Saturday, February 23, 2008

RaJa LaWaK MuSiM kE 2

“Ada benda yang kita bebas buat tapi kita was-was nak buat. Ada benda yang kita tak bebas buat tapi kita nak sangat buat” – Abang Nabil

Siapa tengok Raja Lawak musim ke 2 ni…
Ein tak suka tengok Raja Lawak ni sangat. Sebab musim pertama macam entah apa-apa je. Musim ke 2 ni pun ein tak tengok sebenarnya. Tengok gitu-gitu je. Tu pun yang ulangannye. Masuk minggu keberapa tah baru ein tengok. Tengah tengok tu baru ein tau ade anak negeri sembilan masuk Raja Lawak ni, Abang Nabil.

Bila dengar ada anak negeri sendiri dapat masuk Raja Lawak, tanggapan pertama setiap orang, mesti rasa suka kan. Lebih-lebih lagi waktu tu, minggu yang ein tengok tu, dia buat lawak dalam bahasa negeri. Dan pengacara, abang zizan dengan abang johan cuba bercakap dalam bahasa negeri yang mana, memang hancur bahasa tu dibuatnya. Tapi tak kisahlah. Nama pun lawak kan. Tapi, ein tengo sambutan penonton dan pengacara tiap kali Abang Nabil buat persembahan, memang luar biasa. Baru first time tengok persembahan Abang Nabil, jadi ein suka la. Suka je, tapi tak ada rasa istimewa sangat pun.

So, tengok lagi ulangan Raja Lawak minggu tu. Dan baru ein sedar, Abang Nabil ada trade mark sendiri iaitu “Lu fikirlah sendiri.” Mungkin ada yang rasa perkataan lu tu agak kasar. Tapi, perkataan tu boleh menarik orang ramai untuk berfikir. Lagi satu yang ein sedar, tiap lawak Abang Nabil, ada message. Ada pesanan yang sangat-sangat berguna. Tiap kali akhir persembahan, Abang Nabil akan guna trade mark dia tu, “Lu fikirlah sendiri.” Buat ein pun berfikir, apa yang cuba disampaikannya.

Seingat ein, waktu tu isu mat rempit dan mat despatch. Perbezaan kedua-dua golongan ni. Minggu berikutnya tak silap tentang super hero, tetap tak lari dari mat despatchnya. Pastu persembahan menyanyi, tiru gaya artis yang mana kedua-dua tajuk ni membuatkan undi Abang Nabil jatuh. Dari tempat pertama, jatuh tempat ke 3. 2 minggu yang berikutnya, Abang Nabil naik mendadak dan tinggalkan lawannya jauh jugak.

Tugasan yang mereka dapat waktu tu, “Tabiat Orang Malaysia.” Persembahan Abang Nabil memang lain dari yang lain. Abang Nabil persembahkan 3 kategori atau jenis tabiat orang Malaysia. Bermula dengan gimik orang melatah, saleha nak ke pasar dan abang yang bawak kereta laju sangat-sangat.

Isu saleha nak ke pasar tu berkaitan dengan seorang perempuan nak ke pasar, ada lelaki-lelaki yang suka lepak dekat tepi jalan dan mengorat dia yang mana perkara macam ni memang selalu berlaku. Kemudian saleha tesepak batu sampai berdarah kaki, tapi batu yang dimaki. Ini pun selalu kita dengan. Dari kecik orang cerita lebih kurang macam ni dan dalam kehidupan kita sendiri, kadang-kadang salah sendiri tapi batu yang tak ada mata tu yang disalahkan. Yang terakhir, waktu saleha sampai ke pasar yang mana makcik-makcik kat pasar tu tanya saleha ke pasar nak beli lauk ke. Orang-orang yang agak berumur memang suka tanya soalan macam ni. Pergi ke pasar, memanglah nak beli lauk, bahan tuk masak. Tak kan beli enjin kereta. Yang ke 3, isu abang tu pun memang tabiat kita orang Malaysia. Suka bawak kereta laju-laju. Bila nampak kemalangan, berhenti nak tengok sampai jadi kesesakkan lalulintas. Konon nak insaf, tapi lepas tu pecut balik.

Minggu ni, minggu ke 7 tugasan mereka, “bebas.” Bebas nak bawak tajuk apa-apa pun. Tajuk sendiri. Nak tengok kreativiti peserta. Persembahan peserta lain macam stereotype je kecuali kumpulan Cham dan Abang Nabil. Abang Nabil guna balik tajuk bebas tu dalam persembahannya. Setiap persembahannya ada menggunakan perkataan bebas. Yang mana Abang Nabil selaku pengacara sebuah rancangan yang bertajuk, “Lu fikirlah sendiri.” Abang Nabil membawa 4watak iaitu watak dirinya sendiri sebagai Abang Bil, mat saleh, orang indon dan orang jepun. Berkisar tentang temuramah mengenai apa yang mat saleh, orang indon dan orang jepun ni rasa bebas tentang Malaysia.

Minggu ke 7 ni ada tugasan tambahan. Setiap peserta diberi barang dan dikehendaki buat persembahan selama 1 minit setengah. Abang Nabil dapat kon jalan raya tu. Berdasarkan kretiviti masing-masing, Abang Nabil naik ke pentas dengan menunggang kon tersebut umpama seekor kuda. Kemudian dijadikan teropong untuk mengintip musuh dan dijadikan semboyan sebagai isyarat untuk askar-askarnya menyerang.

Satu fenomena yang jarang ada bila seorang pelawak membuat persembahan di mana penonton ketawa dari mula hingga akhir persembahan. Tapi Abang Nabil dapat menghiburkan semua penonton dan juga juri. Malah lawaknya juga bukan lawak kosong. Ada pesanan-pesanan yang ditinggalkan untuk renungan bersama. Seperti ayat di atas tadi. “Ada benda yang kita bebas buat tapi kita was-was nak buat. Ada benda yang kita tak bebas buat tapi kita nak sangat buat. Jadi, lu fikirlah sendiri.” Padat dengan message dan ditinggalkan penonton untuk berfikir dan mentafsirkan sendiri maksud message yang cuba disampaikan.

Tahniah Abang Nabil. Anugerah yang Tuhan berikan kepada dia, digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pesanan pada orang ramai. I’m proud of him.


No comments: