Monday, May 11, 2009

Mama/Mak, Ma Dan Umi. Selamat Hari Ibu.


Semalam Hari Ibu. Memang hari Ibu adalah hari-hari. Dimana setiap hari kita perlu mengenang jasa dan pengorbanan seorang Ibu. Pengorbanan Ibu sukar untuk ditandingi. Jangan bila Hari Ibu menjelang, baru nak buat baik dengan Ibu, baru nak menghargai Ibu.

Cuma Hari Ibu ini istimewa kerana di sambut secara besar-besaran di seluruh dunia. Sebagai hari yang istimewa di dalam kalendar masihi.

Sempena Hari Ibu semalam, ein ucapkan Hari Ibu pada Mama/Mak Ein. Dari kecil panggil mama dan kadang-kadang panggil mak bergantung pada keadaan. Mak no 1 untuk Ein. Tapi maaf, sebab ein tak mampu nak beli hadiah untuk Mak. Sekadar ein menjadi anak yang taat saja yang ein mampu berikan. Jasa Mak membesarkan ein dan adik beradik seorang diri, tak mampu ein balas. Mak lah Ibu Tunggal yang tabah membesarkan kami. Ibu nombor 1 ein.

Dalam kereta dengan Mak, Ein message Makcik atau Mak Tunang Ein. Ucapkan Selamat Hari Ibu. Dan Makcik ucapkan terima kasih. Waktu sarapan pagi lepas taklimat yang pertama, ein dapat message dari Makcik. Dan Makcik hantar message ini, 'Sempena Hari Ibu ini, panggillah 'ma' kerana ein pun dah hampir jadi sebahagian dari keluarga ini'. Rasa terharu ein. Hari Ibu tapi ein pulak yang dapat hadiah istimewa ni. Sambil terharu dan tersenyum-senyum ein baca message tu. Sedar-sedar adik yang sama kursus dengan ein, Erin tegur. Alhamdulillah. Jarak yang jauh rupanya bukanlah alasan untuk mengambil hati dan mengeratkan hubungan dengan bakal Mentua. Terima kasih Ma. Ma lah Ibu nombor 2ein.

Dan sewaktu menunggu penceramah masuk, ein message pula Umi. Ibu nombor 3 Ein. Walaupun Umi cuma Ibu Tiri ein, tapi tetap ein letakkan Umi dalam hati ein. Dan Umi doakan ein sejahtera dunia dan akhirat.

Alhamdulillah. Ein rasa ein lah anak yang paling beruntung sekali sebab ada 3 orang Ibu yang sentiasa mendoakan ein dan merestui ein. Pengorbanan mu Ibu akan ku kenang hingga akhir hayat ku. Moga Allah juga sentiasa merahmati dan memelihara Ibu-ibu ku ini. Dan semoga syurga lah ganjaran buat mereka bersama dengan wanita-wanita yang solehah. Ameen.

No comments: