Semalam, tergerak hati ein tuk menggodek hp dan message kawan kolej ein yang dah berapa tahun tak jumpa. Hidayah atau lebih mesra dipanggil Ida. Tua setahun dari ein tapi disebabkan dulu sama kursus, sama hostel, jadi terbiasa panggil dia Ida tanpa guna gelaran kakak. Ida pun senang bahasakan dirinya dengan panggilan Ida saja.
Ein dapat tau, Ida dah bertunang 7haribulan lepas. Alhamdulillah. Dengan orang yang dia sendiri tak sangka. Sekampung. Ida ni bukan jenis mencari cinta. Budak tu Ida kata suka Ida dari darjah 5lagi. Kebetulan reunion tahun lepas jumpa balik. Dan tak lama tu bertunang. Bukan kerana rupa Ida terima dia. Tapi kerana cinta lelaki tu pada ilmu. Bagi ein, sama macam ida yang cintakan ilmu jugak. Rancangnya tahun depan nikah sebaik je lelaki tu tamat pengajian.
Doa ein, moga dorang bahagia. Cinta yang tidak dicari, yang hadir sendiri adalah cinta yang indah bagi ein :)
No comments:
Post a Comment