Tuesday, March 17, 2009

Glukoma tiada penawar





Hari Sabtu lepas, ein tengah mengemas bilik.
Tetiba dapat message dari raz tak ingat secara detail.
Tapi yang paling ein ingat, raz bagitau tentang glaucoma dan kata ada keluar dekat Berita Harian.
Yang mengatakan glaucoma tidak ada rawatan.
Kebetulan juga, selasa lepas dekat Malaysia Hari Ini, Doktor Pakar mata tu ada cakap,
darah tinggi juga punca glaucoma.
1st time ein dengar. Sebab selama ein under appoinment ni, ein banyak buat research dekat internet.
Dan tak ada pun yang mengaitkan darah tinggi punca glaucoma.
Then, ein mula faham, kenapa ein boleh dapat glaucoma ni. (tp ein tak ada masalah tekanan darah tinggi atau rendah tau).
Habis mengemas, ein pun bukak website BH.
Dan inilah artikelnya...

Glukoma tiada penawar

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Rawatan diberi hanya titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat bertujuan mengelak kebutaan

KEBANYAKAN faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.

Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.

Berbeza dengan katarak, glukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glukoma dan ia boleh menyebabkan buta.

Glukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.

Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glukoma. Glukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.



Pakar Runding Optalmologi, Pusat Pakar Mata Vista, Dr Shamala Ganesan, berkata ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma.

“Glukoma selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.

“Akhirnya, tanpa rawatan, glukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik,” katanya.

Dr Shamalam berkata, glukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.
Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.

Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glukoma.

Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.

Dr Shamala berkata, glukoma progres sifatnya, hampir 50 peratus mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.

Di Malaysia, glukoma yang paling biasa adalah jenis glukoma terbuka. Glukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.

Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.

Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.

Jenis-jenis glukoma:
• Glukoma utama
o Glukoma sempit (narrow angle glaucoma)
o Glukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG
o Glukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)

• Glukoma sekunder
o Glukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
o Glukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
o Glukoma yang disebabkan trauma
o Glukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
o Glukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)


Siapa yang berisiko alami glukoma
• Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
• Sejarah keluarga dengan glukoma
• Merokok
• Trauma pada mata
• Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
• Rabun jauh

• Simptom:
• Glukoma terbuka
o Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedu*a-dua mata
o Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)

• Glukoma sempit
o Sakit mata yang serius
o Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
o Penglihatan kabur
o Mata merah

Seingat ein, pernah ein terbaca yang glaucoma tak boleh sembuh.
Cuma boleh di cegah dari berkembang.
Dan dekat MHI tu Doc tu kata, no big deal.
Jangan risau sebab glaucoma ada ubat. Senang je. Pembedahan pun ada.
Then dapat lak artikel ni.
Walaupun ein tak mengharap, namun sedikit sebanyak buat ein rasa tertekan jugak.
Dan ein pun mula sarankan dekat sedara mara untuk pergi cek mata.
Tak tau lah dorang pergi tak.

So, korang yang baca ni, pergilah cek mata.
Yang keturunan ada diabetis dan darah tinggi, walaupun tak ada keturunan glaucoma,
do visit your doctor.
Sape yang selalu rasa tertekan, dapat tekanan dan rasa sakit kepala akibat tekanan, rasa cam pening2 sebab oksigen tak sampai ke otak, do visit your doctor.

Sini ein bagitau cara nak bezakan sakit kepala sebab tekanan, mata dan migraine.
Migraine sakit pada sebelah kepala dan kadang2 bawak ke sebelah yang lain.
Sakitnye berdenyut pada satu bahagian saja.

Sakit kepala sebab tekanan, rasa otot dekat dahi macam menegang. Rasa tekanan dekat bahagian tu.

Sakit kepala sebab mata pun dekat dahi. Cuma tekanannya kurang sikit.
Sakitnya antara atas kening bawak ke mata.
Kadang2bukan sakit kepala. Tapi macam pening2 nak pitam.
Macam orang kena tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami tekanan biasa nya akan rasa pening2 atau sakit kepala sebab darah tersekat dan tak mengalir dengan baik ke otak.
Dan ni menyebabkan salur darah pada mata pun tersekat atau tersumbat.
Itu antara punca glaucoma.
Do your eye exam. Glaucoma bukan mudah dikesan.
Cuma boleh dikesan bila tekanan dalam mata bukan di paras normal.
Dan glaucoma ni sangat2 progresif.
Tau2nanti, dah hilang sebahagian penglihatan.
So, janganlah amik ringan.
Ok.
Itu nasihat ein.
Moga Allah merahmati anda
Ameen


22 comments:

SRISUFI said...

Ein...


.
.
.
.
. sri sedih










=(

nadjwani_ein said...

sedih kenapa sri???

Intan said...

ein....awk menghidap glaucoma??

Intan said...

glaucoma tidak akan sembuh, cuma ianya boleh ditanganikan? haruskah pembedahan dilakukan??ada yg mngatakan bila operation dilakukan pesakit terus menjadi buta...

nadjwani_ein said...

yup...
2nd appoinment sah glaucoma
3rd appoinment doc xbrtnggungjwb kate migraine
4rd appoinment bintik hitam makin besar

nadjwani_ein said...

glaucoma tak kan sembuh macam asal.
sama jugak dengan kanser.
even kanser dibuang, masih ada kemungkinan tumbuh balik.
glaucoma, apa yang rosak, tetap rosak.
saraf optik yang rosak tak boleh dibaik pulih.
jadi cuma boleh di cegah dari glaucoma tu berkembang dengan ubat titis.
pembedahan laser, ikut kata dr muhaya dalam malaysia hari ini, tak ada masalah.
kalau ubat mata tak berkesan, boleh lakukan pembedahan.
tapi tak silap ein, pada tahap tertentu.
kalau tahap awal, lebih kepada ubat titis je.
pembedahan sekarang dah moden.
tapi ein yakin, risikonya tetap ada.
setiap pembedahan ada risiko.

nadjwani_ein said...

kalau ada ape2 nak tanya, boleh email ein dekat
Lein_in@yahoo.com

Intan said...

ein sy dh add awk menerusi YM...kwn sy sakit glaucoma...doc ckp 90% saraf optik rosak...apa the best way die harus wat??

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam,
Saya pun tiada masalah dengan tekanan darah tinggi mahupun rendah.
Sehingga kini masih tertanya2 bagaimana saya boleh dapat glaucoma. Memandangkan sejarah keluarga saya tiada yang menghidap glaucoma. Risau dengan keadaan yg bakal berlaku masa akan datang sekelip mata sahaja penglihatan hilang begitu shj, apatah lagi usia saya belum pun menginjak 30-an.

nazzurra said...

my friend now having a operation at midvel level 7.klinik sakit mate.for the same penyakit yg anda alami.pray for him..

Ely Zarina a.k.a Babylicious said...

Salam..
actually saye terjumpe blog ein ni sewaktu google pasal glaucoma ni..dan terpanggil nak komen..sejujurnya..x ramai yg faham galucoma ni sakit ape..some ingat sakit mata bese..esok lusa buat operation..akan ok..saye pon pada asalnya mcm tu..sehinggalah apabila dugaan dari Allah, anak saya yg berumur 3 tahun disahkan menghidapi glaucoma..baru la saya tahu..kesukaran dia melihat selama ini..(sbb sebelah mata blurr,sebelah tu ok)..dan biler saya dapat tahu..glaucoma boleh menyebabkan buta. Pd waktu itu, saya sgt sedih sbb anak saya cuma berusia 4 tahun ketika buat pembedahan mata pertama kali..kita ni manusia...hanya mampu merancang...buat yg terbaik & jgn give up..ikut semua treatment doc & ubat jgn lupa (always & never forget) Insyallah..harap tidak ade perkara buruk yg berlaku...amin..

yazid said...

salam..
saya pun sama macam ely zarina terjumpa blog ni kat google,semasa saya nak mencari maklumat mengenai glocoma, saya baru 2 bulan lepas pemedahan katarak, lepas pemedahan chekup utnuk bulan pertama dr ada ckp ada benda bengkak kat dalam mata , tapi saya rasa itu mungkin belum pulih sepenuhnya tetapi selepas pemeriksaan kedua dr mendapati ada bengkak dalam mata, dan doktor cakp itu kemungkinan glocoma tapi kena tunggu utk chekup kali ketiga selepas 4 bulan utk mengatahui adaha itu glocoma atau bukan.. kalai tidak keberatannadwani ein boleh kongsikan apa tanda glocoma ni terjadi.. terima kasih

alialisakreatif.blogspot said...

ibu saya suspected mengalami nya juga. air mata tak berhenti-henti turun.

semoga kita sama-sama buat yang terbaik untuk hadapi penyakit ini

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

Assalamualaikum ein dan semua pelawat blog ein.
Abah saya juga seorang penghidap glaucoma sejak setahun lalu.memang dr cakap takde harapan. Keadaan abah makin lama makin teruk. Jalan kene
pimpin. Makan kene hidang sampai tuang air pn kene tolong. Klu tak tumpah sbb tak nampak. Abah dah tak ke surau sbb tak nampak nak naik motor.

Tapi sekarang alhamdulillah.....

Abah dah semakin pulih selepas saya hadiahkan abah vivix dan carotomax. Saya bersyukur lepas 2 minggu makan vivix dan carotomax abah buat pemeriksaan mata, dr ckp result bacaan glaucoma mata abah turun dari 8 ke 6. Alhamdulillah!

Abah sekarang dah boleh melihat secara normal lepas bangun pagi walaupun kabur bila cahaya dah terang. Tapi sekarang abah dah boleh kopek kelapa sendiri, tampal bumbung bocor, lompat parit. Syukur abah dah kembali seperti dulu. Doa kami dah dimakbulkan. Allah maha penyembuh. Setiap sakit ada ubat. Jgn berputus harap. Jika berminat boleh hubungi saya @ 0163385790. Saya sgt2 nk membantu ~Hamidah Burham.

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

Assalamualaikum ein dan semua pelawat blog ein.
Abah saya juga seorang penghidap glaucoma sejak setahun lalu.memang dr cakap takde harapan. Keadaan abah makin lama makin teruk. Jalan kene
pimpin. Makan kene hidang sampai tuang air pn kene tolong. Klu tak tumpah sbb tak nampak. Abah dah tak ke surau sbb tak nampak nak naik motor.

Tapi sekarang alhamdulillah.....

Abah dah semakin pulih selepas saya hadiahkan abah vivix dan carotomax. Saya bersyukur lepas 2 minggu makan vivix dan carotomax abah buat pemeriksaan mata, dr ckp result bacaan glaucoma mata abah turun dari 8 ke 6. Alhamdulillah!

Abah sekarang dah boleh melihat secara normal lepas bangun pagi walaupun kabur bila cahaya dah terang. Tapi sekarang abah dah boleh kopek kelapa sendiri, tampal bumbung bocor, lompat parit. Syukur abah dah kembali seperti dulu. Doa kami dah dimakbulkan. Allah maha penyembuh. Setiap sakit ada ubat. Jgn berputus harap. Jika berminat boleh hubungi saya @ 0163385790. Saya sgt2 nk membantu ~Hamidah Burham.

anis said...

Assalamualaikum. Saya glaucoma patient. Ein ada tau x any group facebook or whatsapp for patient glaucoma kat malaysia?

Anis Amat Huzali said...

Assalamualaikum..saya pon glaucoma patient sya bru berumur 26 tapi saya da hilang seblah pnglihatan dsbbkn pnyakit ni..tinggal lagi sebelah pon bru je operation sbb ubat mkn and titis xbole turunkn tekanan air..sya xde langsng masalh dri sblah kluarga atau penyakit lain..bila diselidik ubat aleegic yg mngandungi steroid mnyebabkn glaucoma..apa2pon bersyukur dgan dugaan ni..Allah swt ada perancnganNya..jgn putus asa ye..yakin dgan kuasa Allah swt

Anis Amat Huzali said...

Assalamualaikum..saya pon glaucoma patient sya bru berumur 26 tapi saya da hilang seblah pnglihatan dsbbkn pnyakit ni..tinggal lagi sebelah pon bru je operation sbb ubat mkn and titis xbole turunkn tekanan air..sya xde langsng masalh dri sblah kluarga atau penyakit lain..bila diselidik ubat aleegic yg mngandungi steroid mnyebabkn glaucoma..apa2pon bersyukur dgan dugaan ni..Allah swt ada perancnganNya..jgn putus asa ye..yakin dgan kuasa Allah swt

Unknown said...

Ya Allah,,
Dari pengalaman sendiri (org tersyg)glucoma mmg sgt bhaya,,,umur 35...hilng pglihtn sbelah.umur 37 hilng sbelah lgi..punca diabetic...jadi buat saudara saudari di luar sana mencegah lebih baik dri merawat ya...sudah buat pembedahn di hosp swasta terkenal di kl...nmun sdh ditakdirkan Allah menarik balik apa yg dipinjamkannya..redha.

Unknown said...

skrg sdh akhir tahun 2018,apa rawatan yg terbaik utk pesakit glukoma yg berumur 60 thn ke atas.. tlg share.. maybe ada rawatan laser, pembedahan ker. tlg share yer..

Unknown said...

Glucoma boleh di buat pembedahan ke,, memang ia tidak dapat sembuh sepenuhnya...hanya mata tu boleh nampak lah sikit berbanding sebelumnya..dengan kaedah pembedahan ,,