Firaun menemukan kesempatan yang telah lama ia nantikan, di mana ia boleh menetapkan bahawa Musa adalah orang yang membunuh pemuda Mesir dari keturunan Firaun, maka dengan segera perintah untuk menangkap Musa dan membunuhnya sebagai balasan dari apa yang telah ia lakukan.
Permaisuri Asiyah tidak dapat berbuat banyak di sini untuk menyelamatkan Musa, kerana suaminya yang terlaknat itu telah mengatur langkah untuk menangkap Musa lalu membunuhnya.
Bagaimana ia dapat menarik nafas lega ketika ia mengetahui bahawa Musa berhasil melarikan diri ke luar negara.
Tidak diragui lagi bahawa hati si permaisuri amat terbakar oleh ketakutan yang ada di dalam hatinya terhadap apa yang dihadapi Musa ketika seluruh jentera kerajaan dikerahkan untuk mencari Musa dan untuk membunuhnya. Akan masih hidup, walaupun terdapat jarak yang membatasi Asiyah untuk bertemu dengan Musa permata hatinya.
Hingga ketika Asiyah sudah berputus asa bahawa Musa tidak akan kembali lagi ke Mesir, maka tiba-tiba ia dikejutkan dengan kedatangan Musa yang kali ini datang sebagai seorang nabi dan sekaligus sebagai seorang utusan Allah yang berdiri di hadapan Firaun sebagai musuh utamanya.
....
Kemudian Ibnu Athir berkata, "Asiyah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.
Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiyah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiyah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'
Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."
Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."
Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."
Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.
Ketika Asiyah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:
"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)
Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mat!"
No comments:
Post a Comment