allah s.w.t. Itu Cuma penyebab saja, Tuhan lah yang berkuasa. Apa salahnya kalau kita kata, “Dengan izin Allah, ikan ini boleh halau pelesit”. Bukan dengan kata, “Memang betul puyu ni boleh halau pelesit.” Bukan saja khurafat. Silap-silap boleh syirik kecil.

Sama juga waktu kristal mula-mula popular. Ada 1rancangan khas dekat RTM tentang kristal. Interview la sorang wanita ni yang memang minat sangat dengan kristal dan banyak jenis kristal dia kumpul. Agak menjengkelkan bila dia cakap, “Orang kata kristal ni elok untuk maigrain. Saya pun cuba lah. Betul la. Saya dah tak maigrain lagi.” Ni kebiasaan kita. Kadang-kadang kita sakit, jumpe doc, pastu sembuh. Kita bukan berterima kasih pada Allah kerana menyembuhkan kita. Tapi kita kata, “Betul la. Doc 2bagus. Ubat dia pun bagus. Lepas makan, aku terus sembuh.” Berbalik pada kisah kristal tadi. Wanita tu kata, “Kristal jenis ni bawa ONG. Mula-mula saya tak percaya. Tapi lepas pakai, perniagaan saya laris.” Apalah salahnya kata, “Alhamdulillah dengan izin Allah…”
ONG apa yang dia dapat? Ong Ka Ting? Ong Ka Chuan? Ong Tee Keat?

Ein teringat kisah Nabi Musa dengan Bani Israil (KISAH BANI ISRAIL MENYEMBUHKAN PENYAKIT YANG MENYERANG NABI MUSA A.S)

Tapi, pernahkah anda tidak mempercayai sesuatu, namun ia benar-benar terjadi?

Ini pengalaman ein sendiri. Busut, orang selalu kata ada penunggu. Satu hari tu, ein, mak dan beberapa orang lagi, runtuhkan busut tu yang jadi sarang ‘kelingkiak’(sejenis serangga). Kami ditegur sebab katanya busut tu kalau tak ada ilmu, jangan pandai-pandai nak runtuhkan. Kami buat tak tau. Dah tu, kami biarkan ja lubang busut tu tanpa dikambus balik dengan tanah. Kami kena marah kerana menurut nenek, tak elok, umpama gali kubur keluarga sendiri. Tak lama tu, dapat berita mengatakan sepupu ein meninggal sebab kemalangan motor. Semua terdiam. Esok tu nenek suruh kambus balik lubang tu. Sejak tu tak siapa usik busut tu.

Mungkin betul cerita tentang busut berpenunggu dan lubang jika digali tidak dikambus, umpama gali kubur keluarga sendiri. Namun sejauh mana kebenarannya? Ein tetap yakin bahawa itu semua kuasa Tuhan. Ajal maut sepupu ein. Mungkin ada antara kami yang percaya sepupu meninggal kerana perbuatan kami. Terpulang pada anda nak menilai cerita ni.

Mungkin kepercayaan tu kuat dalam keluarga kami sebab latar belakang keluarga plus keturunan. Di tambah juga dengan keengganan mereka mendengar nasihat dari orang yang lebih muda. Mungkin mereka rasa kurangnya ilmu yang ada pada ein menyebabkan mereka tak mahu mendengar dan terus menentang. Namun, kalau hari-hari dengar ceramah agama oleh ustaz/h, penceramah, ulama yang di iktiraf, tapi tak juga di amalkan, salah siapa? Apa yang ein mampu buat, cuba tegur. Selebihnya, terpulang pada mereka sendiri. Selagi perkara ini tak dibanteras, ein akan cuba perbetulkan. Insyaallah, rasanya ade lagi entry sal ni. Ehe.

Wallahu’alam

P/S: Cuma manusia biasa. Perbetulkan akidah kita. Kun fayakun

KISAH BANI ISRAIL MENYEMBUHKAN PENYAKIT YANG MENYERANG NABI MUSA A.S

Pada suatu hari, Nabi Musa a.s telah diserang satu penyakit. Bila diketahui oleh Bani Israil maka mereka pun berjumpa dengan Nabi Musa a.s dengan berkata: “Wahai Musa, kami telah mengetahui penyakit kamu itu, oleh itu kami harap kamu tidak menolak ubat yang kami bawa ini. Kalau kamu berubat dengan ubat yang kami bawa ini, nescaya kamu akan sembuh”

Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tidak akan berubat sehingga aku di sembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat.”

Setelah gagal memujuk Nabi Musa a.s, maka mereka pun meninggalkan Nabi Musa a.s. Penyakit Nabi Musa a.s tidak sembuh hingga beberapa lama. Kemudian Bani Israil datang lagi dengan berkata: “Wahai Musa, ubat yang kami bawa ini memang terkenal kerana mujarabnya. Kami sendiri sewaktu diserang penyakit yang kamu hidapi ini telah kami gunakan terhadap diri kami, dan penyakit kami hilang apabila kami menggunakan ubat ini.”

Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tetap tidak akan berubat sehingga Allah menyembuhkan aku tanpa menggunakan ubat.”

Kemudian Nabi Musa a.s mendiamkan diri buat seketika, lalu Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang bermaksud: “Wahai Musa, Demi kemuliaan Ku dan keagungan Ku! Aku tidak akan menyembuhkan kamu sebelum kamu berubat dengan apa yang mereka (Bani Israil) sebutkan kepadamu.”

Lalu Nabi Musa a.s berkata kepada Bani Israil: “Ubatilah aku dengan ubat yang kamu katakana itu.”

Kaum Bani Israil pun mengubati Nabi Musa a.s dengan ubat dari tumbuh-tumbuhan, dengan izin Allah s.w.t, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa a.s itu. Hal ini menyebabkan Nabi Musa kurang senang, kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang bermaksud: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmatKu dengan tawakal engkau kepadaKu. Tidak kah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?”

Kemudian sedarlah Nabi Musa a.s dari kebimbangan yang melandanya.

P/S: seperti entry ein tentang khurafat tu, boleh lah dirumuskan bahawa segala-galanya dengan Izin Allah s.w.t. Benda-benda yang dijadikan di dunia ini hanyalah asbab untuk kita berusaha, bertawakal dan mendapatkan keredhaan serta rahmat dari Nya. Bukan benda itu yang mempunyai keramat. Tetapi semuanya kuasa Allah s.w.t

Wallahu’alam

Monday, April 7, 2008

BOIKOT PRODUK BELANDA

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
-
-
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain
Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.


admin PPIM

Sunday, March 9, 2008

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

MELAYU MUDAH LUPA

Ein nak petik sajak yang dikarang oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir khas tuk pemimpin-pemimpin melayu yang dah jauh sangat dari landasan tu.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat tiada maruah tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah, ingatlah
Wahai bangsa ku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuangan mu
Belum selesai

P/S : Luv Tun

Tuesday, March 4, 2008

Janganlah percaya benda-benda khurafat

Walaupun kita sudah pun berada pada tahun 2008, masih ada lagi kepercayaan-kepercayaan orang melayu yang menguasai minda kita iaitu kepercayaan-kepercayaan khurafat. Di kawasan kampung, biar membangun sekali pun, kepercayaan-kepercayaan itu masih kuat. Kawasan bandar pun ada yang percaya tentang perkara-perkara khurafat ini.

Mungkinlah sebab kawasan kampung ramai orang-orang tua. Jadi susah nak perbetulkan tanggapan mereka. Lagipun pada zaman mereka dulu, amalan-amalan ini memang kuat. Sampai sekarang saki baki amalan itu masih ada. Walaupun mereka tak amalkan lagi sekarang, tapi sisa-sisanya masih ada.

Contoh perkara kurafat yang masih ada pada zaman ni ialah:

- Bunyi burung hantu menandakan ada orang akan meninggal
- Belalang hijau adalah pelesit
- Ikan puyu penghalau pelesit

Walaupun kadang-kadang perkara-perkara khurafat ini benar-benar terjadi, tak bermakna kita boleh percaya. Sebab, semuanya atas kekuasaan Allah s.w.t.

Macam bunyi burung hantu tu, tak percaya, tapi beberapa hari kemudian, ada orang kawasan tu yang meninggal. Pastu, mula la kita percaya kebenaran perkara khurafat tu. Balik lah pada Allah s.w.t. Perkara tu terjadi atas kekuasaan Nya. Bukan sebab burung hantu. Mungkin bagi mereka, burung hantu itu perantaraan. Tak salah kalau nak cakap sebab tu kekuasaan Allah. Tapi, jangan lah di agung-agungkan sangat kepercayaan tu. Asal dengar bunyi burung hantu, mula la kata, ada orang nak mati ni.

Belalang hijau pula. Bagi pengamal ilmu hitam, menggunakan makhluk-makhluk halus yg bernama syaitan, menjadi hamba pada syaitan, ada yang menggunakan belalang sebagai perantaraan. Ada yang guna katak. Tapi, tak semua belalang itu pelesit. Nampak je belalang, orang kate pelesit. Lepas tu ditangkap, dibunuh. Tak pun diseksa, letak dalam bekas sampai belalang tu mati atau diputuskan kaki, kepala belalang tu. Macam mana kalau belalang tu hanya belalang. Tak ke berdosa. Andai betul belalang tu pelesit. Semuanya atas kehendak Allah s.w.t.

Ikan Puyu lak, bila ikan tu berkocak dalam balang, dikatakan tengah berlawan dengan pelesit, dengan benda-benda halus. Esoknya ikan tu mati. Dikatakan mati sebab berlawan dengan benda-benda tu. Astaghfirullah hal aziem. Mane ikan tu tak berkocak dan melawan. Ikan tu melawan tuk hidup. Berusaha tuk hidup sebab kekurangan oksigen. Kalau bela ikan dalam balang, yang boleh hidup tanpa pam oksigen, macam ikan puyu ni, kena lah rajin tukar airnya. Tiap hari tukar. Tak pun 2kali sehari. Kalau dah nampak teruk sgt airnya. Sebab, bila air tu jadi macam tu, oksigen dalam air berkurangan. Dibagilak makan banyak-banyak. Kita makan terlebih kenyang pun senak ssh nk nafas, nikan pulak ikan dalam air. Bukan sebab berlawan dengan pelesit.

Lagi satu pasal busut. Kalau tak ada ilmu, jangan pandai-pandai nak runtuhkan busut sebab ada penunggunya. Mungkin betul sebab ein pernah kena. Memang ein tak nafikan benda-benda ni ada, termasuk sihir sebab ni semua kerja syaitan. Kalau Allah tak izinkan, perkara tu tak berlaku. Seperti mana iblis ingin menyesatkan anak adam. Iblis mendapatkan keizinan dari Allah s.w.t dan Allah s.w.t menjanjikan penerimaan taubat hambaNya yang memohon taubat. Jadi janganlah terlalu taksub akan benda-benda macam ni. Bila jadi perkara-perkara macam tu, kembali lah pada Allah. Sedangkan dah temaktub dalam al-quran. Ada juga surah-surah dan ajaran-ajaran Rasulullah buat kita. Kenapa tak amalkan.

Kalau diri kurang beribadat, tak menghambakan diri padaNya, inilah yang jadi. Syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan anak adam. Merosakkan akidah anak adam. Oleh itu, sama-sama lah kita banteras kepercayaan-kepercayaan ni.

Wallahu'alam...

P/S: Berleter panjang lak ein. Bingung fikir cara nak betulkan akidah orang di sekeliling ein. Mohon petunjukNya