Friday, March 28, 2008

Tafsir Ibnu Kathir

Alhamdulillah…
Sampai juga kitab tafsir ni kat rumah tadi dalam pukul 2.30petang. Terima kasih tuk abang posmen sebab hantar sampai kat rumah. Sampai kat simen depan rumah tu. Suku tayar motor dah masuk kat pintu rumah. Sempat makcik perli tadi, nape tak bawak motor tu masuk sampai dalam rumah terus. Ehehe. Nasib baik kenal, kalo tak, maun diperhambatkan abang posmen tu.

Bila pas kan bungkusan tu kat ein, erk, beratnya. Eden dah la kocik. Wat malu ngan abang posmen tu. Die bantai golak ka nein. Hampeh sungguh. Sempat dia tanye waktu ein tengah sain bungkusan tu, “Memang tunggu bungkusan datang ke?”

Pada mulanya ingatkan nak amik gambo bungkusan tu. Tapi punya la excited, terus ein koyakkan kertas minyak tu. Gelojoh sungguh. Tengah bukak tu, nenek tak habis-habis tanye, ape tu, sape bagi, abe bagi ke. Ish. Nenek ni, ke situ lak die. Sobar la sikit, tunggu den bukak bungkusan tu dulu.

Dah koyak kertas tu, ein gumpalkan, campak kat kucing suh main. Sebab kucing tu pun same menyibuk. Ein duk atas kerusi. Bungkusan tu ein pangku. Yang kucing tu terngadah pandang ein. Bagi jela kucing tu merasa kertas tu. Ehe.

Bukak je kotak, nampak satu kertas, macam bookmark. Tertulis:


Jadilah seorang mukmin yang berilmu dengan banyak membaca. Ingatlah, salah seorang pembesar Yahudi telah berkata: “Kami tidak takut umat Islam, kerana mereka umat yang tidak membaca!”

pastu, amik salah satu kitab dekat dalam tu. Wah! Teruja sungguh. Lebar senyum ein. Puas rasanya. Ein belek-belek kitab tu. Cek semua. Tengok ade 8buku, 9jilid dalam bahasa Malaysia. Ein peluk kitab tu. Pastu masuk dalam kotak balik. Tutup elok-elok. Pastu peluk kotak sambil tengok cerekarama, ulangan cerita ‘Seberat Zarah’. Peluk lah kotak tu sampai cerita tu habis. Muahaha. Nenek ketawakan ein. Kate ein cam budak-budak. Yela. Cam budak-budak dapat hadiah hari lahir gamaknya.

Nilah buku atau kitab yang paling mahal ein pernah beli. Sebenarnya dah lama cari. Tapi yang ada dalam bahasa arab. Pegi bookfair pun tak ada. So, kebetulan ada blog pondokbuku(leh tengok kat link kat sebelah kanan blog ni atau klik http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/). Pastu, dah lame tu, ada entry senarai kitab. Teruslah tanya harga, semua. Asalnya nak beli dalam bahasa indon coz kakak tu kata kitab tafsir ni dalam bahasa indon. Pastu, call kata yang tu dah habis. Ada yang dalam bahasa Malaysia tapi lagi mahal dari bahasa indon. Yang kedua mahal ein beli, dah tentulah ‘Pengembaraan Ibnu Battutah’. Tapi ein dapat RM175 je waktu tu. Tolak diskaun bookfair waktu tahun 2006, dan diskaun student. Tapi tahun lepas teman kawan beli, tengok cover dah lain, dah tak lawa dan tak ada diskaun student.

Balik pada kitab tafsir, fikir-fikir, kira budget suma, plus Kak Fatim bagi tawaran kat ein, ein pun setuju. Bab buku, ilmu, jangan berkira sangat. Ein sanggup berhabis duit tuk beli buku. Penah kena marah ngan mak waktu sem 1 dulu. Apa taknya, berjimat semata-mata nak beli buku. Dah tu, nak balik pas habis sem, beg baju bukan penuh ngan baju. Tapi ngan buku. Ehehe.

Sebenarnya, duit beli tafsir ni, duit exam ein. Tapi ein tak jadi amik exam bulan enam ni. Mungkin amik exam bulan 12 bila ein betul betul betul betul betul betul sedia. Adeh. Berapa kali tah tak jadi amik exam sebab tak berani dan rasa tak sedia. Penyakit betul lah.

Ok. Tinggalkan cerita exam. Gastrik bile cakap sal exam. Huhu. Ein sangat sangat sangat sangat sangat suka bila dapat kitab ni. Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak (berapa punya banyak lah) kepada Kak Fatim. Nanti Insyaallah beli lagi buku kat akak.

P/S: Sukonyo walopun dah tak do duit dalam tangan. Muahaha.

Thursday, March 27, 2008

Subhanallah ost Hikmah

Ein teringat OST Hikmah:

Subhanallah
Walhamdulillah
Astaghfirullah waAllahu Akhbar

Di tepi kerinduan ku
Memandang hampa
Pada Dunia

Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari
Rasa kecewa

Hanya padaMu
Tempatku mengadu
Pahit yang kini menyeksa ku
Aku percaya
Tiada yang sia-sia
Semuakan ada hikmahnya

Angan yang membalut mimpi
Dulu melukis
Nyanyian hati

Ku hanya orang yang kalah
Satukan hati
Ku yang terbelah

P/S: Yakinlah bahawa Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan hambaNya.

Wednesday, March 26, 2008

Benarkah "Saka" Wujud?

Hari ni dalam rancangan Wanita Hari Ini membincangkan tentang saka. Agak menarik. Ein nak kongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang ein ingat tentang perbincangan tersebut.

Tetamu jemputan adalah seorang ustaz (tak ingat namanya), seorang pengamal perubatan alternatif dan seorang wanita yang pernah mewarisi saka.

Definisi saka:
Saka adalah jin yang dibela oleh manusia dan diturunkan turun temurun pada keturunannya. Saka adalah istilah yang diberi oleh orang melayu berdasarkan perkataan puSAKA. Bermakna ia adalah pusaka nenek moyang yang membelanya.

Orang dahulu memelihara saka untuk perlindungan. Dulu tidak ada polis dan sebagainya. Untuk melindungi keluarga, perniagaan, perubatan dan sebagainya.

Mewarisi saka:
Sebelum matinya si pemilik, dia akan turunkan kepada keturunannya secara lansung melalui jampi kepada pewaris, dah ternyata syirik. Di mana ada persetujuan antara pemilik dan pewaris. Atau secara tidak lansung iaitu melalui perantara iaitu barang-barang si pemilik saka seperti emas, jam dan sebagainya. Dan pewaris tidak sedar dan tidak tahu dia telah menjadi pemilik saka yang baru.

Saka tersebut akan sentiasa mengikuti pewaris dan berdiam di dalam tubuh, darah si pewaris. Pewaris hanya sedar dia memiliki saka apabila pewaris pergi berubat dengan pengamal ubat traditional atau alternatif seperti bomoh atau ustaz.

Seperti bekas pewaris saka itu, dia hanya menyedari dia mewarisi saka apabila dia terkena sihir dan bertemu ustaz pengamal perubatan alternatif ini. Sewaktu dalam proses pengubatan, dia dapat merasakan dalam dirinya ada saka dan aka tersebut bercakap dengan dirinya tentang salsilah saka tersebut dari nenek moyangnya dulu, turun temurun dalam keluarganya. Hanya ketika itu baru dia tahu mengenai saka milik keluarganya.

Antara tanda-tanda orang tersebut memiliki saka:
- pintu rezeki pemilik tertutup di mana jika pemilik melakukan perniagaan, perniagaanya tidak menjadi.
- terdapat pelbagai halangan dalam hidupnya. Apa yang dilakukan biasanya kurang berhasil
- jika di dalam jaga, pemilik susah hendak tidur
- jika tidur selalu bermimpi yang buruk
- selalu mengalami sakit kepala. Mendapat sakit yang susah hendak dikesan puncanya. Di sini ustaz tersebut memberi contoh, si pemilik sakit kepala yang amat sangat. Tapi doktor tidak dapat mengesan punca sakit tersebut. Ada juga yang menghidap sakit kronik seperti kanser, penyakit yang sukar diubati.
- bagi perempuan, kerap mengalami istihadah. Kerana menurut ustaz tersebut, seperti yang telah kaum wanita maklum, selepas 15 hari, darah yang keluar bukanlah darah haid, tetapi darah istihadah, darah penyakit. Dan jin mengalir bersama darah ini. Terdapat hadis yang mengatakan bahawa syaitan mengalir di dalam tubuh manusia melalui salur-salur darah.
- ibu yang mengandung, hilang anak di dalam kandungan juga ada yang berkaitan dengan saka.
- susah mendapat zuriat dan sebagainya

Terdapat pelbagai jenis saka, antaranya:
- saka pemanis – untuk pemilik yang mahu sentiasa nampak cantik
- saka bidan – yang biasa digunakan oleh bidan-bidan
- saka andam - digunakan oleh mak andam dulu kala
- saka penggerun – untuk membuatkan orang tunduk dan takut pada pemilik. Saka penggerun biasanya ialah saka harimau.

Jin juga seperti manusia:
Jin juga seperti manusia. Ada agama dan kepercayaan yang dipegang. Ada lelaki, ada perempuan seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Juga terdapat pelbagai profesion seperti bidan, perubatan, andaman dan sebagainya.

Jika manusia biasa, kita ada doktor. Jin pun ada doktor mengubati pesakit yang menghidapi sakit kerana sihir dan sebagainya. Termaktub juga di dalam A-Quran bahawa jin dan manusia saling bergantung antara satu sama lain. Di mana manusia mempergunakan jin untuk kepentingan dirinya.

Percayaan khurafat:
Juga berkait rapat dengan saka. Antara kepercayaan khurafat ialah lenggang perut. Yang mana orang dahulu buat kerana takutkan saka dan mahu perlindungan. Namun orang sekarang ikut saja kepercayaan tersebut tanpa mengetahui asal usul kepercayaan itu.

Pengamal perubatan atau ustaz:
Menurut ustaz tersebut, pengamal perubatan atau ustaz yang menggunakan selain daripada ayat Al-Quran untuk mengubati orang yang sakit akibat makhluk halus, sedikit sebanyak ada saka samada sedar atau tidak.

Contoh seperti santau. Santau dibuat menggunakan hikmat dan diubati juga dengan menggunakan hikmat. Pengamal perubatan boleh mengeluarkan kaca pada dada pesakit tanpa melakukan pembedahan dan sebagainya telah pun terbukti yang dia ada sedikit sebanyak ilmu atau berhubung dengan jin. Sedangkan beliau seorang ustaz pun tidak mampu melakukan sedemikian kerana hanya mengamalkan ayat Al-Quran.

Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang jin atau syaitan ini. Dengan ayat tersebutlah ustaz tersebut mengubati pesakitnya. Pesanan akhir dari beliau, jika didapati ada saka dalam diri seseorang itu, wajib dibuang segera sebelum memudaratkan diri pewaris atau pemilik.

Wallahu'alam

P/S: Minta dijauhkan...

Monday, March 24, 2008

Anak vs Ibu

Assalamualaikum...
Ini lagi satu perkara yang ein nak kemukakan...
Hubungan anak dan ibu...

Ada banyak sunnah nabi yang mengutamakan seorang ibu bagi seorang anak. Antaranya:

Aljannatu tahta aqdaamil ummahati
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
(HR Ahmad)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: Saya tanya pada nabi s.a.w:
Ya Rasulullah siapakah yang harus saya taati? Jawab Nabi s.a.w: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawabnya: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawabnya: Ibumu. Kemudian siapakah? Jawab Nabi s.a.w: Ayahmu. Kemudian yang terdekat dan yang dekat dari kerabat.
(Tanbihul Ghafilin)

Akhir-akhir ni banyak cerita-cerita drama melayu yang mengisahkan tentang anak-anak derhaka. Kita tengok, namun setakat mana kita sedar dan ambil pegajaran? Kita insaf dan sedih, namun lepas bangun tidur, kita lupa. Dah tak berkesan di dalam hati.

Tergerak hati ein untuk bercerita tentang hamba Allah ini. Namanya biarlah dirahsiakan untuk melindung dirinya dari aib. Hamba Allah ini (perempuan) tinggal bersama ibunya yang sudah tua, berusia 77 tahun. Manakala hamba Allah ini berusia 47 tahun. Dari kecil hingga berusia 47 tahun dia tinggal bersama ibunya.

Kebiasaannya pagi-pagi, sebaik bangun, dia akan mengemas rumah. Pembersih orangnya. Walaupun tergolong dalam golongan orang kurang upaya, dia masih mampu melakukan semua kerja rumah. Sementara ibunya hanya memasak untuk penghuni rumah tersebut.

Tapi apa yang kurang menyenangkan, dia suka berleter. Memang leterannya betul. Dia penat mengemas. Ibunya pula lepas masak, basuh pinggan dan apa saja yang dilakukan, kurang sempurna. Maklumlah sudah tua. Pinggan tidak disimpan dengan betul. Lepas masak tak dikemas semula. Timbul la rasa panas hati dalam diri si anak. Si ibu terpaksa makan semua leteran si anak. Setiap hari begitu. Sebaik saja penyapu di tangan, si anak akan mula berleter. Pendek kata, susah hendak lihat si anak berwajah manis pagi-pagi hari.

Mereka ada membela kucing. Kebanyakkannya kucing yang orang buang, datang minta belas kasihan, minta diberi makan. Lebih dari 10ekor kesemuanya. Si ibu memang sangat kasihkan kucing kerana kucing kesayangan nabi. Tapi kucing itu semua bawa masalah pada mereka. Penat di beri makan, dibalasnya najis merata-rata. Bermacam-macam cara telah dibuat. Namun kucing itu masih membuang najis merata-rata tempat.

Si anak yang pembersih dan suka berleter, makin galaklah berleter. Sudah berapa kali kata hendak buang kucing-kucing tersebut. Tapi setiap kali itu juga, berakhir dengan pergaduhan. Si ibu tidak mahu buang kucing-kucing itu. Makin hari si ibu tidak tahan dengan leteran si anak. Di pendam di dalam hati. Terkadang terdengar sumpah seranah si ibu pada si anak dalam diam. Astaghfirullah hal aziem.

Sehinggalah si anak di masukkan ke dalam wad kerana kuman yang ada pada najis binatang itu. Badan si ibu dan si anak juga merah-merah dan gatal-gatal akibat kuman kucing seperti yang dikata oleh doktor. Anak cucu juga tak mahu balik kerana busuk kata mereka dan takut mendapat penyakit. Anak-anak si ibu yang lain cuba menasihati si ibu. Namun si ibu tidak ambil kisah. Si ibu mengatakan bahawa bukan kerana kucing si anak di masukkan ke wad, dah Tuhan nak bagi sakit.

Laillahaillallah...
Sampai begitu sekali. Mungkin si ibu rela kehilangan anak dari kehilangan kucing. Si anak terus-terusan berleter setiap hari sehingga satu hari si ibu terlepas kata. Mungkin kerana selama ini si ibu telah banyak memendam perasaan, kerana tak tahan dengan leteran si anak, akhirnya terlepas juga satu ayat dari mulutnya. SIAL PUNYA ORANG!

Astaghfirullah...
Tersentak si anak. Makin galaklah si anak berleter, marah-marah sambil menahan air mata. Ayat yang selama ini tersemat kukuh di dalam hati si ibu, akhirnya memecah keluar melalui lisannya.

Melalui cerita ini, ein nak anda semua berfikir dan masukkan diri anda dalam situasi kedua-dua watak ini.

Si anak:
Silap si anak, dia lupa itu adalah ibunya yang selayaknya dia hormati. Walaupun leterannya betul, namun itu tetap seorang ibu. Walaupun seorang ibu itu zalim sekali pun, sewajarnya kita hormati. Pernahkah dengar kisah seorang lelaki yang memelihara ibu bapanya yang telah menjadi seekor khinzir?

Leterannya mengguris sekeping hati tua. Dengan usia lanjut seperti itu, hati mdah terguris. Dan haruslah difahami, apabila sudah tua, ingatan berkurangan. Masakan si ibu dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Buat sajalah mengikut kehendak anda. Jika si ibu buat salah, jangan di marah, jangan dileter. Apa salahnya anda betulkan kesilapan si ibu tanpa mengguris perasaannya. Tanpa sedar, anda tergolong dalam golongan anak yang derhaka. Serta, mendapat laknat dari si ibu sekali gus laknat dari Allah s.w.t. jangan lupa, redha ibubapa adalah redha Allah.

Keredhaan Allah (terhadap hambaNya) tergantung pada keredhaan ibu bapanya, dan kutukan Allah itu bergantung juga pada kutukan kedua ibubapanya.
(HR Tarmizi)

Bukan pada ibu saja, bagi yang sudah berumahtangga, janganlah berleter pada suami. Suami sewajarnya dihormati. Redha suami menjamin kebahagiaan anda di akhirat kelak. Zaman ini terlalu ramai isteri yang suka berleter pada suami.

Si ibu:
Jangan lupa, anak adalah anugerah Allah. Sewajarnya dikasihi. Seburuk mana si anak, jangan sesekali dibenci. Kerana kebiasaannya, anak yang dibencilah anak yang akan menjaga anda bila tidak berdaya kelak.

Memang kucing kesayangan nabi. Namun jika sampai memudaratkan kesihatan seisi rumah, lebih baik dilepaskan saja. Untuk apa mempertahankan kucing sedangkan kebajikkan dan kebahagiaan seisi keluarga tergugat sehingga menimbulkan pergaduhan.

Yang teramat penting untuk si ibu, janganlah menyimpan perasaan yang buruk terhadap anak. Jangan disumpah seranah si anak walau seburuk mana pun. Kata-kata seorang ibu ibarat doa. Jangan disalah gunakan kurniaan Tuhan itu. Malah, kejayaan dan kegagalan anak dalam hidup juga bergantung pada ibu. Setakat mana redha seorang ibu pada setiap kelakuan, pergerakkan dan kehidupan si anak.

Kesimpulannya:
Mungkin si ibu dan si anak kurang pengetahuan agama. Namun setiap manusia ada sifat kemanusiaan. Di berikan akal untuk berfikir. Jadi gunakanlah akal untuk berfikir baik buruknya perbuatan itu.

Mahukah si anak menjadi si Tanggang atau Malin Kundang?
Sampaikah hati si ibu melihat si anak menjadi 2watak itu?

Jangan dah terantuk baru nak terngadah...waktu itu, tidak guna lagi sesalan...janganlah yang buruk di simpan di hati...biarkanlah perasaan itu berlalu pergi...

P/S: Cuba baiki diri. Masih belum layak menjadi anak solehah. Ein amat-amat berterima kasih pada seseorang. Dia antara asbab, mak berubah sikap dan hubungan kami lebih rapat. Syukran.

Wednesday, March 19, 2008

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w

Salam maulidur rasul...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Khutbah berupa wasiat ini disampaikan pada tanggal 9 Zulhijjah Tahun ke 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah, Mekah.

“Wahai (sekalian) manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang telah diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini; sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan lah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah “ibadah Haji” sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari(nanti) untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu telah kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnah ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahwasanya aku telah sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.”

Monday, March 17, 2008

Rasulullah s.a.w dan pengemis yahudi buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

P/S: Nilah antara kisah Rasulullah yang buat kan ein rasa sebak sangat :(( Selawat dan salam buat mu ya Rasulullah

Sunday, March 16, 2008

Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma, ein tak nak cemarkan dengan entri-entri lain. Hanya mengenai Rasulullah s.a.w. Berikut hasil karya ein sempena Maulidur Rasul.

Kelahiran yang dinantikan

Kelahiran Rasul yang telah dijanjikan
Ketika Ibrahim meninggikan asas bait
Alunan doa mohon Rasul diutuskan
Mengajar Al-Kitab dan mensucikan

Isa Al-Masih telah berwasiat
Termaktub di dalam Injil dan Taurat
Kedatangan Rasul bernama Muhammad
Untuk menyeru sekalian umat

12 Rabiulawal tahun gajah
Bergemerlapan sinar Mekah Mukarromah
Lahirnya Rasul dari Aminah
Juga Abdullah suami tercinta
Rasul keturunan Ismail yang mulia

Bapanya wafat Rasul di dalam kandungan
Ibunya menyusul beberapa tahun kemudian
Muhammad yang dikasihi Abdul Muttalib
Membesar dalam jagaan Abu Talib

Muhammad yang ummi
Muhammad yang terpuji
Muhammad ulul azmi
Muhammad khatimul anbiya’

By: Nadjwani

Sempena maulidur rasul yang bakal menjelma, elok lah jika kita mengingati dan menghayati kisah-kisah Baginda sambil menanamkan lebih rasa kecintaan terhadap Rasulullah.

Sedikit mengenai perkhabaran bakal lahirnya Rasulullah s.a.w yang terdapat di dalam Al-Quran:

Telah pun termaktub di dalam kitab Injil dan Taurat mengenai kelahiran Rasulullah s.a.w. Orang-orang Yahudi dan Nasrani bersama-sama menantikan kelahiran Baginda. Namun setelah kelahiran Baginda dan menyeru kepada Islam, ada yang beriman kerana sifat-sifat Baginda sesuai dengan yang sudah tertulis di dalam kitab mereka. Ada juga yang tetap menentang kerana Rasulullah s.a.w bukan dari kaum Bani Israil.

“(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi, (namanya) mereka dapati termaktub di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil, dia menyuruh mereka melakukan kebaikkan dan melarang mengerjakan yang mungkar (haram), serta menghalalkan yang baik-baik (lazat) dan mengharamkan yang keji, lagi membuang beban mereka dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan menguatkannya serta menolongnya dan mengikut cahaya (Al-Quran) yang diturunkan kepadanya, merekalah orang-orang yang menang.”

Surah Al-Araf ayat 157

Nabi Isa a.s telah berwasiat bahawa akan datang seorang Rasul yang bernama Ahmad (Muhammad atau orang yang terpuji). Tetapi bila Baginda menyeru kepada kebenaran maka mereka mengatakan bahawa dia adalah tukang sihir. Mereka cuba menghalang perkembangan agama Islam dengan fitnah dan dusta. Namun dengan izin Allah s.w.t, Baginda berjaya menyempurnakan juga cahaya Islam itu ke pelusuk dunia walaupun di benci oleh orang-orang kafir.

“Ingatlah ketika Isa anak Maryam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepadamu, serta membenarkan apa yang sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul, yang akan datang sesudah ku, namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu datang dengan (membawa) keterangan, mereka berkata: inilah sihir yang nyata. Siapakah yang terlebih aniya daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, sedang dia diseru kepada Islam? Allah tidak menunjuki orang yang zalim itu. Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah menyempurnakan cahayaNya, meskipun benci orang-orang musyrik. Dia yang mengutus Rasulnya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas semua agama, meskipun benci orang-orang musyrik.”

Surah As-Saff ayat 6-9

Doa Nabi Ibrahim a.s sewaktu meninggikan asas bait bersama Nabi Ismail a.s:

“Ya Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang Rasul di antara mereka yang akan membacakan ayat-ayat Mu kepada mereka dan akan mengajar kitab dan hikmah kepada mereka serta akan membersihkan mereka (dari kelakuan-kelakuan yang keji), sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Surah Al-Baqarah ayat 129

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib adalah dari keturunan kaum Quraisy dan merupakan keturunan Nabi Ismail a.s. Baginda dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M. (terdapat percanggahan pendapat mengenai tahun kelahiran Baginda. Ada yang mengatakan baginda lahir pada tahun 570M. Ada yang mengatakan 20 Ogos 570M. Namun majoriti mengatakan 20 April 571M merupakan tarikh kelahiran baginda)

Bermacam-macam peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Baginda antaranya ialah, pasukan tentera bergajah Abrahah Al-Asram dari Yaman menyerang dan cuba merobohkan Kaabah namun digagalkan oleh segerombolan burung Ababil yang diutuskan oleh Allah sw.t untuk melindungi Kaabah. (Surah Al-Fill). Tahun itu dinamakan Tahun Gajah dan Rasulullah s.a.w dilahirkan pada tahun itu.

Ketika Abdul Muttalib menggali telaga zamzam bersama anak sulungnya Harith, beliau telah bernazar untuk menyembelih salah seorang anaknya di Ka’abah jika dkurniakan 10 orang anak. Tiba masanya, Abdullah telah terpilih untuk menjadi korban namun dengan izin Allah, Abdullah terselamat dari dikorbankan. Kemudian Abdullah berkahwin dengan Aminah binti Wahab.

Sewaktu Rasulullah di dalam kandungan, Abdullah menyertai rombongan kabilah Quraisy ke negeri Syam untuk berniaga. Sewaktu perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit dan tinggal di Madinah bersama keluarganya Bani Adi bin Najjar dan meninggal di sana.

Ada riwayat yang mengatakan, ketika beberapa orang Mekah hendak ke Syam, mereka singgah di rumah seorang pendita. Pendita itu memaklumkan kepada orang-orang Arab itu mengenai kelahiran Rasulullah yang bakal tiba.

Riwayat lain mengatakan bahawa, ketika sedang tidur di Kaabah, Abdul Muttalib bermimpi melihat sebatang pokok yang besar tumbuh dengan gagah. Pucuknya mencecah langit. Dahan dan rantingnya mengembang ke timur dan barat. Ada cahaya memancar terang benderang daripada pokok itu. Orang-orang arab dan orang-orang Ajam tunduk kepada pokok tersebut. Pokok itu bertambah besar dan cahaya yang keluar dari dahan dan ranting bertambah cerah. Beberapa orang Quraisy berusaha memotong, mencantas dan memusnahkan dahan-dahan, ranting dan daun-daun pokok itu tetapi usaha mereka tidak berhasil kerana setiap kali cuba menghampiri pokok tersebut, mereka dihalang oleh seorang pemuda yang gagah dan tampan. Sebaik terjaga, Abdul Muttalib berjumpa dengan seorang dukun wanita yang pandai meramal. Menurut ramalan dukun tersebut, bahawa dari keturunan Abdul Muttalib akan lahir seorang pemimpin agung yang menguasai timur dan barat. Manusia seluruh alam akan mengikuti ajaran yang dibawanya. Manakala Aminah bermimpi dan mendengar satu suara yang menyuruh menamakan bayi di dalam kandungannya Muhammad, seorang insan yang semulia-mulia insan di dunia ini.

Sewaktu kelahiran Muhammad, ada riwayat yang mengatakan seorang Yahudi sedang melihat bintang dan terpandang sebutir bintang yang amat menakjubkan dan berkata keapda orang Arab bahawa malam itu telah lahirnya seorang nabi. Riwayat lain mengatakan Mekah terang benderang dengan cahaya, Istana kisra parsi runtuh dan api di biara majusi terpadam sewaktu kelahiran Muhammad.

Muhammad disusukan oleh Halimatus Saadiah dari Bani Saad. Dan sewaktu berumur 4tahun, dada baginda dibedah dan disucikan oleh malaikat untuk membersihkan jiwa sebagai persediaan menjadi Rasul. Pada umur 6tahun, Aminah meninggal dunia dan dikebumikan di Abwak. 2 tahun kemudian Abdul Muttalib meninggal dunia dan Muhammad dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Baginda menerima wahyu di Gua Hira’ ketika berusia 40 tahun pada 17 Ramadhan iaitu Surah Al-Alaq ayat 3-5. Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan seruan dakwah Islamiah selama 23 tahun, iaitu 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah.

Baginda wafat di Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijriyah bersamaan 7 Jun 632 Masihi dalam usia 63 tahun (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai tarikh wafat Baginda samada 632M atau 633M. Namun sepakat mengatakan baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijriyah sewaktu berusia 63 tahun. Percanggahan hanya berlaku pada tarikh masihi).


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Friday, March 14, 2008

Larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut dari mereka sesuatu yang boleh membahayakan; dan Allah menakutkan kamu dengan azabNya dan kepada Allah tempat kesudahan.”
Ali-Imran ayat 28

Keterangan ayat:
Kamu, orang-orang mukmin tidak boleh mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, kecuali jika kamu sangat-sangat takut kepada mereka.
Ketika itu kamu tidak berdosa. Di dalam surah mumtahinah, Allah s.w.t berfirman sebagai menambah keterangan ayat ini. Allah s.w.t tidak melarang kamu berbuat kebaikkan dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu tentang agamamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air mu, kerana Allah s.w.t mengasihi orang-orang yang adil (ayat 8)

Hanya Allah s.w.t melarang kamu mengambil pemimpin dari orang-orang kafir yang memerangi kamu tentang agamamu dan mengusir kamu dari tanah air mu dan menolong mengusir kamu. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka dia adalah orang zalim (ayat 9).

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat yahudi dan nasrani menjadi wali. Sebagaimana mereka menjadi wali bagi yang lain. Dan barangsiapa yang mengangkat mereka di antara kamu, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak menunjukkan kaum yang zalim.”
Al-Maidah ayat 51

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil musuh Ku dan musuhmu menjadi wali (pemimpin); kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir Rasul dan kamu, kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu keluar berjuang pada jalanKu dan menuntut keredhaan Ku, kamu rahsiakan kepada kasih sayang. Padahal Aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu lahirkan. Barangsiapa berbuat demikian di antara kamu, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus. “
Al-Mumtahinah ayat 1

Maka boleh disimpulkan bahawa, samada orang kafir itu baik pada kaum muslimin atau tidak, tetap tidak boleh diangkat menjadi pemimpin melainkan kerana takut kepada mereka, terpaksa dan darurat.

Monday, March 10, 2008

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.
"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.
"Akan saya teruskan!" Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?""Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.


P/S: RENUNG-RENUNGKAN LAH

Sunday, March 9, 2008

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

MELAYU MUDAH LUPA

Ein nak petik sajak yang dikarang oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir khas tuk pemimpin-pemimpin melayu yang dah jauh sangat dari landasan tu.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat tiada maruah tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah, ingatlah
Wahai bangsa ku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuangan mu
Belum selesai

P/S : Luv Tun

Friday, March 7, 2008

Bertani di Syurga

Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Beliau SAW menceritakan bahwa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah untuk bercocok tanam, kemudian Allah bertanya kepadanya bukankah Allah telah berikan semua perkara yang dia perlukan? Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanamn itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. Allah berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu".
"Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar karena mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu. Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata orang badui itu.

Thursday, March 6, 2008

Kabel? Dengan izin Allah s.w.t

Assalamualaikum wbt. Tiba-tiba terasa macam nak kongsi satu reality dengan kawan-kawan semua. Tentang kabel. Kabel apa agaknya yang ein maksudkan? Kabel elektrik ke apa?

Yang ein maksudkan ialah kabel untuk dapatkan peluang pekerjaan. Kenapa ein tiba-tiba bangkitkan isu ni? Sebab ein alami sendiri perkara ni dan rata-rata orang sekeliling ein pun cuba dapatkan kabel ni.

Pendapat mak ein, tak adil bagi orang yang tak ada kabel. Mereka terpaksa bersaing sedangkan dah nyata peluang untuk mereka yang menggunakan kabel lebih besar. Ya, memang tak adil. Ada juga keburukkannya guna kabel iaitu, mungkin tak semua orang suka kabel kita tu. Tapi disebabkan kabel kita tu berjawatan lebih tinggi, mempunyai nama, mempunyai kuasa, maka penemuduga terpaksa menerima calon temuduga itu untuk berkerja. Ya, tak adil bagi calon yang mempunyai kelulusan, pengalaman dan kriteria-kriteria yang lebih baik tapi tidak mempunyai kabel. Mungkin juga orang-orang di dalam sektor tersebut, dapat tau calon yang diterima bekerja ini menggunakan kabel besar, timbul rasa dengki, benci, meluat di hati mereka. Risikonya terpaksa calon ini hadapi sepanjang bekerja di sektor tersebut.

Ini juga merupakan salah satu ikhtiar. Tapi, bergantung pada diri. Adakah anda rasa anda layak menggunakan kabel? Adakah kelulusan anda, kriteria-kriteria yang ada pada anda melayakkan anda mendapatkan jawatan tersebut yang boleh membenarkan anda menggunakan kabel? Jujurlah pada diri sendiri. Jika anda rasa layak, cubalah gunakan kabel. Kerana kemungkinan 90% calon-calon temuduga lain menggunakan kabel. Jika 90% dari calon-calon menggunakan kabel, apa pula peluang anda yang tak menggunakan kabel? Inilah yang dikatakan berjuang untuk hidup. Tapi biarlah dengan cara yang betul.
Bagi sesetengah orang akan berfikir, orang yang menggunakan kabel, sanggup memotong rezeki orang lain. Ada yang mengatakan menggunakan kabel merupakan taktik kotor untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, cuba difikirkan, jika tak menggunakan cara ini, peluang anda mungkin 30% saja.

Tapi, jangan sangka ein setuju menggunakan kabel. Apa yang ein nyatakan di atas sebenarnya adalah tanggapan-tanggapan orang yang berjuang dan berusaha untuk hidup dalam zaman yang penuh muslihat ini. Tak terkecuali, ein juga turut memikirkan perkara yang sama kerana ada logiknya. Sebaik saja ein dapat surat interview, rata-rata ahli keluarga ein bagi cadangan untuk berjumpa dengan kabel dan dapatkan surat sokongan. Terkadang ein sendiri rasa tersepit dan terdesak kerana ein sendiri berusaha bertungkus lumus untuk mengubah kehidupan ein, untuk hidup dan mencari rezeki.

Namun, ein masih ingat kata-kata ein pada mak bahawa ein tak mahu menggunakan kabel besar-besar. Bila rata-rata ahli keluarga menyokong menggunakan kabel, terasa goyah, goyangnya tangkai hati. Bukan mudah hendak melepasi tapisan sampai tahap dipanggil temuduga. Bukan mudah. Ein antara yang bernasib baik kerana dapat melepasi tapisan dalam tempoh tak sampai 1tahun. Sedangkan kakak sepupu yang berkelulusan ijazah masih belum melepasi tapisan untuk jawatan yang dipohon. Bukan itu saja, melihatkan calon temuduga berjumlah 180 orang dan jawatan yang kosong hanya 3, semakin goyah jiwa ein.

Ditambahkan lagi dengan mak ein yang mengharapkan ein mengubah nasib ein, ein jadi buntu. Cuma rata-rata keluarga terus menerus mengarahkan ein berjumpa dengan kabel besar tu. Kata mereka, susah jika tak guna kabel yang besar lagipun saudara sendiri tak kan nak berkira. Ya, memang, tapi ein ada pendirian ein sendiri.


“dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepada mu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu.”
Al-Baqarah ayat 216

Di sini ein nak tekankan, sekuat mana pendirian anda, terkadang anda jadi hilang arah dan tujuan akibat desakkan orang disekeliling anda. Seperti mana seorang yang beriman di goda oleh nafsu untuk melakukan maksiat. Ein membiarkan saja apa kata mereka kerana dah penat menegakkan pendirian depan mereka. Biarlah apa mereka nak kata yang penting antara ein dengan Dia. Andai mereka buat sesuatu untuk menolong ein, ein tak boleh nak kata apa. Yang penting itu bukan kehendak ein. Hidup dalam masyarakat dan zaman ini membuatkan ein merasa tersepit dengan keadaan.

Tersebut di dalam hadis Qudsi yang berbunyi: “ Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi tugas mengurus rezeki-rezeki anak adam: “Sesiapapun hamba Ku yang kamu dapati dia menuju cita-cita yang satu (bertakwa menuju redha Ilahi), maka jaminlah oleh kamu rezekinya dari langit dan bumi; dan sesiapapun hamba Ku yang kamu dapati mencari rezekinya itu dengan adil, maka murnikanlah dan mudahkanlah rezeki itu baginya; dan jika ia melanggar ketentuan yang demikian dengan cara lain, biarkanlah ia berbuat sekehendak hatinya, kemudian ia pasti tidak akan dapat mencapai darjat(kadar) di atas dari apa yang telah Aku tentukan baginya!”
(Diriwayatkan oleh Abu Nu’man dari Abu Hurairah)

Mari kita lihat dari sudut lain. Sepupu ein dapatkan surat sokongan tapi sampai sekarang masih tak ada berita samada dia diterima bekerja atau tidak. Persoalan di sini yang ein nak anda fikirkan sama...di manakah kuasa surat sokongan tersebut? Dimanaka kuasa orang yang membuat surat sokongan tersebut? Kenapa setelah mendapatkan surat sokongan, masih tak dapat pekerjaan?

Jawapannya, surat sokongan hanyalah sehelai kertas, tak mempunyai kuasa apa pun. Kabel walaupun mempunyai pengaruh yang kuat, namun tetap hanya manusia biasa. Masih tak dapat pekerjaan kerana belum sampai rezeki anda. Sehelai kertas dan manusia biasa tak mampu mengubah apa-apa andai DIA tidak izinkan. Bukan kertas dan kabel yang beri anda rezeki. Mereka tak mampu memberi anda rezeki kalau DIA tidak izinkan. Kertas dan kabel hanyalah cara untuk anda berusaha, berikhtiar mendapatkan pekerjaan namun kuasa bukan ditangan kertas dan kabel. Semuanya dari ALLAH s.w.t. Jika bergantung pada kabel dan kertas saja tapi lalai pada tanggungjawab sebagai hamba, tidak memohon pertolongan dariNya, tidak ada gunanya.

Bagi sesetengah orang mungkin berfikir, kenapa mereka yang menggunakan kabel dan kertas walaupun tidak mengabdikan diri padaNya, tetap dapat apa yang mereka inginkan. Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. Lihatlah saja hadis Qudsi di atas dan Allah ingin menguji setakat mana syukurnya anda pada nikmatNya. Namun, sedikit saja hambaNya yang bersyukur.

“Sesungguhnya Allah Mempunyai Kurnia untuk manusia. Tetapi kebanyakkan manusia tidak berterima kasih”
Al-Baqarah ayat 243

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan dirinya (tidak bersyukur), tetapi apabila dia ditimpa kejahatan, dia (berdoa) dengan doa yang panjang”
As-Sajdah ayat 51

Ingatlah, Allah yang memberi anda rezeki mahupun kuasa. Anda hidup keranaNya. Malanglah bagi mereka yang menyangkakan kabel dan kertas yang memberi mereka rezeki. Malanglah bagi mereka yang mengatakan tanpa kabel dan kertas, mustahil untuk mereka dapat jawatan tersebut. Malanglah bagi mereka yang tidak meminta dariNya sewaktu senang.


“Wahai orang-orang yang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar”
Al-Baqarah ayat 153

Mungkin walaupun tidak menggunakan kabel, rezeki tetap berpihak pada anda. Mohonlah padaNya dan letakkan segenap harapan padaNya.Jika semuanya telah anda usahakan namun anda masih tak mendapat jawatan tersebut, ingatlah itu bukan rezeki anda. Bukan kerana Dia tidak mahu membantu anda tapi kerana Dia sangat kasihkan anda dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi anda.

Tanamkan lah dalam hati bahawa Dia lah tempat anda bergantung dan Dialah yang memberi anda apa yang anda ada sekarang ini. Jangan berputus asa padaNya, jangan berburuk sangka padaNya jika Dia tidak memberikan apa yang anda inginkan. Takbir!

Wallahu’alam

P/S: Ein pun ada kabel. Tapi bukan kabel elektrik ye. Kabel yang paling besar dari kabel besar yang ada. Ketua bagi kabel-kabel besar. Itulah Allah s.w.t. Takbir!


“Supaya Allah membalasi orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia”
As-Saba’ ayat 5


Tuesday, March 4, 2008

Sesat Dalam Nur Hidayah

Bergetaran bahu seusai solat
Berjuraian air mata dari kelopaknya
Tak terhenti esak tangisan
Melepaskan segenap perasaan

Entah mengapa pilu hatinya
Syahdu terasa seusai doa
Takut meresap ke dalam jiwa
Pada Mu Allah Yang Maha Esa

Luahan demi luahan di lagukan
Merintih memohon keampunan
Moga di buka pintu taubat
Juga dikabulkan segala hajat

Hidayah Mu dipersia selama ini
Tersesat aku dalam pencarian
Hilang arah hilang tujuan
Akhirnya terseksa mendera rohani

Ingin ku ubah cara ku
Ku mohon bantuanMu
Merealisasikan permintaan ku
Selaras dengan usaha ku

Diantara maghrib dan isya’
Terselitnya suatu hajat
Menjadi saksi menjadi bukti
Air mata yang mengalir di pipi
Moga terpadamnya api-api
Neraka yang sentiasa menanti
Jika ku silap melangkahkan kaki

Janganlah percaya benda-benda khurafat

Walaupun kita sudah pun berada pada tahun 2008, masih ada lagi kepercayaan-kepercayaan orang melayu yang menguasai minda kita iaitu kepercayaan-kepercayaan khurafat. Di kawasan kampung, biar membangun sekali pun, kepercayaan-kepercayaan itu masih kuat. Kawasan bandar pun ada yang percaya tentang perkara-perkara khurafat ini.

Mungkinlah sebab kawasan kampung ramai orang-orang tua. Jadi susah nak perbetulkan tanggapan mereka. Lagipun pada zaman mereka dulu, amalan-amalan ini memang kuat. Sampai sekarang saki baki amalan itu masih ada. Walaupun mereka tak amalkan lagi sekarang, tapi sisa-sisanya masih ada.

Contoh perkara kurafat yang masih ada pada zaman ni ialah:

- Bunyi burung hantu menandakan ada orang akan meninggal
- Belalang hijau adalah pelesit
- Ikan puyu penghalau pelesit

Walaupun kadang-kadang perkara-perkara khurafat ini benar-benar terjadi, tak bermakna kita boleh percaya. Sebab, semuanya atas kekuasaan Allah s.w.t.

Macam bunyi burung hantu tu, tak percaya, tapi beberapa hari kemudian, ada orang kawasan tu yang meninggal. Pastu, mula la kita percaya kebenaran perkara khurafat tu. Balik lah pada Allah s.w.t. Perkara tu terjadi atas kekuasaan Nya. Bukan sebab burung hantu. Mungkin bagi mereka, burung hantu itu perantaraan. Tak salah kalau nak cakap sebab tu kekuasaan Allah. Tapi, jangan lah di agung-agungkan sangat kepercayaan tu. Asal dengar bunyi burung hantu, mula la kata, ada orang nak mati ni.

Belalang hijau pula. Bagi pengamal ilmu hitam, menggunakan makhluk-makhluk halus yg bernama syaitan, menjadi hamba pada syaitan, ada yang menggunakan belalang sebagai perantaraan. Ada yang guna katak. Tapi, tak semua belalang itu pelesit. Nampak je belalang, orang kate pelesit. Lepas tu ditangkap, dibunuh. Tak pun diseksa, letak dalam bekas sampai belalang tu mati atau diputuskan kaki, kepala belalang tu. Macam mana kalau belalang tu hanya belalang. Tak ke berdosa. Andai betul belalang tu pelesit. Semuanya atas kehendak Allah s.w.t.

Ikan Puyu lak, bila ikan tu berkocak dalam balang, dikatakan tengah berlawan dengan pelesit, dengan benda-benda halus. Esoknya ikan tu mati. Dikatakan mati sebab berlawan dengan benda-benda tu. Astaghfirullah hal aziem. Mane ikan tu tak berkocak dan melawan. Ikan tu melawan tuk hidup. Berusaha tuk hidup sebab kekurangan oksigen. Kalau bela ikan dalam balang, yang boleh hidup tanpa pam oksigen, macam ikan puyu ni, kena lah rajin tukar airnya. Tiap hari tukar. Tak pun 2kali sehari. Kalau dah nampak teruk sgt airnya. Sebab, bila air tu jadi macam tu, oksigen dalam air berkurangan. Dibagilak makan banyak-banyak. Kita makan terlebih kenyang pun senak ssh nk nafas, nikan pulak ikan dalam air. Bukan sebab berlawan dengan pelesit.

Lagi satu pasal busut. Kalau tak ada ilmu, jangan pandai-pandai nak runtuhkan busut sebab ada penunggunya. Mungkin betul sebab ein pernah kena. Memang ein tak nafikan benda-benda ni ada, termasuk sihir sebab ni semua kerja syaitan. Kalau Allah tak izinkan, perkara tu tak berlaku. Seperti mana iblis ingin menyesatkan anak adam. Iblis mendapatkan keizinan dari Allah s.w.t dan Allah s.w.t menjanjikan penerimaan taubat hambaNya yang memohon taubat. Jadi janganlah terlalu taksub akan benda-benda macam ni. Bila jadi perkara-perkara macam tu, kembali lah pada Allah. Sedangkan dah temaktub dalam al-quran. Ada juga surah-surah dan ajaran-ajaran Rasulullah buat kita. Kenapa tak amalkan.

Kalau diri kurang beribadat, tak menghambakan diri padaNya, inilah yang jadi. Syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan anak adam. Merosakkan akidah anak adam. Oleh itu, sama-sama lah kita banteras kepercayaan-kepercayaan ni.

Wallahu'alam...

P/S: Berleter panjang lak ein. Bingung fikir cara nak betulkan akidah orang di sekeliling ein. Mohon petunjukNya