Tuesday, December 30, 2008
Bunga Kebahagiaan - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
BULAN PERTAMA DALAM ISLAM
Seperti yang kita tahu, Muharram adalah bulan pertama menurut susunan bulan dalam Islam. Tahun Hijrah yang digunakan berasal dari sejarah hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
Muharram merupakan satu daripada empat bulan suci.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Setahun ada 12 bulan. Empat daripadanya suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu lagi ialah bulan Rejab di antara Jamadilakhir dengan Syaaban."
Umat Islam dahulu telah mengharamkan peperangan sepanjang bulan ini. Tarikh 10 Muharram dikenali sebagai Hari As-Syura. Orang Islam diberi keutamaan berpuasa sunat. Rasulullah pernah menemui orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai mengagungkan sejarah kemenangan Nabi Musa ke atas Firaun.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kami adalah orang yang lebih berhak ke atas Musa daripada kamu. Maka berpuasalah kamu(orang Islam) sebelumnya(Hari As-Syura)satu hari dan sesudahnya satu hari pula. Dan berbezalah kamu dengan orang-orang Yahudi."
.......................................................
Amalan khusus Bulan Muharram
~ 1 hingga 9 Muharram di sunatkan puasa
~ 10 Muharram adalah untuk hari As-Syura: Disunatkan berpuasa pada hari tersebut, hari sebelum dan selepasnya iaitu 9, 10, 11 Muharram untuk membezakan dengan puasa orang Yahudi.
~ Menyapu kepala anak yatim
~ Bersedekah kepada fakir miskin
~ Bercelak mata
~ Meluaskan perbelanjaan keluarga
~ Memperbanyakkan bacaan berikut sekurang-kurangnya 70 kali: Hasbunallahu wani'mal wakil ni'mal mawla wani'mal nashir.
Maksudnya:
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami). Ia sebaik-baik Penghulu (Penguasa yang melindungi alam semesta) dan Ia sebaik-baik Penolong."
P/S: Azam tahun baru hijrah ni sama macam sebelum ni, nak jadi muslimah solehah, nak tambahkan dan perbaiki amal ibadat.
Thursday, December 25, 2008
TAG FROM SRISUFI
Baru je kenal dah kene tag...
TQ Sri... :)
Three Things That Scare Me :
~ Hilang rahmat Nya
~ Seksa kubur dan neraka
~ Hilang Islam di dunia yang tinggal Islam pada nama
Three Peoples Who Make Me Laugh :
~ Nenek bile melatah atau kurang dengar (kite cakap lain die jawab lain. Hehe)
~ Tunang tersayang
~ Nabil lu fikirlah sendiri
Three Things I Hate :
~ Cakap tak serupa bikin
~ Orang cari gaduh
~ Mulut main lepas
Three Things I Don't Understand :
~ Kenapa bab agama manusia tu ego?
~ Kenapa manusia ni dah susah tapi berlagak?
~ Kenapa suka menindas orang lain?
Three Things I'm Doing Right Now :
~ Dah tentulah tengah menaip, membaca dan melihat
~ Jawab tag nih
~ Fikir canne nak jawab (canne nak jawab tag kalo xgune pancaindera kan?Macam lebih dari 3jek.Huahuahua)
Three Things I Want To Do Before I Die :
~ Bertaubat sebelum nyawa di tenggorokkan
~ Minta maaf dan memaafkan
~ Settle ape tak settle
Three Things I Can Do :
~ Menggunakan segala pancaindera yang ada
~ Makan
~ Tido (semua orang leh watkan? hehe)
Three ways To Describe My Personality :
~ Ceria
~ Pemalu tapi peramah
~ Suke kucing
Three Things I Can't Do :
~ Bawak kapal terbang
~ Bawak kapal laut
~ Bawak keta kebal
Three Persons I Want To Tag :
~ Afzan sebab die suke sangat jawab tag
~ Zahidah sebab tak pernah tag die
~ Kak Nurul sebab saje nak tambah keje die
Pecah Rumah Lagi...
Semalam dikejutkan dengan berita rumah Nek Busu kene pecah lagi.
Gril besi yang besar tu habis kene potong.
Ada darah menitik. Agaknye luke waktu nak pecah rumah.
Macam biasa buat laporan kat Balai Polis.
Ni kali ke 2rumah Nek Busu kena pecah
Kali pertama waktu bulan puasa, Nek Busu yang tinggal sorang tu pergi KL.
Tinggal dengan anak2 dia.
Balik brape hari nak raya, tengok rumah kene pecah.
Baru2 ni, bulan lepas, rumah tokey kedai, Abang Ijat lak kene pecah.
Semua kena ikat. Duit, barang emas kene amik.
Waktu tu dah pagi dalam pukul 4pagi.
Polis kate orang pro yang buat.
Semalam rumah Nek Busu lagi lepas kejadian pertama.
Waktu 2Nek Busu g Siliau.
Balik tengok habis rumah. Xpasti bila. Yang pasti, Nek Busu seminggu tak de dekat rumah.
Pagi tadi Nek Zizah lak datang rumah.
Bagitau rumah ayah Abang Ijat lak kene pecah.
Waktu Atuk tu pegi ke surau untuk solat subuh.
4kes pecah rumah dalam masa beberapa bulan.
Sasarannya rumah batu dan rumah tokey.
Kampung ni banyak rumah kosong dan orang tua tinggal sorang.
Tapi masih sasarannya orang yang berumah batu dan tokey.
Semua dekat2dengan rumah nenek.
Risau jugak.
Kadang2 tido malam tak lena. Pasang telinga kot dengar ape2.
Ya Allah, jauhkan lah kami dari orang2 yang berniat jahat ni.
4buah rumah dalam masa beberapa bulan je.
Wednesday, December 24, 2008
SIRAH NABAWIYAH - IBNU HISYAM & ISTERI-ISTERI & KELUARGA NABI SAW
Berapa minggu sebelum bertunang dan minta poskan ke rumah Fawan.
Waktu bertunang, dah pesan kat Fawan, bawak buku tu, tapi dia lupa.
Minggu lepas, 14hb baru dapat buku tu.
Dah 1bulan baru dapat. Sedih sungguh.
Minta pos ke rumah Fawan sebab tak nak mak marah.
Yela, asyik beli buku je. Haha.
Dah suke, nak wat macam mana kan.
So, sangat teruja bila dapat buku ni.
TQ 2Kak Fatim a.k.a Pondokbuku
Sirah Nabawiyyah li Ibni Hisyam ini adalah
merupakan kitab Sirah Nabawi tertua,
karya 'Abdul Malik bin Hisyam bin Ayyub al-Himyari al-Mu'afiri Abu Muhammad az-Dzahali,
wafat tahun 213H.
Ia disunting dari buku sirah karya Muhammad bin Ishaq al-Muttalibi.
Merupakan buku sirah rujukan tertua dan paling sohih mengikut standard penulisan ilmiyah.
Buku ni satu set RM141
Boleh jugak beli berasingan. Leh tengok kat link ni Pondokbuku
Ein tak boleh g beli sendiri. Habis duit dalam tangan nanti.
Disebabkan kesibukkan, belum habis lagi baca buku ni. Ehe.
Nak mengenali Ummul Mukminin.
Kalau boleh tak nak takat baca je. Nak la ingat.
So, senang la nak cerita kat sape2 kan.
Kot ade yang tanye sirah Ummul Mukminin.
Tu yang bertambah lambat 2. Hehe
Sedikit sinopsis tentang buku ni...
Sebahagian dari mereka ada yang berkata: "Para isteri Nabi s.a.w tidak termasuk dalam Ahlul Bait dan untuk itu mereka berdalil dengan apa yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Umar bin Salamah anak tiri Rasulullah s.a.w, ia berkata: ayat ini turun kepada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Di rumah Ummu Salamah, maka Nabi s.a.w memanggil Fatimah, Hasan dan Husein dan menyelubungkan kain kepada mereka dari belakang punggungnya, kemudian baginda bersabda: "Ya Allah, mereka adalah keluarga ku (ahlul baitku), maka bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya." Ummu Salamah berkata: "Apakah saya bersama mereka, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Kamu berada di tempatmu dan kamu tetap baik."
Oke...nak sambung membaca
TRY NOT TO CRY
TRY NOT TO CRY - SAMI YUSUF FEAT OUTLANDISH
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears
CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you
Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say
CHORUS
You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise
CHORUS
Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust
Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom
Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say
CHORUS
Wednesday, December 17, 2008
Aliff Rayyan....
14 December 4.00pagi
Kak Ekin sakit nak bersalin. Keluar darah dan terus masuk wad.
Pagi tu mak dengan nenek bertolak ke JB.
15 December 1lebih pagi
Wish beday amin. Amin balas dan cakap dia nak sambut hadiah beday yang paling bermakna. Kak Ekin dah bukak 5cm.
6.00pagi
Message mak. Mak cakap belum bersalin lagi.
Susah sangat nak bersalin.
Kak Ekin dah penat dan takut.
Mak cakap tak pernah tengok orang sakit nak bersalin sampai macam tu sekali.
8lebih pagi
Mak call. Mak cakap, doakan Kak Ekin dan Rayyan selamat.
Tak bersalin jugak lagi.
Penat teran dia klua pastu masuk balik.
Amin dah nangis.
Doc cakap kalau tak boleh jugak, kena tarik guna forsep.
Kalau tak leh lagi, baru operate.
Ein pun dah risau.
Ein takut sangat kalau guna forsep dekat Rayyan.
Takut Doc tersilap tarik je.
9pagi.
Mak call cakap dah selamat bersalin.
Guna forsep dan baby ok.
Alhamdulillah
Betul2tarikh lahir amin dan waktu lahir amin.
Berat Rayyan 3.2paun.
Hehe...
Patut la ssh nak keluar.
Mak cakap kak ekin takut nak makan dan minum.
Takut nak buang air kecik dan besar.
Ish...
Kalau ein pun ein takut
Hehe
16 Dec
Dah berapa hari ein pendam kecik ati
Baru ein message mak.
Sambil message sambil menangis.
Ingat nak tunggu mak balik baru cerita.
But what's the point.
Cerita kat message atau face 2 face pun mak tetap sama jugak.
17 Dec
Hari lahir mak. Tapi ein dikejutkan dengan berita Rayyan masuk wad kecemasan.
Sebab sakit kuning yang tinggi dan doc takut ada jangkitan pada otak.
Sian Rayyan.
Moga Rayyan sihat.
Ameen...
Saturday, December 13, 2008
THIS AWARD GOES TO...
NURRAZKIAH, for being...
-Understanding
-Good Listener
-Always there 4me...susah dan senang
-Pemberi nasihat yang sangatlah matang
- Sentiasa memberi moral support
Kenapa ein bagi award dekat Raz tapi bukan kawan yang lain?
Sebab:
Selama berkenalan dengan Raz, dia tak pernah jemu dengan ein. Segala cerita manis n masalah ein, dia tau.
Tapi kawan yang lain pun tau jugak masalah ein. Nape mesti bagi award dekat Raz je?
Memang...Tapi Raz tau ape korang tak tau. Korang tau setengah je. Raz tau semua. Bukan sebab ein saje nak cerita setengah dekat korang. Tapi korang yang nak dengar setengah. Cmne 2ek? Kire ein tak habis cerita, korang dah potong cerita. Padahal korang yang suh luahkan walupun kadang2 ein tak nak. Raz, die dengar dari mula sampai habis. Sebab tu die ein kate 'a good listener.'
Kadang2 xcakap pun dekat Raz yang ein ada masalah. Tapi dia tau.
Korang lak, ein cakap ade masalah baru korang tau. Nape Raz tau? Sebab ein kadang2 message biase je dengan Raz. Saje nak kaco, tanye kabar. Walupun dalam hati ein tengah sarat dengan masalah. Then Raz sentiasa tanya perkembangan. Contoh kalau ein belajar, dia akan tanye perkembangan belajar termasuk masalahnya sekali.
Bukan sekarang je. Dari mula kenal sejak dekat Familyrast, Telagabirufanclub sampai sekarang. Dia tak pernah jemu. Kadang2 jadi tempat ein tanya pendapat, hukum. That's why she always there 4me. Tak kira suasana macam mana. Susah dan senang.
Kadang2ein cerita sikit je, Raz dah faham. Tak perlu nak cerita banyak kali n ulang2. So, Raz sangat Understanding.
Pemberi nasihat yang sangat matang. Sebab, tiap masalah ein, Raz bagi jawapan yang senang dan menyenangkan hati ein. Padahal Raz muda setahun dari ein. Sangat2 matang. Sebagai anak sulung dalam 2beradik, Raz memang memainkan watak seorang kakak, anak, adik yang sangat matang. Yang sepatutnya ada pada diri semua anak sulung tak kira lelaki atau perempuan. Abang ein pun tak sematang Raz walaupun sekarang dah 20 lebih umur abang.
Yang akhir sekali, moral support. Time ein hampir putus asa, Raz selalu bagi semangat. Kata ein kuat, tabah. Dalam apa jua keadaan. Terima ein seadanya ein.
So...this award 4 u... Walaupun xde piala atau ape, tapi akk dedicate kan lagu Teman Sejati yang memang dari dulu kite suke ni, tuk Raz. Sambil bace, sambil dengar lagu 2dekat player 2...ehe...cari versi Rabbani tapi xdo lak...
Thanks 4being there 4 me :)
Nah bunge
Award lagi...
Tuk Pakngah yang sentiasa tolong ein dan jadi abah no 2ein
Tuk Induk Dik Dah yang waktu ein tengah susah dan putus asa, datang pada ein dan cakap, "Tak pe. Induk ada. Sabar ye." Sambil pegang bahu ein.
Thanks 4being my family n be there when my family doesn't care.
Waktu ein dah patah semangat.
Waktu ein dah pasrah dan menyerah je pada takdir.
Orang2 nilah yang kembalikan semua pada ein dengan izin Allah
Sangat2 terharu
Ein bersyukur padaNya kerana bawak mereka ni dalam hidup ein.
Moga mereka ni sentiasa dirahmatiNya
Ameen
Friday, December 12, 2008
ALKISAH...APE NAK JADI?
"Ko tau, aku pelik la dengan sepupu2 kite ni...Makbapak dorang yang bergaduh dengan mak sedara dorang, nape dorang masuk campur sekali. Memang la tu makbapak dorang, tapi beragak la sikit. Kite ni sepupu dorang. Takkan semata2 makbapak dorang gaduh, dengan kite pun dorang nak buat macam tu. Sampai tak balik raya. Aku kesian dekat nenek. Jangan ingat aku jarang balik kampung, aku senyap je, makna aku tak tau cerita."
Erk...
"Entah la. Dengan aku senang je, nak balik, balik. Tak nak balik, sudah."
(Panjang lagi sebenarnya perbualan dorang ni...Meleret2 sampai flashback cite2 dulu)
Dalam hati tu berkata jugak, nape tetibe mamat ni berleter lak ni. Walaupun memang semua orang yang balik raya hari tu tak puas hati dengan suasana tu, tapi nak buat macam mana.
Masing2 dah ada keluarga sendiri
Masing2 dah lupa diri
Masing2 ada kehidupan sendiri
Yang kesian, si tua yang menanti
Banyak kes macam ni...
Nak komen la, bagi ein, tak salah nak backing makbapak. Tapi jangan lupa, dalam sebuah keluarga tu, bukan makbapak dan anak je yang ada. Susur galur tu jangan lupa. Boleh backing, tapi takkan makbapak korang terjun lombong, korang pun nak terjun. U jump I jump.
Maksud ein dekat cni, tak kisah la siapa...ni tuk korang yang baca la. Kalau makbapak korang bergaduh dengan adik beradik dorang, patut korang jadi pendamai. Bukan same ngan makbapak korang, bergaduh sekali. Konon nak bela makbapak la kirenya. Tak salah nak bela, tapi nape dengan orang yang tak berkaitan pun kena tempiasnya? Logik tak? Gaduhnye dengan sorang je. Tapi habis semua kena.
Ikut hati memang marah...Tapi takkan sampai tak balik kampung sebab tak nak terserempak dengan musuh. Sekurang2 nya hati orang tua kena la jaga bagi mereka yang ade mak ade nenek lagi yang duk menunggu kat kampung. Penatlah orang tua tu masak beberapa hari sebelum raya tuk anak2. Terbongkok2masak. Tapi anak2 tak nak balik. Kalau tak nak terserempak dengan musuh pun, takkan la tak nak balik lansung. Fikirlah sikit. Jangan dok fikir dendam ngan hati yang panas je. Fikirlah usia si tua yang makin singkat 2. Dah tak ada baru nak menyesal. Tu pun kalau balik. Kalau time tu pun tak nak balik, memang parah la...Dah xde ubat dah time 2...
So, bak kate Nabil...Lu fikirlah sendiri...
P/S: Ngan aku pun senang jugak. Cam si fulanah cakap. Nak balik, balik. Tak nak balik, sudah. Yang penting aku tetap balik. N jangan orang buat kat aku. Kalau orang buat kat aku, aku still boleh wat bodoh, still leh tegur. Tapi bile aku dah tegur, beralah, korang buat perangai jugak, sori la. Memang terkeluar dari senarai aku. Tak kisah la sape pun. Sebab waktu tu, bukan salah aku lagi dah. Haha
Wednesday, December 10, 2008
PAHLAWAN NERAKA
Pada pandangan orang, bila tengok si fulan elok amal ibadatnya, orang akan kata dia bakal menjadi ahli syurga...
Tapi Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNya...
Hanya Allah Yang Mengetahui kedudukan hambaNya samada syurga atau neraka...
Dan Hanya Allah Yang Mengetahui keikhlasan hambaNya...
Jangan kita lihat pada zahirnya orang itu banyak ilmu dan elok ibadatnya, kita sanjung2.
Bukan banyak atau sedikit amalan yang menjadi ukuran.
Tapi keikhlasan hati seseorang hamba itu menjalani ibadat kerana Allah.
Wallahu'alam...
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
Thursday, December 4, 2008
Tahniah Tahnian Firasat Inzar UKM...
Monday, December 1, 2008
MAKUM...Firasat Inzar UKM...Chaiyok chaiyok
Terasa juga ketegangan, ketensionan ahli2 kumpulan Firasat Inzar menjelang beberapa hari nak bertanding. Dan final rehersal malam semalam. Ein pun terasa ketegangan tu walaupun xde kt situ. Sekadar bertanye sikit2 kt message. Takut lak jd bzbody...Sampai ein terbawak2smpai dalam tido n bile dikejutkan oleh kakak dan mak kul12lebih, ein trus berubah mood. Haha... Kalau penat sangat dan xdapat tido yang berkualiti, ein xsuke orang kejut ein bangun. Sah2 berubah mood dan susah nak tido balik. Adeh. Mangsa yang kene ngan ein, sape lg...Sian lak. Ish.
So, FI dilatih oleh Abang As pada mulanya. Abang As ni ex FI. Pastu Pertandingan Nasyid Kebangsaan, xingat taun bile, 2006 kot, Abang As jadi lead singer kumpulan Nawarrastu mewakili Penjara N9. Erk...Xingat sangat sebab dah lame.
Dan beralih ke tangan Fawan beberapa hari sebelum pertandingan. Haha... Xtau pe hasilnya. Waktu Fawan jadi YDP(yang dipertua)FI, dorg dapat Johan MAKUM, kat nilai waktu 2xsilap. Keluar kat majalah I lagi. Waktu 2dah kenal die dah. Tapi bergaduh la mulenye. Adeh...
Pastu, dalam bulan 6,7 tahun ni, FI Junior menang pertandingan dkt KUIS bawah pimpinan dia jugak. Kali ni xtau lah. Terpulanglah pada FI pulak macam mana dorg perform nanti. Tapi ape2 pun, ein doakan semuanya dipermudahkan, dikurangkan segala ketensionan...
Gud Luck...Chaiyok Chaiyok