Sunday, June 22, 2008

gejala nevermind...ader kaitan ngan virus


Sabda Rasulullah s.a.w:


Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang keadaan orang islam sesamanya,maka dia bukanlah sebahagian dari kami…’


Nevermind yang mungkin boleh dianggap sebagai virus yang membahayakan semakin menular dikalangan umat islam masa kini. Virus ini seharusnya dihentikan penebarannya secara drastik dengan menggunakan anti virus the latest version oleh pakar-pakar yang bernama umat islam itu sendiri. Jika pemikiran spesis bervirus begini tidak dihapuskan dari program minda umat islam,ia mungkin akan menghapuskan sensitivity umat islam itu sendiri terhadap sesama muslim. Lalu akan lahirlah umat islam yang dipijak-pijak seperti sekarang ini. Tiada langsung sifat hormat golongan kafir terhadap kita. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Apabila dikatakan nevermind, kita seolah-olah tidak kisah akan apa yang mungkin terjadi kepada umat islam pada masa kini dan masa akan datang. Apa yang dapat kita lihat ialah,semakin berkurangnya umat islam yang mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar.


Saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini apabila saya mendengar satu wawancara antara juruhebah dan seorang jemputan di siaran radio ikim.fm sebentar tadi. Apa yang dapat saya lihat atau mungkin lebih tepat saya dengar, isu ini memang amat relevan sekali untuk dibincangkan. Buktinya,sejauh manakah kita berusaha untuk menegur jiran-jiran kita yang mungkin telah tersasar jauh dari landasan agama? Contoh yang lebih dekat lagi ialah adik beradik kita dan saudara mara kita sendiri. Jika kita berusaha untuk melakukannya, alhamdulillah, kerana kitalah insan bertuah yang diberi kekuatan oleh Allah. Namun bagi yang belum pernah berusaha, perlu muhasabah diri. Bila lagi kita akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini?



Kita sebenarnya belum berada ditengah-tengah keadaan sebenar masyarakat yang huru-hara seperti pejuang-pejuang yang terdahulu. Contohnya pada zaman Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Jangan cepat berasa ujub jika berjaya berdakwah hanya dua tiga orang sahaja sedangkan beribu-ribu lagi sedang menunggu.Teruska usaha!! Jika kita pergi ke kompleks membeli-belah,apa yang dapat kita lihat ialah ragam-ragam anak muda dgn budaya-budaya songsang yang mungkin dapat saya katakan sebagai keterlaluan dalam berpakaian dan akhlak. "Tidak ada ibu bapakah mereka?"


Kadang-kadang pening juga kalau nak fikir tentang hal begini. Ya! Mungkin kita bukan orang besar untuk memikirkan keadaan ummah yang semakin hari semakin teruk. Tapi ingatlah bahawa diakhirat nanti segalanya akan dipertanggungjawabkan tentang perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Setiap manusia itu pemimpin dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Kita juga yang akan ditarik oleh mereka yang tidak kita tegur semasa di dunia ini dan mengatakan bahawa kita tidak berusaha untuk membantu mereka yang telah tersasar.

Saturday, June 21, 2008

KISAH DARI KITAB ALLAH YANG DAHULU

Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.
Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-


1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

Wednesday, June 18, 2008

Kain Cinta Putih

Peluh mengalir deras membasahi seluruh tubuh kecil yang sedang asyik membanting tulang empat kerat. Setiap kali titisan peluh itu mengalir meluruti dahi menuju ke kelopak mata, pantas dikesat dengan lengan bajunya. Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh. Namun, tubuh kecil itu tetap menggagahkan diri untuk menghabiskan bakian kerjanya. Jika dituruti rasa letih dan penat itu mungkin akan mengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.

“Pak Majid! Lidi yang telah diraut ni Kudin letakkan di atas para bawah rumah. Buah kelapa yang Kudin kutip tadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepi tangga di belakang rumah sana” ujar Kudin sebaik sahaja usai kerjanya meraut lidi serta memungut buah-buah kelapa kepunyaan Pak Majid.

“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini. Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majid bersihkan kebun?” kata Pak Majid sambil menghulurkan sejumlah wang kepada Kudin.
“Insya Allah. Kalau mak Kudin tak sakit, Kudin datang bantu Pak Majid besok” balas Kudin.
Setelah berjabat tangan, Kudin meminta izin pada Pak Majid untuk pulang ke rumahnya. Dengan secangkir senyuman ikhlas, Pak Majid membenarkan Kudin pulang. Selepas terungkap lafaz salam Kudin pun meninggalkan Pak Majid.
Kudin mendongak ke langit. Sang mentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatu petanda menandakan bahawa waktu Zohor hampir tiba. Seolah-olah ia adalah satu suruhan tanpa suara kepada semua manusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama. Langkah kaki yang disusun semakin pantas diatur. Menyusuri denai dan semak menuju ke pondok usang tinggalan Allahyarham bapanya. Sekalipun pantas, kewaspadaan terhadap rintangan yang sedia tersaji menjadi satu signifikan dalam dirinya. Kecelakaan mungkin boleh berlaku. Paku, duri dan kaca bakal tertusuk menembusi telapak kakinya andai dia tidak berwaspada dan berhati-hati. Rutin hariannya akan tergendala sekiranya hal sedemikian menimpa dirinya.

***********

“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni” laung Kudin memanggil ibunya.
“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik. Masuk nak” jawab makcik Habibah ibu Kudin.
Dia hanya mampu menyambut kepulangan anaknya itu sehari-hari dengan kata-kata manis. Dia mengharapkan kata-kata itu menjadi pemangkin serta penawar keletihan anaknya. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu mengizinkan anak sulungnya itu bekerja. Dia amat menginginkan Kudin mendapat pelajaran seperti anak-anak orang lain yang seusianya. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia kini lumpuh kedua-dua belah kaki akibat dari kemalangan yang dialaminya ketika Kudin masih berusia dua tahun dan Zubaidah anak keduanya berumur setahun. Kemalangan itu telah meragut nyawa suaminya yang merupakan ketua keluarga mereka. Tapi dia yakin bahawa Allah s.w.t tidak bersifat dengan sifat kejam. Allah s.w.t tidak menzalimi keluarganya. Ujian yang dialaminya kini adalah tarbiah dari Allah. Ujian ini bukanlah satu penganiayaan tetapi satu penilaian dari Allah terhadap dirinya. Dia juga telah menitipkan keyakinan ini terhadap kedua-dua anaknya. Mereka anak-beranak redha dengan ketentuan Allah ini.


“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.
“Belum. Mak tunggu abang. Kita makan sama-sama ya”
“Baik. Em! Adik mana mak?”
“Ke belakang katanya tadi. Ambil batang lambok buat ulam” ujar Makcik Habibah.
Kudin melangkah keluar meninggalkan ibunya menuju menuju kebelakang rumah mereka.
“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegur Kudin. Sejak dia pandai menyebut nama adiknya itu, belum pernah dia meringkaskan nama Zubaidah. Dia sangat menyayangi adiknya. Zubaidah juga senasib dengannya. Tidak mendapat pendidikan kerana kemiskinan keluarga mereka.
“Ambil lambok ni. Abangkan suka makan ulam lambok cicah dengan sambal tempoyak. Adik goreng ikan je hari ni. Tak sempat nak masak gulai. Tadi, asyik sangat berkebun sampai terlewat masak. Abang tak marahkan?” ujar Zubaidah sayu. Dia bimbang akan dimarahi abangnya.
Kudin menghampiri Zubaidah lantas mendakapnya dengan penuh manja. Diusapnya rambut halus Zubaidah perlahan-lahan. Dahi si adik dikucup. Ditatapnya wajah Zubaidah beberapa ketika. Kemudian diukirnya sekuntum senyuman untuk Zubaidah.
“Tak marah. Adik abang tak pernah buat abang marah. Tak ada gulai pun kita tetap makan jugak kan. Bukankah mak selalu pesan pada kita yang makan ni untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Adik abang ingat lagikan” tutur Kudin menyantun lembut.
“Adik ingat abang” balas Zubaidah.
“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?” tanya Kudin.
“Kacang panjang dengan timun. Sedap ni kalau cicah dengan tempoyak” jawab Zubaidah sambil
tersenyum bangga.
Kedua-dua beradik itu berjalan dalam pelukan melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluarga makan dengan penuh kemesraan. Kudin dan Zubaidah bergilir-gilir menyuap nasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuh itu seakan terlupa akan kesempitan hidup mereka bila melihat telatah kedua-dua anaknya.
***********

