Thursday, February 26, 2009

Tag Dari Ukhti Julia


Ahaha... Ein dapat tag dari Ukhti Julia. Macam terfikir jugak, ukhti ni layan tag ke? Rupenye layan. Ehe. Sori fikir cam tu. Betul la kate sahabat Ukhti tu. Nampak blog ukhti agak serius. Ein pun banyak kali fikir nak tag ukhti. Tapi tak berani la pulak. Fikir mungkin ukhti tak layan atau tak minat. Ehe. Sowie.

Tag ni ein dah pernah jawab. Tapi tuk tak menghampakan ukhti Julia, ein jawab jugak lah. Lagipun orang lain pulak yang tag ein. Bukan orang yang sama iaitu, Afzan yang suke sangat benda-benda ni. Ehe. Lagipun bukan susah sangat. Ein copy paste jek. Muahaha. Nakal tak?

Describe 10 thing about person who tag me..

Ok... Yang ni ein copy paste je sebab kenal gitu2 je. Takat ziarah blog, bace2. Teringin nak kenal. So, tak lame lagi ein kaco lah ukhti ni. Muahaha

1. Nama penuh Juliawati Mohmed Tarmidi..Panggil je julia, jul
2. Asal Muar, Johor..
3. Umur 26 tahun.
4. Dulu study kt UiTM..Bukan aliran ugama pun, tapi amik aliran yang agak ganas bg seorang muslimah iaitu Sc Geomatik
5. Suke surfing tenet terutama blog dan FS, suke bace buku, dengar MP3, dan tidur

6. Hmm, suka balik kg tiap-tiap minggu.. Xleh kalo xblk!

7. Suka buat something, last minute!

8. Tak suka orang paksa-paksa

9. Nak jadi seorang muslimah yang baik suatu hari nanti, insya-Allah

10. Suka buat lawak! ehhehe Happy go lucky, jangan ade yang kata saya ni serius orangnye.ehheh


Describe 10 things about myself....


1. Nadjlin Binti Md Wahi (e-in)
2. 24 tahun, Insyaallah
3. Negeri Sembilan

4. Bongsu dari 3 beradik

5. Suke membaca, surf internet

6. Pemalu tapi peramah

7. Suke warna putih, hijau, pink dan coklat

8. Sudah bertunang tahun lepas dan insyaallah nikah dalam tahun ni

9. Duk umah je sejak benti keje taun lepas

10. Baru dapat anak sedara pada 15 dis 2008


10 people been taged by me.

1. Tak
2. ada,
3. Sebab
4. Dah
5. tag
6. Dorang
7. dah
8. e
9. h
10. e

Sebelum Cahaya


Ok. Tag dari hot mama. Kak Nurul. Tag ni agak menyeronokkan. Ehe.

1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. NO CHEATING!
5. Tag others

IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
All By Myself - Il Divo. (Lagu asalnya dari Celine Dion. Leh lak jawab camtu kn? Tapi kene la jugak. Hehe.

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Situasi - Bunkface (erk. apakah itu. Personaliti ku berubah mengikut situasikah? Yup. Kadang-kadang)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
The Greatest Reward - Celine Dion (The Greatest Reward sebab masih boleh menghirup nafas di dunia yang hanya sementara ini dan masih boleh bertaubat)

WHAT IS YOUR MOTTO?
Call the man - Celine Dion (erk. ape lak nih? but still leh jd moto ein sbb berkaitan jugak dengan kehidupan ein dulu yang ein tak nak alami akan datang)

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Sous Le Vent - Celine Dion feat sape tah (Erk. Lagu France. Tak tau ape maksud tajuk die)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
The man you love - Il Divo (Adeh. Nape kah? Nak tukar leh x?)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Feelings - Il Divo (Muahaha. Daku salu feeling bile sorang2. Dok termenung n mengelamun. Ape lg ek?)

WHAT IS 2+2?
Heroe - Il Divo. Penyanyi sebenar Mariah Carey.(Terer ek 2+2 jadi hero)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIENDS?
I Believe in You - Il Divo feat Celine Dion 2 suara yang ein suke. Lagu english campur France. Kat blog ni leh dengar (Yes. Ein memang percayakan korang)

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Pour Que Tu Maimes Encore (If That's What It Takes) - Il Divo Penyanyi asal Celine Dion (Wah. Memang kene la)

You're the bravest of hearts, you're the strongest of souls
You're my light in the dark, you're the place I call home
You can say it's all right, but I know that you're breaking up inside
I see it in your eyes
Even you face the night afraid and alone
That's why I'll be there

When the storm rises up, when the shadows descend
Ev'ry beat of my heart, ev'ry day without end
Ev'ry second I live, that's the promise I make
Baby, that's what I'll give, if that's what it takes

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
My Way (A Mi Manera) - Il Divo. Penyanyi asal Frank Sinatra.

Yes, there were times
I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all
And I stood tall
And did it my way
(Kene la jugak)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Hasta Mi Final - Il Divo (erk. xtau pe maksudnya. tapi lagunye best. xkisah lah.)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Unbreak My Heart (Regreasa Mi) - Il Divo penyanyi asal Toni Braxton

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked outta my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

uhu. sedihnye. macam bukan tuk ein je. tuk mereka yg ein tglkan)

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Leaving on a jet plane (punk version) - mxpx. lagu tuk armageddon.(Ish. Ganaznye lagu tuk majlis kawin. Takkan pakai songket atau lace nak menari rentak punk. Ish ish ish. Tak penah dibuat orang. Tp cam best lak kn? hehe)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Bawa ku terbang - the fabulous cat (wah...

kamu yang bawa ku terbang, kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya, kamu yang bawa ku terbang ke bintang kejora cinta kita, kekal untuk selamanya.

romantiknye... Muahaha.)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Bertakhta Di Hati - Farah Dhiya (adeh. ape yang bertakhta di hati tu ek? leh jd hobi ek)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
You Raise Me Up (Por Tie Sere) - Il Divo (ahahah. yes you raise me up by yourself. That is the biggest secret. Tak sape tau cerita sebenarnya)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Cinta yang Sempurna - 6th Sense ft Noe Letto

WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
You Raise Me Up - Josh Gorban (erk. maybe kot kalo org tu orang yg tak sepatutnya, yang ein tak suka. yup. that would be the worst thing for me)

WHAT MAKES YOU CRY?
Slot akasia - The Fabulous Cat (Ahaha. Slot akasia yang mane ni? maksudnye? kalau slot akasia kt tv tu yg wt ein nangis ialah...Bella. Time Bella balas dendam pastu mati tu. Macam merobek2 hati ku. Sob sob sob. Keluar lak lagu Opick - Bila waktu telah berakhir)

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Kesekian Kali - Suhaimie feat Munif Ahmad (erk. lawak ke? best ar lagu tu. Ish)

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Isabel - Il Divo (Muahaha. ape yg nk di regret kan ek? Sebab name die ke?)

HOW WILL YOU DIE?
Taubat seorang Hamba - Irsyadee feat Hafiz Hamidun (sob sob sob. Kire mati sempat bertaubat lah ni. Sentiasa bertaubat. Bukan nak mati baru nak bertaubat)

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Rimas - The Fabulous Cat (Emm... Rasa rimas kalau tak kawin. Ehehe)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Si Tu Me Amas - Il Divo (apakah itu?)

DOES ANYONE LIKE YOU?
Everytime I Look At You - Il Divo (ahaha. segan la pulak :">)

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Seikhlasnya - Firasat Inzar UKM (keluar lak suara tunang. ish. amat ditakuti jika kita tak ikhlas menerima antara satu sama lain. Tapi sememangnya kita menjalin ikatan ini seikhlasnya kerana hadirnya ikatan ini atas ketentuan Nya setelah bermacam dugaan telah ditempuhi. Moga dengan keikhlasan kita ini, kita mampu menempuh dugaan yang seterusnya)

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Unchained Melody - Il Divo. Tak dapat dikesan siapa penyanyi asal sebab ramai sangat nyanyikan lagu ni balik.

WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
If That's What It Takes - Celine Dion. (untuk memenuhi permintaan bos dalam hal keje, ikut jela. Tapi daku keje ke? Kat umah pun ada bos jugak kan)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Sebelum Cahaya - Letto (Ingatkan kau kepada embun pagi bersahaja. Yang menemani mu sebelum cahaya... Lovely song)

EIN NAK TAG:

Ukhti Julia
Aulialyna
Narusegawa a.k.a Zahidah
Zafira
Sri

Rumusannya...Ok la jugak jawapannye. Kene la jugak. Ehe. Tapi banyak lah pulak lagu Il Divo dengan Celine Dion.


KHURAFAT


Ni entry ke tiga ein berkaitan dengan khurafat iaitu JANGAN PERCAYA BENDA-BENDA KHURAFAT dan LAGI TENTANG KHURAFAT
Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah bermaksud kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada seseorang, sedangkan semua itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama islam yang suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan reality, kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang lansung tidak mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Amalan khurafat berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib. Setiap kepercayaan, perlakuan diikuti dengan perkara-perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk di dalam iman. Namun, amalan khurafat ini mengalih pergantungan manusia daripada Allah s.w.t kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.

Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Dan khurafat yang merosakkan akidah iaitu yang melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti melibatkan pemujaan, bersemah dan membuang ancak yang akan dihuraikan selepas ini.

Perkara khurafat yang lazimnya masih diamalkan sehingga sekarang antaranya ialah upacara tolak bala pada hari rabu akhir bulan safar yang masih dilakukan di beberapa tempat di Indonesia dengan tujuan untuk menghindarkan bencana alam atau wabak. Mereka beramai-ramai mandi di pantai jangan sampai baju mereka kering. Baju dan badan hendaklah sentiasa basah dengan air.

Kononnya, menurut Modin Pelu, salah satu tokoh agama di Indonesia, amalan ini bermula dengan kisah Rasulullah s.a.w mengalami sakit tenat. Para sahabat diperintahkan untuk menyucikan diri dengan mandi atau berbagai cara yang lain. Kemudian amalan ini dibawa oleh pendakwah Islam ke Indonesia. Oleh kerana itu, amalan ini masih di amalkan oleh mereka di sana. Mereka percaya dengan upacara ini, mereka akan dilindungi. Namun, seperti hadis di atas, tidak adanya bala pada bulan safar. Diakhir upacara-upacara seperti ini, barulah dipanjatkan doa kepada Allah s.w.t untuk memohon keselamatan bagi mereka yang mengikuti upacara tersebut yang dibacakan oleh tokoh agama kawasan tersebut.

Tangkal atau azimat juga merupakan salah satu perkara khurafat yang masih kita amalkan. Tangkal ini mengandungi kesan yang berbeza-beza mengikut keperluan si pemakai seperti pendinding, pelindung diri dari penyakit, makhluk halus dan sebagainya. Kepercayaan bahawa dengan memakai tangkal, mereka akan menjadi kuat dan sebagainya.

Antara lain perkara yang berkaitan tangkal, batu, kayu dan seumpama dengannya ialah kristal yang kononnya dipercayai mempunyai kuasa tertentu. Sememangnya batuan mempunyai khasiat tertentu namun tak bermakna dengan memakainya, si pemakai benar-benar mendapat tuah, di murahkan rezeki yang berkaitan dengan perkara-perara tersebut yang mana tuah atau rezeki dikurniakan oleh Nya kepada hamba-hambaNya. Pernah suatu ketika dulu, satu rangkaian televisen mengeluarkan rancangan mengenai kristal dan menemu ramah salah seorang peminat kristal, Islam. Si peminat kristal pun tunjukkanlah koleksi kristal miliknya dan berkata kristal tersebut memang mujarab. Setelah memakai kristal tuah, rezekinya bertambah murah. Betapa percayanya dia bahawa rezekinya bertambah kerana kristal yang sebenarnya satu perantaraan, satu ciptaan dari Nya untuk menguji hambaNya. Yang mana tanpa izinnya, kristal itu hanyalah batuan biasa yang datangnya dari perut bumi. Namun dari segi kesihatan, ada benarnya kajian saintifik mengatakan boleh mengubati beberapa jenis penyakit sama seperti bahan-bahan seperti daun-daun herba dan ubat-ubatan. Tapi diingatkan jangan sehingga menimbulkan cirri-ciri khurafat dan mengalihkan pergantungan dari Nya.

