Saturday, November 29, 2008

Erk...Berita terkejut...


Alkisah, hari ni kenduri orang kampung.
Nenek sedara(adik nenek) singgah rumah jap.
Ein tgh minum.
Tetibe dgr nek busu cakap...
"Pais dah nikah dah ni kat Cheras."

Nak tersembur air kopi dari mulut ein.
Habis minum, basuh tangan pastu keluar salam.
N dengan muke selamber ein tanye...
"Fais ape nek?"

"Pais ko 2dah nikah. Dengan budak ppuan 2dekat Cheras. Wat biasenye. Nikah je."
"Die xde duit, jadi nikah biase jela. Aku yang suh nikah cepat."
Adeh...
"Dulu lak die dari Boboy(Abang die)ek."
"A'ah. Aku suruh cepat. Tapi aku tak pegi sebab bapak die ade."

Alhamdulillah...Nikah jugak duapupu ein Fais. Tapi xbape rapat pun ngan die.
Rapat ngan abang die je, Boboy dengan adik2die yang chubby dan come 2.
Hehe...

Ape pun, itulah yang sebaiknya...
Ein doakan semuanya berjalan dengan lancar...
Ameen...



Hepy Wedding Jannah...

Selamat Pengantin Baru tuk Jannah...
3hari ni majlis dia...Tapi sayangnya ein tak leh pegi...Sebabnya:

1.Kad xsampai. So xtau jalan
2.Kad sampai pn xleh gak g. Sape nk drive. Ein? Haha... Kat cni pn mak xlepaskan bawak sendiri.
3.Johor. Jauh la
4.Xde member
5.Cni ade 2kenduri dalam hari dan waktu yang sama.(Lansung tak beralah)
6.Kene standby incase kak ipar bersalin. On the spot bertolak ke JB

Sodih den :((
Tp kenduri dekat2 ni mmg xg nye. Xtau la. Bkn xnk pegi. Tapi xdpt pegi.
Sbb..
Sbb..
Sbb..
Kene jage umah...wuuuu

P/S: Skang ni xleh g mane2 tnpa izin mak n kalu xde adik-beradik atau abe temankan. TQ 2Mami Afzan...Waaaaa...Afzan...Sob sob sob... (Dulu mak xbg pn degil gak pegi. Tapi sebab skrg ni mak da ade geng, so da xleh nk degil sal ni dh. Tp yg lain still degil. Muahaha)


Wednesday, November 26, 2008

Tag Dari Afzan

(satu) Do you think you're hot?
Kalo duk dekat dapur, hot lah. Kalo duk depan kipas, cool lah

(dua) Upload your favourite picture of you!


(tiga) Why do you like that picture?
Sebab 2tanda orang rajin masak...Muahaha

(empat) When is your last time you ate pizza?
Bulan lepas...

(lima) The last song you listened to?
Taubat seorang hamba - Irsyadee feat Hafiz Hamidun
Sebab bukak je blog, klua lagu ni :))

Sebelum bukak blog dgr lagu Pour Que Tu M'aimes Encore...

(enam) What are you doing right now beside this?
YM dan berfikir, mendownload

(tujuh) What name would you prefer beside yours?
Durriyah Izdihar, Nadjwani

(lapan) People I tag.
1.Someone
2.Si Fulanah
3Somebody
4.Hamba Allah
5.Si Fulan

(sembilan) Who is number 1?
Orang yang bernombor satu

(sepuluh) Number 3 is having relationship with?
Nurul Jannah...Nak nikah minggu ni

(sebelas) Say something about number 5.
Si Fulan ni berjantina lelaki. Tak kan perempuan kot.

(dua belas) How about number 4?
Makhluk yang diciptakan untuk beribadat kepadaNya

(tiga belas) Who is number 2?
Sape2 je yang berjantina perempuan



Saturday, November 15, 2008

FIRASAT INZAR UKM


Ehehe

Sore sape la yang hancus 2? Muahaha

ISTIMEWA BUAT ADIK KU :)

Buat yang teristimewa, Anis a.k.a Munirah pucca_love_06

Selamat Hari Lahir akak ucapkan. Sori, just simple jek.

MySpace

22tahun sudah

Perlunya kekuatan menempuh segala dugaan

dan rintangan di perjalanan

22tahun sudah

Bermakna meningkatnya umur

Namun hakikatnya berkurangnya usia

22tahun sudah

Moga amalan dan umur bertambah

Seiring dengan usia

Sujud dan bersyukurlah

Di atas nikmat yang diberikan

22tahun sudah

manfaatkanlah sebaiknya

Moga sentiasa dalam rahmatNya

Nak nyanyi skit MySpace

"Selamat hari lahir,
Iringan doa ku hulur,
Bersyukur kepadanya,
Atas nikmat
usia."
(SELAMAT HARI LAHIR-SAUJANA)
MySpace

Selamat Hari Lahir yang ke 22tahuncelebrate

P/S: Sempat seumur dengan akk beberapa hari :))

MySpace

    Thursday, November 13, 2008

    Isu Sajak Kematian



    Aduan yang pertama


    Reaksi menteri


    Sajak Kematian di arah henti


    Wednesday, November 12, 2008

    Fawan Dah Start Posting

    Hari Isnin, 10 November Fawan lapor diri dekat ape name tempat 2tah, dekat Shah Alam.
    Tapi dah tau dapat dekat mana sebab hari Jumaat 2dah call JPN.
    So, JPN cakap, Fawan posting kat SMK Pandan Jaya.
    Wah...:woooh:
    Bile dengar 2, rasa suke la. :inlove:
    Tak jauh pun. Kat bandar. Kat Cheras. Kat kolej ein dulu. Memang la ein tau.
    Punya la takut dia kena hantar jauh. Ehehe. :D

    So, lapor diri, ein xde la kaco.
    Dah tau prosedure die canne.
    Same je cam ein lapor diri dulu kat JPA (dah jadi kenangan pahit dah)
    Xde ape sangat pun tuk hari pertama.
    Suggest cari rumah dekat sana.
    Tapi dia xnk. Ok jgk. Xla jauh sangat pn.

    Hari kedua, dah pukul 1xsilap, ein msg.
    Die kene balik lambat. Haha.
    Kene amik tandatangan semua cikgu sesi pagi dan petang.
    Ehe. Ein siap tnye ramai tak cikgu perempuan yang baru.
    Bukan cemburu ok. Tapi pengalaman ein dulu banyak mengajar.
    Yakin sangat Fawan ni tak layan nye.
    Tapi perempuan kan lembut hati dan mudah suka pada orang.
    Hik3 :D

    Hari ni, hari ke 3.
    Kene tolong kerani hari ni. Dia cakap, pertama kali jumpa tempat yang ramai kerani lelaki.
    Banyak habiskan masa dekat stor sukan. Kemas stor.
    Dan cuti nanti, Fawan kene balik pukul 2.30 petang.

    Ein harap semuanya baik2je.
    Moga segalanya dipermudahkan
    Ameendoa

    Tuesday, November 11, 2008

    Contoh wat emoticon


    Amik emoticon dekat cni http://myspace.laymark.com/
    copy dan pergi layout>edit html. Paste.
    bile paste akn ade error.
    copy dn paste, then publish
    tp save dulu ek sebelum publish. kang penat je menaip
    then bile tkn publish
    die akn keluar ni



    kat highlight 2, closing die tkr. jd /alt
    kalo publish pastu, jd gini

    MySpace')" alt="MSN Onion Icon" src="http://www.laymark.com/i/o/45.gif" border="0" width="50" height="50">

    so, padam jek yg xpakai 2.
    MySpace
    senang jek
    yg lain pn same kot
    ein xcube lg

    so...selama mencube


    ISU SAJAK KEMATIAN-VIDEO SEKSA KUBUR

    Beberapa hari lepas, kecoh di Buletin Utama TV3 berkenaan dengan isu video seksa kubur yang ditayangakan kepada murid2 berusia 8tahun. Yang mana ada ibubapa yang melaporkan kepada TV3 ketidakpuasan hati mereka atas pendekatan tersebut. Tujuan video itu ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan kanak2, berkenaan seksa kubur dan akibat atau seksaan yang bakal diterima jika tidak mengerjakan solat. Antara visual yang ditunjukkan ialah jenazah di dalam liang lahad serta seekor ular yang membelit jenazah tersebut.

    Beberapa hari ein mengikuti berita ini, berserta komentar2 pelbagai pihak yang di ambil oleh TV3. Mungkin bagi sesetengah ibubapa bahawa video ini terlalu ekstrem bagi anak2 kecil. Ada juga yang berpendapat ini membawa kesan dari segi psychology kanak2. Ada juga yang berpendapat, ini harus diteruskan bagi memupuk kesedaran dari mula.

    Bagi ein, ein setuju dengan komentar semalam. Yang mana, video itu sangat berguna untuk generasi kanak2. Zaman sekarang, sekadar pemahaman tidak cukup untuk mendidik dan menyedarkan generasi muda mengenai seksa kubur dan solat. Kesedaran perlu dipupuk dari mula lagi. Sedangkan kita yang sudah menginjak menjadi remaja, dewasa atau orang tua masih tidak cukup kesedaran berkaitan ini.

    Jika dipandang dari sudut logiknya, kenapa manusia lalai dalam menunaikan solat mahupun melakukan pelbagai dosa? Kerana kita tak nampak azab2yang telah dijanjikan Allah. Kita cuma tahu dan faham, namun tidak nampak. Makanya, susah sekali hendak timbul rasa takut mahupun gerun dalam diri sesetengah manusia.

    Melalui video tersebut, kita sedar, nampak dan merasa gerun dan pastinya bergetar jiwa melihat seksaan di dalam kubur tersebut. Pasti dalam hati akan berkata, "Oh, inilah rupanya apa yang dikatakan seksa kubur. Takut pula rasanya kalau aku mati nanti kene macam ni." Namun, jangan samakan video tersebut dengan seksaan sebenar. Kerana yang sebenar2nya pasti dan teramatlah dahsyat.

    Sedangkan sekarang ni banyak tayangan di tv atau di pawagan cerita2 yang ekstrem contohnya remp-it, kldrift, kisah2 pembunuhan, cerita hantu dan sebagainya, boleh ibubapa beri anak2 tengok. Mengapa video seksa kubur ini tak boleh? Pelikkan? Kerana ini berkaitan isu agama.

    Cuma, bagi kanak2yang sememangnya lemah semangat, seeloknya diberi penerangan sebelum dibenarkan melihat video tersebut. Serta dicadangkan juga, diberi kaunseling kepada anak2 ini supaya tidak timbulnya kesan psychology pada mereka.

    Wallahu'alam

    P/S: SOKONG USAHA MEREKA YANG MENDIDIK SERTA YANG INGIN MENGUBAH PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM SEKARANG KE ARAH YANG LEBIH BAIK.MySpace

    Friday, November 7, 2008

    JAWAB JUGAK LAH TAG..Hak3


    Untuk tidak menghampakan kina dan lovely mom, kak nurul...

    Ein jawab jugaklah

    Law & Order!

    1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.

    2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.

    3) Post that picture with NO editing.

    4) Post these instruction with your picture.

    5) Tag 10 people to do this
    Jeng...
    Jeng...
    Jeng...
    Pic of my eye :D


    xtag org leh x???
    Kina dah tag la org yg ein nak tag
    Tapi tag jugaklahkan
    Sorg jela
    Emm

    Adinda ku, Anis...
    Kene wat nih /wahaha

    P/S: Mata ku yang kononnya ada glaucoma :(

    TAG KAK NURUL


    Erk...
    Atas sebab2tertentu, ein minta maaf sebab tak dapat jawab tag tersebut. Ehe.
    Terasa amat janggal bila letak gambar sendiri.
    Nak letak gambar katun macam kina, terasa diri ini katun walhal daku bukanlah katun
    Muahaha.


    Tuesday, November 4, 2008

    Ke Arah Solat Yang Sempurna

    Kita selalu dengar satu hadis Rasulullah mengenai orang yang mencuri di dalam sembahyangnya iaitu tidak ruku' dan sujud dengan sempurna. Malah tiap kali hendak masuk waktu solat, pasti keluar hadis ini di TV3. Sudah bertahun kiranya. Tapi adakah kita benar-benar memahami apa itu ruku' dan sujud yang sempurna?

    Berikutan dengan ini, ein sertakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abul-Laits Assamaraqandi dengan sanadnya dari Raafi' dari Khalid berkata:

    Ketika kami duduk di sekitar Rasulullah s.a.w, tiba-tiba ada orang masuk masjid lalu menghadap kiblat dan sembahyang, kemudian setelah selesai ia datang memberi salam kepada Nabi s.a.w dan orang-orang, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:

    "Kembalilah engkau sembahyang sebab engkau belum sembahyang."

    Maka orang tersebut kembali sembahyang dan sesudah selesai ia kembali kepada Nabi s.a.w dan Nabi bersabda kepadanya:

    "Kembalilah engkau sembahyang kerana engkau belum sembahyang." Sehingga tiga kali, lalu orang itu berkata:

    "Saya tidak tahu apakah kesalahanku dalam sembahyang." Maka Nabi s.a.w bersabda:

    "Tidak sempurna sembahyang seseorang sehingga menyempurnakan wuduk sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka membasuh muka dan kedua tangan sampai siku dan mengusap kepala dan membasuh kaki sampai mata kaki, kemudian bertakbir dan bertahmid (memuji Allah) dan membaca Al-Quran sedapatnya, lalu ruku' dan meletakkan dua tapak tangan di lutut sehingga tenang semua ruas dan tunduk, kemudian mengangkat kepala sambil membaca Sami Allahu liman hamidahu dan tegak berdiri sehingga tegak punggung nya dan masing-masing anggota badannya kembali ke tempatnya, lalu takbir dan sujud menekankan wajahnya ke tanah sehingga tenang semua ruasnya dan merendah, kemudian takbir dan tegak duduk dan menegakkan tulang punggungnya."

    Nabi s.a.w menerangkan dan bersabda:
    "Tidak sempurna sembahyang seorang dari kamu sehingga mengerjakan semua itu."


    Dalam hadis ini Nabi s.a.w menyuruh menyempurnakan ruku' dan sujud dan menerangkan bahawa sembahyang tidak diterima kecuali dengan cara yang demikian, maka seharusnya bersungguh-sungguh untuk kesempurnaan ruku' dan sujudnya supaya sembahyangnya itu menjadi penebus dosa-dosa yang lalu.

    Ruku, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud hendaklah dengan tuma'ninah. Ambillah masa beberapa saat kemudian lafazkan bacaan dengan sempurna. Solatlah dengan tertib. Bukan express way macam yang biasa kita lihat. Sujud macam patuk ayam. Letakkan lah betul-betul dahi ke sejadah dan rasakan diri kita hamba padaNya, menyembah hanya padaNya, dan mengharapkan penerimaanNya. Kalau patuk ayam, masakan dapat rasa nikmat sebagai hamba Nya. Ayuh perbaiki solat kita ke arah solat serta tiang agama yang sempurna.

    Wallahu'alam...


    KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI


    Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

    Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

    Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
    "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


    "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

    Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

    Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

    Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah

    P/S: RAMAI DAH TAU KISAH NI. KISAH NI MEMANG AGAK POPULAR DAN SELALU DICERITAKAN OLEH USTAZ DAN USTAZAH DI SEKOLAH :)


    Saturday, November 1, 2008

    Haih....Macam-macam cerita


    Punya lama kenal Jannah, baru hari tu dapat gambar dia. Minta dia mms. Dia pn sama. Tak pernah tengok gambar ein. Boleh tahan orangnya. Comel :) Tapi lepas tu ein tak ganggu dia. Sebab bz nk uruskan majlis. Ahad ni dah balik ke Ireland pastu katanya nak terus pergi Seattle.

    Semalam mak balik. Ein dekat dapur. Terus mak jerit, "Ein mak tofai."
    Erk. Ape 2? Ein tnye balik. Mak cakap lagi.
    Tofai tu ape? Ade dgr cam Tofan pn ade. Ke taufan. Tapi cam tak kene je ayat 2.
    Mak terus berleter, ein terus berfikir
    La...
    Top 5 rupanya. Adeh mak ein ni. Punyalah xcited smpai sebutan pn dh xbetul.
    Sejak awal tahun hari tu, Jabatan Perpaduan N9 pilih tabika mak tuk pertandingan tabika cemerlang. Yang terlibat dah tentulah tabika perpaduan dan guru, pembantu guru perpaduan.
    Dan semalam jugak mak gesa ein suh buatkan blog.
    so, ni blognya http://tabikaperpaduantamansrianggerikrantau.blogspot.com
    Baru buat sikit sbb banyak laporan dn gambar nak kena masukkan.
    2kene tunggu mak wat draf.
    Dan jamuan semalam, pegawai semua sarankan semua guru tabika perpaduan buat blog tabika sendiri.
    Bertambah la kerja :D
    Sebab tu hr ni ein penat skit. Coz terasa pressure nye bile kena gesa.

    2,3 hari ni jugak ein rasa sedih.
    Mata macam dah bengkak sebab tahan air mata. Tak nak air mata tu mengalir
    Ntahla...
    Bagi ein, semuanya salah ein.
    Cuma rasa dulu xmacam ni.
    Rasanya sebab ein jugak knp skrg jd mcm ni
    Nak bawak diri...