“Siapa tahu apa maksud anak soleh?” tanya Ustaz Taufiq menguji kefahaman murid-muridnya. Semua muridnya terlopong sambil berpandangan sesama mereka. Tidak kurang juga segelintir dari mereka yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Nurul Husna! Boleh terangkan pada kawan-kawan apa yang Nurul Husna tahu tentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiq kepada salah seorang muridnya yang sedang asyik membelek-belek kotak pensel. Dalam keadaan terpinga-pinga Nurul Husna senyum tersengih. Giginya yang rongak bahagian depan mengurangkan sedikit seri wajahnya. Ustaz Taufiq tersenyum. Dia faham benar dengan kerenah semua muridnya. Diajunya soalan yang sama kepada Abdul Rafiq pula. Abdul Rafiq merupakan murid yang paling nakal dalam kelas itu tetapi amat luas pengetahuannya. Ibunya juga seorang guru agama. Dia mengajar di kampung sebelah.
“Saya, kalau anak soleh tu tak tau la Ustaz. Tapi kalau anak Salleh tu saya kenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambil tangnnya menunjuk ke arah Nur Shahirah. Nur Shahirah ialah anak Pakcik Salleh tukang gunting rambut kampung mereka. Dia terkejut. Kemudian terus menangis kerana kelas mentertawakannya.
“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketuk ke meja. Ustaz Taufiq mententeramkan kelasnya. Abdul Rafiq didendanya. Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.
“Anak soleh ialah anak yag sentiasa patuh dan taat kepada perintah kedua ibu bapanya selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan nabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.
“Kita tidak boleh melawan kata-kata ibu dan bapa kita. Nabi s.a.w bersabda : Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa” jelasnya lagi.
“Dan yang paling utama ialah anak yang soleh ini sentiasa mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya di dunia dan akhirat” sambungnya lagi. Semua muridnya terdiam. Bermacam-macam reaksi dari mereka apabila mendengar penjelasan itu. Ustaz Taufiq mengerti keluh-kesah murid-muridnya.
“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?” pintanya.
Semua murid memandangnya. Dia membiarkan mereka terdiam sebentar. Sambil menarik nafas dia bertanyakan satu soalan kepada mereka.
“Awak semua sayang tak pada mak dan ayah awak?” soalnya.
“SAYANG” jawab mereka serentak.
“Awak semua nak tak mereka masuk syurga?” soalnya lagi.
“NAK”
“Jadi, kalau awak semua nak mereka masuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebab anak yang sayangkan ibu dan bapanya mesti pandai tentang agama Islam. Agama Islam mengajar kita cara berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalau awak semua nak pandai berdoa untuk mak dan ayah awak, mesti kena datang sekolah agama hari-hari. Inilah bukti kita cintakan mak dan ayah kita” jelasnya berjela.

“Apa bukti cinta kita pada mak dan ayah kita?” tanya Ustaz Taufiq pada murid-muridnya.
“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOA UNTUK KEBAHAGIAN MAK DENGAN AYAH KITA, USTAZ” serentak dijawab oleh semua muridnya.
Kudin yang sedari tadi duduk di luar kelas menitiskan airmatanya. Dia hanya mendengar pengajian itu dari luar kelas kerana tidak mampu untuk membayar yuran. Begitulah rutin hariannya hampir setahun. Selama itu juga tidak seorang pun menyedari kehadirannya. Dia juga tidak ingin kehadirannya diketahui. Bimbang mengganggu ketenteraman orang lain. Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanak kampung itu tidak berapa suka berkawan dengannya. Malah mereka menggelarnya dengan gelaran Kudin Kurap. Dia sendiri sehingga kini masih memikirkan kenapa dia digelar “kurap” walhal setompok kurap pun tidak pernah bertunas di tubuhnya. Barangkali kerana pakaiannya yang lusuh menyebabkan dia dihina sedemikian.
Kudin mengesat air matanya. Otaknya berputar memikirkan kata-kata Ustaz Taufiq sebentar tadi. Bukti cinta seorang anak kepada ibu bapanya ialah hadir ke sekolah agama setiap hari. Kenapa? Supaya faham tentang agama Islam. Untuk apa? Untuk mengetahui cara mendoakan kesejahteraan mereka. Sekali lagi air matanya berderai ke pipi. Bagaimana mungkin untuk dia hadir ke sekolah setiap hari. Hendak membayar yuran pun dia tidak mampu. Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau setakat mendengar dari luar kelas sebegini bagaimana untuk dia lekas pandai berdoa. Belajar perlu diuji. Ujian untuk mengetahui tahap kefahaman seseorang. Itulah antara butiran permata bicara yang didengarinya dalam khutbah jumaat yang lepas. Dia tidak bisa diuji kalau tidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.
Kudin terus menangis sambil meratapi takdir dirinya. Bukan menyesali. Tapi dia seorang kanak-kanak. Dia tidak setabah ibunya. Airmatanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk ke dalam kelas tanpa ia sedari. Suara tangisannya telah menarik semua murid berlari meluru ke arah jendela.
“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak. Kudin terkejut dan cuba lari beredar. Akan tetapi langkah kakinya terhalang oleh suara Ustaz Taufiq yang memanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas ke luar kelas mendapatkan Kudin.
“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.
“Fakhruddin bin Mansur”
“Tapi orang panggil saya Kudin” jelas Kudin.
“Tak mengapa. Kalau orang panggil awak Kudin biar Ustaz panggil awak Fakhruddin. Nama kita adalah doa” jelasnya.
“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelas belajar bersama kawan-kawan lain” tanyanya pula.
“Saya tak ada duit untuk bayar yuran dan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.
Ustaz Taufiq berfikir seketika. Dahinya berkerut. Dipejamkan matanya mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t agar bisa dirungkaikannya masalah ini. Hati dan fikirannya berbicara rancak mencari jalan penyelesaian.
“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tu awak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaz nak uruskannya. Cuma tentang baju tu masalah sikit. Sekolah ni sentiasa dipantau oleh pegawai dari majlis agama. Mereka mahu semua murid di sini datang sekolah dengan pakaian seragam. Baju melayu putih sepasang serta sampin hijau dan bersongkok hitam. Ustaz tak mampu nak bantu awak beli baju tu” terangnya memberi jalan.
“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanya Kudin.
“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak ada anak lelaki. Setahu Ustaz kita kena tempah baju tu. Cuba
awak tanya pada kedai Ah Seng di pekan” sarannya.
“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerja mengambil upah membantu orang-orang kampung. Beginilah. Mulai esok saya akan bekerja dengan lebih kuat. Walau apa cara sekalipun saya mesti dapatkan baju itu. Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta saya pada mak dan ayah saya” ujar Kudin penuh bersemangat. Ustaz Taufiq sungguh terharu. Dia berdoa didalam hati memohon kejayaan Kudin.

***********

Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagi hingga lewat petang. Berbagai-bagai kerja yang dilakukannya. Menebas, mengutip kelapa, membersih kolam ikan dan banyak lagi. Tujuannya hanya satu. Baju seragam sekolah agama. Dia mesti berusaha dengan sekuat tenaganya kerana Allah sentiasa bersikap adil terhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allah setimpal dengan usaha hambaNya. Sekiranya kuat kita berusaha maka banyaklah yang akan kita perolehi hasilnya dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Tiga minggu Kudin memerah keringat untuk mencapai cita-citanya. Hari ini dia akan ke kedai Ah Seng di pekan untuk menempah baju yang diingininya. Dia merasakan wangnya telah mencukupi. Sengaja dia tidak bertanya terlebih dahulu tentang harga di kedai Ah Seng seperti yang disarankan oleh Ustaz Taufiq. Upah selama tiga minggu kerja bermati-matian dirasakannya cukup untuk menempah baju seragam tersebut. Sebelum ke pekan dia bertemu dahulu dengan ibu dan adiknya Zubaidah untuk memberitahu hajatnya ini. Mereka berdua gembira mendengarnya.
“Zubaidah! Abang janji. Kalau abang dah masuk sekolah agama nanti, abang akan ajar adik apa yang abang belajar” ujar Kudin kepada Zubaidah.
“Terima kasih abang. Eh! Silap. Ustaz Abang” jawab Zubaidah sambil berseloroh mengusik abangnya.
“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nak kita berdua jadi anak yang soleh” ujar Kudin bersemangat. Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksud abangnya.
“Adik jaga mak ya” pesan Kudin pada Zubaidah.
“Mak! Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta dan kasih sayang abang pada mak, ayah dan adik. Mak doakan abang ya” kata Kudin pada ibunya.
“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak mak” jawab ibunya dengan linangan air
mata kebanggaan.
Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknya menuju ke pekan. Dalam perjalanan dia membayangkan betapa segaknya dia dengan pakaian seragam itu nanti. Dia semestinya puas. Pakaian seragam itulah tanda cintanya terhadap keluarganya. Dan yang paling membanggakan ialah dia mendapatkannya dengan wang hasil usahanya sendiri.
***********

