Resensi kali ni ein nak tunjukkan buku yang agak lama...tapi xsilap masih ada dalam pasaran lagi.
KISAH SAIYIDINA HUSAIN CUCU NABI SAW
Buku ni hasil penulisan Muhammad Syafiq Ramli dan diterbitkan oleh Jasmin. Ein beli buku ni waktu semester ke 2, tahun 2004. Waktu ein beli, buku ni merupakan cetakkan pertama iaitu pada tahun 2004M/1424H.
Ein petik sinopsis yang ada dekat belakang buku ni:
"Bagaimana tidak, bukankah darah daging Rasulullah s.a.w terkapar di padang pasir? Darahnya yang suci tertumpah oleh pedang-pedang kesesatan. Wajah puteri-puteri beliau ditatap oleh mata para musuh Tuhan. Mereka menjadi tontonan khalayak ramai. Jasad para syuhada yang agung dilucuti dari pakaiannya. Badan mereka yang suci tersungkur di atas tanah. Sungguh musibah besar yang menyayat hati Nabi dengan anak panah yang menusuk pada kalbu hidayah.
Ketika orang yang sedih bosan dengan kesedihan, para pembawa khabar duka datang dengan kesusahan dan duka.
Oh, kalaulah Fatimah a.s dan ayahnya menyaksikan putera dan puteri mereka yang terhempas, terluka, diseret dan disembelih. Pada puteri nabi pun mengoyak baju-baju mereka kerana kebingungan ditinggal oleh orang-orang yang mereka cintai. Merungkai rambut mereka. Tudung kepala mereka terbuka. Mereka memukuli pipi sendiri. Tidak ada yang dapat mereka lakukan lagi, selain berlumba menghabiskan tangisan dan jeritan, kerana berpisah dari para penjaga dan pembela kehormatan mereka.
Wahai insan yang berbudi luhur, wahai peribadi dengan akal dan fikiran jernih, ceritakanlah pada diri kamu tragedi yang menimpa keluarga ini. Tangisilah mereka demi keredhaan Tuhan. Bantulah mereka dengan cinta dan air mata. Bersedihlah kerana tidak dapat menolong mereka."
Terus terang ein cakap, waktu ein dengar lagu As Syura dari fareast, ein dah mule rasa sayu. Ein pergi kedai buku, belek-belek buku, terjumpa buku ni. Ein beli, balik hostel, terus baca. Terasa sebak sangat bila baca kisah cucu Rasulullah ni lebih-lebih lagi bila sampai pertengahan cerita. Tak sedar air mata menitik dan tak sedar kawan ada dekat sebelah ein. Kawan tanya, baca apa sampai menangis tu. Ein tak mampu nak jawab, cuma tunjukkan buku ni pada dia. Dia cakap, "Bacakan sikit kat aku."
Ein baca part ni:
"Perawi berkata: Seorang anak yang belia dengan wajah bak bulan purnama mendadak keluar dari barisan Al-Husain a.s dan bertempur dengan sengit. Ibnu Fudhail Al-Azdi datang dan memukul kepalanya. Tengkorak kepala si anak pecah dengan luka yang menganga. Ia tersungkur jatuh dan menjerit, "Bapa saudara..."
Al-Husain a.s segera keluar dari perkhemahannya dan memacu kudanya secepat kilat. Dengan pedang yang terhunus di tangan kanannya dan amarah yang memuncak, di sabetnya Ibnu Fudhail, yang ketika melihat al-Husain a.s berusaha untuk menyelamatkan diri dari maut yang hampir pasti. Pukulan Al-Husain a.s ditangkisnya dengan lengan tangan. Suara lengkingannya terdengar ketika tangan si durjana itu terlepas dari sikunya. Teriakkannya terdengar oleh pasukan Ibnu Saad. Mereka segera datang berusaha untuk dapat menolongnya. Tetapi sial, kaki-kaki kuda mereka justeru menginjak-injaknya hingga ia tewas menyedihkan.
Perawi berkata: Debu-debu yang berterbangan reda sudah. Nampak Al-Husain a.s berdiri di samping anak tersebut yang masih menyentak-nyentak kan kakinya di tanah. Beliau a.s berkata, "Terkutuklah mereka yang telah membunuhmu. Pada hari kiamat kelak, datukmu akan menuntut balas kematianmu dari mereka semua."
Antara petikkan yang ein baca kan tuk kawan ein. Ein pandang kawan tu, tengok air mata dia dah bergenang. Terus kawan tu duduk dengan ein mintak ein baca sampai habis. Sekejap-sekejap ein berhenti sebab air mata bergenang tak nampak tulisan. Tarik nafas, baca balik. Paling tak tahan, dah tentulah kisah syahid Al-Husain a.s. Kejam betul.
Habis ein baca, mula lah buku ni bertukar tangan. Nilah buku yang paling ein suka dan sayang. Kawan terkotorkan, ein berleter. Sekali tu terjatuh depan mata ein...huhu...sebal je rasa. Sejak tu ein mula jatuh hati dengan cucu Rasulullah ni. Penceritaannya mampu wat hati tu terbuku dengan macam-macam rasa.
Ok, belakang buku ni pun ada senarai buku-buku rujukkan. Antaranya:
- Al-Quran Al-Karim
- Syeikh Muhammad Samawi, Ibshar Al-'Ain fi Ansar Al-Husain (Diterbitkan oleh Perpustakaan Bashirati Qom, 1408 Hijriyah.
- Qadhi Nuurullah Mar'asyi Tustari, Ihqaq al-haq, (Qom:Perpustakaan Awam Ayatullah Mar'asyi Qom)
- Sayyid Jawad Syubbar, Adab Al-Thaff, (Beirut: Dar Al-Murthadla) dll...
Ada sebanyak 164 buku rujukkan yang digunakan menunjukkan ketelitian penulis menulis kisah ini. Ringkas tapi padat. Moga Allah merahmati usaha penulis.
Ketika Al-Husain a.s terbunuh, sekelompok jin meratapinya dan bersenandung:
Sungguh tombak-tombak yang berterbangan
menuju Al-Husain, telah memerangi Tanzil
Mereka bersorak gembira ketika membunuhmu
Padahal mereka membunuh takbir dan tahlil
Seakan mereka membunuh datuk mu, Muhammad
Allah berselawat atasnya, begitu pula Jibril
Wahai putera syahid, kemanakan syahid
Sebaik-baik bapa saudara Jaafar Thayyar
Amat menghairankan pedang yang menimpamu
Tepat di wajah mu yang dikotori pasir.
Wahai mata! Cucurkan deras jangan sampai mengering
Cucurkan airmata mu, tangisi pemimpin yang kini tiada
Kini ia terbaring di tepi sungai Karbala, sungguh
khabar duka bagi kami dan bencana tiada tara
Wanita-wanita jin sedih menangisi
Iringi tangisan puteri-puteri Hasyimi
Mereka ratapi Al-Husain, kerana musibah ini
Mereka pukul pipi yang bagai dinar murni
Dengan berbaju hitam dan tipis, duka pun terlengkapi
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan syuhada.
1 comment:
assalamualaikum saudari...buku tu pun saya ada bca..tapi saudari kene berhati2 kerana ada sedikit dicedok dari karya org2 syiah....kalau saudari nak baca sejarah cucu-cicit Rasullullah beli buku ni 'FATIMAH AZ-ZAHRA DAN 9 KETURUNANNYA YANG MULIA' terbitan jahabersa karya tarikuddin haji hassan...
Post a Comment