Assalamualaikum…
Lagi tentang khurafat
Satu hari tu, ein tak ingat bila, kami sekeluarga tengah berkumpul.
Kebetulan pakngah sekeluarga balik nak ubat secara traditional. Berbual-bual tentang perubatan traditional. Ttbe mak cakap, “Ada sorang dukun ni kata tak elok tanam pisang hiasan depan rumah. Tempat bunian bergayut”.
Makcik ein jawab, “Semua tu karut”
Maka bermulalah satu perbahasan yang mane ein pun join sekaki la. Sekaki je. Xleh nak join 2kaki. Xcukup space. Muahaha
Mak balas: “Eh. Aku cakap ape yang dukun tu cakap dekat kawan aku”
Makcik: “Ah. Karut je tu. Aku tak percaya.”
Mak: “Habis tu, ikan puyu kau tu tak karut ke?”
Makcik: “Ikan puyu tu lain.”
Mak: “Ape lain lak?”
So, ein pun sampuk
Ein: “Ikan puyu tu pun same. Semua tu khurafat.”
Makcik: “Puyu tak khurafat.”
Ein: “Puyu memang tak khurafat. Dia ikan. Yang khurafatnya bila orang percaya yang bukan-bukan berkaitan dengan puyu.”
Makcik: “Mana ade induk percaya yang bukan-bukan”
Ein: “Habis tu yang induk cakap malam aritu ikan tu berlawan dengan jin tu bukan khurafat?”
Makcik: “Tak. Memang betul dia lawan.”
Perbahasan sampai situ saja sebab dengan orang macam ni tak gune nak berdebat. Kepercayaan nya sangat kuat. Mungkin anda penah baca satu entry ein tentang khurafat. Kisah tu berkaitan juga dengan sekarang ni. Orang-orang dulu memang ada cakap, puyu tu penghalau ‘pelesit’, belalang hijau tu pembawa ‘pelesit’. Namun persoalannya, cuba kita fikir dari sudut lain. Yang bukan tentang khurafat ni.
Fikir sejenak logiknya. Ikan puyu tu buat bising dan mengambur sebab air terlampau kotor, tempat kecik dan kurang oksigen. Maka ikan tu mati. Sisiknya tertanggal sebab menghempas badan pada bekasnya. Mungkin dia mati bukan sebab berlawan dengan pelesit.
Belalang hijau, macam mana kita tau dia bawa pelesit? Asal nampak belalang, orang kata pelesit. Pastu bunuh. Tak pun tangkap, buang kaki, sesunggut, taring dia. Pernah tak terfkir kalau tu memang belalang, kita dah menyeksa makhluk Allah.
Ada benar nya. Sebenarnya itu semua kuasa Allah s.w.t. Jika dia tidak mengizinkan, maka ianya tak akan jadi. Sepertimana sihir, atau pun syaitan. Namun, bukan bermakna kita boleh terus-terus mempercayainya.
Jangan bila jadi macam tu kita kata ikan tu boleh halau pelesit. Umpama mengagung-agungkan ikan tu mempunyai kuasa luar biasa. Semuanya kuasa Allah s.w.t. Itu Cuma penyebab saja, Tuhan lah yang berkuasa. Apa salahnya kalau kita kata, “Dengan izin Allah, ikan ini boleh halau pelesit”. Bukan dengan kata, “Memang betul puyu ni boleh halau pelesit.” Bukan saja khurafat. Silap-silap boleh syirik kecil.
Sama juga waktu kristal mula-mula popular. Ada 1rancangan khas dekat RTM tentang kristal. Interview la sorang wanita ni yang memang minat sangat dengan kristal dan banyak jenis kristal dia kumpul. Agak menjengkelkan bila dia cakap, “Orang kata kristal ni elok untuk maigrain. Saya pun cuba lah. Betul la. Saya dah tak maigrain lagi.” Ni kebiasaan kita. Kadang-kadang kita sakit, jumpe doc, pastu sembuh. Kita bukan berterima kasih pada Allah kerana menyembuhkan kita. Tapi kita kata, “Betul la. Doc 2bagus. Ubat dia pun bagus. Lepas makan, aku terus sembuh.” Berbalik pada kisah kristal tadi. Wanita tu kata, “Kristal jenis ni bawa ONG. Mula-mula saya tak percaya. Tapi lepas pakai, perniagaan saya laris.” Apalah salahnya kata, “Alhamdulillah dengan izin Allah…” ONG apa yang dia dapat? Ong Ka Ting? Ong Ka Chuan? Ong Tee Keat?
Ein teringat kisah Nabi Musa dengan Bani Israil (KISAH BANI ISRAIL MENYEMBUHKAN PENYAKIT YANG MENYERANG NABI MUSA A.S)
Tapi, pernahkah anda tidak mempercayai sesuatu, namun ia benar-benar terjadi?
Ini pengalaman ein sendiri. Busut, orang selalu kata ada penunggu. Satu hari tu, ein, mak dan beberapa orang lagi, runtuhkan busut tu yang jadi sarang ‘kelingkiak’(sejenis serangga). Kami ditegur sebab katanya busut tu kalau tak ada ilmu, jangan pandai-pandai nak runtuhkan. Kami buat tak tau. Dah tu, kami biarkan ja lubang busut tu tanpa dikambus balik dengan tanah. Kami kena marah kerana menurut nenek, tak elok, umpama gali kubur keluarga sendiri. Tak lama tu, dapat berita mengatakan sepupu ein meninggal sebab kemalangan motor. Semua terdiam. Esok tu nenek suruh kambus balik lubang tu. Sejak tu tak siapa usik busut tu.
Mungkin betul cerita tentang busut berpenunggu dan lubang jika digali tidak dikambus, umpama gali kubur keluarga sendiri. Namun sejauh mana kebenarannya? Ein tetap yakin bahawa itu semua kuasa Tuhan. Ajal maut sepupu ein. Mungkin ada antara kami yang percaya sepupu meninggal kerana perbuatan kami. Terpulang pada anda nak menilai cerita ni.
Mungkin kepercayaan tu kuat dalam keluarga kami sebab latar belakang keluarga plus keturunan. Di tambah juga dengan keengganan mereka mendengar nasihat dari orang yang lebih muda. Mungkin mereka rasa kurangnya ilmu yang ada pada ein menyebabkan mereka tak mahu mendengar dan terus menentang. Namun, kalau hari-hari dengar ceramah agama oleh ustaz/h, penceramah, ulama yang di iktiraf, tapi tak juga di amalkan, salah siapa? Apa yang ein mampu buat, cuba tegur. Selebihnya, terpulang pada mereka sendiri. Selagi perkara ini tak dibanteras, ein akan cuba perbetulkan. Insyaallah, rasanya ade lagi entry sal ni. Ehe.
Wallahu’alam
P/S: Cuma manusia biasa. Perbetulkan akidah kita. Kun fayakun
Tuesday, April 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tu sume mmg takdir dr ALLAH..bkn sbb ein n mak ein tu ;)
aiii aza
lame xdgr kbr
ttbe muncul kt blog ein
tq sbb ziarah :)
Вот еще немного ссылок на тему, клизма для похудения с солью
как инна воловичева похудела - http://samborski7env.narod.ru
похудеть в бедрах и ягодицах - http://rottinghousahpx.narod.ru
быстро похудеть на 10 кг - http://driscollharding.t35.com
похудеть калории - http://chasebruno.t35.com
воловичева похудела фото - http://germanarz6.narod.ru
фото похудевших - http://barbettat1a.narod.ru
похудеть на 5 - http://nyholm29hq.narod.ru
можно ли похудеть - http://byronwalter.t35.com
способы похудеть легко - http://ronankeegan.t35.com
ешьте чтобы похудеть - http://damoncedric.t35.com
terima kasih atas entri ein, bkn ein sj ada masalah spt ini, sy yakin,ramai lagi yg berhadapan dgn golongan manusia berpikiran ortodoks ini. menggabungkan agama dan dan kepercayaan. memang susah nk terangkan pada mereka, tambah lg warga emas, maklumlah, dah berpuluh tahun hidup dgn doktrin sendiri. apa pun, tahniah atas entri ein.
Post a Comment