“Tauke! Saya mau tempah baju untuk sekolah agama. Berapa dia punya harga?” tanya Kudin kepada tauke Ah Seng.
“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu. Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanya tauke Ah Seng.
“Ya la tauke. Macam mana tauke boleh kenal saya punya bapak?” tanya Kudin kehairanan.
“Gua ha. Sama lu punya bapak banyak baik dulu-dulu. Lu tadi mau tempah sekolah agama punya baju bukan. Dia punya halga RM35. Tapi itu mahal punya kain la. Kalau mulah punya kain gua kasi lu RM20. Tapi itu kain Melayu bikin bungkus olang mati la” jelas tauke Ah Seng.
“Itu songkok berapa harga dia tauke?” tanya Kudin sambil menunjuk ke arah songkok hitam di dalam almari kaca.
“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”
“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”
“Ini macam la budak. Gua punya anak ala ini songkok. Dulu dia ala masuk sekolah punya pancalagam. Sikalang tatak ala pakai lagi. Gua kasi lu angkat. Hadiah gua sama lu. Dia punya kepala sama lu punya kepala ala sama”
“Terima kasih tauke. Saya mau angkat kain yang murah punya. Lebih duit ni saya bikin belanja”
“Banyak bagus la itu macam. Sini mali. Gua kasi ukur lu punya badan dulu” minta tauke Ah Seng. Sambil mengukur dia rancak bercerita itu dan ini tentang bapa Kudin. Ternyata mereka terlalu akrab suatu masa dulu.
“Lagi satu minggu lu latang sini kasi angkat lu punya baju. Itu jam juga lu boleh masuk sekolah agama” beritahu tauke Ah Seng.
“Terima kasih tauke. Ini baju tanda cinta saya pada saya punya mak, ayah dan adik saya”
“Banyak baik lu punya hati. Saya banyak suka dapat jumpa lu ini hali”
“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”
Kudin terus berlari pulang ke rumahnya kerana terlalu gembira. Dia perlu segera sampai ke rumah untuk berjumpa ibu dan adiknya. Mereka juga harus merasai sama berita gembira ini.
“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun lu boleh sampai rumah” jerit tauke Ah Seng kepada Kudin dari dalam kedainya. Kudin berpaling sambil melambai-lambai tangannya kepada tauke Ah Seng.
“BANG!!!”
Dengan tidak semena-mena muncul sebuah kereta yang bergerak laju menghala ke arah Kudin serta melanggar tubuh kecil itu. Hentakkan yang kuat menyebabkan Kudin tercampak 30 meter ke hadapan. Tauke Ah Seng yang melihat kejadian itu di depan matanya menjerit sekuat hati. Dia kemudian berlari ke arah Kudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke Ah Seng memangku kepala Kudin yang diselubungi darah di atas pahanya. Dia berteriak kepada orang ramai supaya menahan mana-mana kereta untuk membawa Kudin ke hospital berdekatan.
Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung dan mata selain melalui bahagian kepala Kudin yang luka parah. Kaki dan tangannya terkulai. Kudin berdengkur. Dari perlahan bertukar kuat. Kemudian keluar darah berbuih dari mulutnya. Selepas itu tiada lagi sebarang tindak balas dari tubuh kecil itu. Kudin tidak bergerak. Nafas yang tadinya tercungap-cungap kini telah terhenti. Terhenti untuk selamanya. Orang ramai yang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergi menemui Tuhannya.

***********

“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dah nak masuk Asar masih tak balik-balik lagi” rungut Makcik Habibah.

“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampai Zohor abang dah ada di rumah” jawab Zubaidah.
“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada van masuk ke rumah kita” kata Zubaidah.
Makcik Habibah kaget. Dia tergamam melihat sebuah van menghala ke rumahnya. Dia kenal benar dengan van itu. Van jenazah hospital. Zubaidah hanya memerhatikan van itu sehingga berhenti di hadapan pintu rumahnya tanpa mengerti seperti ibunya. Keluar dua orang lelaki dari van tersebut menuju ke depan pintu rumah mereka.

“Assalamualikum!” salah seorang dari mereka memberi salam.

“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.

“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanya lelaki yang seorang lagi.

“Ya” jawab Makcik Habibah.
“Kami harap makcik banyak-banyak bersabar. Anak makcik Fakhruddin kemalangan. Dia dah meninggal. Ni kami datang hantar jenazahnya” jelasnya.
“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kami jalan ke mari” ujar lelaki yang memberi salam tadi.
Zubaidah terus mendakap ibunya serta menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.
Mereka dua beranak berpelukan menangisi pemergian Kudin.
Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalam rumah kecil mereka. Jenazahnya diletakkan ditepi pembaringan ibunya. Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknya yang tidak lagi bernyawa. Dikucupnya kedua-dua belah pipi dan dahi jenazah anaknya itu. Kemudian diikuti oleh Zubaidah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh ibunya. Lama dia mendakap. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya. Makcik Habibah menenangkan anak perempuannya itu. Zubaidah mengalah dengan kata-kata ibunya. Dia terusan menangis dipangkuan ibunya.
“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lu punya anak. Tadi sebelum kena langgar dia ana bili dekat gua punya kedai” kata tauke Ah Seng sambil menghulurkan kain putih yang dibeli oleh Kudin di kedainya. Makcik Habibah menyambut kain putih itu. Dia kemudian mengucup kain itu beberapa kali. Kain yang ingin Kudin jadikan baju melayu itu akan digunakan sebagai kain kapan jenazahnya. Kain putih yang ingin dijadikan bukti cintanya kepada ibu, bapa dan adiknya kini menjadi pembalut tubuhnya bertemu Allah cinta yang hakiki

Saturday, June 14, 2008

KiSaH AsiYaH PeRmAiSuRi FiRaUn


Firaun menemukan kesempatan yang telah lama ia nantikan, di mana ia boleh menetapkan bahawa Musa adalah orang yang membunuh pemuda Mesir dari keturunan Firaun, maka dengan segera perintah untuk menangkap Musa dan membunuhnya sebagai balasan dari apa yang telah ia lakukan.
Permaisuri Asiyah tidak dapat berbuat banyak di sini untuk menyelamatkan Musa, kerana suaminya yang terlaknat itu telah mengatur langkah untuk menangkap Musa lalu membunuhnya.
Bagaimana ia dapat menarik nafas lega ketika ia mengetahui bahawa Musa berhasil melarikan diri ke luar negara.
Tidak diragui lagi bahawa hati si permaisuri amat terbakar oleh ketakutan yang ada di dalam hatinya terhadap apa yang dihadapi Musa ketika seluruh jentera kerajaan dikerahkan untuk mencari Musa dan untuk membunuhnya. Akan masih hidup, walaupun terdapat jarak yang membatasi Asiyah untuk bertemu dengan Musa permata hatinya.
Hingga ketika Asiyah sudah berputus asa bahawa Musa tidak akan kembali lagi ke Mesir, maka tiba-tiba ia dikejutkan dengan kedatangan Musa yang kali ini datang sebagai seorang nabi dan sekaligus sebagai seorang utusan Allah yang berdiri di hadapan Firaun sebagai musuh utamanya.
....
Kemudian Ibnu Athir berkata, "Asiyah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.
Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiyah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiyah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'
Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."
Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."
Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."
Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.
Ketika Asiyah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:
"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)
Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mat!"

KiSaH SaiYiDiNa HuSaiN CuCu NaBi s.a.w


Resensi kali ni ein nak tunjukkan buku yang agak lama...tapi xsilap masih ada dalam pasaran lagi.


KISAH SAIYIDINA HUSAIN CUCU NABI SAW


Buku ni hasil penulisan Muhammad Syafiq Ramli dan diterbitkan oleh Jasmin. Ein beli buku ni waktu semester ke 2, tahun 2004. Waktu ein beli, buku ni merupakan cetakkan pertama iaitu pada tahun 2004M/1424H.


Ein petik sinopsis yang ada dekat belakang buku ni:

"Bagaimana tidak, bukankah darah daging Rasulullah s.a.w terkapar di padang pasir? Darahnya yang suci tertumpah oleh pedang-pedang kesesatan. Wajah puteri-puteri beliau ditatap oleh mata para musuh Tuhan. Mereka menjadi tontonan khalayak ramai. Jasad para syuhada yang agung dilucuti dari pakaiannya. Badan mereka yang suci tersungkur di atas tanah. Sungguh musibah besar yang menyayat hati Nabi dengan anak panah yang menusuk pada kalbu hidayah.


Ketika orang yang sedih bosan dengan kesedihan, para pembawa khabar duka datang dengan kesusahan dan duka.


Oh, kalaulah Fatimah a.s dan ayahnya menyaksikan putera dan puteri mereka yang terhempas, terluka, diseret dan disembelih. Pada puteri nabi pun mengoyak baju-baju mereka kerana kebingungan ditinggal oleh orang-orang yang mereka cintai. Merungkai rambut mereka. Tudung kepala mereka terbuka. Mereka memukuli pipi sendiri. Tidak ada yang dapat mereka lakukan lagi, selain berlumba menghabiskan tangisan dan jeritan, kerana berpisah dari para penjaga dan pembela kehormatan mereka.


Wahai insan yang berbudi luhur, wahai peribadi dengan akal dan fikiran jernih, ceritakanlah pada diri kamu tragedi yang menimpa keluarga ini. Tangisilah mereka demi keredhaan Tuhan. Bantulah mereka dengan cinta dan air mata. Bersedihlah kerana tidak dapat menolong mereka."


Terus terang ein cakap, waktu ein dengar lagu As Syura dari fareast, ein dah mule rasa sayu. Ein pergi kedai buku, belek-belek buku, terjumpa buku ni. Ein beli, balik hostel, terus baca. Terasa sebak sangat bila baca kisah cucu Rasulullah ni lebih-lebih lagi bila sampai pertengahan cerita. Tak sedar air mata menitik dan tak sedar kawan ada dekat sebelah ein. Kawan tanya, baca apa sampai menangis tu. Ein tak mampu nak jawab, cuma tunjukkan buku ni pada dia. Dia cakap, "Bacakan sikit kat aku."


Ein baca part ni:

"Perawi berkata: Seorang anak yang belia dengan wajah bak bulan purnama mendadak keluar dari barisan Al-Husain a.s dan bertempur dengan sengit. Ibnu Fudhail Al-Azdi datang dan memukul kepalanya. Tengkorak kepala si anak pecah dengan luka yang menganga. Ia tersungkur jatuh dan menjerit, "Bapa saudara..."


Al-Husain a.s segera keluar dari perkhemahannya dan memacu kudanya secepat kilat. Dengan pedang yang terhunus di tangan kanannya dan amarah yang memuncak, di sabetnya Ibnu Fudhail, yang ketika melihat al-Husain a.s berusaha untuk menyelamatkan diri dari maut yang hampir pasti. Pukulan Al-Husain a.s ditangkisnya dengan lengan tangan. Suara lengkingannya terdengar ketika tangan si durjana itu terlepas dari sikunya. Teriakkannya terdengar oleh pasukan Ibnu Saad. Mereka segera datang berusaha untuk dapat menolongnya. Tetapi sial, kaki-kaki kuda mereka justeru menginjak-injaknya hingga ia tewas menyedihkan.


Perawi berkata: Debu-debu yang berterbangan reda sudah. Nampak Al-Husain a.s berdiri di samping anak tersebut yang masih menyentak-nyentak kan kakinya di tanah. Beliau a.s berkata, "Terkutuklah mereka yang telah membunuhmu. Pada hari kiamat kelak, datukmu akan menuntut balas kematianmu dari mereka semua."


Antara petikkan yang ein baca kan tuk kawan ein. Ein pandang kawan tu, tengok air mata dia dah bergenang. Terus kawan tu duduk dengan ein mintak ein baca sampai habis. Sekejap-sekejap ein berhenti sebab air mata bergenang tak nampak tulisan. Tarik nafas, baca balik. Paling tak tahan, dah tentulah kisah syahid Al-Husain a.s. Kejam betul.


