Wednesday, July 8, 2009

TQ Kinaaaaa :D


Masuk blog ein ni. Pastu tengok kat link kawan2. Tetibe tertarik dengan post baru kina iaitu, "Penyelesaian Masalah Genuine Windows XP". Tetibe einb tertarik dan teruk klik. Padahal bab2 artikel gitu, ein malas nak baca. Klik kat link 2 dan baca. Owh. Ein pun kena masalah yang sama (nak tau masalah apa, klik le). So, ikut step, wah, berjaya. Ini lah hasilnya.

Dari ini...









Tadaaaaa

Ku dapat balik wallpaper rumah ku. Sukenyeeeee...









Kredit to kina sebab kalo die xkne dn xpost kt blog, ein xtau.

dan

Kredit tuk mereka yg ajar kina iaitu

Quote dari Kina>>>Credit untuk mukesuci dan aku pejuang.

Mukesuci ni salah sorang dari Rockensteiners. Dia yang bagi link ni.
Aku pejuang tuan punye blog yang bagi solution:
http://it-tutorial-for-you.blogspot.com/2009/02/masalah-genuine-windows-xp-dan.html?showComment=1246984648981#c7039378726793869619>>>



Friday, July 3, 2009

Tag Dan Award Lagiiiiii :D

Assalamualaikum...

1st of all, ein xtau apa dah jadi dengan blog2 ein ni. Tetibe blog ni xboleh nak post sebab post template html die. What? Sebelum ni ok je post template 2. Adeh. Satu2 masalah blog ni ein dapat menyebabkan rasa macam malas dah nak post apa2. Ni disebabkan Ukhti Julia, ein gagahkan diri untuk menjawab. Khas untuk Ukhti.

2nd, ni ada kene mengena dengan tag yang akan dijawab sebentar lagi. Ahad lepas, ein terima kunjungan seorang kawan lama. Kampung berlainan tapi laluan yang sama. Kire kawan sekampung, sepermainan dari kecik sampai form 5 lah. Nadirah nama dia. Ktorang dah lost contact dari lepas spm lagi. Dia tiba2 pindah, menghilangkan diri tanpa khabar berita. Ein teringat dekat dia waktu tengah kemas2 beg, tengok buku2 lama, buku biodata kawan2. Ternampak biodata dia. Terfikir, canne la nak contact dak ni. Xlama tu, dia pun datang menjenguk ein, kebetulan dia datang kenduri orang kampung (tapi ein tak g). Dia singgah lah ke rumah.

Alkisah dia ni, kawan dari kecik. Dari sekolah rendah lagi. Naik basikal sama2 balik dari sekolah. Cuma kampung dia dulu, baru kampung ein. Jadi dia lah sampai rumah dulu. Tapi kadang2 dia ikut ein sampai rumah, lepas tu die patah balik ke rumah dia. Teman kan ein la konon nya. Teman tusyen ein dekat kampung ni. Kawan jalan2, kawan main2, paling best... kawan mandi sungai. Ehehehe. Tak pasal2 kene hambat dengan pakcik yang tinggal dekat2 situ.

Lepas UPSR, die pindah. Walaupun ein ada kawan baik dari sekolah rendah lagi, tapi bagi ein tak sama. Sebab Nadirah kawan sekampung. So, bila masuk sekolah menengah, rasa la kehilangan. Tak lama tu, dia pindah ke sekolah ein lak. Wah. Tapi kelas lain. Aktiviti dulu dah tak ada dah. Dah besar remaja, segan la. Tapi kunjungan ke rumah ein, tetap ada. Bila ein sakit, tak datang ke sekolah, dia la datang menjenguk. Dan paling tak lupa, lepas trial spm, ein tak datang sekolah hampir sebulan sebab sakit. Waktu tu cikgu semua rapat dengan ein. Nadirah la yang tolong jawab soalan2 cikgu. Paling terharu, Cikgu Akaun ein, siap bagi kerja rumah akaun ein dekat Nadirah, minta tolong hantar. Di sebabkan memang minat sangat2 dengan akaun, sakit pun ein buat. Ehehe. Bukan dekat rumah ein dengan rumah Nadirah. Then tak sangka lepas lama tak contact, dia datang berkunjung di mana waktu tu, ramai kawan2 yang dah lupakan ein.

ok. 3rd, tq tuk Ukhti Julia sebab bagi award award award award ni. Ehe. kene sebut 4kali sebab ada 4 award. Best Blogger Award 2008/09, Best Blog Award, A Lovely Blog Award and Inspirational and Friendship Blog Award... And this award goes to... Me. Tq tq





4rd... OK. ini adalah tag pun dari Ukhti Julia. Ehehe. Sejak dah pandai main tag ni, suke betul ukhti tag ein. Ein pun suka nak menjawabnya. Tapi sorry, patut jawab aritu. Cuma sebab ada masalah pose, masalah streamyx dan scanner, so baru ni dapat jawab. Tu pun, tak sarapan lagi, terus nak jawab tag ni. Lama dah tangguh. Tag nye...

Rules And Regulation: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

Yang xacinya, Ukhti tak guna gambar sendiri dan tak sampai 25 pun ukhti jawab. Tak apa. Ein dengan murah hati, baik hati, budiman semua bagai, mengikut terma dan syarat tag ini. Ehehe. Owh. Tapi ein tambah sikit R n R die tu yang part 'Letakkan gambar sewaktu kecil anda'. Dalam tag ukhti tu, ada minta gambar waktu kecik. Tapi dekat R n R 2xada tulis. So dengan kepakaran ein bab edit mengedit ayat ni, ein tambah la ayat tu. Muahaha. Ok. Ini jawapannya ya Ukhti



Seperti yang anda lihat, ini adalah gambar ein waktu usia 3 bulan dan 11 bulan. Comel tak? Sila katakan comel. Tapi dah besar dah tak comel dah. Muahaha. Owh. Dah besar kurus. Tak montel cam waktu umo 11 bulan tu.






1. Semua orang tau yang ein dipanggil ein lah. Tapi ada yang menyebut 'ain' dan ada yang sebut 'e-in'. Dua2 boleh diterima pakai. Tapi orang tak tau sebenarnya ejaan yang betul ialah 'iin'. Itulah ejaan yang sebenarnya dan lepas di komersialkan, jadilah 'e-in'.

2. Nama sebenar ein ialah Nadjlin. Tapi ramai yang tak tau, nama itu juga telah di komersialkan kepada bermacam2 sebutan dan ejaan. Paling femes dikalangan guru cina sebab nak menyebutnya, punyalah payah. Antaranya ialah, 'Nadzlin, Najlin'. Boleh diterima pakai lagi. Yang tak boleh diterima ialah... 'Najdlin.' Pandai2 je tukar j dengan d tu.

3. Nama ein ni abah kata kombinasi dari 2nama iaitu, 'Najla' dan 'Najlai'i'. Yang Najla 2ein mmg ingat. Tapi yang 2nd nama tu ein agak confius, so, men letak jela canne pn ejaanya. Yang bermaksud, 'yang cantik mata.' dan ' yang baik keturunan'. Yang cantik mata tu, adalah kot. Alhamdulillah tunang pernah cakap tentang mata ein. Yang ke 2 tu,tak tau lg wallahu'alam. Nama ni doa. Moga betul keturunan kami nanti baik2 saja.

4. Waktu ein baby, ein kuat menangis. Asyik menangis je. Kesian mak.

5. Waktu umur 5tahun, ein pernah bersekolah tadika dekat sekolah cina. Tapi pastu ein menangis2 mintak tukar sebab tak faham satu apa pun dorang cakap.

6. Then masuk sekolah Inggeris, ACS. Tapi pun tak lama sebab... lihat no 7

7. Jodoh mak dan abah tak panjang. Umur 6tahun, ein pindah dengan mak, adik beradik ke kampung mak.

8. Sangat di sukai oleh jiran2 n dipanggil, anak korea. Muahaha.

9. Sangat berdikari. Kadang2 tinggal sorang2 dekat rumah waktu umur 6 tahun ke bawah sebab mak jemput abang dan kakak.

10. Sudah di ajar membasuh pinggan dan buat air susu sendiri sewaktu lingkungan usia tu. Cuma tak boleh pegang air panas. Sediakan susu je. Air mak tuangkan.

11. Ada cikgu dan acik kantin kata nama ein adik beradik adalah no plat kereta. waktu tu tgh femes plat kreta NAD. cit. Dan ada yang kata sebenarnya makabah ein nak ktorang jadi DJ. sebab tu la nama2 ktorang ada huruf D dan J. Nadjmin, Nadjiha, Nadjlin. Adeh

12. Belajar basuh baju sendiri dan buat kerja rumah semenjak darjah 1.

13. Belajar membaca sendiri sebelum memasuki darjah 1.

14. Tidak habis belajar di tadika sebab berpindah.

15. Sudah pandai berjalan sewaktu 10 bulan

16. Selalu lambat ke sekolah sebab arwah atuk semput bawak motor pagi2.

17. Jarang berjumpa dengan mak sebab mak kerja kilang shif petang ke malam dan malam ke pagi. Sampai lah mak dapat jadi cikgu tadika.

18. Banyak kali terjatuh waktu naik basikal. Paling memeritkan, terjatuh dekat unggun api.

19. Selalu jatuh atas tangan kiri

20. Sangat suka panjat pokok rambutan, panjat tingkap.

21. Sorok2 mandi sungai

22. Pernah kene lempang dengan abang sampai berdarah telinga. Start tu tak boleh pakai subang. (ein xsuke pn pakai subang.muahaha)

23. Pandai mempertahankan diri sendiri dan menjawab bila orang marah. (melawan sikit. muahaha. tapi tengok keadaan la. kalau benda tu tak betul. kalau betul, diam je)

24. Perangai pun cam lelaki waktu tu. Pantang di buli, habis budak laki 2kene. N pernah sorang tu dengan tak sengaja, bengkak hidung sebab ein main pembaris patah. Pembaris tu melantun ke hidung dak 2. ehehe. N main tembak2 gune gelang getah dan kertas. Ein dikira penembak tepat waktu tu. Ngeee...

25. Hemmm. Last... Ein mula belajar memasak sendiri waktu darjah 6. Banyak belajar sendiri sampai sekarang.

sooooo.... Puas hati dah Ukhti? Ehe.

Award dan tag di atas ein tujukan buat:

1. Afzan
2. Kina
3. Zahidah
4. Fira
5. ......