Tuesday, April 8, 2008

Tazkiratul Auliya' - 62 Orang Wali Allah


Tazkiratul Auliya’ – 62 Orang Wali Allah
Syekh Fariduddin ‘Attar


Resensi kali ni, nak suggestkan buku ni. Ein beli waktu tahun 2004. Masa masih dekat kolej dulu. Antara buku yang ein suka. Dekat ein ni, cetakkan keempat belas – 2001. Ein petik sikit pendahuluan dari penterjemah buku ni, Abdul Majid bin Hj Khatib.

‘Buku ini adalah terjemahan dari buku yang berjudul TAZKIRATUL-AULIYA’ dalam bahasa Parsi karangan Syekh Fariduddin ‘Attar, seorang penyair dan sufi agung dari Iran. Terjemahan dalam Bahasa Melayu ini saya usahakan berdasarkan edisi Bahasa Inggerisnya yang diterbitkan oleh Syekh Muhammad Ashraf, Kashimiri Bazar, Lahore, Pakistan…

Buku ini mengandungi kata-kata dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan enam puluh dua orang sufi yang mahsyur namanya. Orang-orang ini ialah orang-orang yang mendampingi diri mereka dengan Tuhan dan mereka memandang Tuhan sahaja dan tidak kepada yang lain. Untuk mengetahui mereka itu sebenarnya, maka teruskanlah membaca buku ini. Di situ akan diketahui pandangan dan sikap mereka itu terhadap hidup dan lain-lain lagi…’

Penterjemah,
Abdul Majid bin Hj. Khatib

Antara kisah sufi yang ada dalam buku ini ialah:
- Hasan Al-Basri
- Malik bin Dinar
- Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah
- Ibrahim bin Adham
- Dzu’n-nun Al-Misri
- Sufyan Al-Thauri
- Imam Ahmad bin Hanbal
- Al-Junaid Al-Baghdadi


Ini adalah antara sufi yang kita selalu dengar namanya namun adakah kita tahu kisah mereka atau sekadar mendengar nama saja?

Sedikit petikan dari kisah Ibrahim Adham

‘Kata Ibrahim lagi bahawa enam perkara ini jika dipatuhi, maka bolehlah seseorang itu menjadi wali Allah:

1. Jika kamu melakukan dosa kepada Allah, janganlah makan rezekiNya
2. Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah dari kerajaanNya
3. Lakukan dosa di tempat yang Dia tidak dapat melihat kamu
4. Semasa hendak mati, pintalah tangguh kepada malaikat maut untuk kamu bertaubat pada masa itu
5. Jangan biarkan Munkar dan Nankir datang kepadamu dan bertanya tentang amalan mu yang telah lalu
6. Apabila kamu hendak dicampakkan ke neraka, jangan kamu mahu

Jika kamu tidak sanggup melakukan perkara di atas itu, maka bersumpahlah kamu tidak akan berbuat dosa lansung.’

P/S: Buku yang sangat elok untuk di baca. Siapa yang berminat dengan buku ni, boleh la order di http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/2008/04/tazkiratul-al-auliya.html


Entry ini terpaksa di edit kerana ade prob dgn blogger. harap maklum

No comments: