Showing posts with label Hasil Karya Ein. Show all posts
Showing posts with label Hasil Karya Ein. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Cinta Hati ku Hussain...



Sebelum baca entry ni, silalah klik play pada player kat bawah ni.
Sambil baca, sambil menghayati lagu As Syura nyanyian Fareast ni.
Lagu yang sangat ein suka dan mampu buat ein menitiskan air mata.
Tapi sebelum tu, sila lah tekan pause dekat player sebelah kanan blog nih...Lagu celine dion tu.
Kalau tak nanti mana satu lagu korang nak dengar kan? Penin nanti. Huhu
(MyFlashFetish 2xcm imeem nih. leh auto play atau manual. so, terpaksa la wat cmnih...huhu. dah tu nak pause kan myfleshfetish 2, korang kene pause waktu die tgh nyanyi. kalo internet korang sangkut2la)


Asyura - Far-East

Penat godek2 blog ni semalam, ubah html semua tuk melebarkan lagi blog ni yang dulunye agak kecik dan sempit. Sampai terlupa yang semalam 9 Muharram, sunat tuk berpuasa.

Dan hari ni pun terlupa 10 Muharram, hari As Syura. Subuh pun tak terjaga sebab sakit kepala yang sejak akhir2 ni menyerang balik.
Mulalah hari2 yang memang tak terjaga tuk Subuh kalau orang tak kejutkan.
Sakitnye pasal.

Ya Allah ampunkan hamba Mu ini. Baru 10 Muharram bersamaan 7 Jan, hamba Mu ini telah lalai. Walaupun bukan disengajakan.

Celik mata, duduk termenung di hujung katil memastikan daku mampu berdiri.
Dalam keadaaan kepala yang cuba dipulihkan, hamba Mu ini terpana seketika.
Hari ni berapa haribulan?
Tanpa menghiraukan keadaan kepala yang sarat, hamba Mu ini bingkas bangkit dan berjalan ke arah takwim hijriyah yang tergantung di meja study.

Ya Allah...Hamba Mu terlalai sekali lagi...Hari ni hari As Syura...
Seharusnya semalam hamba Mu ini mula berpuasa sunat setelah cuti yang Kau beri.
Hari ini ari yang tak pernah hamba Mu ini lupa semenjak dirinya mencintai Imam Hussain.
Namun hamba Mu ini terlupa...lupa sangat2....

Seusai solat dan solat sunat Duha...
Ku capai buku mengenai Imam Hussain.
Ku belek2 dan ku ingati tiap baris ceritanya.
Terasa sayu di hati ku mengenangkan cinta hati ku ini
Serta mengenangkan kekhilafan ku...

Kisahnya cinta hati ku seumpama terbayang2 di mata ku
Saat pasukan Yazid membunuh cinta hati ku dengan kejam
Menginjak2jasadnya dengan kaki2 kuda
Memenggal kepala cinta hati ku ini dan di arak keliling kota
Sungguh kejam mereka itu Ya Rasulullah

Dan pastinya dikaulah yang paling sedih Ya Rasulullah
Dikhabarkan kematian cucunda mu setelah kewafatan mu
sewaktu engkau sedang memangkunya
Saat masih kecil, takdirnya telah terserlah
peristiwa yang telah dijanjikan sejak kelahirannya

Ya cinta hati ku
Hancur luluh hati ku bila mengenangkan penderitaan mu
Setiap kali tibanya As Syura
Ingatan ku pada mu semakin menyubur
Ku harap hingga akhir nanti
Dapat ku tatap wajah kekasih ku ya Rasulullah
Dapat ku mengenali mu cinta hati ku ya cucunda Rasulullah
Moga daku tergolong dalam golongan penghuni syurga
Dekat pada mu Ya Rasulullah ya Imam Hussain a.s

................................................................................................................

Ratapannya untuk Al-Husain begitu menyayat hati ku
Ratapan yang begitu menyakitkan dan membuatku pilu
Wahai mata, cucurkan deras air mata mu
Sambunglah titisan itu satu demi satu
Meratapi orang penggoncang Arasy Ilahi
Agama dan norma terancam musnah kini
Ratapilah putera nabi dan putera washi
Walau berjarak jauh hingga lelah badan ini

(Petikan dari kisah Saidina Husain a.s)





Sunday, March 16, 2008

Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma, ein tak nak cemarkan dengan entri-entri lain. Hanya mengenai Rasulullah s.a.w. Berikut hasil karya ein sempena Maulidur Rasul.

Kelahiran yang dinantikan

Kelahiran Rasul yang telah dijanjikan
Ketika Ibrahim meninggikan asas bait
Alunan doa mohon Rasul diutuskan
Mengajar Al-Kitab dan mensucikan

Isa Al-Masih telah berwasiat
Termaktub di dalam Injil dan Taurat
Kedatangan Rasul bernama Muhammad
Untuk menyeru sekalian umat

12 Rabiulawal tahun gajah
Bergemerlapan sinar Mekah Mukarromah
Lahirnya Rasul dari Aminah
Juga Abdullah suami tercinta
Rasul keturunan Ismail yang mulia

Bapanya wafat Rasul di dalam kandungan
Ibunya menyusul beberapa tahun kemudian
Muhammad yang dikasihi Abdul Muttalib
Membesar dalam jagaan Abu Talib

Muhammad yang ummi
Muhammad yang terpuji
Muhammad ulul azmi
Muhammad khatimul anbiya’

By: Nadjwani

Sempena maulidur rasul yang bakal menjelma, elok lah jika kita mengingati dan menghayati kisah-kisah Baginda sambil menanamkan lebih rasa kecintaan terhadap Rasulullah.

Sedikit mengenai perkhabaran bakal lahirnya Rasulullah s.a.w yang terdapat di dalam Al-Quran:

Telah pun termaktub di dalam kitab Injil dan Taurat mengenai kelahiran Rasulullah s.a.w. Orang-orang Yahudi dan Nasrani bersama-sama menantikan kelahiran Baginda. Namun setelah kelahiran Baginda dan menyeru kepada Islam, ada yang beriman kerana sifat-sifat Baginda sesuai dengan yang sudah tertulis di dalam kitab mereka. Ada juga yang tetap menentang kerana Rasulullah s.a.w bukan dari kaum Bani Israil.

“(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi, (namanya) mereka dapati termaktub di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil, dia menyuruh mereka melakukan kebaikkan dan melarang mengerjakan yang mungkar (haram), serta menghalalkan yang baik-baik (lazat) dan mengharamkan yang keji, lagi membuang beban mereka dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan menguatkannya serta menolongnya dan mengikut cahaya (Al-Quran) yang diturunkan kepadanya, merekalah orang-orang yang menang.”

Surah Al-Araf ayat 157

Nabi Isa a.s telah berwasiat bahawa akan datang seorang Rasul yang bernama Ahmad (Muhammad atau orang yang terpuji). Tetapi bila Baginda menyeru kepada kebenaran maka mereka mengatakan bahawa dia adalah tukang sihir. Mereka cuba menghalang perkembangan agama Islam dengan fitnah dan dusta. Namun dengan izin Allah s.w.t, Baginda berjaya menyempurnakan juga cahaya Islam itu ke pelusuk dunia walaupun di benci oleh orang-orang kafir.

“Ingatlah ketika Isa anak Maryam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepadamu, serta membenarkan apa yang sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul, yang akan datang sesudah ku, namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu datang dengan (membawa) keterangan, mereka berkata: inilah sihir yang nyata. Siapakah yang terlebih aniya daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, sedang dia diseru kepada Islam? Allah tidak menunjuki orang yang zalim itu. Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah menyempurnakan cahayaNya, meskipun benci orang-orang musyrik. Dia yang mengutus Rasulnya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas semua agama, meskipun benci orang-orang musyrik.”

Surah As-Saff ayat 6-9

Doa Nabi Ibrahim a.s sewaktu meninggikan asas bait bersama Nabi Ismail a.s:

“Ya Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang Rasul di antara mereka yang akan membacakan ayat-ayat Mu kepada mereka dan akan mengajar kitab dan hikmah kepada mereka serta akan membersihkan mereka (dari kelakuan-kelakuan yang keji), sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Surah Al-Baqarah ayat 129

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib adalah dari keturunan kaum Quraisy dan merupakan keturunan Nabi Ismail a.s. Baginda dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M. (terdapat percanggahan pendapat mengenai tahun kelahiran Baginda. Ada yang mengatakan baginda lahir pada tahun 570M. Ada yang mengatakan 20 Ogos 570M. Namun majoriti mengatakan 20 April 571M merupakan tarikh kelahiran baginda)

Bermacam-macam peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Baginda antaranya ialah, pasukan tentera bergajah Abrahah Al-Asram dari Yaman menyerang dan cuba merobohkan Kaabah namun digagalkan oleh segerombolan burung Ababil yang diutuskan oleh Allah sw.t untuk melindungi Kaabah. (Surah Al-Fill). Tahun itu dinamakan Tahun Gajah dan Rasulullah s.a.w dilahirkan pada tahun itu.

Ketika Abdul Muttalib menggali telaga zamzam bersama anak sulungnya Harith, beliau telah bernazar untuk menyembelih salah seorang anaknya di Ka’abah jika dkurniakan 10 orang anak. Tiba masanya, Abdullah telah terpilih untuk menjadi korban namun dengan izin Allah, Abdullah terselamat dari dikorbankan. Kemudian Abdullah berkahwin dengan Aminah binti Wahab.

Sewaktu Rasulullah di dalam kandungan, Abdullah menyertai rombongan kabilah Quraisy ke negeri Syam untuk berniaga. Sewaktu perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit dan tinggal di Madinah bersama keluarganya Bani Adi bin Najjar dan meninggal di sana.

Ada riwayat yang mengatakan, ketika beberapa orang Mekah hendak ke Syam, mereka singgah di rumah seorang pendita. Pendita itu memaklumkan kepada orang-orang Arab itu mengenai kelahiran Rasulullah yang bakal tiba.

Riwayat lain mengatakan bahawa, ketika sedang tidur di Kaabah, Abdul Muttalib bermimpi melihat sebatang pokok yang besar tumbuh dengan gagah. Pucuknya mencecah langit. Dahan dan rantingnya mengembang ke timur dan barat. Ada cahaya memancar terang benderang daripada pokok itu. Orang-orang arab dan orang-orang Ajam tunduk kepada pokok tersebut. Pokok itu bertambah besar dan cahaya yang keluar dari dahan dan ranting bertambah cerah. Beberapa orang Quraisy berusaha memotong, mencantas dan memusnahkan dahan-dahan, ranting dan daun-daun pokok itu tetapi usaha mereka tidak berhasil kerana setiap kali cuba menghampiri pokok tersebut, mereka dihalang oleh seorang pemuda yang gagah dan tampan. Sebaik terjaga, Abdul Muttalib berjumpa dengan seorang dukun wanita yang pandai meramal. Menurut ramalan dukun tersebut, bahawa dari keturunan Abdul Muttalib akan lahir seorang pemimpin agung yang menguasai timur dan barat. Manusia seluruh alam akan mengikuti ajaran yang dibawanya. Manakala Aminah bermimpi dan mendengar satu suara yang menyuruh menamakan bayi di dalam kandungannya Muhammad, seorang insan yang semulia-mulia insan di dunia ini.

Sewaktu kelahiran Muhammad, ada riwayat yang mengatakan seorang Yahudi sedang melihat bintang dan terpandang sebutir bintang yang amat menakjubkan dan berkata keapda orang Arab bahawa malam itu telah lahirnya seorang nabi. Riwayat lain mengatakan Mekah terang benderang dengan cahaya, Istana kisra parsi runtuh dan api di biara majusi terpadam sewaktu kelahiran Muhammad.

Muhammad disusukan oleh Halimatus Saadiah dari Bani Saad. Dan sewaktu berumur 4tahun, dada baginda dibedah dan disucikan oleh malaikat untuk membersihkan jiwa sebagai persediaan menjadi Rasul. Pada umur 6tahun, Aminah meninggal dunia dan dikebumikan di Abwak. 2 tahun kemudian Abdul Muttalib meninggal dunia dan Muhammad dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Baginda menerima wahyu di Gua Hira’ ketika berusia 40 tahun pada 17 Ramadhan iaitu Surah Al-Alaq ayat 3-5. Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan seruan dakwah Islamiah selama 23 tahun, iaitu 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah.

Baginda wafat di Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijriyah bersamaan 7 Jun 632 Masihi dalam usia 63 tahun (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai tarikh wafat Baginda samada 632M atau 633M. Namun sepakat mengatakan baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijriyah sewaktu berusia 63 tahun. Percanggahan hanya berlaku pada tarikh masihi).


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tuesday, March 4, 2008

Sesat Dalam Nur Hidayah

Bergetaran bahu seusai solat
Berjuraian air mata dari kelopaknya
Tak terhenti esak tangisan
Melepaskan segenap perasaan

Entah mengapa pilu hatinya
Syahdu terasa seusai doa
Takut meresap ke dalam jiwa
Pada Mu Allah Yang Maha Esa

Luahan demi luahan di lagukan
Merintih memohon keampunan
Moga di buka pintu taubat
Juga dikabulkan segala hajat

Hidayah Mu dipersia selama ini
Tersesat aku dalam pencarian
Hilang arah hilang tujuan
Akhirnya terseksa mendera rohani

Ingin ku ubah cara ku
Ku mohon bantuanMu
Merealisasikan permintaan ku
Selaras dengan usaha ku

Diantara maghrib dan isya’
Terselitnya suatu hajat
Menjadi saksi menjadi bukti
Air mata yang mengalir di pipi
Moga terpadamnya api-api
Neraka yang sentiasa menanti
Jika ku silap melangkahkan kaki