Alhamdulillah…
Sampai juga kitab tafsir ni kat rumah tadi dalam pukul 2.30petang. Terima kasih tuk abang posmen sebab hantar sampai kat rumah. Sampai kat simen depan rumah tu. Suku tayar motor dah masuk kat pintu rumah. Sempat makcik perli tadi, nape tak bawak motor tu masuk sampai dalam rumah terus. Ehehe. Nasib baik kenal, kalo tak, maun diperhambatkan abang posmen tu.
Bila pas kan bungkusan tu kat ein, erk, beratnya. Eden dah la kocik. Wat malu ngan abang posmen tu. Die bantai golak ka nein. Hampeh sungguh. Sempat dia tanye waktu ein tengah sain bungkusan tu, “Memang tunggu bungkusan datang ke?”
Pada mulanya ingatkan nak amik gambo bungkusan tu. Tapi punya la excited, terus ein koyakkan kertas minyak tu. Gelojoh sungguh. Tengah bukak tu, nenek tak habis-habis tanye, ape tu, sape bagi, abe bagi ke. Ish. Nenek ni, ke situ lak die. Sobar la sikit, tunggu den bukak bungkusan tu dulu.
Dah koyak kertas tu, ein gumpalkan, campak kat kucing suh main. Sebab kucing tu pun same menyibuk. Ein duk atas kerusi. Bungkusan tu ein pangku. Yang kucing tu terngadah pandang ein. Bagi jela kucing tu merasa kertas tu. Ehe.
Bukak je kotak, nampak satu kertas, macam bookmark. Tertulis:
Jadilah seorang mukmin yang berilmu dengan banyak membaca. Ingatlah, salah seorang pembesar Yahudi telah berkata: “Kami tidak takut umat Islam, kerana mereka umat yang tidak membaca!”
pastu, amik salah satu kitab dekat dalam tu. Wah! Teruja sungguh. Lebar senyum ein. Puas rasanya. Ein belek-belek kitab tu. Cek semua. Tengok ade 8buku, 9jilid dalam bahasa Malaysia. Ein peluk kitab tu. Pastu masuk dalam kotak balik. Tutup elok-elok. Pastu peluk kotak sambil tengok cerekarama, ulangan cerita ‘Seberat Zarah’. Peluk lah kotak tu sampai cerita tu habis. Muahaha. Nenek ketawakan ein. Kate ein cam budak-budak. Yela. Cam budak-budak dapat hadiah hari lahir gamaknya.
Nilah buku atau kitab yang paling mahal ein pernah beli. Sebenarnya dah lama cari. Tapi yang ada dalam bahasa arab. Pegi bookfair pun tak ada. So, kebetulan ada blog pondokbuku(leh tengok kat link kat sebelah kanan blog ni atau klik http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/). Pastu, dah lame tu, ada entry senarai kitab. Teruslah tanya harga, semua. Asalnya nak beli dalam bahasa indon coz kakak tu kata kitab tafsir ni dalam bahasa indon. Pastu, call kata yang tu dah habis. Ada yang dalam bahasa Malaysia tapi lagi mahal dari bahasa indon. Yang kedua mahal ein beli, dah tentulah ‘Pengembaraan Ibnu Battutah’. Tapi ein dapat RM175 je waktu tu. Tolak diskaun bookfair waktu tahun 2006, dan diskaun student. Tapi tahun lepas teman kawan beli, tengok cover dah lain, dah tak lawa dan tak ada diskaun student.
Balik pada kitab tafsir, fikir-fikir, kira budget suma, plus Kak Fatim bagi tawaran kat ein, ein pun setuju. Bab buku, ilmu, jangan berkira sangat. Ein sanggup berhabis duit tuk beli buku. Penah kena marah ngan mak waktu sem 1 dulu. Apa taknya, berjimat semata-mata nak beli buku. Dah tu, nak balik pas habis sem, beg baju bukan penuh ngan baju. Tapi ngan buku. Ehehe.
Sebenarnya, duit beli tafsir ni, duit exam ein. Tapi ein tak jadi amik exam bulan enam ni. Mungkin amik exam bulan 12 bila ein betul betul betul betul betul betul sedia. Adeh. Berapa kali tah tak jadi amik exam sebab tak berani dan rasa tak sedia. Penyakit betul lah.
Ok. Tinggalkan cerita exam. Gastrik bile cakap sal exam. Huhu. Ein sangat sangat sangat sangat sangat suka bila dapat kitab ni. Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak (berapa punya banyak lah) kepada Kak Fatim. Nanti Insyaallah beli lagi buku kat akak.
P/S: Sukonyo walopun dah tak do duit dalam tangan. Muahaha.
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam..
Ana nak tanya sket ttg kata-2 nie:
“Kami tidak takut umat Islam, kerana mereka umat yang tidak membaca!”
Bleh tak ana nak tahu dari kitab mana cik ein rujuk kata-2 nie.. Harap bleh tolong ana..
salam...
yg 2nta kena tanya cik pondok buku.
sbb dia yg tulis dn buat bookmark 2utk ein :)
rasanya dia lbh layak tuk mnjwb
:)
Salam..
Tima kasih yer cik ein.. ana dah tanya ngan cik pb.. dia kata buku nie..
Spiritual Reading - Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca
Oleh Dr. Raghib As-Sirjani
Keluaran Aqwam
Assalamualaikum....
Maaf ya, jika saya m'gangu, boleh saya tahu, darimana saudari perolehi kitab jenis ini, yakni kitab tafsir al kathir, dan berapa harganya dalam satu set... :)
Waalaikumussalam
Tak mengganggu pun, gembira kalau dapat membantu.
enta boleh pergi ke link ni
http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/
ada bnyk buku dn kitab yg ada dekat situ
ana order dari ukhti fatim
pondokbuku35@gmail.com
atau sms 0193559055
untuk tafsir ni, xsilap ana rm300
tak termasuk kos penghantaran
Alhamdulillah...
Terima kasih byk2 ya, di atas info ini, insyaallah... nanti, saya cuba ya... amin.. :)
Sama2 :)
Post a Comment