Saturday, January 17, 2009

IZINKAN MIMPI BERULANG




Hidup ini, adalah sebuah penjara.
Yang indah!
Di dalamnya kita terperangkap, lalu mengenal diri.
Di dindingnya kita mencatat rasa, luahan dari kurungan.
Lalu kita mula menyedari diri, siapa kita!
Bukankah indah begitu? Di dalam kurungan itulah, kita mengenal diri, mengenal cinta. Di dalamnyalah kita mengenal harap, mengenal doa. Hidup ini adalah sebuah penjara yang indah! Dari karangan bebunga derita, kita lurutkan tasbih cinta. Dari jejaring besi dunia, kita mengharap cahaya. Lalu kita seru cinta. Kita seru nama-Nya.
Ah...
Demikian indah hidup ini. Walaupun ia hanya sebuah penjara. Dari penjara inilah, kita melihat betapa indahnya sebuah kematian.
Betapa indahnya untuk bertemu DIA!
Itulah perjalanan hidup sahabat saya. Mengingatinya, saya sering menginsafi diri. Lalu, ujian hidup saya telan bagaikan sebuah kemanisan takdir daripada Ilahi. Dengan itu, saya persembahkan. Ini kisah, sebuah lakaran rasa dari perjalanan seorang Fatimah Azzahra Binti Hasyim. Yang dia kait dari warna-warna pelangi, yang dia pintal dari kelabu awan, yang dia sulam dari bening perasaan. Kalau ingin mencari dia, carilah di luar jendela, ketika hujan renyai-renyai. Ketika senja berbaki. Ketika malam sudah bersedia untuk menangis...

Itulah yang tertulis dibelakang novel Izinkan Mimpi Berulang. Kata-kata yang indah menggambarkan penceritaan perjalanan hidup Fatimah. Cuba ein hayati dan menangkap maksud ayat-ayat tersebut. Dan mengaitkannya dengan kehidupan ini. Namun sebaik selesai membaca novel ini, bait-bait kata itu terus meresap dan membuka satu pemahaman yang lebih luas. Yang membuka hijab hati.

Tuhan,
Yang Engkau hilangkan dari mata, dari dunia...tidak mengapa.
Lindungilah diriku agar tidak kehilangan rasa.
Agar tidak kehilangan syurga!

Bagi ein tentang novel ini, agak berat, berkisar tentang kehidupan, persahabatan dan kekeluargaan. Penuh dengan nasihat, motivasi, dan mampu mentarbiyah pembacanya. Diselitkan juga doa munajat, hadis dan terjemahan Al-Quran menunjukkan sifat kehambaan Fatimah.

Nasihatnya agak panjang namun bagi ein amat berguna. Membuatkan ein terhenti membaca, memahami, merenung serta mengaitkan dengan kehidupan sendiri. Lalu membuka minda ein untuk menerima keadaan dan menjadi setabah Fatimah.

Pencintaan Fatimah juga berlandaskan syariat. Sangat suci dan murni.

Bagi ein, ein lebih suka novel ini berbanding dengan 'Ayat-ayat Cinta'. Mungkin ein terlalu mengagungkan novel ini tapi sememangnya ia jadi antara bahan bacaan yang ein gemari.

Antara petikan dari novel tersebut:

Anggapan Fatimah berkenaan permasalahan jiwa
>>>Selagi manusia bernyawa, soal kejiwaan tidak akan pernah mati. Ia datang dan terus datang. Permasalahannya kan terus silih berganti. Ditanya, dijawab, ia tidak akan berhenti. Akan terus ditanyai. Dan perlu terus dijawab. Walaupun ada ketikanya kita merasa bosan untuk menjawab pertanyaan akan hal-hal kejiwaan yang tidak memberikan untung rugi kepada diri kita secara mata kasarnya, kadang-kadang ia hanya merupakan permasalahan yang sama dan berulang kali...

Kata-kata Fatimah kepada Hajar
>>>Bosan menjadi baik adalah lebih baik daripada bosan menjadi jahat.

Kata-kata Fatimah kepada Dato' Tarmizi
>>>Permpuan tidak ramai yang tahan diuji. Tapi tak kurang pula yang menjadi lebih tabah setelah diuji.malah mebuatkan mereka bangkit lebih tinggi.

Kata-kata Fatimah kepada Nasriah
>>>Kesunyian itulah cermin! Tempat kita menilai jarak duduk hati kita dengan Allah. Dalam keramaian, manusia jarang dapat mengesan di mana tumpuan hatinya. Kesunyian dan kesepian itulah cermin hati. Tanpa ada hijab dari dunia yang menyibukkan.

Kata-kata Fatimah kepada Kak Muna
>>>Usah berlari ke kaki langit untuk mengejar mentari. Kerana mentari dan kaki langit bukanlah dua sudut yang bercantum. Penyatuan itu hanyalah ilusi mata. Itulah tanda kebesaran-Nya dan kita perlulah redha. Jangan dicari dan dimimpikan pada yang tak pernah ada. Mimpikanlah Dia, carilah Dia yang wujud tanpa ada kesudahannya. Demikian, jangan disalahkan cinta. Jangan katakan bahawa cinta tak penting. Cintalah yang memberikan semangat. Cinta memberikan kita semangat untuk terus berdiri dan mentaati-Nya. Cinta juga memberikan kita semangat untuk berbakti kepada sesama manusia. Perpisahan yang sering datang di setiap kalinya ada cinta, jangan disalahkan cinta adanya. Ia datang hanya untuk memaknakan sebuah pertemuan.

Nasihat Fatimah kepada Mak Andak Bibah
>>>Terimalah...terimalah dengan reda. Apabila kita telah melepaskan kisah silam kita, ia tidak lebih hanyalah kenangan. Pahit atau manis pengalaman lalu, semuanya tetap akan hanya jadi kenangan. Yang penting adalah kita yang hari in, dan masa depan. Kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya sentiasa berada pada pintu yang terbuka. Kita mempelajari segala ujian-Nya. Bila kita berjaya, kita dibukakan jalannya. Bila kita gagal, diberikan kesempatan untuk kita terus belajar dan mengerti. Tanpa henti. Tanpa batas, selagi kita meyakini Dia sebagai Tuhan.


4 comments:

Anonymous said...

em.

bagi org, novel2 zm lebih menyentuh hati dr novel ayat2 cinta.

tp len org,len cita rasa kan ein.he.sori nyebuk2.

nadjwani_ein said...

ehehe
xpe nyibuk kak.
2la...
ein rase novel ni lagi bagus dari ayat-ayat cinta.
xtau nape xlekat hati kat ayat-ayat cinta
bile org ckp best, siap puji2, ein try la bace.
tp nth la.
baru suku dah rase cm nk habiskan cepat je.
ein lak kalo xsuke, hbs kn gak cpt2.
kire IMB ni walopun nasihat meleret, tp nth la...
ein suke. rase tersentuh je.
kire xrugi ein order jauh2 buku ni.
muahaha

Afzan Rahman said...

kak....mekaseh ye hadiah buku ni :)

tak sempat baca lagi...
sem ni sem pendek...
final exam bulan 4 ni dah...

wish me luck ye sis...
sayang kak ein :x

nadjwani_ein said...

same2
insyaallah
gud luck