Penulis:
NORBI HUSIN
Terbitan:
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TERBITAN PERTAMA 2006,2007
Sinopsis:
Buku Gurukah Aku atau ...? ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan saya sebagai seorang pelajar, pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang belajar dan seterusnya menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah di harap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua pelajar dan pendidik khususnya.
Atas kesedaran itulah saya menulis buku Gurukah Aku atau ...? ini. Bagi memudahkan pembaca memahami mesej yang hendak disampaikan, saya olah penulisan ini dalam bentuk cerita, sketsa dan episod-episod agar tidak menjemukan. Semua yang dituliskan ini adalah episod-episod atau cerita-cerita yang diambil melalui pengalaman saya dan rakan-rakan pendidik. Saya berharap pada pelajar dan guru yang membaca cerita, sketsa dan episod yang dipaparkan ini akan dapat sedikit sebanyak, mesej yang hendak disampaikan.

Komen Ein:
Ein enjoy bila baca buku ni. Buatkan ein terkenangkan zaman sekolah dulu. Cuma cerita Puan Norbi ini berkisar tentang zaman yang berlainan dengan ein dulu. Yang mana zaman makcik pakcik ein. Suasana, keadaan memang berbeza. Kalau ein seorang pendidik, pasti ein akan mencontohi Puan Norbi. Namun, walaupun ein bukan seorang cikgu, masih ein tetap mengambil cerita dan pengalaman Puan Norbi untuk akan datang bagi mendidik generasi muda. Banyak juga pengalaman yang menghiburkan hati ein.
Contohnya cerita sewaktu Puan Norbi menjadi guru yang bertajuk 'Pakai Payung'. Kisah ni berkisar tentang seorang guru seperjuangan Puan Norbi yang marah-marah dengan Pengetua semata-mata kerana Pengetua memarahi guru tersebut yang memakai payung sewaktu mengajar PJ. Dah tentulah teguran itu betul sebab, pelajar berpanas untuk kelas pendidikan jasmani. Tapi cikgu pulak berpayung. Dan banyak lagi kisah-kisah yang menarik bagi ein. Memandangkan bagi ein, zaman persekolahan ialah zaman yang sangat manis untuk dikenang. Peristiwa pahit pun jadi manis bila dikenang balik. Ok. Buku ni mak ein beli dekat MPH. Bahagian apa tah tak ingat. Tapi memang bahagian untuk cari bahan guru-guru. Harganya RM24.00.

No comments:
Post a Comment