Pada suatu hari, Nabi Musa a.s telah diserang satu penyakit. Bila diketahui oleh Bani Israil maka mereka pun berjumpa dengan Nabi Musa a.s dengan berkata: “Wahai Musa, kami telah mengetahui penyakit kamu itu, oleh itu kami harap kamu tidak menolak ubat yang kami bawa ini. Kalau kamu berubat dengan ubat yang kami bawa ini, nescaya kamu akan sembuh”
Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tidak akan berubat sehingga aku di sembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat.”
Setelah gagal memujuk Nabi Musa a.s, maka mereka pun meninggalkan Nabi Musa a.s. Penyakit Nabi Musa a.s tidak sembuh hingga beberapa lama. Kemudian Bani Israil datang lagi dengan berkata: “Wahai Musa, ubat yang kami bawa ini memang terkenal kerana mujarabnya. Kami sendiri sewaktu diserang penyakit yang kamu hidapi ini telah kami gunakan terhadap diri kami, dan penyakit kami hilang apabila kami menggunakan ubat ini.”
Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tetap tidak akan berubat sehingga Allah menyembuhkan aku tanpa menggunakan ubat.”
Kemudian Nabi Musa a.s mendiamkan diri buat seketika, lalu Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang bermaksud: “Wahai Musa, Demi kemuliaan Ku dan keagungan Ku! Aku tidak akan menyembuhkan kamu sebelum kamu berubat dengan apa yang mereka (Bani Israil) sebutkan kepadamu.”
Lalu Nabi Musa a.s berkata kepada Bani Israil: “Ubatilah aku dengan ubat yang kamu katakana itu.”
Kaum Bani Israil pun mengubati Nabi Musa a.s dengan ubat dari tumbuh-tumbuhan, dengan izin Allah s.w.t, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa a.s itu. Hal ini menyebabkan Nabi Musa kurang senang, kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang bermaksud: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmatKu dengan tawakal engkau kepadaKu. Tidak kah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?”
Kemudian sedarlah Nabi Musa a.s dari kebimbangan yang melandanya.
P/S: seperti entry ein tentang khurafat tu, boleh lah dirumuskan bahawa segala-galanya dengan Izin Allah s.w.t. Benda-benda yang dijadikan di dunia ini hanyalah asbab untuk kita berusaha, bertawakal dan mendapatkan keredhaan serta rahmat dari Nya. Bukan benda itu yang mempunyai keramat. Tetapi semuanya kuasa Allah s.w.t
Wallahu’alam
Tuesday, April 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment