Wednesday, April 15, 2009

Sejarah Sakit Ku



Ada yang tanya ein, punca ein sakit. Ein pun tak berapa tau. So, just senaraikanlah ye ceritanya.

2004

Bermula tahun ni, ein sakit kepala, pening-pening dalam kelas. Ein ambil berat tentang kesihatan waktu tu. Balik rumah hari Sabtu, ein jumpa doktor. Doktor kata kurang oksigen sebab kelas aircond. Darah tak sampai. Kena bawa bekal air kosong dengan sweater. Kadang-kadang tak tahan sangat, Ein minta kebenaran keluar, pergi kat tangga dan ambil udara. Tahun ni juga Ein dapat banyak tekanan terutama dalam study.

Gastrik ein pun menjadi-jadi. Pernah sekali bila gastric, perut tak sakit, tapi effect kepala. Sakit sangat kepala. Tak boleh makan dan minum. Semua muntah keluar.

2006

Ein sambung belajar dekat PTPL, KLSentral. Berulang alik dari Seremban sebab kelas tu part time. Mula pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sampai rumah biasanya 12.00 malam. 2bulan rasanya ein belajar, mula sesak nafas. Makin lama makin teruk. Jumpa doktor. Doktor cakap Stress, tak cukup rehat, tak cukup tidur, terlampau penat. Sebab tu sesak nafas. Doktor pun bagi ubat. Lepas mc, pergi kelas balik. Tapi tak sampai suku jalan dalam komuter, rasa tak boleh bernafas. Nasib baik tak jauh dari stesyen Batang Benar. Terus turun. Call mak dan patah balik naik komuter sambil berdoa minta-minta dalam perjalanan balik tu, ein tak alami perkara yang sama.

Esok, dah masuk bulan puasa tak silap, pergi ke Klinik Kesihatan. MA tu kata tekanan darah tinggi. Ein sesak nafas sebab tak cukup stamina. Dia suruh jogging dan makan multi-vitamin. Berapa hari lepas tu, rasa teruk jugak lagi. Ein jumpa doktor ein balik. Doktor marah bila dapat tau MA tu suruh ein jogging. Doktor kata ein kena banyak rehat, bukan jogging dan bukan masalah stamina. Ubat sebelum ni doktor bagi untuk 3hari je. Dah habis makan pun. Doktor kata dia bagi ubat yang lebih kuat untuk seminggu.

Disebabkan keadaan ein yang agak teruk, tambahan bulan puasa, keluarga suruh berhenti belajar. Ditambah dengan selalu balik lewat, tak elok untuk kesihatan. Rasanya hampir 6bulan untuk ein pulih. Bila stress je mula sesak nafas balik. Sebab tu ein kena ambil masa tuk pulih.

2007

Kerja sementara. Beberapa hari sebelum puasa, ein gastric balik. Sejak tahun 2004, bila gastric, perut tak sakit sangat. Tapi sakit kepala dan muntah. Angin naik ke kepala. Bukan sebab tak makan tapi sebab stress.

Kali ni, ein sakit sebab dua-dua. Dengan kerja banyak, dengan tak makan sebab ganti puasa. Balik rumah terus melepek, muntah-muntah dan sakit kepala. Esok pergi klinik. Pertama kali ein kena masuk air. 2 botol.

2008

Ein dapat kerja sebagai PTKEW (W 17) dekat unit baucer, Bahagian Pinjaman Perubahan, Kementerian Kewangan. Berulang juga dari rumah sebab tak dapat cari rumah sewa dekat Putrajaya, sebab keluarga dan kebetulan makcik dan isteri sepupu pun berulang naik bas.

Bangun seawall 4.30 pagi. Keluar rumah pukul 5.30 pagi. Naik bas pukul 6.30 pagi. Masuk pejabat 7.30 pagi. Balik 4.30 petang. Sampai Seremban dekat nak pukul 6.00 petang. Sampai rumah dah nak maghrib. Macam tulah rutin hari-hari.

Dengan tugas yang berat dekat pejabat. Walaupun masih dilatih dan diajar, tapi tetap terasa tekanan kerja dekat pejabat. Lebih-lebih lagi bila tengok sekeliling, fail bertimbun. Tengok senior buat kerja lagi. Dengan mesin baucer asyik rosak. Kena print baucer banyak kali. Dengan bila nak kejar dateline, ein buat marking fail keluar. Walaupun senang je, Cuma key in nombor fail dan jenis baucer, tapi banyak sangat. Seorang kena buat 50 fail. Dalam pejabat ada lebih kurang hampir 40 orang kalau tak silap. 50 fail darab dengan 40 orang dah 2000 fail. Ada dalam 3troli. Bila tak siap marking hari tu, tambah lagi 2000 fail keesokkannya. Macam tak cukup tangan nak buat.

Lama-lama, sesak nafas balik. Tapi ein buat tak tau sebab dah pernah kena. Cuma kena rehat dan jangan stress. Walaupun tak rasa stress. Tapi makin lama makin teruk. Ein mula sakit kepala. Sakit sangat. Lagi sakit dari waktu gastric dulu. Nak meletup kepala. Rasa seram sejuk. Pandang fail lebih sikit, rasa sakit. Berfikir cara nak settle kan fail tu pun sakit. Nak nak lagi bila pandang PC dekat meja tu. Terus menangkap. Jumpa doktor. Doktor cakap benda yang sama. Stress, tak cukup rehat, tak cukup tidur dan penat. Tekanan tempat kerja.

Doktor bagi ubat macam biasa. Tapi makin hari lebih teruk. Lampu pejabat pun tak boleh tengok. Sampai je pejabat, baru masuk, baru duduk dah mula sakit kepala, loya nak muntah. Terus ambil EL. Balik rumah. Jumpa doktor, mula doktor tegur sebab tak tahan sakit. Tapi bila ein cakap masalah kepala, loya ein, doktor kata munkin mata ada masalah. Jadi doktor suruh cek power. Lepas cek power, tak tinggi pun.

Pergi lagi kerja. Pun sama. Doktor dah bagi ubat sakit kepala. Pun tak jalan. Lepas habis ubat, jumpa lagi doktor. Kali ni, jangankan lampu. Klinik pun buat ein sakit. Sebab warna putih klinik tu memantulkan cahaya. Ein cerita dekat doktor. Dan doktor kata refer pada doktor pakar mata nanti.

Dari situ, ein tak boleh bangun lansung. Bila pagi, nak pergi kerja, bangun tidur, kepala rasa berat sangat. Bila tunduk rasa pitam. Mak marah sebab tak pergi kerja, asyik MC. Nak buat macam mana. Bukan ein yang minta sakit. Dan sebab tulah ein makin stress. Sampai doktor cakap, takut ein pcycho. Tapi ein yakin tak kan sampai tahap tu. Asalkan kuat ingatkan Nya, Insyaallah selamat. Tapi ubat doktor untuk seminggu ein tak ambil. Rasa ubat tu kuat, buat ein tidur dan macam khayal. Ein tanya tu ubat apa, doktor tak cakap. Tapi ein dapat agak, itu macam ubat penenang.

Ein call CC bagitau tak dapat datang. Rehat dekat rumah seminggu. Tak lama tu jumpa lagi doktor sebab demam pulak. Dalam pada tu, ein mula menangis depan doktor. Sebab baru terasa tekanan yang amat sangat. Tapi bukan sebab kerja atau sakit. Sebab mak yang kadang-kadang menekan ein waktu tengah sakit. Doktor pun tanya, nak jumpa pakar mata atau tidak. Ein angguk jela. Jadi doktor pun buatlah surat. Doktor kata, ubat yang dia bagi sebelum tu, jangan makan lagi. Memang ein tak makan pun. Ein takkan makan ubat yang dirahsiakan dari ein.

Balik rumah, doktor call mak rupanya. Ein baru nak rehat, mak dah marah-marah. Terus ein menangis sambil luahkan perasaan. Mak terdiam. Lama-lama mak cakap, berhentilah kerja kalau tak boleh tukar. Pengarah ein pun call tanya masalah ein sebab lama tak datang kerja. 2 minggu tak silap. Ein pun cerita tentang sakit. Pengarah suruh cuti selama mana ein nak asalkan jangan berhenti. Tentang borang cuti, jangan risau. Dia yang bagi cuti. Lega juga bila dengar. Ein ambil lagi beberapa hari cuti.

Tapi stess balik bila CC call bising-bising sebab tak datang kerja. Dalam hati ein geram jugak sebab pengarah sendiri dah call ein. Ein datang pejabat. Minta tukar. Tapi tak diterima. Jadi ein terpaksa minta berhenti. Tak tertahan sakit yang terpaksa ein tanggung. Kena jumpa pegawai. Cerita masalah kat dia. Pegawai suruh pergi kaunseling dulu. Kalau tak boleh juga, baru lah berhenti. Padahal kaunseling tu satu pilihan. Tak boleh kaunseling kalau client tak nak. Ein cakap tak nak. Sebab ein tau ein akan bertambah stress. Kaunseling tu bukan untuk bantu ein. Tapi untuk pujuk ein jangan berhenti je.

Jadi ein cakap tak nak. Pegawai tu suruh jugak. Cakap lagi tak nak. Pegawai paksa. Ok. Ein isi borang kaunseling. Lepas tu ein call makcik yang kerja dekat Putrajaya juga. Makcik cakap, jangan pergi. Jadi bila tiba masanya, ein tak pergi. Esok tu pegawai call. Tanya sepatutnya ada kaunseling, bila nak datang. Ein jawab, ‘Bukan ke kaunseling semalam ke Puan.’ ‘Semalam ke? Saya lupa. Kenapa tak jumpa saya?’ ‘Saya tak sihat.’ ‘Tak kanlah tak boleh datang sekejap.’ Ish. Macam tak tau keadaan ein macam mana. ‘Maaf puan. Saya rasa saya tak perlu kaunseling.’ ‘Mana awak tau awak tak perlu kaunseling!? Ke awak dah berhenti?’ Tinggi suaranya marah ein. ‘Belum. Tapi saya tak perlu kaunseling. Puan tak boleh paksa pekerja pergi kaunseling kalau dia tak nak. Saya dah baca peraturan.’ ‘Baiklah. Macam tu awak datang, hantar notis berhenti.’ Terus dia letak telefon.

Ein tersenyum sinis. Macam tu orang nak kaunselingkan orang? Dia kena kaunseling diri sendiri dulu. Lepas appointment doktor yang ke 2, baru ein di sahkan glaucoma. Ein pergi pejabat, terus hantar notis berhenti 24 jam. Beberapa hari lepas tu, pejabat minta surat pengesahan doktor untuk pengecualian pemotongan gaji. Hampir 1bulan ein menderita sakit waktu tu.

Kadang-kadang orang sekeliling tak memahami. Bagi mereka, kerja lebih penting dari kesihatan. 4 bulan lepas tu, ein mula pulih sikit-sikit. Cuma kadang-kadang bila tak jaga betul-betul, sakit kepala balik. Makin hari, ein makin kenal sakit ni dan dah dapat mengawal sikit-sikit. Tu pun atas bantuan Jannah dan Raz. Pesanan dorang, jangan stress lagi, jaga tekanan mata, jangan menangis, jangan membaca dan mengadap laptop lama sangat.

Doktor pakar pun pesan, seeloknya pakai spek. Tapi malangnya ein dah tak boleh pakai spek tu. Dan setiap kali membaca atau mengadap laptop, pastikan lepas 30 minit, rehatkan sekejap mata tuk turunkan balik tekanan.

Itulah sejarah sakit ein tuk pengetahuan semua. Yang penting sekarang, jaga tekanan mata. Insyaallah, semua akan baik-baik. Ameen.


3 comments:

fami said...

glaukoma? sama lah kita. tapi fami punya tak teruk lagi. cuma kadang2 perasan, bila bangun tido@baru pas kuar air mata, mata yang glaukoma tu tak keluar air mata sgt pun..

Aulialyna said...

salam akak...akak tabah orangnya...
semoga setiap ketabahan n kesabaran akak, ALLAH ganti yg lebih baik lagi..amin..

Perry the Platypus said...

Says sebenarnya tengah search pasal Pelajaran Sejarah buat sakit kepala, terkeluar yg ni hahaaha