Friday, February 29, 2008

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."


Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Monday, February 25, 2008

KiSaH TeMpAt TiNgGaL IbLiS

Salah seorang sahabat Anas bin Malik r.a berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t antaranya:

Berkata iblis kepada Allah s.w.t: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepada Mu. Tunjukkanlah kepada ku tempat kediaman ku?”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Iblis, tempat kediaman mu ialah dalam bilik air (tandas).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Dimanakah tempat bagiku berkumpul?”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Iblis, tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat-tempat hiburan dan sebagainya).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkan kepada ku apakah bahan bacaan ku?”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Iblis, bahan bacaan mu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan dengannya)”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan pada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk sembahyang berjemaah). Apakah azanku (untuk mengumpulkan orang)?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling.”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanMu (para Nabi dan para Rasul) kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, para utusanmu ialah terdiri daripada dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya)”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, tulisan mu ialah tulisan gincu yang palsu di badan (seperti lukisan-lukisan di lengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”
Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebut dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan Bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?”

Firman Allah s.w.t: “Wahai Iblis, minuman untuk mu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan Bismillah).”

Saturday, February 23, 2008

RaJa LaWaK MuSiM kE 2

“Ada benda yang kita bebas buat tapi kita was-was nak buat. Ada benda yang kita tak bebas buat tapi kita nak sangat buat” – Abang Nabil

Siapa tengok Raja Lawak musim ke 2 ni…
Ein tak suka tengok Raja Lawak ni sangat. Sebab musim pertama macam entah apa-apa je. Musim ke 2 ni pun ein tak tengok sebenarnya. Tengok gitu-gitu je. Tu pun yang ulangannye. Masuk minggu keberapa tah baru ein tengok. Tengah tengok tu baru ein tau ade anak negeri sembilan masuk Raja Lawak ni, Abang Nabil.

Bila dengar ada anak negeri sendiri dapat masuk Raja Lawak, tanggapan pertama setiap orang, mesti rasa suka kan. Lebih-lebih lagi waktu tu, minggu yang ein tengok tu, dia buat lawak dalam bahasa negeri. Dan pengacara, abang zizan dengan abang johan cuba bercakap dalam bahasa negeri yang mana, memang hancur bahasa tu dibuatnya. Tapi tak kisahlah. Nama pun lawak kan. Tapi, ein tengo sambutan penonton dan pengacara tiap kali Abang Nabil buat persembahan, memang luar biasa. Baru first time tengok persembahan Abang Nabil, jadi ein suka la. Suka je, tapi tak ada rasa istimewa sangat pun.

So, tengok lagi ulangan Raja Lawak minggu tu. Dan baru ein sedar, Abang Nabil ada trade mark sendiri iaitu “Lu fikirlah sendiri.” Mungkin ada yang rasa perkataan lu tu agak kasar. Tapi, perkataan tu boleh menarik orang ramai untuk berfikir. Lagi satu yang ein sedar, tiap lawak Abang Nabil, ada message. Ada pesanan yang sangat-sangat berguna. Tiap kali akhir persembahan, Abang Nabil akan guna trade mark dia tu, “Lu fikirlah sendiri.” Buat ein pun berfikir, apa yang cuba disampaikannya.

Seingat ein, waktu tu isu mat rempit dan mat despatch. Perbezaan kedua-dua golongan ni. Minggu berikutnya tak silap tentang super hero, tetap tak lari dari mat despatchnya. Pastu persembahan menyanyi, tiru gaya artis yang mana kedua-dua tajuk ni membuatkan undi Abang Nabil jatuh. Dari tempat pertama, jatuh tempat ke 3. 2 minggu yang berikutnya, Abang Nabil naik mendadak dan tinggalkan lawannya jauh jugak.

Tugasan yang mereka dapat waktu tu, “Tabiat Orang Malaysia.” Persembahan Abang Nabil memang lain dari yang lain. Abang Nabil persembahkan 3 kategori atau jenis tabiat orang Malaysia. Bermula dengan gimik orang melatah, saleha nak ke pasar dan abang yang bawak kereta laju sangat-sangat.

Isu saleha nak ke pasar tu berkaitan dengan seorang perempuan nak ke pasar, ada lelaki-lelaki yang suka lepak dekat tepi jalan dan mengorat dia yang mana perkara macam ni memang selalu berlaku. Kemudian saleha tesepak batu sampai berdarah kaki, tapi batu yang dimaki. Ini pun selalu kita dengan. Dari kecik orang cerita lebih kurang macam ni dan dalam kehidupan kita sendiri, kadang-kadang salah sendiri tapi batu yang tak ada mata tu yang disalahkan. Yang terakhir, waktu saleha sampai ke pasar yang mana makcik-makcik kat pasar tu tanya saleha ke pasar nak beli lauk ke. Orang-orang yang agak berumur memang suka tanya soalan macam ni. Pergi ke pasar, memanglah nak beli lauk, bahan tuk masak. Tak kan beli enjin kereta. Yang ke 3, isu abang tu pun memang tabiat kita orang Malaysia. Suka bawak kereta laju-laju. Bila nampak kemalangan, berhenti nak tengok sampai jadi kesesakkan lalulintas. Konon nak insaf, tapi lepas tu pecut balik.

Minggu ni, minggu ke 7 tugasan mereka, “bebas.” Bebas nak bawak tajuk apa-apa pun. Tajuk sendiri. Nak tengok kreativiti peserta. Persembahan peserta lain macam stereotype je kecuali kumpulan Cham dan Abang Nabil. Abang Nabil guna balik tajuk bebas tu dalam persembahannya. Setiap persembahannya ada menggunakan perkataan bebas. Yang mana Abang Nabil selaku pengacara sebuah rancangan yang bertajuk, “Lu fikirlah sendiri.” Abang Nabil membawa 4watak iaitu watak dirinya sendiri sebagai Abang Bil, mat saleh, orang indon dan orang jepun. Berkisar tentang temuramah mengenai apa yang mat saleh, orang indon dan orang jepun ni rasa bebas tentang Malaysia.

Minggu ke 7 ni ada tugasan tambahan. Setiap peserta diberi barang dan dikehendaki buat persembahan selama 1 minit setengah. Abang Nabil dapat kon jalan raya tu. Berdasarkan kretiviti masing-masing, Abang Nabil naik ke pentas dengan menunggang kon tersebut umpama seekor kuda. Kemudian dijadikan teropong untuk mengintip musuh dan dijadikan semboyan sebagai isyarat untuk askar-askarnya menyerang.

Satu fenomena yang jarang ada bila seorang pelawak membuat persembahan di mana penonton ketawa dari mula hingga akhir persembahan. Tapi Abang Nabil dapat menghiburkan semua penonton dan juga juri. Malah lawaknya juga bukan lawak kosong. Ada pesanan-pesanan yang ditinggalkan untuk renungan bersama. Seperti ayat di atas tadi. “Ada benda yang kita bebas buat tapi kita was-was nak buat. Ada benda yang kita tak bebas buat tapi kita nak sangat buat. Jadi, lu fikirlah sendiri.” Padat dengan message dan ditinggalkan penonton untuk berfikir dan mentafsirkan sendiri maksud message yang cuba disampaikan.

Tahniah Abang Nabil. Anugerah yang Tuhan berikan kepada dia, digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pesanan pada orang ramai. I’m proud of him.


Monday, February 18, 2008

KuAsA WaNiTa

KUASA PUJUKAN WANITA
Kehebatan wanita dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN WANITA
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN WANITA
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA WANITA
Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA WANITA
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


PeJaMkAn MaTa~RoNniE

Ku pejamkan mata
Kau hadir disisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah mata mu
Jika rindukan wajahku

Ku pejamkan mata
Kau hadir disisi
Bisik mesra dari mu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah matamu
Ku pasti disisi

Untuk dikau kasih
Ku serahkan cinta suci

Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Disaat ku tersenyum
Pejamkanlah mata mu
Jika rindukan wajahku
Janjiku kepada mu
Aku pasti disisi

Merintih dalam jiwa
Pergiku tak kembali
Berpisah jua kita
Tak bisa ku ingkari
Sehati dan sejiwa
Kita telah berjanji
Pejamkanlah mata mu
Ku pasti disisi

Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci

Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah mata mu
Jika rindukan wajah ku
Janjiku kepada mu
Aku pasti disisi

Bahagiakan dirimu
Disaat ku tersenyum
Satukanlah dirimu
Dengan takdir jodohmu
Pejamkanlah mata mu
Jika rindukan wajah ku
Janjiku kepadamu
Aku pasti disisi


What a lovely song, lyrics and voice.
Terus jatuh hati bile dengar lagu ni
Tapi sayangnye xdo mp3 die
wuwu



Sunday, February 17, 2008

wahai orang yang beriman, bersabarlah...

Setiap manusia pasti akan diduga sejauh mana dan sekuat mana imannya. Ujian dan dugaan itu adalah sementara saja. Tapi ia datang dalam bentuk yang berbeza. Mungkin hari ini kita diuji dengan harta. Esok kita diuji dengan keluarga. Setelah berjaya melalui ujian itu, kita mungkin diuji dengan kesihatan. Yang mana semuanya ini adalah kifarat dosa-dosa kita yang lalu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah menimpa seseorang mukmin (lelaki mahupun perempuan) suatu kesusahan atau penyakit atau suatu kegelisahan, walaupun sebatang duri yang menusuk kakinya, melainkan semuanya itu menjadi kiffarat dari dosa yang dilakukannya.” (HR. Muslim)
Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan satu (ujian), iaitu ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang sabar (atas ujian itu)
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun, (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepadaNya kita akan kembali)
Al-Baqarah, ayat 155-156
Oleh itu, setiap mukmin haruslah bersabar dan redha atas ujian yang menimpa dirinya. Ucapkanlah innalillahi wainna ilaihi raaji’uun. Berapa ramai orang mukmin pada masa ini yang lupa untuk mengucapkannya. Ramai juga yang menyangka ucapan ini hanyalah apabila mendengar berita kematian seseorang. Sebaliknya, setiap kali kita ditimpa musibah, hendaklah kita ucapkan,”sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepadaNya kita akan kembali.” Moga dengan ini, hati kita akan menjadi teguh serta sabar. Janganlah berputus asa atau berkeluh kesah kerana tidak sanggup menahan ujian tersebut. Kerana seorang mukmin tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi. Serta janganlah menyalahkan nasib atau takdir yang menimpa diri umpama orang kafir.
Janganlah kamu lemah dan janganlah pula berduka cita, sedang kamu orang yang lebih tinggi jika kamu orang yang beriman
Ali-Imran, ayat 139
Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah. Apabila dia ditimpa kejahatan, dia berkeluh kesah
Al-Ma’arij, ayat 19-20
Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir
Yusuf, ayat 87
Kemudian hendaklah berusaha untuk menyelesaikan masalah, berdoa mohon petunjuk serta pertolongannya dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Dari Allah datangnya ujian dan kepadaNya lah kita mohon pertolongan. Tidak ada pertolongan yang lebih baik melainkan pertolongan Allah s.wt serta tidak ada pendengar yang lebih baik melainkan Allah s.w.t.
Wahai orang-orang yang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Al-Baqarah, ayat 153
Sesungguhnya orang islam yang sebenar berkerja dengan kekuatan jasmani dan rohani. Dengan ini orang-orang islam memperolehi keupayaan yang tiada tandingannya.
~DURRIYAH IZDIHAR~