Habis ein baca, mula lah buku ni bertukar tangan. Nilah buku yang paling ein suka dan sayang. Kawan terkotorkan, ein berleter. Sekali tu terjatuh depan mata ein...huhu...sebal je rasa. Sejak tu ein mula jatuh hati dengan cucu Rasulullah ni. Penceritaannya mampu wat hati tu terbuku dengan macam-macam rasa.


Ok, belakang buku ni pun ada senarai buku-buku rujukkan. Antaranya:


- Al-Quran Al-Karim

- Syeikh Muhammad Samawi, Ibshar Al-'Ain fi Ansar Al-Husain (Diterbitkan oleh Perpustakaan Bashirati Qom, 1408 Hijriyah.

- Qadhi Nuurullah Mar'asyi Tustari, Ihqaq al-haq, (Qom:Perpustakaan Awam Ayatullah Mar'asyi Qom)

- Sayyid Jawad Syubbar, Adab Al-Thaff, (Beirut: Dar Al-Murthadla) dll...


Ada sebanyak 164 buku rujukkan yang digunakan menunjukkan ketelitian penulis menulis kisah ini. Ringkas tapi padat. Moga Allah merahmati usaha penulis.


Ketika Al-Husain a.s terbunuh, sekelompok jin meratapinya dan bersenandung:

Sungguh tombak-tombak yang berterbangan

menuju Al-Husain, telah memerangi Tanzil

Mereka bersorak gembira ketika membunuhmu

Padahal mereka membunuh takbir dan tahlil

Seakan mereka membunuh datuk mu, Muhammad

Allah berselawat atasnya, begitu pula Jibril

Wahai putera syahid, kemanakan syahid

Sebaik-baik bapa saudara Jaafar Thayyar

Amat menghairankan pedang yang menimpamu

Tepat di wajah mu yang dikotori pasir.

Wahai mata! Cucurkan deras jangan sampai mengering

Cucurkan airmata mu, tangisi pemimpin yang kini tiada

Kini ia terbaring di tepi sungai Karbala, sungguh

khabar duka bagi kami dan bencana tiada tara

Wanita-wanita jin sedih menangisi

Iringi tangisan puteri-puteri Hasyimi

Mereka ratapi Al-Husain, kerana musibah ini

Mereka pukul pipi yang bagai dinar murni

Dengan berbaju hitam dan tipis, duka pun terlengkapi


Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan syuhada.

Monday, June 9, 2008

KELMARIN...SEMALAM...HARI NI...ESOK

jika kelmarin adalah hari ini,
pastinya akan ku cari kenangan-kenangan yang indah sebagai penghias mata
pastinya akan ku ubati segala luka yang tercalar dengan penawar yang paling mujarab
pastinya akan ku salin segala kata-kata yang bisa membungakan hati setiap insan
pastinya akan ku bahgiakan insan ini dengan dengan tawa tanpa duka
jika semalam adalah malam ini,
akan ku hiaskan hamparan yang teristimewa sebagai tanda sayang,akan ku luaskan kasih menjadi awan yang indah,
akan ku bentangkan rindu bersama haruman wangi
akan ku selimuti cinta dengan alas sutera
tapi, hari ini,
segala kata-kata di uji,
segala janji manis di bingkas,
segala angan-angan seakan terhapus,
segala cita-cita seakan terhalang,
segala lamunan menjadi sepi
kerana jurang
kerana jarang
kerana duri
kerana api
kerana tembok
yang sentiasa menanti...
namun hari esok
masih ada peluang
masih boleh dirancang
masih boleh diambil segala pedoman,
masih boleh bersedia,
masih boleh di harung,
masih boleh di cabar,
masih boleh di rapat,..
kerana ada DIA yang sentiasa menyayangi diri itu, diri ini dan diri dihalaman kita...
luv u forever

Saturday, June 7, 2008

Kiblatku - Hazami

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku..

P/S: ein suka sangat lagu ni...ehe

Monday, June 2, 2008

manusia berhadapan dengan enam persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata,

" Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,

"....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."


Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

cara nak bezakan restoran hindu ngan mamak

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini; Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!