Monday, April 7, 2008

Tundukkan Hati - Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana


Buku ‘Tundukkan Hati. Rahsia keikhlasan hidup di dunia fana’ merupakan hasil karangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) dan Annual Bakri Haron. Cetakan pertama buku ini ialah pada Disember 2007 terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd.

Mempunyai 16 bab dan sebanyak 145 muka surat. Setiap bab diselit dengan hadis dan dihuraikan dengan baik sekali oleh penulis. Amat mudah untuk difahami, ringkas tapi padat. Disertakan juga kisah-kisah orang-orang terdahulu contoh antaranya:


Bab 7: Nikmat Allah: Ujian bagi yang beriman, laknat bagi yang kufur
- Kisah Muawiyah dan Bapa Saudaranya.
(Terdapat 4sub topik)

Bab 9: Jangan Lupa Allah
- Kisah Abdul Rahman bin Auf
- Kisah Saad bin Muaz

Bab 10: Cari Harta untuk Manfaat Dunia dan Akhirat
-Kisah Khalid al-Walid

Bab 13: Harta Dunia: Milik yang Sementara
- Kisah Umar bin Abdul Aziz r.a

Bab 14: Cinta Harta Milik Sendiri, Bukan Harta Milik Orang lain
- Kisah Sedekah yang Makbul

Bab 16: Tokoh-tokoh Zuhud dalam Islam
- Nabi Muhammad s.a.w
- Nabi Daud a.s
- Abu Bakar as-Siddiq
(Terdapat 10 tokoh dalam bab ini)

5 comments:

pondok buku said...

salam...

memang buku yg tepat. lagi satu buku tok guru tu xbeli?

rasanya 'bunga kebahgiaan' tu amt sesuai tuk cik ein yg comel ni. he

em, mtk ijin copy cover buku ni eh...plizzz

arigatoh!

nadjwani_ein said...

salam kak...
cni ssh nk dpt kak
kne g gerai2dlm shoping complex baru jumpe
kt kedai buku xde
ade lg 1buku tok guru 2
tp xingt tajuk die
ein belum bace lg
ehe
copy la kak
ein xkisah :)

pondok buku said...

'bunga kebahgiaan' la lagi satu buku tok guru tu...warna kuning cover dia. he

nadjwani_ein said...

tajuk die "nota kepada diri" 71 nasihat agama dan akhlak terbitan harakah :D

pondok buku said...

salam...

ooo, buku yg tu, ingtkn buku dr anbakri jg. he.

em buku 71 nota tu mmg bgs.

gudgirl!