Begitu juga dengan kepercayaan keramat. Beranggapan bahawa sesetengah kubur itu keramat. Memuja kubur keramat untuk berbagai jenis permintaan. Tidak masuk akal bahawa kubur tersebut mampu menunaikan permintaan si pemohon.

Antara lain perkara khurafat yang sering diturunkan kepada generasi muda ialah, tidak boleh mengambil gambar bertiga. Tak baik kata orang dulu-dulu. Itu satu kepantangan bagi orang-orang dulu namun khurafat sebenarnya. Kononnya, salah seorang akan mati. Contoh khurafat yang melibatkan kematian ialah, bunyi burung hantu yang memberi petanda ada antara orang di kawasan itu yang akan mati. Dan baru-baru ini saya pernah mendengar orang berkata, tiap satu kawasan, bila seorang mati maka dua lagi akan menyusul dan menjadikannya cukup 3orang. Ini juga perkara khurafat yang berkaitan dengan bilangan.

Adat istiadat seperti membuang ancak, bersemah, lenggang perut masih terus dijalankan. Bersemah ialah satu upacara memberi sajian kepada makhluk-makhluk halus. Biasanya untuk persembahan atau kenduri. Upacara dilakukan sebagai usaha untuk mendapatkan keselamatan mereka yang terlibat dengan persembahan juga orang yang berkunjung. Upacara penting dalam amalan bersemah ialah memberi sajian kepada makhluk-makhluk halus. Hidangan yang disajikan di antaranya ialah ayam panggang, kuih-muih dan sebagainya. Dengan dilakukan demikian, makhluk-makhluk ini diharapkan tidak akan mengganggu manusia, upacara memberi makan makhluk-makhluk itu ada kalanya juga dilakukan setelah sesuatu persembahan atau kenduri selamat dilakukan sebagai tanda berterima kasih.

Membuang ancak pula adalah dari segi perubatan orang dulu-dulu. Berkaitan juga dengan perbomohan. Dalam pengubatan ini bomoh akan memberitahu bahawa si pesakit "terkena" itu dan ini, ditempat itu dan ini. Timbul dari penyakit itu, keluarga pesakit akan diminta menyediakan "ancak" untuk diberi makan "hantu". Bila hantu sudah dapat makan, penyakit yang dihidapi oleh pesakit tadi akan sembuh.
Cara beri makan "hantu" itu ialah dengan melepaskan "ancak" tadi ke dalam sungai. "Ancak" itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu "upeh". "Upeh" ini dibentuk menjadi empat segi. Ia merupakan seperti bakul. Di dalamnya diletakkan berteh, 2 biji pisang, dan 2 biji telur. Sebiji telur itu mesti direbus. Keempat-empat penjuru "ancak" tadi dipasang 4 batang lilin. "Ancak" itu kemudian dibawa ke sungai untuk dihanyutkan. Biasanya keluarga pesakit tadi akan mencari seorang pemuda yang berani dan cekal hatinya untuk membawa "ancak" itu dari rumah ke sungai untuk dihanyutkan. Selain dari "hantu" sungai, ada bomoh yang mahu supaya diberi makan "hantu hutan" ataupun di bawah pokok besar. Cara ini pula disebut membuang "ancak" didarat. Makanan yang disediakan berlainan dari apa yang dibuang di sungai. "Ancak" didarat menyediakan makanan yang lebih hebat, iaitu pulut kuning rendang daging atau ayam, telur dadar dan pisang. "Ancak" di darat saiznya agak besar sedikit. Seseorang akan ditugaslkan untuk meletakkan makanan tadi di pokok besar atau di mana saja menurut arahan bomoh tadi. Bila makanan tadi diletakkan di bawah pokok tersebut, maka si penghantar akan pulang memberitahu keluarga si sakit.

Perkara berkaitan dengan kucing hitam, amalan-amalan tertentu orang-orang dulu yang menjadikan jin, makhluk sebagai perantaraan, pemujaan dan sebagainya adalah kepercayaan khurafat. Kebanyakkan pantang larang orang-orang dulu juga bersifat khurafat semata-mata. Setiap perkara yang menyamai definisi khurafat, yang mengalihkan pergantungan terhadap Allah, kepercayaan yang kuat pada sesuatu benda seperti tangkal, kristal, pokok, pemujaan, semuanya termasuk dalam perkara khurafat.

Khurafat menghampiri kepada syirik. Beza khurafat dan syirik ialah, mereka yang mengamalkan perkara khurafat tetap percaya kepada amalan-amalan lain, kepercayaan-kepercayaan lain yang mana mengalih pergantungan selain dari Allah. Syirik pula ialah menyekutukan Allah s.w.t dengan makhluk. Yang mana terbahagi kepada Syirik Jali (nyata) dan Syirik Khafi (tersembunyi). Contoh syirik jali ialah menyembah berhala, tenung nasib, percaya kepada kuasa lain selain Allah. Percaya kepada kuasa lain selain Allah bermaksud, percaya bahawa Jin atau makhluk mempunyai kuasa sama seperti Khalik atau melebihi Khalik sedangkan ia hanyalah makhluk ciptaan Allah. Yang mana berlakunya sesuatu hanya dengan izin Nya. Manakala syirik khafi ialah percaya pada tangkal yang mana termasuk juga dalam perkara khurafat, ujub, riak dan takbur.

Wallahu'alam

P/S: Maaf jika ada kesilapan. Sesungguhnya yang buruk itu dari ein dan yang baiknya dari Allah s.w.t. Untuk mengetahui lebih lagi tentang khurafat klik Khurafat Antara Dua Dimensi Konservatif Dan Kontemporari oleh Professor Zakaria Stapa. Professor Tasawuf dan Pemikiran Islam. Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Tuesday, February 24, 2009

APPOINMENT KE 4

Sangat sedih dengan appoinment semalam... Ein terpaksa tahan air mata sampai betul2ein dah tenang... Malu nak menangis dekat hospital...

Semalam, Isnin 23 Feb 2009, appoinment ein yang ke 4 dengan doktor pakar.
Agak lambat sampai. Pukul 9 baru sampai ke Jabatan Oftamologi, Klinik Pakar Hospital Tunku Jaa'far, Seremban.
Uruskan nenek dulu. Tolong mak. Lepas tu mak tolong hantar ke sana.
Patut mak balik terus. Pastu jemput ein balik n pegi beli barang kat Jusco.
Tapi mak nak tunggu pulak. Ok jugak.
appoinment sebenar pukul 9 dan patut datang 30 minit awal.
Tapi name je appoinment kul 9, tak semestinye betul kul 9.
Nak tunggu giliran lagi.

Dapat nombor yang ke 6130.
Nombor untuk ujian penglihatan pulak yang ke 115.
Kerani yang ambil nombor tu peramah sangat. Lelaki singh. Die tanye, tak elok lagi ke mate.
Ein jawab dengan sinis. Nak elok mcm mana kalau dah dapat doc yang berlainan, rumusan pun berlainan. Tak selari. Gelak orang tu.
Ramai sangat semalam. Tak macam 3appoinment yang sudah.
Lepas ujian penglihatan, tak lama sangat, nombor 6130 mula dipanggil ke kaunter.
Tunggu pulak untuk ujian HVF.

HVF - The Humphrey Visual Field (HVF) analyzer is a sophisticated instrument used to provide a computerized measure of peripheral vision. The analyzer can detect visual field defects before they become symptomatic. It is an essential tool is the detection and management of a variety of eye and central nervous system diseases, including glaucoma, stroke, and brain tumors

Visual Field Tests (Goldmann, Humphrey, FDT, Octopus)
The visual field is the area that a person can see at any one time. The visual field test, also know as perimetry, determines the borders of that field are and how well a person’s eyes see in different areas of the field. It tests the function of the retina, optic nerve and visual pathways to the brain.

The Humphrey Visual Field (HVF) and Goldmann Visual Field (GVF) are two different instruments that measure a two-dimensional map of a patient's entire area of vision. The HVF is an automated visual field. The computer flashes lights on and off and the patient presses a button each time he/she sees a light. The GVF is a manual visual field. The technician moves the light from the non-seeing outer edge into the patient’s view. The technician then maps the visual field based on the patient’s responses.

During the test, the patient is in the dark with his/her head positioned facing into the bowl. The technician instructs the patient to stare straight ahead at a target and to press the buzzer each time he/she sees a light. The test is performed on each eye separately. It takes approximately 10-30 minutes per eye and the patient must be alert during the test.



Pun tak lama, dah keluar nombor. Pernah buat ujian ni waktu appoinment yang ke 3dengan doc pakar melayu perempuan yang hampeh dan tak gune 2. (sangat2 geram dengan orang macam ni. Kerja doc bukan main2. Tapi sebab doc yang mcm ni la yang suke amik mudah dan sambil lewa, yang lalai yang menyebabkan ramai pesakit makin teruk dan paling parah boleh menyebabkan kematian).

Ein puji pegawai perubatan yang buat ujian HVF ni sebab sangat2 lah lembut orangnya.
Walaupun ada uncle tu asyik buat silap, die tak marah pun. Cume die bertegas sikit. Lepas tu die boleh lembut balik.

Then, tunggu giliran nak jumpe doc pulak. Dalam hati asyik mohon supaya jangan dapat doc tak gune lagi. Harap sangat. Lame betul tunggu. Habis buat HVF dalam pukul 11.05 pagi.
Tunggu punye tunggu punye tunggu, nombor tak panggil2.
Dah pukul 12lebih, mak datang n tanye lambat lagi ke, penat dah tunggu dekat luar.
Asalnye ein mmg malas nak pegi sebab tak nak jumpe doc bangang lagi.
Tapi paksa gak pegi. Kul 12.30, cakap kat mak, balik la kalau lambat sangat.
Tunggu lagi 10 minit. Sebab mak dah bising2 nak balik. Ein pun lapar sangat tak sarapan lagi.
12.45, nombor ein naik. Masuk bilik 3. Harap2 doc yang ok.

Masuk je dalam bilik yang kurang cahaya tu, ein nampak doc india perempuan. Kecik aje orangnye.
Nampak die tengah selak kad ein. Dalam hati dah agak, doc ni mesti ok sebab die bace kad ein dari mule. Tak macam doc melayu tu.
Start cek mate macam biase. Lepas tu letak pulak ubat titik dan kanta macam 2nd appoinment dulu.
Habis tu, duduk tempat asal dan tunggu doc tu bagi penerangan.
Doc tu termenung, geleng2 dan mengeluh sambil tengok balik kad ein dari mule.
Menulis sikit pastu berhenti, fikir.
Dalam hati dah terdetik macam ada yang tak bagus je.
Die cek ujian HVF ein dengan doc bangang tu, appoinment ke 3.
Bandingkan dengan yang baru buat.
Mengeluh lagi. Lepas tu koyakkan ujian HVF baru tu dari kad ein, kasar die koyakkan macam tak puas hati.
Bandingkan lagi dengan ujian dulu. Menggeleng lagi sambil tulis.

Then die tanye, waktu bersoal jawab tu, sorang doc melayu perempuan masuk. Dengan perbualan ktorang sambil menggeleng jugak.

Doc: Doc sebelum ni ada bagi awak ubatkan? Awak pakai tak?
E-in: Pakai. Tapi lepas tu tak pakai dah.
Doc: Kenapa berhenti?
E-in: Ubat dah habis.
Doc: Kenapa tak datang ambil stok? Awak boleh ambil dekat sini tau.
E-in: Saya tau. Tapi doc sebelum ni cakap saya tak ada masalah. Dan tak cakap pun kene teruskan ubat.
Doc: Awak mesti ambil ubat. Sejak bila berhenti?
E-in: Last appoinment tahun lepas.
Doc: Bulan 9. Awak kene teruskan ubat. Nanti saya bagi perskripsi. Ambil dekat bawah. Jangan berhenti pakai. Habis, datang ambil lagi.
Sebab dulu tompok hitam dekat mata awak kecil saja. Sekarang dah tambah besar. Very Progressive. Nanti dia akan bertambah besar. Buat masa sekarang belum jejaskan penglihatan awak.
E-in: (Terkedu sambil tahan sebak) Jadi betul ke saya ada glaucoma macam yang doc 1st cakap tu?
Doc: Saya tak dapat kesan sebab buat masa sekarang, tekanan mata awak normal. Kalau tinggi baru saya boleh kesan. Tapi kemungkinan besar, iya. Sebab tu awak mesti pakai ubat dan jangan tinggal. Saya bagi awak appoinment lagi 3bulan dari sekarang untuk pastikan tompok tu tak makin besar dan untuk kesan glaucoma.
E-in: (Speechless) Sekadang mengangguk.
Doc: Umur awak berapa?
E-in: 24.
Doc: Awak muda lagi. Saya tak nak dalam usia muda macam ni, awak hilang penglihatan awak. Jadi awak kena berjaga2.

