Wednesday, February 11, 2009

Nenek Sakit


Ahad lepas, Fawan hantar nenek ke klinik. Masuk air 2botol.
Nampak nenek lemah sangat.
Isnin, nenek mule sakit balik. Petang tu bawak pegi klinik lagi.
Doktor bagi injection je dan cakap kalau teruk jugak lagi, esok masuk wad.
Balik rumah, nenek tak henti muntah-muntah.
Tak tunggu esok pun. Lepas maghrib, ktorang sume dekat rumah ni hantar nenek ke hospital pakar, KPJ.
Doktor tu tegur kenapa tak bawak nenek awal. Lain kali sakit je terus bawak.
Nenek dah kering dah. Masuk lagi air 2botol. Amik darah sekali sebab takut nenek kene denggi.
Tapi xde. Nenek masuk je wad, terus ein dengan mak balik.
Induk yang teman jaga nenek.

Pagi Selasa, Induk call bagitau yang nenek buang air besar tak berhenti sampai terpaksa pakai pampers.
Doktor datang tengok nenek. Bagi injection tahan sakit.
Lepas tu doktor yang pernah rawat nenek dulu datang pulak.
Die syak kemungkinan tali perut nenek terbelit sebab salah makan.
Sebab nenek nampak sakit sangat dan bila tekan perut nenek, nenek menjerit.
Tapi kalau betul, doktor cakap risiko tinggi. Operation atau tak, risiko tinggi.
Pagi tu nenek dijadualkan untuk scan.
Mak pergi, ein terpaksa tinggal rumah.
Pukul 10 lebih ein message induk tanya bila scan. Induk cakap tengah scan.
Tak lama tu mak call. Nenek kene operate pukul 1petang. Ape-ape nanti mak cerita.
Resah jugak tunggu dekat rumah.

Dah nak maghrib baru mak balik. Mak cakap, doktor tak dapat kenal pasti punca sakit nenek.
Sebab scan tak nampak. Operate, tali perut sume cantik tak ade ape.
Cuma ada appendix sikit la.
Nenek sedar je, doktor inject ubat tidur lagi supaya nenek dapat rehat.

Hari ni, nenek masih dalam ICU. Ein masih tak dapat tengok sebab kene uruskan rumah.
Huhu.
Mak kate, doktor akan masukkan nenek dalam wad bile nenek dah stabil.
Mungkin esok.
Ya Allah, panjangkanlah umur nenek ein tu.
Supaya dapat nenek tengok cucu yang selalu dengan dia ni nikah taun depan, ada anak.
Ein la orang yang paling sedih dan terkilan nanti.
Nak cepatkan tuk nenek memang tak boleh.

P/S: Ein tak sempat nak sediakan entry yang lain. Memandangkan rumah ni di bawah tanggungjawab ein sekarang. Masa yang ada, yang terluang digunakan untuk berehat je. Sebab takut sakit lama datang balik.




No comments: