Wednesday, July 8, 2009

TQ Kinaaaaa :D


Masuk blog ein ni. Pastu tengok kat link kawan2. Tetibe tertarik dengan post baru kina iaitu, "Penyelesaian Masalah Genuine Windows XP". Tetibe einb tertarik dan teruk klik. Padahal bab2 artikel gitu, ein malas nak baca. Klik kat link 2 dan baca. Owh. Ein pun kena masalah yang sama (nak tau masalah apa, klik le). So, ikut step, wah, berjaya. Ini lah hasilnya.

Dari ini...









Tadaaaaa

Ku dapat balik wallpaper rumah ku. Sukenyeeeee...









Kredit to kina sebab kalo die xkne dn xpost kt blog, ein xtau.

dan

Kredit tuk mereka yg ajar kina iaitu

Quote dari Kina>>>Credit untuk mukesuci dan aku pejuang.

Mukesuci ni salah sorang dari Rockensteiners. Dia yang bagi link ni.
Aku pejuang tuan punye blog yang bagi solution:
http://it-tutorial-for-you.blogspot.com/2009/02/masalah-genuine-windows-xp-dan.html?showComment=1246984648981#c7039378726793869619>>>



Friday, July 3, 2009

Tag Dan Award Lagiiiiii :D

Assalamualaikum...

1st of all, ein xtau apa dah jadi dengan blog2 ein ni. Tetibe blog ni xboleh nak post sebab post template html die. What? Sebelum ni ok je post template 2. Adeh. Satu2 masalah blog ni ein dapat menyebabkan rasa macam malas dah nak post apa2. Ni disebabkan Ukhti Julia, ein gagahkan diri untuk menjawab. Khas untuk Ukhti.

2nd, ni ada kene mengena dengan tag yang akan dijawab sebentar lagi. Ahad lepas, ein terima kunjungan seorang kawan lama. Kampung berlainan tapi laluan yang sama. Kire kawan sekampung, sepermainan dari kecik sampai form 5 lah. Nadirah nama dia. Ktorang dah lost contact dari lepas spm lagi. Dia tiba2 pindah, menghilangkan diri tanpa khabar berita. Ein teringat dekat dia waktu tengah kemas2 beg, tengok buku2 lama, buku biodata kawan2. Ternampak biodata dia. Terfikir, canne la nak contact dak ni. Xlama tu, dia pun datang menjenguk ein, kebetulan dia datang kenduri orang kampung (tapi ein tak g). Dia singgah lah ke rumah.

Alkisah dia ni, kawan dari kecik. Dari sekolah rendah lagi. Naik basikal sama2 balik dari sekolah. Cuma kampung dia dulu, baru kampung ein. Jadi dia lah sampai rumah dulu. Tapi kadang2 dia ikut ein sampai rumah, lepas tu die patah balik ke rumah dia. Teman kan ein la konon nya. Teman tusyen ein dekat kampung ni. Kawan jalan2, kawan main2, paling best... kawan mandi sungai. Ehehehe. Tak pasal2 kene hambat dengan pakcik yang tinggal dekat2 situ.

Lepas UPSR, die pindah. Walaupun ein ada kawan baik dari sekolah rendah lagi, tapi bagi ein tak sama. Sebab Nadirah kawan sekampung. So, bila masuk sekolah menengah, rasa la kehilangan. Tak lama tu, dia pindah ke sekolah ein lak. Wah. Tapi kelas lain. Aktiviti dulu dah tak ada dah. Dah besar remaja, segan la. Tapi kunjungan ke rumah ein, tetap ada. Bila ein sakit, tak datang ke sekolah, dia la datang menjenguk. Dan paling tak lupa, lepas trial spm, ein tak datang sekolah hampir sebulan sebab sakit. Waktu tu cikgu semua rapat dengan ein. Nadirah la yang tolong jawab soalan2 cikgu. Paling terharu, Cikgu Akaun ein, siap bagi kerja rumah akaun ein dekat Nadirah, minta tolong hantar. Di sebabkan memang minat sangat2 dengan akaun, sakit pun ein buat. Ehehe. Bukan dekat rumah ein dengan rumah Nadirah. Then tak sangka lepas lama tak contact, dia datang berkunjung di mana waktu tu, ramai kawan2 yang dah lupakan ein.

ok. 3rd, tq tuk Ukhti Julia sebab bagi award award award award ni. Ehe. kene sebut 4kali sebab ada 4 award. Best Blogger Award 2008/09, Best Blog Award, A Lovely Blog Award and Inspirational and Friendship Blog Award... And this award goes to... Me. Tq tq





4rd... OK. ini adalah tag pun dari Ukhti Julia. Ehehe. Sejak dah pandai main tag ni, suke betul ukhti tag ein. Ein pun suka nak menjawabnya. Tapi sorry, patut jawab aritu. Cuma sebab ada masalah pose, masalah streamyx dan scanner, so baru ni dapat jawab. Tu pun, tak sarapan lagi, terus nak jawab tag ni. Lama dah tangguh. Tag nye...

Rules And Regulation: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

Yang xacinya, Ukhti tak guna gambar sendiri dan tak sampai 25 pun ukhti jawab. Tak apa. Ein dengan murah hati, baik hati, budiman semua bagai, mengikut terma dan syarat tag ini. Ehehe. Owh. Tapi ein tambah sikit R n R die tu yang part 'Letakkan gambar sewaktu kecil anda'. Dalam tag ukhti tu, ada minta gambar waktu kecik. Tapi dekat R n R 2xada tulis. So dengan kepakaran ein bab edit mengedit ayat ni, ein tambah la ayat tu. Muahaha. Ok. Ini jawapannya ya Ukhti



Seperti yang anda lihat, ini adalah gambar ein waktu usia 3 bulan dan 11 bulan. Comel tak? Sila katakan comel. Tapi dah besar dah tak comel dah. Muahaha. Owh. Dah besar kurus. Tak montel cam waktu umo 11 bulan tu.






1. Semua orang tau yang ein dipanggil ein lah. Tapi ada yang menyebut 'ain' dan ada yang sebut 'e-in'. Dua2 boleh diterima pakai. Tapi orang tak tau sebenarnya ejaan yang betul ialah 'iin'. Itulah ejaan yang sebenarnya dan lepas di komersialkan, jadilah 'e-in'.

2. Nama sebenar ein ialah Nadjlin. Tapi ramai yang tak tau, nama itu juga telah di komersialkan kepada bermacam2 sebutan dan ejaan. Paling femes dikalangan guru cina sebab nak menyebutnya, punyalah payah. Antaranya ialah, 'Nadzlin, Najlin'. Boleh diterima pakai lagi. Yang tak boleh diterima ialah... 'Najdlin.' Pandai2 je tukar j dengan d tu.

3. Nama ein ni abah kata kombinasi dari 2nama iaitu, 'Najla' dan 'Najlai'i'. Yang Najla 2ein mmg ingat. Tapi yang 2nd nama tu ein agak confius, so, men letak jela canne pn ejaanya. Yang bermaksud, 'yang cantik mata.' dan ' yang baik keturunan'. Yang cantik mata tu, adalah kot. Alhamdulillah tunang pernah cakap tentang mata ein. Yang ke 2 tu,tak tau lg wallahu'alam. Nama ni doa. Moga betul keturunan kami nanti baik2 saja.

4. Waktu ein baby, ein kuat menangis. Asyik menangis je. Kesian mak.

5. Waktu umur 5tahun, ein pernah bersekolah tadika dekat sekolah cina. Tapi pastu ein menangis2 mintak tukar sebab tak faham satu apa pun dorang cakap.

6. Then masuk sekolah Inggeris, ACS. Tapi pun tak lama sebab... lihat no 7

7. Jodoh mak dan abah tak panjang. Umur 6tahun, ein pindah dengan mak, adik beradik ke kampung mak.

8. Sangat di sukai oleh jiran2 n dipanggil, anak korea. Muahaha.

9. Sangat berdikari. Kadang2 tinggal sorang2 dekat rumah waktu umur 6 tahun ke bawah sebab mak jemput abang dan kakak.

10. Sudah di ajar membasuh pinggan dan buat air susu sendiri sewaktu lingkungan usia tu. Cuma tak boleh pegang air panas. Sediakan susu je. Air mak tuangkan.

11. Ada cikgu dan acik kantin kata nama ein adik beradik adalah no plat kereta. waktu tu tgh femes plat kreta NAD. cit. Dan ada yang kata sebenarnya makabah ein nak ktorang jadi DJ. sebab tu la nama2 ktorang ada huruf D dan J. Nadjmin, Nadjiha, Nadjlin. Adeh

12. Belajar basuh baju sendiri dan buat kerja rumah semenjak darjah 1.

13. Belajar membaca sendiri sebelum memasuki darjah 1.

14. Tidak habis belajar di tadika sebab berpindah.

15. Sudah pandai berjalan sewaktu 10 bulan

16. Selalu lambat ke sekolah sebab arwah atuk semput bawak motor pagi2.

17. Jarang berjumpa dengan mak sebab mak kerja kilang shif petang ke malam dan malam ke pagi. Sampai lah mak dapat jadi cikgu tadika.

18. Banyak kali terjatuh waktu naik basikal. Paling memeritkan, terjatuh dekat unggun api.

19. Selalu jatuh atas tangan kiri

20. Sangat suka panjat pokok rambutan, panjat tingkap.

21. Sorok2 mandi sungai

22. Pernah kene lempang dengan abang sampai berdarah telinga. Start tu tak boleh pakai subang. (ein xsuke pn pakai subang.muahaha)

23. Pandai mempertahankan diri sendiri dan menjawab bila orang marah. (melawan sikit. muahaha. tapi tengok keadaan la. kalau benda tu tak betul. kalau betul, diam je)

24. Perangai pun cam lelaki waktu tu. Pantang di buli, habis budak laki 2kene. N pernah sorang tu dengan tak sengaja, bengkak hidung sebab ein main pembaris patah. Pembaris tu melantun ke hidung dak 2. ehehe. N main tembak2 gune gelang getah dan kertas. Ein dikira penembak tepat waktu tu. Ngeee...

25. Hemmm. Last... Ein mula belajar memasak sendiri waktu darjah 6. Banyak belajar sendiri sampai sekarang.

sooooo.... Puas hati dah Ukhti? Ehe.

Award dan tag di atas ein tujukan buat:

1. Afzan
2. Kina
3. Zahidah
4. Fira
5. ......





Thursday, June 25, 2009

NaSiB BLoG Ku


Hari tu cek blog, punyalah terkejut tgk template blog muslimah. Adeh. 1hal nak cari template baru yang sesuai dan wt balik label2 yang ada. Rasa frust semua ada. Nak letak balik link semua. Huhu. Nasib baik template baru tu ngam. Tak payah edit html die. Huhu. Tapi nak ubah font dengan kaler font 2pn cm mengeluh jap. Haih.

Blog coklat lak, terpaksa di alihkan. Atas sebab dah lama tak update dan masalah scanner yang prob sekian lama. Bahan blog coklat tu kebanyakkannya kena scan. Jadi buat masa ni, di khas kan untuk admin seorang sahaja.

Blog ni pulak... Sebenarnya dah malas nak berblogging sebab minat dah beralih ke tempat lain. Hak3. Minat dalam mendalami ilmu baru. So, semua blog 2akan di update. Cuma tak sekerap dulu. Termasuk blog ni.

Wednesday, June 17, 2009

2 Kali Tahiah Buat Jannah :)


Semalam Jannah tegur ein dkt YM dan sampaikan berita gembira untuk ein. Macam ni lah perbualan kami dekat ym:

nrljnnh: Hehe..Ein,ucap la dua kali thniah kat jnnh..
lein_in: kenapa? tahniah n tahniah lg :D
lein_in: nape ek?
nrljnnh: 1stly,mgu dpn da graduate da..Sec0ndly,ehm!Mlu lak nk ckp..
nrljnnh: Teka..
lein_in: wah. tahnian nk grad. n tahniah ada bby? :D
nrljnnh: Mana tau ni..Alhamdulillah..Im prgnant..Jgan tkjut..Da 3mgu da..
lein_in: ehehe. blh agak lh jannah. tahniah2.

Ehe. Memang berita yang menggembirakan. Ein pernah terfikir, bila lah Jannah dengan Kak Atin nak mengandung ni. Boleh lak fikir camtu kan? Sebab Kak Atin, anak pakngah ein nikah tahun lepas bulan 8 kalau tak silap. Jannah pulak nikah tahun lepas bulan nov. Dua2 orang yang ein sayang ni belajar dekat Ireland. Jannah ni suami dia dekat Malaysia dan kadang2 datang jengguk Jannah. So, bila jannah cakap suh ucap tahniah 2kali tu, ein dah agak mesti Jannah mengandung. Di kuatkan lagi dengan perkataan malu tu, sah la mengandung.

Apa2 pun, tahniah buat Jannah n thanks sebab ein antara kawan yang terawal tahu. Memang 2kali tahniah. But ein risau sebab jannah ni doktor. Tugas dekat hospital tu memang banyak dan tak cukup tangan. Kadang2 tak rehat. Bila puasa, kadang2 tak sempat pun berbuka sebab dalam ER. Jadi bila dia mengandung ni, ein agak risau jugaklah. Plus Jannah ni ada gastrik yang teruk. Bila ein cakap, Jannah kata gastrik dia makin teruk sejak mengandung ni. Apa2 pun, ein doakan yang terbaik untuk Jannah dan moga sentiasa dirahmati Nya.

