Wednesday, December 24, 2008

SIRAH NABAWIYAH - IBNU HISYAM & ISTERI-ISTERI & KELUARGA NABI SAW

Hari tu ada order buku Sirah Nabawiyah dari Kak Fatim.
Berapa minggu sebelum bertunang dan minta poskan ke rumah Fawan.
Waktu bertunang, dah pesan kat Fawan, bawak buku tu, tapi dia lupa.
Minggu lepas, 14hb baru dapat buku tu.
Dah 1bulan baru dapat. Sedih sungguh.

Minta pos ke rumah Fawan sebab tak nak mak marah.
Yela, asyik beli buku je. Haha.
Dah suke, nak wat macam mana kan.

So, sangat teruja bila dapat buku ni.
TQ 2Kak Fatim a.k.a PondokbukuMySpace



Sirah Nabawiyyah li Ibni Hisyam ini adalah
merupakan kitab Sirah Nabawi tertua,
karya 'Abdul Malik bin Hisyam bin Ayyub al-Himyari al-Mu'afiri Abu Muhammad az-Dzahali,
wafat tahun 213H.


Ia disunting dari buku sirah karya Muhammad bin Ishaq al-Muttalibi.
Merupakan buku sirah rujukan tertua dan paling sohih mengikut standard penulisan ilmiyah.




Buku ni satu set RM141
Boleh jugak beli berasingan. Leh tengok kat link ni Pondokbuku
Ein tak boleh g beli sendiri. Habis duit dalam tangan nanti.

Huahuahua MySpace
Tapi belum boleh baca buku ni sebab sebelum buku ni sampai, ein tengah baca buku lain.


ISTERI - ISTERI & KELUARGA NABI SAW


Disebabkan kesibukkan, belum habis lagi baca buku ni. Ehe.
Nak mengenali Ummul Mukminin.
Kalau boleh tak nak takat baca je. Nak la ingat.
So, senang la nak cerita kat sape2 kan.
Kot ade yang tanye sirah Ummul Mukminin.
Tu yang bertambah lambat 2. Hehe

Sedikit sinopsis tentang buku ni...

Sebahagian dari mereka ada yang berkata: "Para isteri Nabi s.a.w tidak termasuk dalam Ahlul Bait dan untuk itu mereka berdalil dengan apa yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Umar bin Salamah anak tiri Rasulullah s.a.w, ia berkata: ayat ini turun kepada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Di rumah Ummu Salamah, maka Nabi s.a.w memanggil Fatimah, Hasan dan Husein dan menyelubungkan kain kepada mereka dari belakang punggungnya, kemudian baginda bersabda: "Ya Allah, mereka adalah keluarga ku (ahlul baitku), maka bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya." Ummu Salamah berkata: "Apakah saya bersama mereka, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Kamu berada di tempatmu dan kamu tetap baik."

Oke...nak sambung membaca
MySpace

2 comments:

::SRISUFI:: said...

salam ein...

sri juga sangat suka membaca buku2 dan memilikinya sendri...

daripada habiskan duit kt menda x faedah better habiskan kt buku2 kan...sepanjang hayat ilmu leh bawa kalau amalkan..

suka baca buku La-tahzan...

nadjwani_ein said...

salam sri...
2la...ehe...
tp trus terang
xtau nape, novel cinta ein xbeli
bace, bace gak
tp pinjam orgnye

lbh suke pada novel triller, misteri.
cerpen...
sastera...

kalo srinye buku, sure ein beli
hehe
waktu kt kolej, nak balik pas hbs sem, beg penuh ngn buku
bukan baju.
hehe
mak punyelah marah