Tuesday, October 28, 2008

Wedding Jannah...Hehe

Another story...
Kawan ein, Jannah yang sambung medic kat Ireland tu msg hari Sabtu aritu kalau tak silap. Die balik Malaysia sekejap. Cuti tak lame tapi mak die gesa suruh balik. Haha. Ein dah agak nape mak die suh balik. Nak plan wedding. Betul tekaan ein.

Tak silap buat 3hari. Nikah, Sanding dan Resensi kat hotel. Erk. Resensi tuk VIP je. Ein tak leh g. Ehe. Tunang dia bisnessman. November ni mjlisnya. Tahniah Jannah. Lama dah bertunang. Waktu sebelum grad dari USM ke atau waktu praktikal kat Hospital Besar Seremban (sekarang nama lain) dorang bertunang. Tak ingat. Tapi yang pasti, sebelum Jannah pergi Ireland. Tak silap dah 3tahun bertunang.

Jannah asyik tangguhkan nikah sebab nak belajar betul2. Memang bercita2tinggi. Love her spirit. Tunangnya dengan family dok suh kawin. Jannah tak nak. Sampai la pintu hati dia terbuka tuk bagitau tunang dia, nak nikah akhir tahun ni. Wah. Bestnye. Punyalah banyak dugaan sebelum ni, tapi dorang saling memahami. Alhamdulillah. Moga kekal ke akhir hayat. Ameen.

But sempat Jannah berpesan, "Ein nanti bila bertunang, jangan lama macam Jannah. Jannah ada sebab, study jauh." Hehe. Thanks Jannah. Walaupun tak pernah jumpa, tak pernah pun tau rupa, tapi dia baik sangat dengan ein. Terharu sangat. Moga pas kawin pun, persahabatan ni terus berkekalan. Ameen...



Sunday, October 26, 2008

JAWAB 7 SOALAN MENGAPA OH MENGAPA...


1. Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


2. Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan......tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


3. Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat......tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


4. Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


5. Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .Tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?


6. Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


7. Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?



Wednesday, October 22, 2008

Ein...Jangan Stress lagi

Beberapa hari ni rasa lain je
Pakai spek pun macam blur je
Dan terasa macam ada something menghalang side vision ein
Tak tau la kot perasaan je
Tapi rasa tak selesa sangat
Maybe sebab stress sejak akhir-akhir ni dan kuat menangis beberapa hari ni
Tanya Raz, stress leh buat mata ein makin teruk ke
Huhu
Nampaknya kena jauhi stress
Tapi dengan keadaan sekarang ni memang susah
Appoinment lambat lagi...
Huhu
Risaunya...

Wednesday, October 15, 2008

KeNaPa SuKaR MeMoHoN MaaF?



Seorang anak bergaduh, berselisih faham atau menguris hati Ibunya, sukar untuk memohon maaf. Kenapa? Terkadang dibiarkan saja situasi itu berlalu begitu saja dan kembali normal dengan sendirinya.

Kenapa ya?
Mungkin sebab didikan. Dari kecil tak diajar bila buat salah, mohon maaf pada ibubapa. Dah besar jadi biasa. Dimanjakan sangat.

Mungkin juga kerana ego dalam diri seorang anak yang merasakan dirinya betul menyebabkan dia sukar untuk memohon maaf.

Mungkin juga kerana dia Ibu yang sanggup memaafkan apa jua kesalahan anaknya.

Tapi bukankah boleh diubah?
Ya, memang boleh diubah. Kalau tidak dididik dari kecil, bukankah sekarang dah besar, dah boleh fikir sendiri.

Betul macam mana pun, maaf perlu juga dipohon. Janganlah ego.

Memang seorang Ibu sanggup memaafkan semua kesalahan anaknya. Tapi lupakah kita bahawa kita telah mengguris hatinya?

Kenapa buat salah dengan kawan, dengan orang lain kita boleh minta maaf. Tapi dengan keluarga sendiri, susah sangat nak minta maaf?

Ein akui, ein sendiri pun susah nak minta maaf dengan mak bila buat salah. Kalau salah kecil, mampu lagi diucap melalui lisan. Kalau salah besar, ein minta maaf melalui perbuatan. Cuba senangkan hati mak balik. Buat apa yang mak suka. Masak ke, buat air untuk mak ke. Ambil hati sikit. Bukan susah pun kan? Kalau susah jugak, qada dosa pada mak tu di pagi raya. Tu pun kalau umur panjang, ada jodoh tuk beraya bersama dan ada kesempatan untuk mohon maaf. Kalau tak ada tu, tanggunglah penyesalan sampai akhir hayat. Walaupun Ibu mungkin dah ampunkan dosa-dosa kita sebelum Ibu menyambut panggilan Ilahi, namun penyesalan tetap ada kerana tidak ada kata, “Ibu, ampunkan segala dosa-dosa saya pada Ibu.” yang keluar dari mulut kita.

Tapi apa yang ein kesalkan, seorang anak ni. Buat salah tak pernah minta maaf. Raya setahun sekali pun tak mohon maaf pada Ibunya. Hari-hari buat dosa menyakitkan hati, mengguris hati si Ibu. Hari-hari juga makan sumpah seranah si Ibu. Ni kisah betul. Cuma belum ada tanda balasan dari Tuhan lagi. Mungkin bukan di dunia ni balasannya.

Satu malam di hari raya, si Ibu mengadu pada salah seorang anaknya, “Adik kamu tak minta maaf pun pada mak.” Si cucu yang kebetulan ada sama bertanya, “Raya sebelum ni pun samakan? Tak pernah pula saya tengok makcik salam nenek dan minta maaf. Tapi mungkin bukan depan kami kut.” Si anak cuba memujuk si Ibu, “Tak apa lah mak. Maafkan sajalah.” Si Ibu mencebik, bangun dan terus berlalu.

Si anak berkata pada si cucu, “Kesian nenek kamu. Tapi tak baik mengungkit macam tu. Nampak sangat nenek kamu tak redha pada makcik kamu tu.” Si cucu terdiam sambil menggelengkan kepala. Bukan si cucu nak menyibuk. Tapi cuma teringat si anak pernah berkata pada si cucu bahawa makciknya tak pernah mohon maaf pada nenek tiap kali raya. Betullah nampaknya.

Tiap-tiap hari makciknya bergaduh dengan si Ibu. Bayangkan 1tahun 365hari. Sepanjang hari, sepanjang tahun bergaduh bermakna 365dosa yang dia lakukan pada si Ibu. Bayangkan juga 365hari si Ibu sumpah seranah si anak kerana tak tahan sikap si anak. 1hari pun dah cukup. 1hari sumpah seranah dan seumur hidup tidak redha. Na’uzubillah… berdosanya si anak.

Dari sekarang, apa saja silap yang dilakukan, mohon la ampun segera. Sebelum nyawa di tenggorokkan. Selagi ada masa, ada kesempatan. Jangan lupa, redha Ibubapa, redha Rasulullah juga redha Allah. Tanpa redha Ibubapa, tiadanya redha Allah.

Wallahu’alam…