Wednesday, June 10, 2009

3 Award dari Ukhti Julia


Fuh. Sampai 3 Award dari Ukhti Julia. Cume xde masa je nak post. So dah bertimbun ni, post sekali lah kan. Syukran tuk Ukhti sebabbagi award ni. Ehe. 1st time dpt award yang banyak dari orang yang same. Ehe. ini lah awardnye.

THE BEST OF BLOGS AWARD

UKHWAH AWARD 2009



FRIENDS AWARD


OK. Seterusnya ein bagi award ni pada:

1. Sakura
2. Kak Nurul
3. Sri
4. Afzan
5. Sape2 lah. ehe

Friday, May 29, 2009

Appoinment yang ke 5


Appoinment kali ni, kaunter pulak yang lambat. Sampai ada seorang makcik tu mengamuk dekat situ. Marah2 kerani kaunter. Kadang-kadang elok jugak kena marah. Buat kerja lambat sangat.

Prosedure biasa buat hvf. Then tunggu, jumpa doktor pulak. Bukak je pintu, ein cam terdiam. Lama jugak berdiri depan pintu. Bila doc sebut nama, baru ein bergerak. Kenapa? Sebab ein bukak je pintu, depan ein, doktor melayu yang tak bertanggung jawab tu. Sebelum ni ein memang tak ingat rupa dia. Sekali jumpa, terus recall balik kejadian tu. Dan nasib baik yang cek ein doktor india satu bilik dengan dia.

Doktor cek report sume dan tanya, pakai ubatkan? Ein angguk je. Lepas cek semua, doktor kata, teruskan ubat dan tanya, ada masalah lain? So ein cerita sal spek ein yang dah 2kali buat tapi tak boleh pakai. Mata sakit dan kabur. Dan bila malam, silau tinggi. Ein tanya, confirm glaucoma? Doktor masih cakap kemungkinan. Mungkin yang bertekanan rendah.

Dapat resit farmasi, ein tengok tertulis timolol 0.5%. Macam ubat lain je. N betul, tu ubat lain. Sementara tunggu mak, ein bukak kotak ubat(timo-comod) tu dan tengok diskripsi dalam tu. Dan bandingkan dengan ubat sebelum ni(iotim). Betapa bodohnya ein sebab tak alert. Sebelum ni ada baca tapi sambil lalu je. Tak amik berat. Rupanya apa yang ein cakap pada doktor dan apa yang pernah ein rasa 2adalah side effect ubat. Mungkin sebab tu ubat di tukar.

Semalam ein cerita dekat pakteh. Dulu kerja dekat hospital. Pakteh kata, memang sebab tu ubat tu kena tukar dan lain kali baca betul-betul ubat tu. Ada tanda side effect, bagitau. Adeh. Padahal pernah ein baca, ubat kena ikut kesesuaian pesakit dengan penyakit. So, pada sape2 lah kan, periksa betul-betul ubat anda. Baca betul-betul. Kalau ada tanda side effect, bagitau doktor anda.

AWARD DARI UKHTI JULIA


Hari tu ein dapat ym dr ukhti julia. Ym nya begini(malas nk edit.ehe):

sahabatmusleem : salam..
sahabatmusleem : ein akak ade bg award
sahabatmusleem : kt blog..
sahabatmusleem : :)
sahabatmusleem : nnti tgk eh
lein_in : .oraite kak. tq :-*
sahabatmusleem : kt post, award btuah 2009..
sahabatmusleem : xsilap ada nm enti :D
sahabatmusleem : B-(
sahabatmusleem : eheehh
sahabatmusleem : silap2
sahabatmusleem : :>
lein_in : 2la. baru nk ckp td. leh lak ckp xsilap. mrajuk kang :(
sahabatmusleem : jap akak tgk smula :D
sahabatmusleem : jap2
sahabatmusleem : xde nih
sahabatmusleem : jap eh X_X
sahabatmusleem : uhuhhu
lein_in : kalo xde, bg ade
lein_in : :D
sahabatmusleem : ade
sahabatmusleem : http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/05/award-bertuah-2009.html
sahabatmusleem : >:D<
lein_in : kalo xde mmg nk tuntut.wt muke tebal seinci
sahabatmusleem : X_X
sahabatmusleem : eleh :-j
sahabatmusleem : jgnla mcmtuh :D
sahabatmusleem : dh tgk?
lein_in : dah.ehe. tq kak. nti ein postkn lak

ok.... inilah awardnye
Fuh...hijaunye. sesuai untuk blog ni.

So, ein bagi pulak award ni pada sesiapa saja yang baca post ni. Ehe. Nak memudahkan kerja ein sebenarnya. Memandangkan streamyx jap ade jap xde, jd sesiapa pn yang baca post ni, award ini adalah hak anda. Tahniah :)