Monday, May 11, 2009

KISAH DI KEDAI BUKU



Alkisah, satu hari ein ke kedai buku. Tengah mencari-cari buku yang menarik untuk dibeli, adalah dua orang wanita ni masuk dengan bawak bakul. Banyak buku nak dibeli agaknya. Wanita tu pun terus ke rak buku agama. Kebetulan ein tengah belek-belek buku dekat situ. Dengar perbualan mereka sikitlah sebab suara mereka tu agak kuat waktu berbual sesama mereka.

Ein beralih ke rak sebelah. Ein dengar, agak kecoh dua orang tu bercakap. Dan dari percakapan mereka, taulah ein yang mereka tu ustazah. Mencari buku mungkin untuk bahan bacaan murid. Mungkinlah.

Ein lihat mereka main ambil je buku apa yang mereka rasa nak ambil tanpa tengok dan belek betul-betul. Tapi ein buat tak kisah. Hak mereka lah. Nama pun tempat awam. Kemudian, bakul buku tersebut diletakkan di tepi satu rak buku agama. Ein pun mula belek balik buku di rak agama. Nak memuaskan hati dan pastikan tak ada lagi buku yang ein nak beli sebelum membayar buku yang ein dah ambil.

Tengah belek-belek lagi, mereka datang balik ke rak buku agama dan berbincang di mana hendak mereka periksa buku yang mereka ambil sebentar tadi. Salah seorang dari mereka kata, duduk di situ sajalah. Dan mereka tarik bakul buku tadi dan bersila di atas lantai di tengah-tengah laluan. Antara 2rak buku agama. Kira dah menghalang laluan dan menghalang orang lain untuk melihat buku-buku yang ada di situ.

Ein biarkan. Ein terus belek buku dari satu rak ke satu rak buku agama sehingga hampir pada mereka. Mereka lansung tak hiraukan ein. Lansung tidak hirau kalau ein nak lalu atau nak lihat buku di rak tempat mereka duduk tu. Lansung. Mula hati ein menggerutu, ‘Ustazah apa ni macam tak ada adab je.’ Tapi demi menjaga hati mereka, ein tak ganggu. Ein tunggu mereka habis periksa buku yang mereka ambil.

Ein pergi ke rak lain. Dah lama tu, ein jenguk balik ke rak buku agama. Orangnya dah tak ada. Tapi bakul buku masih di tengah jalan. Ish. Apa punya orang ni? Dan mengejutkan juga, buku pakai ambil saja. Bila tak nak, main pakai letak saja. Astaghfirullah hal aziem. Ein fikir-fikir balik, ustazah apa ni? Malulah kalau orang lain nampak. Mana nilai-nilai Islam yang patut di tunjukkan?

Maaf ein kata. Bukan semua ustazah macam tu. Tapi kalau macam tu, fikir-fikirlah. Patut ke dekat tempat awam buat macam tu? Itu tempat awam. Bukan tempat anda. Ruang ada, kenapa mesti menghalang laluan orang lain. Dan peka lah sikit. Bila nampak orang tengah belek buku, bagi lah laluan. Walaupun orang tak minta. Berbudi bahasa lah. Mungkin orang tu malu nak menegur. Yela, salah ein tak tegur. Tapi ein tak mahu mengganggu. Mereka dah elok bersila, buku atas lantai, dan tak mahu mereka kecil hati.

Tapi empunya diri, fikir-fikirlah. Dah tu buku pakai letak je. Penat pekerja nak susun balik. Ein pernah kerja kedai buku. Ein tau. Dan ein pun pernah jadi pustakawan. Penat bila pelajar tak reti nak letak buku pada tempatnya. Memang itu kerja orang dekat kedai buku tu. Tapi tak kan tak ada perikemanusiaan atau budi bahasa. Di mana nilai-nilai Islam. Menggelarkan diri ustazah, tapi perwatakkan bertentangan. Teringat ein novel Zaharah Muhammad part seorang pemimpin institut tahfiz yang lansung tak mencerminkan nilai-nilai Islam.

Tolonglah tak kira ustaz, ustazah mahupun orang biasa, jaga lah adab tu. Kita orang Islam dan orang melayu. Orang bukan Islam pun mungkin lebih berbudi bahasa dari kita.

Wallahu’alam


No comments: