Haih... Menunggu detik appoinment yang ke 5. Tak lama lagi. Tinggal berapa hari je lagi.
Tetiba rasa macam muak pulak nak pergi appoinment, menunggu dan tengok ragam doktor.
Rasa macam tak nak pergi lagi dah. Sebelum ni pun rasa malas nak pergi. Kalau tak kerana mak yang desak, rasanya memang ein tak pergi.
Kali ni kalau pergi pun, ein nak pergi sorang macam dulu waktu appoinment 1 dan 2. Waktu ein tengah menahan sakit. Appoinment ke 3, tunang temankan. Appoinment ke 4, mak pulak temankan. Malas la nak menyusahkan orang. Bab menunggu ni perlu kesabaran. Ein boleh sabar menunggu. Tapi kot mak pulak yang penat menunggu macam sebelum ni. Sampai tertidur dekat kerusi.
Walaupun dalam hati ein, ein nak sangat ada orang temankan. Jadi teman berbual. Jadi teman meluahkan perasaan sedih atau gembira lepas doktor cek. Teman nak bercerita tentang apa doktor kata. Tapi, biarlah orang tak teman dan tak tau. Kadang-kadang cuma buat ein rasa tertekan je. Bila sorang-sorang, rasa sedih, ein boleh kawal lagi. Tapi waktu dengan mak dulu, keluar je dari bilik doktor tu, terus ein menangis. Waktu sorang-sorang, ein dapat kawal emosi. Duduk termenung dulu baru balik.
Rasa muak sebab doktor bertukar-tukar. Diagnosis berbeza-beza. Bila nak settle tah. Kang pergi swasta, malas pulak walaupun mak dah banyak kali suruh pergi swasta. Haih. Tengok jela macam mana.
No comments:
Post a Comment