(terasa macam satu amaran untuk ein. Amaran yang memang ein patut dengar)

Doc: Ada ahli keluarga awak yang ada masalah mata?
E-in: Tak tau. Tapi mungkin ada. Sebelah ayah saya. Ada diabetis. Mungkin masalah mata juga.
Doc: Sakit apa tu?
E-in: Tak pasti. Sebab dah lama bercerai jadi susah nak tau.
Doc: (mengangguk) Bila ada sejarah keluarga diabetis, sakit mata dan yang berkaitan, kena datang buat pemeriksaan awal. Kemungkinan besar untuk kena tu memang ada. Jadi jangan tunggu.
E-in: Thanks (mengia kan pastu keluar lepas doc bagi kad balik)

Bukak je pintu, ein dah sebab. Tahan air mata. Pegi buat appoinment.
Cari mak, ein nampak mak je, mata dah mule nak bergenang. Ein tahan.
Mak tanye, buat suara ein tersekat2 nak jawab sebab tahan nangis.
G pulak amik ubat. Waktu tu baru cerita betul2 sambil lepas geram sal doc melayu bangang tu.
Die antara puncanya. Padahal sebelum ni, appoinment ke 2dengan doc cina tu, mule detect glaucoma, doc tu cakap kecik je. Tak nampak sangat pun tompok tu. Ein sedih tapi lega sebab masih peringkat awal. 2bulan lepas tu, bulan 9, 3rd appoinment, dengan doc melayu bangang tu. Die cakap ein migraine dan cek ala kadar je. Lepas tu ein dah tak pakai ubat. Dalam tempoh 5bulan nak appoinment ke 4 ni, tompok tu dah makin besar. Memang cepat sangat. Tak hairan nape doc india tu menggeleng dan mengeluh dan bagi peringatan kat ein.

dalam tempoh 5bulan yang doc bangang tu bagi. Betul2 buat ein marah sangat dengan die. Lepas jumpe die dulu tu ein dah memang tak puas hati. Dapat pulak tau macam ni, lagi ein marah dan sedih. Jadi ein tak boleh kontrol emosi ein. Memang ein nak nangis. Rasanya kalau mak tak ada, ein dah nangis dalam toilet sorang2. Sebab mak ada, ein tak nak mak tengok ein menangis dan risau kan ein.

Orang macam tu memang tak layak jadi doc la. Simpan je sijil, dip, ijazah, master, phd kat umah. Buat hiasan. Menyusahkan orang dan memalukan doc serta bidang perubatan. Nama je pakar. Tapi layak jadi kerani je. Nurse pun die tak layak. Ujian untuk ein. Tapi ein syukur sangat sebab dapat doc yang ok semalam. Kalau dapat jugak doc cam sebelum ni, lagi teruk agaknye. Huhu.

Ni peringatan tuk mereka yang ada sejarah keluarga, penyakit yang boleh libatkan keturunan ni dan peringatan tuk doc atau bakal doc, nurse dan mereka yang terlibat dengan perubatan, jangan la sambil lewa. Tanggungjawab korang berat. Bukan tuk suka2 atau main2.

P/S: Sedih dan Lepas Geram.

Friday, February 20, 2009

Award dari Afzan

Sebenarnya award ni dah lame ein dapat.
Waktu chinese new year.
Tapi waktu tu nak g jb, xsempat nak post.
Pastu terus lupe.
Nasib baik ingat balik.

Nilah awardnye



This blog invests and believes the PROXIMITY - nearness in space, time and relationships! These blogs are exceedingly charming.

These kind bloggers aim to find and be friends.

They are not interested in prizes or self-aggrandizement.Our hope is that when the ribbons of these prizes are cut, even more friendships are propagated. Please give more attention to these writers!

I got this award from my lovely cutie, Afzan

Ehe...copy paste jek sengihnampakgigi TQ Afzan. Muah

Muhammad Arif Rayyan


Lepas kenduri tunang Kak Lala...
Rabu tu ein pegi JB menziarah anak sedara ein.
Comel sangat. Tapi Ya Allah, asyik meragam.
Gelarkan diri Cik In. Mak tetibe dapat idea, ejek ein, check in check out.
Adeh.
Kalo cam tu, Fawan lak jadi Check one check two. Muahaha.
Tapi mak cakap tak leh. Kalo dah Check In, Kene la Check out. Ish.
So tak nak cerita panjang2, ni lah gambonye.

Muhammad Arif Rayyan


Ni lak gambo anak Kak Ain. Emm. Gambo baru lahir kat dalam hp. Malas nak transfer.

Muhammad Adam Alif


Ni lak gambo anak sepupu...

Is Akhil Syah

Tu bukan ein ek. Tu mak ein. hehe. Ketiga2 baby ni lahir bulan yang same iaitu december.

P/S: Bile nak pulangkan dulang? Tak kan nak kene mintak kot.

Wednesday, February 11, 2009

Nenek Sakit


Ahad lepas, Fawan hantar nenek ke klinik. Masuk air 2botol.
Nampak nenek lemah sangat.
Isnin, nenek mule sakit balik. Petang tu bawak pegi klinik lagi.
Doktor bagi injection je dan cakap kalau teruk jugak lagi, esok masuk wad.
Balik rumah, nenek tak henti muntah-muntah.
Tak tunggu esok pun. Lepas maghrib, ktorang sume dekat rumah ni hantar nenek ke hospital pakar, KPJ.
Doktor tu tegur kenapa tak bawak nenek awal. Lain kali sakit je terus bawak.
Nenek dah kering dah. Masuk lagi air 2botol. Amik darah sekali sebab takut nenek kene denggi.
Tapi xde. Nenek masuk je wad, terus ein dengan mak balik.
Induk yang teman jaga nenek.

Pagi Selasa, Induk call bagitau yang nenek buang air besar tak berhenti sampai terpaksa pakai pampers.
Doktor datang tengok nenek. Bagi injection tahan sakit.
Lepas tu doktor yang pernah rawat nenek dulu datang pulak.
Die syak kemungkinan tali perut nenek terbelit sebab salah makan.
Sebab nenek nampak sakit sangat dan bila tekan perut nenek, nenek menjerit.
Tapi kalau betul, doktor cakap risiko tinggi. Operation atau tak, risiko tinggi.
Pagi tu nenek dijadualkan untuk scan.
Mak pergi, ein terpaksa tinggal rumah.
Pukul 10 lebih ein message induk tanya bila scan. Induk cakap tengah scan.
Tak lama tu mak call. Nenek kene operate pukul 1petang. Ape-ape nanti mak cerita.
Resah jugak tunggu dekat rumah.

Dah nak maghrib baru mak balik. Mak cakap, doktor tak dapat kenal pasti punca sakit nenek.
Sebab scan tak nampak. Operate, tali perut sume cantik tak ade ape.
Cuma ada appendix sikit la.
Nenek sedar je, doktor inject ubat tidur lagi supaya nenek dapat rehat.

Hari ni, nenek masih dalam ICU. Ein masih tak dapat tengok sebab kene uruskan rumah.
Huhu.
Mak kate, doktor akan masukkan nenek dalam wad bile nenek dah stabil.
Mungkin esok.
Ya Allah, panjangkanlah umur nenek ein tu.
Supaya dapat nenek tengok cucu yang selalu dengan dia ni nikah taun depan, ada anak.
Ein la orang yang paling sedih dan terkilan nanti.
Nak cepatkan tuk nenek memang tak boleh.

P/S: Ein tak sempat nak sediakan entry yang lain. Memandangkan rumah ni di bawah tanggungjawab ein sekarang. Masa yang ada, yang terluang digunakan untuk berehat je. Sebab takut sakit lama datang balik.