Friday, May 15, 2009

Apabila Haiwan Menjadi Guru




Penulis:

Sahrulazmi Sidek



Terbitan:


KarnaDya Solutions Sdn Bhd

www.karnadya.com.my

Cetakan 1 – 2009



Sinopsis:

Belajar bukan hanya mengira 1,2,3... tetapi
lebih luas daripada itu.

Sahrulazmi Sidek kembali dengan buku terbarunya, Apabila Haiwan Menjadi Guru. Eh? Haiwan pun boleh jadi guru ke? Ya, itulah realitinya. Anda pernah mendengar kisah Qabil dan Habil? Ya, kisah dua anak Nabi Adam a.s yang melakukan pembunuhan kali pertama di dunia ini. Siapa yang mengajar Qabil cara-cara menguruskan mayat Habil yang dibunuh? Tok imam, pak nazir dan tukang gali kubur belum ada lagi masa itu. Kursus pengurusan jenazah lagilah tidak wujud. Anda tahu siapa?

"Kau ni bodoh macam lembulah..."

Buku yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat ini bukan sebuah cerita dongeng, tetapi lebih daripada itu. Pengkajian keagamaan dan saintifik turut diselitkan sebagai pendukung cerita ini. Setelah menelusuri buku ini, pasti anda akan lebih berjaga-jaga dengan setiap tingkah laku anda. Mungkin juga anda tidak akan mengatakan ayat ini.

Ya ke? Nak tahu kenapa? Jika ingin tau dan memperkasakan tahap ilmu anda, jom baca buku ini!

"Diam Lebah Jangan Disangka Pengecut..."


Harga:

RM 16.00

Komen Ein:

Boleh tahan juga buku ni. Gaya penulisan umpama penceritaan. Bila baca sendiri, mungkin rasa pelik dengan gaya bahasanya. Penulis sedang bercerita dengan pembacanya umpama bercerita secara lisan bukan pembacaan. Atau dalam kata lain, umpama penulis berada di depan mata untuk bercerita.

Ada sebanyak 23 bab di dalam buku ini meliputi kisah yang rata-ratanya terdapat di dalam Al-Quran. Iaitu:

Lembu
Anjing
Labah-labah
Rama-rama
Semut
Lebah
Burung Hud-hud
Gajah
Serigala
Kambing
Gagak
Kuda
Keldai
Ular
Kutu
Unta
Katak
Belalang
Nyamuk
Babi
Ikan
Monyet

Boleh didapati di MPH yang mana terdapat buku-buku terbitan KarnaDya dan juga di Popular.


No comments: