Wednesday, October 15, 2008
KeNaPa SuKaR MeMoHoN MaaF?
Seorang anak bergaduh, berselisih faham atau menguris hati Ibunya, sukar untuk memohon maaf. Kenapa? Terkadang dibiarkan saja situasi itu berlalu begitu saja dan kembali normal dengan sendirinya.
Kenapa ya?
Mungkin sebab didikan. Dari kecil tak diajar bila buat salah, mohon maaf pada ibubapa. Dah besar jadi biasa. Dimanjakan sangat.
Mungkin juga kerana ego dalam diri seorang anak yang merasakan dirinya betul menyebabkan dia sukar untuk memohon maaf.
Mungkin juga kerana dia Ibu yang sanggup memaafkan apa jua kesalahan anaknya.
Tapi bukankah boleh diubah?
Ya, memang boleh diubah. Kalau tidak dididik dari kecil, bukankah sekarang dah besar, dah boleh fikir sendiri.
Betul macam mana pun, maaf perlu juga dipohon. Janganlah ego.
Memang seorang Ibu sanggup memaafkan semua kesalahan anaknya. Tapi lupakah kita bahawa kita telah mengguris hatinya?
Kenapa buat salah dengan kawan, dengan orang lain kita boleh minta maaf. Tapi dengan keluarga sendiri, susah sangat nak minta maaf?
Ein akui, ein sendiri pun susah nak minta maaf dengan mak bila buat salah. Kalau salah kecil, mampu lagi diucap melalui lisan. Kalau salah besar, ein minta maaf melalui perbuatan. Cuba senangkan hati mak balik. Buat apa yang mak suka. Masak ke, buat air untuk mak ke. Ambil hati sikit. Bukan susah pun kan? Kalau susah jugak, qada dosa pada mak tu di pagi raya. Tu pun kalau umur panjang, ada jodoh tuk beraya bersama dan ada kesempatan untuk mohon maaf. Kalau tak ada tu, tanggunglah penyesalan sampai akhir hayat. Walaupun Ibu mungkin dah ampunkan dosa-dosa kita sebelum Ibu menyambut panggilan Ilahi, namun penyesalan tetap ada kerana tidak ada kata, “Ibu, ampunkan segala dosa-dosa saya pada Ibu.” yang keluar dari mulut kita.
Tapi apa yang ein kesalkan, seorang anak ni. Buat salah tak pernah minta maaf. Raya setahun sekali pun tak mohon maaf pada Ibunya. Hari-hari buat dosa menyakitkan hati, mengguris hati si Ibu. Hari-hari juga makan sumpah seranah si Ibu. Ni kisah betul. Cuma belum ada tanda balasan dari Tuhan lagi. Mungkin bukan di dunia ni balasannya.
Satu malam di hari raya, si Ibu mengadu pada salah seorang anaknya, “Adik kamu tak minta maaf pun pada mak.” Si cucu yang kebetulan ada sama bertanya, “Raya sebelum ni pun samakan? Tak pernah pula saya tengok makcik salam nenek dan minta maaf. Tapi mungkin bukan depan kami kut.” Si anak cuba memujuk si Ibu, “Tak apa lah mak. Maafkan sajalah.” Si Ibu mencebik, bangun dan terus berlalu.
Si anak berkata pada si cucu, “Kesian nenek kamu. Tapi tak baik mengungkit macam tu. Nampak sangat nenek kamu tak redha pada makcik kamu tu.” Si cucu terdiam sambil menggelengkan kepala. Bukan si cucu nak menyibuk. Tapi cuma teringat si anak pernah berkata pada si cucu bahawa makciknya tak pernah mohon maaf pada nenek tiap kali raya. Betullah nampaknya.
Tiap-tiap hari makciknya bergaduh dengan si Ibu. Bayangkan 1tahun 365hari. Sepanjang hari, sepanjang tahun bergaduh bermakna 365dosa yang dia lakukan pada si Ibu. Bayangkan juga 365hari si Ibu sumpah seranah si anak kerana tak tahan sikap si anak. 1hari pun dah cukup. 1hari sumpah seranah dan seumur hidup tidak redha. Na’uzubillah… berdosanya si anak.
Dari sekarang, apa saja silap yang dilakukan, mohon la ampun segera. Sebelum nyawa di tenggorokkan. Selagi ada masa, ada kesempatan. Jangan lupa, redha Ibubapa, redha Rasulullah juga redha Allah. Tanpa redha Ibubapa, tiadanya redha Allah.
Wallahu’alam…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aihh.
sedih la pulak,
hekhk.
Post a Comment