Monday, February 8, 2010

Pergi mu kehendak-Nya


Tanggal 4 Januari 2010 Ein kehilangan bayi yang Ein kandungkan selama 5bulan. Ein redha pemergiannya atas kehendak Ilahi. Namun peristiwa yang tiba-tiba itu sangat memberi kesan pada emosi ramai orang terutama Umi dan Abah nya.

Pukul 3 pagi Ein terjaga dari tidur dan mengalami sakit yang amat sangat. Dapat rasa baby dah lemah. Naluri Ein kata baby tak dapat diselamatkan walaupun mulut tidak henti-henti berdoa. Pukul 4lebih sampai di hospital. Terus dibawa ke bahagian trauma. Sementara tunggu doktor datang, Ein di suntik dengan 2suntikan. Sebaik saja doktor sampai, Ein terus di bawa ke klinik untuk scan. Ketuban dah pun keluar dari pangkal rahim manakala tangan baby di pintu rahim. Tak boleh buat apa, jantung baby pun lemah, Ein terpaksa bersalin. Ein di bawa ke wad bersalin.

Pukul 5lebih, kontraksi makin kuat, doktor terpaksa pecahkan ketuban. Malangnya baby tak keluar sekali dengan ketuban. Maknanya Ein terpaksa tunggu dan bersalin seperti orang bersalin normal. Kalau baby tak keluar, doktor terpaksa vakum.

Pukul 6lebih, Ein mula rasakan kontraksi. Suami panggil nurse memandangkan masanya dah sampai. Nurse periksa dan kata tunggu dia panggil doktor. Sementara menunggu, kontraksi makin kuat. Akhirnya baby keluar sikit demi sikit. Nurse datang balik dan Ein bagitau baby dah mula keluar. Masuk pula ketua nursa dan pesan supaya jangan meneran, takut tali pusat dan uri terputus. Akhirnya proses bersalin berjalan tanpa doktor.

Ein nak tengok baby walaupun dia dah tak bernyawa. Lepas ketuban pecah, nurse bertanya samada Ein nak tengok baby atau tidak. Ein anggukkan kepala. 5bulan Ein mengandungkan baby, tak kan Ein tak tengok baby buat kali terakhir. Mungkin ada separuh orang tak sanggup nak melihat kerana takut kesan psikologi makin teruk. Tapi Ein yakin kalau Ein tak tengok, Ein akan menyesal selamanya kerana tak mengenali anak sulung Ein. Doktor angkat baby dan tunjuk depan Ein. Sempurna semua sifatnya. Lelaki. Alhamdulillah Dia kuatkan hati Ein terima kehilangan baby. Ein pandang suami yang setia di sisi sepanjang masa Ein dalam kesakitan. Ternampak satu sinar kasih yang tak pernah Ein nampak sebelum ini yang berbeza sangat dari kasih yang pernah suami tunjukkan sebelum ini. Memberi Ein satu kekuatan dan menghalang Ein dari menangis di depannya.

Suami tanya doktor apa puncanya. Doktor tak ada jawapan yang pasti. Mungkin rahim tak kuat, terhentak dan sebab-sebab lain. Berat baby 480g. Setabah mana pun Ein, menitik juga air mata bila suami yang pegang baby supaya Ein boleh tengok buat kali terakhir sebelum dibawa pulang untuk di kebumikan.

Namun ketabahan Ein tak lama. Disebabkan tekanan, desakan dan dipersalahkan oleh keluarga, Ein mula menangis teresak-esak. Sehinggakan nurse pujuk suruh berehat. Sebaik terjaga dari tidur, Ein dapat message-message takziah dan pertanyaan yang bertalu-talu yang meluruhkan tangkai jantung Ein. Membuatkan Ein menangis buat kesekian kali.

Orang-orang yang datang menziarah ada yang membuatkan Ein memendam rasa. Namun Ein tahan sedaya upaya. Sebaik saja waktu melawat tamat, air mata Ein mula mengalir sikit-sikit. Pun Ein masih cuba mengawal kerana tak mahu suami rasa susah hati. Ein cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Nurse pun masuk dan bagi ubat tidur. Pukul 3pagi Ein terjaga. Cuba lelapkan mata, tersentak sebab terbayang arwah waktu doktor tunjuk pada Ein. Tak sedar Ein mula menangis teresak-esak. Ein tutup mulut dengan selimut supaya suami tak terjaga. Penat menangis, terlelap balik. Pukul 5lebih nurse datang periksa tekanan darah. Cuba lelapkan mata balik, perkara yang sama terjadi. Terbayang-bayangkan arwah. Ein beristighfar dalam hati.

Tekanan demi tekanan datang waktu berpantang membuatkan Ein memang makan hati. Tatkala Ein boleh terima takdir dari awal, orang memberi tekanan buatkan Ein hampir tak boleh tahan sabar. Lepas 2minggu berpantang, Ein balik ke rumah suami. Suasana lebih tenang di sana.

Hari ke 29 pantang, pergi appoinment doktor. Rahim dah balik ke bentuk asal tapi doktor kata sedikit kebelakang. Sementara pangkal rahim bermasalah skit. Pangkal rahim tak kuat puncanya. Dan doktor kata akan datang bila mengandung, lepas 3bulan, jahit pangkal rahim. Atau dalam bahasa lain, cervical cerclage. Namun lepas Ein buat research, risiko nya agak tinggi. Berbincang dengan suami, sepakat, kami akan tanggung risiko kehilangan baby lagi berbanding menanggung risiko buat cervical cerclage. Macam web yang Ein jumpa, cerita lebih kurang macam Ein, tapi dah pun mengandung lagi dan buat cervical cerclage. Namun dia masih dalam tanda tanya samada berbaloi atau tidak dia menanggung risiko tersebut.

Wallahu'alam. Moga Allah mempermudahkan urusan kami. Ameen