Tuesday, February 24, 2009

APPOINMENT KE 4

Sangat sedih dengan appoinment semalam... Ein terpaksa tahan air mata sampai betul2ein dah tenang... Malu nak menangis dekat hospital...

Semalam, Isnin 23 Feb 2009, appoinment ein yang ke 4 dengan doktor pakar.
Agak lambat sampai. Pukul 9 baru sampai ke Jabatan Oftamologi, Klinik Pakar Hospital Tunku Jaa'far, Seremban.
Uruskan nenek dulu. Tolong mak. Lepas tu mak tolong hantar ke sana.
Patut mak balik terus. Pastu jemput ein balik n pegi beli barang kat Jusco.
Tapi mak nak tunggu pulak. Ok jugak.
appoinment sebenar pukul 9 dan patut datang 30 minit awal.
Tapi name je appoinment kul 9, tak semestinye betul kul 9.
Nak tunggu giliran lagi.

Dapat nombor yang ke 6130.
Nombor untuk ujian penglihatan pulak yang ke 115.
Kerani yang ambil nombor tu peramah sangat. Lelaki singh. Die tanye, tak elok lagi ke mate.
Ein jawab dengan sinis. Nak elok mcm mana kalau dah dapat doc yang berlainan, rumusan pun berlainan. Tak selari. Gelak orang tu.
Ramai sangat semalam. Tak macam 3appoinment yang sudah.
Lepas ujian penglihatan, tak lama sangat, nombor 6130 mula dipanggil ke kaunter.
Tunggu pulak untuk ujian HVF.

HVF - The Humphrey Visual Field (HVF) analyzer is a sophisticated instrument used to provide a computerized measure of peripheral vision. The analyzer can detect visual field defects before they become symptomatic. It is an essential tool is the detection and management of a variety of eye and central nervous system diseases, including glaucoma, stroke, and brain tumors

Visual Field Tests (Goldmann, Humphrey, FDT, Octopus)
The visual field is the area that a person can see at any one time. The visual field test, also know as perimetry, determines the borders of that field are and how well a person’s eyes see in different areas of the field. It tests the function of the retina, optic nerve and visual pathways to the brain.

The Humphrey Visual Field (HVF) and Goldmann Visual Field (GVF) are two different instruments that measure a two-dimensional map of a patient's entire area of vision. The HVF is an automated visual field. The computer flashes lights on and off and the patient presses a button each time he/she sees a light. The GVF is a manual visual field. The technician moves the light from the non-seeing outer edge into the patient’s view. The technician then maps the visual field based on the patient’s responses.

During the test, the patient is in the dark with his/her head positioned facing into the bowl. The technician instructs the patient to stare straight ahead at a target and to press the buzzer each time he/she sees a light. The test is performed on each eye separately. It takes approximately 10-30 minutes per eye and the patient must be alert during the test.



Pun tak lama, dah keluar nombor. Pernah buat ujian ni waktu appoinment yang ke 3dengan doc pakar melayu perempuan yang hampeh dan tak gune 2. (sangat2 geram dengan orang macam ni. Kerja doc bukan main2. Tapi sebab doc yang mcm ni la yang suke amik mudah dan sambil lewa, yang lalai yang menyebabkan ramai pesakit makin teruk dan paling parah boleh menyebabkan kematian).

Ein puji pegawai perubatan yang buat ujian HVF ni sebab sangat2 lah lembut orangnya.
Walaupun ada uncle tu asyik buat silap, die tak marah pun. Cume die bertegas sikit. Lepas tu die boleh lembut balik.

Then, tunggu giliran nak jumpe doc pulak. Dalam hati asyik mohon supaya jangan dapat doc tak gune lagi. Harap sangat. Lame betul tunggu. Habis buat HVF dalam pukul 11.05 pagi.
Tunggu punye tunggu punye tunggu, nombor tak panggil2.
Dah pukul 12lebih, mak datang n tanye lambat lagi ke, penat dah tunggu dekat luar.
Asalnye ein mmg malas nak pegi sebab tak nak jumpe doc bangang lagi.
Tapi paksa gak pegi. Kul 12.30, cakap kat mak, balik la kalau lambat sangat.
Tunggu lagi 10 minit. Sebab mak dah bising2 nak balik. Ein pun lapar sangat tak sarapan lagi.
12.45, nombor ein naik. Masuk bilik 3. Harap2 doc yang ok.

Masuk je dalam bilik yang kurang cahaya tu, ein nampak doc india perempuan. Kecik aje orangnye.
Nampak die tengah selak kad ein. Dalam hati dah agak, doc ni mesti ok sebab die bace kad ein dari mule. Tak macam doc melayu tu.
Start cek mate macam biase. Lepas tu letak pulak ubat titik dan kanta macam 2nd appoinment dulu.
Habis tu, duduk tempat asal dan tunggu doc tu bagi penerangan.
Doc tu termenung, geleng2 dan mengeluh sambil tengok balik kad ein dari mule.
Menulis sikit pastu berhenti, fikir.
Dalam hati dah terdetik macam ada yang tak bagus je.
Die cek ujian HVF ein dengan doc bangang tu, appoinment ke 3.
Bandingkan dengan yang baru buat.
Mengeluh lagi. Lepas tu koyakkan ujian HVF baru tu dari kad ein, kasar die koyakkan macam tak puas hati.
Bandingkan lagi dengan ujian dulu. Menggeleng lagi sambil tulis.

Then die tanye, waktu bersoal jawab tu, sorang doc melayu perempuan masuk. Dengan perbualan ktorang sambil menggeleng jugak.

Doc: Doc sebelum ni ada bagi awak ubatkan? Awak pakai tak?
E-in: Pakai. Tapi lepas tu tak pakai dah.
Doc: Kenapa berhenti?
E-in: Ubat dah habis.
Doc: Kenapa tak datang ambil stok? Awak boleh ambil dekat sini tau.
E-in: Saya tau. Tapi doc sebelum ni cakap saya tak ada masalah. Dan tak cakap pun kene teruskan ubat.
Doc: Awak mesti ambil ubat. Sejak bila berhenti?
E-in: Last appoinment tahun lepas.
Doc: Bulan 9. Awak kene teruskan ubat. Nanti saya bagi perskripsi. Ambil dekat bawah. Jangan berhenti pakai. Habis, datang ambil lagi.
Sebab dulu tompok hitam dekat mata awak kecil saja. Sekarang dah tambah besar. Very Progressive. Nanti dia akan bertambah besar. Buat masa sekarang belum jejaskan penglihatan awak.
E-in: (Terkedu sambil tahan sebak) Jadi betul ke saya ada glaucoma macam yang doc 1st cakap tu?
Doc: Saya tak dapat kesan sebab buat masa sekarang, tekanan mata awak normal. Kalau tinggi baru saya boleh kesan. Tapi kemungkinan besar, iya. Sebab tu awak mesti pakai ubat dan jangan tinggal. Saya bagi awak appoinment lagi 3bulan dari sekarang untuk pastikan tompok tu tak makin besar dan untuk kesan glaucoma.
E-in: (Speechless) Sekadang mengangguk.
Doc: Umur awak berapa?
E-in: 24.
Doc: Awak muda lagi. Saya tak nak dalam usia muda macam ni, awak hilang penglihatan awak. Jadi awak kena berjaga2.

(terasa macam satu amaran untuk ein. Amaran yang memang ein patut dengar)

Doc: Ada ahli keluarga awak yang ada masalah mata?
E-in: Tak tau. Tapi mungkin ada. Sebelah ayah saya. Ada diabetis. Mungkin masalah mata juga.
Doc: Sakit apa tu?
E-in: Tak pasti. Sebab dah lama bercerai jadi susah nak tau.
Doc: (mengangguk) Bila ada sejarah keluarga diabetis, sakit mata dan yang berkaitan, kena datang buat pemeriksaan awal. Kemungkinan besar untuk kena tu memang ada. Jadi jangan tunggu.
E-in: Thanks (mengia kan pastu keluar lepas doc bagi kad balik)

Bukak je pintu, ein dah sebab. Tahan air mata. Pegi buat appoinment.
Cari mak, ein nampak mak je, mata dah mule nak bergenang. Ein tahan.
Mak tanye, buat suara ein tersekat2 nak jawab sebab tahan nangis.
G pulak amik ubat. Waktu tu baru cerita betul2 sambil lepas geram sal doc melayu bangang tu.
Die antara puncanya. Padahal sebelum ni, appoinment ke 2dengan doc cina tu, mule detect glaucoma, doc tu cakap kecik je. Tak nampak sangat pun tompok tu. Ein sedih tapi lega sebab masih peringkat awal. 2bulan lepas tu, bulan 9, 3rd appoinment, dengan doc melayu bangang tu. Die cakap ein migraine dan cek ala kadar je. Lepas tu ein dah tak pakai ubat. Dalam tempoh 5bulan nak appoinment ke 4 ni, tompok tu dah makin besar. Memang cepat sangat. Tak hairan nape doc india tu menggeleng dan mengeluh dan bagi peringatan kat ein.

dalam tempoh 5bulan yang doc bangang tu bagi. Betul2 buat ein marah sangat dengan die. Lepas jumpe die dulu tu ein dah memang tak puas hati. Dapat pulak tau macam ni, lagi ein marah dan sedih. Jadi ein tak boleh kontrol emosi ein. Memang ein nak nangis. Rasanya kalau mak tak ada, ein dah nangis dalam toilet sorang2. Sebab mak ada, ein tak nak mak tengok ein menangis dan risau kan ein.

Orang macam tu memang tak layak jadi doc la. Simpan je sijil, dip, ijazah, master, phd kat umah. Buat hiasan. Menyusahkan orang dan memalukan doc serta bidang perubatan. Nama je pakar. Tapi layak jadi kerani je. Nurse pun die tak layak. Ujian untuk ein. Tapi ein syukur sangat sebab dapat doc yang ok semalam. Kalau dapat jugak doc cam sebelum ni, lagi teruk agaknye. Huhu.

Ni peringatan tuk mereka yang ada sejarah keluarga, penyakit yang boleh libatkan keturunan ni dan peringatan tuk doc atau bakal doc, nurse dan mereka yang terlibat dengan perubatan, jangan la sambil lewa. Tanggungjawab korang berat. Bukan tuk suka2 atau main2.

P/S: Sedih dan Lepas Geram.

No comments: